Wednesday, June 30, 2010

Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam...

Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam?

Komandan Maktab Tentera Diraja(MTD) ditukarkan atas alasan mesti bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku di MTD baru-baru ini yang membabitkan kematian pelajar.

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ketika memberi arahan menyatakan Komandan itu mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman.

Kenyataan Zahid adalah suatu yang biasa dikeluarkan oleh mana-mana Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini. Yang mesti bertanggungjawab adalah "ikan-ikan bilis" sahaja. Sang Jerung pasti terlepas. Segala kejahatan, kelemahan dan kesalahan adalah tanggungjawab rakyat bawahan.

Sememangnya Menteri Kabinet Malaysia jenis "kebal" dari pendakwaan. Setiap kesalahan ditudingkan kepada rakyat marhein semata.

Semuanya yang salah adalah rakyat. Yang buat jahat orang atasan tetapi yang kena golongan rakyat,golongan yang lemah dan tiada wang!

Lihat kes Altahtunya. Yang kena orang berpangkat rendah. Lihat kecurian enjin Jet. Yang jadi mangsa yang berpangkat rendah.

Selamanya para Menteri dan atasan bebas dari pendakwaan. Mengapa ? Mereka ada kuasa. Mereka ada wang. Dan mereka tiada maruah!

Jenis spesis Menteri Kabinet Malaysia jika tinggal di Jepun bakal diketawakan oleh Doremon. Mungkin juga bakal diberi pedang Samurai oleh rakyat Jepun untuk mereka pakat "pancung" kepala sendiri!

Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam.
Tok Pepijat
Sumber:Harakahdaily

Pegawai SPRM Mungkin Ditangkap Di London?????

Jadi inilah masalahnya. Para pegawai MACC, PI Bala, dan ketiga-tiga peguam Bala akan bertemu di London minggu depan. Biar kita lihat sama ada kenyataan Bala akan dirakam atau melihat pegawai MACC akan dibawa ke penjara?


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Pada hari Isnin (5 Julai 2010) dan Selasa (6 Julai 2010), MACC akan merakamkan kenyataan dengan Penyiasat Peribadi P. Balasubramaniam. Tempat ditetapkan di Holiday Villa yang terletak di London. Menurut laporan Berita Harian dan The Star, pertemuan itu telah disahkan oleh Bala dan ketiga-tiga peguamnya dan telah dijadualkan berlangsung di London.

Situasi terbaru ialah MACC telah menghantarkan surat kepada Bala dan memberitahunya bahawa peguamnya tidak boleh hadir ketika rakaman dengan Bala. Namum peguam Bala berkeras untuk menghadiri pertemuan itu dan sekiranya MACC enggan membenarkan penglibatan mereka maka pertemuan tersebut akan dibatalkan serta-merta.

Mungkin ini harapan mereka. Mereka sebenarnya tidak mahu merakamkan kenyataan Bala kerana risau dengan pembongkaran Bala kelak. Bala akan membawa bersama kesemua dokumen yang diperlukan, termasuklah bukti yang menglibatkan pemberian wang kepadanya supaya mengeluarkan Surat Akuannya Kedua yang bertentangan dengan Surat Akuan Pertama.

Saya telah berbincang dengan sekumpulan peguam British dan mereka bercadang untuk menghadiri pertemuan itu di Holiday Villa yang dijadualkan pada hari Isnin pagi iaitu 5 Julai untuk mencabar tingkah laku MACC dari segi undang-undang.

MACC tidak boleh menggunakan Akta Anti Rasuah atau Akta Rahsia Rasmi untuk digunapakai di Tanah British. Peguam British yang memberitahu saya kesemua ini. Di British, adalah menjadi hak setiap orang bahkan saksi untuk ditemani oleh seorang peguam. Adalah bertentangan dengan undang-undang British sekiranya seseorang itu dilarang untuk ditemani oleh seorang peguam sekiranya rakaman kenyataan hendak dijalankan.

Walaubagaimanapun, Bala melakukannya secara sukarela. Tiada saman atau waran yang dieluarkan terhadapnya. Bala juga tidak dipaksa untuk memberitakan kenyataan yang enggan diberitahunya. "Jadi kenapa MACC keberatan untuk berbuat demikan?" tanya peguam British.

British juga mempunyai Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) jadi MACC tidak boleh menggunapakai Akta Rahsia Rasmi untuk mencabar Akta Kebebasan Maklumat di British, tambah Peguam British.

Sekiranya MACC ingin melakukan operasi haram di London maka kita harus menujukan isu ini kepada perhatian polis Inggeris dan pegawai MACC akan ditahan dan didakwa, kata Peguam British.

Sini adalah British dan bukan Malaysia, yang mempraktikkan undang-undang rimba, tambah para peguam. Para pegawai MACC tidak boleh mengabaikan undang-undang British seperti yang mereka lakukan di Malaysia. Mereka akan menghadapi masalah sekiranya mereka cuba untuk melakukannya.

Jadi inilah masalahnya. Para pegawai MACC, PI Bala, dan ketiga-tiga peguam Bala akan bertemu di London minggu depan. Biar kita lihat sama ada kenyataan Bala akan dirakam atau melihat pegawai MACC akan dibawa ke penjara?

Saya akan berkunjung ke Holiday Villa dengan kamera saya Isnin depan dan menyaksi kesemua ini dengan hati yang bergembira. Dan saya yakin banyak Pegawai Cawangan Khas (Special Branch) dari Bukit Aman juga akan berada di sana dengan kamera mereka untuk mengambil gambar saya. Saya akan memakai topi Perancis, seluar jeans Amerika, kemeja Polo, memegang kamera Jepun dengan cerut Cuba di mulut saya.

Itulah yang disebut oleh saya pasal globalisasi.


Original Post www.malaysia-today.net
http://gomalaysian.blogspot.com/2010/06/pegawai-macc-mungkin-ditangkap-di.html

Tuesday, June 29, 2010

Panas, Isi Perbualan Telefon Israel- TURKI!


Rakyat Turki dihebohkan oleh perbualan telefon antara Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davutoglu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak berhubungan penyerangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara.

Akhbar Turki Habertürk edisi Sabtu (5/6) memuatkan transkrip percakapan tersebut. Berikut petikannya:

Barak: Telah terjadi penyerangan kepada tentera kami dari pihak aktivis Mavi Marmara. Tentara kami dicederakan dengan pisau. Para aktivis merebut senjata dari tentera kami.

Davutoglu: Kami menunggu permintaan maaf dari pihak anda. Kalian telah melakukan jenayah antarabangsa. Kalian mesti segera mengirimkan mereka yang tercedera dan terbunuh ke Turki.

Barak: Apakah kalian mahu mereka yang cedera?

Davutoglu: Kami yang akan membawa dan mengambil mereka. Pihak yang membunuh dan melukai orang-orang awam tidak mungkin mampu merawat mereka. Jika orang awam dipandang sebagai musuh, maka bagaimana dengan korban yang mati?

Barak: Kami bertindak atas dasar sekatan yang mesti dilakukan kepada Gaza sebagai pihak musuh.

Davutoglu: Apakah korban yang mati itu adalah musuh?

Barak: Terdapat banyak roket. Rakyat kami telah menerima ancaman roket-roket itu sebelumnya. Kami berbeza dengan Hamas. Kami sendiri tak ada masalah dengan Gaza.

Davutoglu: Apakah korban yang meninggal (di Mavi Marmara) itu menembakkan roket kepada kalian? Bagaimana boleh kalian membunuh orang awam itu? Turki bukan seperti negara mana pun. Turki memiliki kekuatan besar yang mampu menjaga warganya.

Barak: Kami sangat menghormati Turki sampai batas tertinggi, juga menghormati peranan yang telah dimainkan Turki selama ini.

Davutoglu: Penghormatan macam apa yang anda maksudkan? kalian telah membunuh rakyat kami di zon perairan antarabangsa. Tidak boleh ada satu pihak mana pun yang menghina kehormatan bangsa kami. Kalian telah tersesat selama lima tahun demi seorang tentera Israel (Shalit, ). Penduduk negeri kami juga bagi kami selaku pemerintah sangat penting. Kalian harus memperlakukan mereka juga dengan penuh rasa hormat. (ags/ht)

sumber

Ejen2 Mossad Gagal Bunuh Erdogan


Badan Perisikan Mossad Israel telah gagal dalam usaha mereka untuk membunuh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, kata sebuah akhbar mingguan Jordan.

Informasi sumber-sumber di Turki mengatakan bahawa plot rencana pembunuhan Mossad telah digagalkan oleh pasukan kemanan negara itu, petik al-Manar dari sebuah laporan di edisi terbaru akhbar mingguan Al-Majd .

Ada juga laporan yang menyatakan bahawa Israel telah berusaha untuk menghasut kekerasan di Turki dengan 'meminjam' dukungan dari kelompok separatis Kurdi, Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Sebelumnya pada bulan Jun, Sedat Laciner, kepala Strategis Penelitian Organisasi Internasional - sebuah think tank Turki - mengatakan bahawa ejen Mossad dan pesara militer Israel telah terlihat memberikan pelatihan kepada militan Kurdistan PKK di Iraq.

Laciner mengatakan Tel Aviv tidak memiliki persepsi positif terhadap parti yang berkuasa di Turki Parti Keadilan dan Pembangunan, yang dipimpin oleh Erdogan.

Setelah serangan Israel terhadap armada kebebasan yang menyebabkan sembilan warga negara Turki wafat pada tanggal 31 Mei, Ankara menyusun peta jalan (roadmap) untuk "benar-benar" memutuskan hubungan dengan Israel.

Presiden Turki Abdullah Gul sebelumnya telah mengumumkan bahqwa peta jalan yang akan disusun berdasarkan masalah tindakan terhadap Israel.

"Rincian Roadmap ini diproses di mana Turki benar-benar akan memutuskan hubungan dengan Israel dalam beberapa tahap, harian Turki Today Zaman melaporkan pada tanggal 17 Jun lalu.

Menurut peta jalan, langkah pertama adalah duta besar Turki ditarik dari Tel Aviv,dan tidak akan dikirim kembali kecuali Israel mengirim anggota ke komisi PBB untuk penyelidikan yang bertujuan untuk melihat lebih dalam atas serangan Israel terhadap armada kebebasan.

Peta jalan ini juga menyebutkan bahwa semua pelatihan militer dan kerjasama dengan Israel harus dihentikan dan menyatakan bahwa penyelidikan internal ke dalam serangan Israel itu sama sekali tidak diakui oleh Turki. (fq/prtv)

sumber

Turki larang pesawat Israel guna ruang udara,Malaysia pula alu-alukan Israel ke Malaysia........

ANKARA: Turki semalam melarang tentera Israel menggunakan ruang udara negaranya selepas kejadian kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang komando negara itu yang mengorbankan sembilan orang, bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas wujud tekanan supaya kedua-dua negara melihat semula hubungan yang pernah terjalin sebelum ini.
Dalam serangan komando Israel ke atas kapal misi Gaza itu, lapan yang maut adalah warga Turki dan seorang lagi memiliki dua kerakyatan iaitu Turki dan Amerika Syarikat.
“Mereka (Israel) memohon keizinan Poland untuk menggunakan ruang udaranya pada hari pertama selepas kejadian serangan 31 Mei lalu.

"Bagaimanapun, mereka (Israel) tidak diberi kebenaran," kata Erdogan kepada pemberita selepas pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak G-20 di Kanada.

Sementara itu, agensi berita The Anatolia yang memetik Erdogan di Toronto selepas tamat sidang kemuncak itu bahawa negaranya sudah menutup ruang udaranya kepada Israel. - AFP

Ini pula tindakan Malaysia terhadap ISRAEL:

1.Melantik firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding komunikasi penuh dalam membantu kerajaan menjayakan wawasan Satu Malaysia walaupun firma tersebut dibuktikan umum mempunyai hubungan langsung dengan kuasa zionis Israel.

2.Membawa masuk dua agen perisikan ketenteraan Israel ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melalui firma Asiasoft (M) Sdn. Bhd seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.

3.Membenarkan kapal kargo Israel memasuki pelabuhan Malaysia , kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei dan 7 Jun itu menimbulkan persoalan kerana Malaysia dan Israel tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik.

N'N:Sungguh berbeza prinsip dua negara Islam ini terhadap ISRAEL,anda buatlah pernilaian sendiri.........

Monday, June 28, 2010

Vincent Tan marah Pakatan Rakyat menjadi punca lesen judi bola dibatalkan!

http://2.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/TCimvdHO7rI/AAAAAAAAH_U/GOckvoS1Tkc/s1600/a.jpg

Memetik dari sumber berita di sini, penulis simpulkan beberapa isi penting, antaranya:

1. Bukti Pakatan Rakyat (PR) yg didokong bersama PAS, PKR dan DAP benar2 berjaya mempengaruhi keputusan kerajaan menghentikan lesen judi sukan!..kerajaan Umno akhirnya memetuskan ianya dibatalkan setelah sebulan (mungkin lebih sebulan) mereka bemesyuarat sesama mereka sama ada mahu 'duit besar' dari hasil judi Vincent Tan , atau 'protes besar' dari rakyat yg membantah judi, dan akhirnya Umno terpaksa akur atas asakan PR dan rakyat...(tahniah penulis ucapkan kpd PR)..

2. Bukti Vincent Tan mempunyai pengaruh besar dalam kerajaan (serta mempunyai hubungan dgn menteri umno/BN) selama ini khususnya dlm aktiviti perjudian negara..Vincent Tan berkuasa mutlak khusus dlm isu judi bola sukan ini sehingga memaksa kerajaan Umno memikir dan bermesyuarat sesama meraka sama ada mahu menerus atau membatalkan lesen judi sukan..



3. Bukti bantahan secara kecil-kecilan oleh pemimpin Umno di sesetengah negeri hanya dipandang sebelah mata oleh Vincent Tan, langsung tidak memberikan kesan..baginya bantahan kecil oleh umno negeri itu adalah ibarat melepaskan batuk ditangga dan hanya disebabkan terpengaruh dgn bantahan dan asakan secara besar2an Pakatan rakyat secara bersepadu antara PAS, PKR dan DAP..

4. Vincent Tan juga mendedahkan bukti bertulis bahawa kerajaan Umno melalui Kementerian Kewangan telah dahulunya memberikan kelulusan (dgn bersyarat) kpd syarikat judi utk menjalankan aktiviti judi sukan pada 13 Januari 2010...ternyata ianya sudah diluluskan awal2 lagi oleh kerajaan Umno/Najib, TETAPI malang, rakyat terus diperbodoh dan didungukan mindanya..berita ini cuba dirahsiakan dari pengetahuan rakyat..

5. Di dalam surat kebenaran lesen judi itu juga secara jelas tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh judi sukan..namun baru2 ini kerajaan Umno (Najib dan Muhyidin) mengatakan bahawa kerajaan tangguhkan pengumuman lesen judi sukan untuk mendengar suara rakyat...SAH, Umno awal2 lagi cuba merahsikan dari pengetahuan rakyat, dan meluluskan tanpa terlebih dahulu mendapatkan reaksi dari rakyat..Namun Allah maha Kuasa, berita ini terbongkar hasil dari asakan PR dan rakyat, akhirnya Umno mula ingin (kononnya) mahu mendengar reaksi rakyat..



6. Dari pengakuan 'Kumpulan Berjaya' juga jelas menunjukkan pada zaman Pak Lah lesennya telah dibatalkan, tetapi dikatakan dikeluarkan semula oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak...beginilah lagak PM 1Malaysia..apa pun, tahniah kpd Pak Lah kerana segera memutuskan utk tidak meneruskan lesen judi sukan..tidak perlu dibincangkan sehingga berbulan2, tidak perlu kononnya ingin mendengar reaksi rakyat, yg jelas haram tetap haram..dan takziah kpd Najib kerana terus membiarkan diri diperalat Vincent Tan sehingga berbulan lamanya..

7. Alhamdulillah..akhirnya kerajaan Umno akur dgn asakan Pakatan Rakyat..cuma kini persoalannya, apakah Najib akan mendapat kritikan terbuka oleh Tun Mahathir kerana tidak meluluskan judi sukan sepertimana yg menjadi hasrat terbukanya?..baru2 ini Mahathir dengan angkuhnya mengatakan bahawa beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya menjadi kerajaan..sungguh hina lagi mengaibkan..

Apa pun, kita lihat apa kesudahannya, penulis yakin ini bukan penamatnya, selagi mana Vincent Tan masih hidup, selagimana Umno masih terus memegang tampuk pemerintahan...wallahua'lam..

p/s: Ingat 3 Julai ini di Kuala Lumpur!!..kita raikan kemenangan rakyat, disamping meneruskan agenda membebaskan negara dari belenggu judi!..

Batal lesen: Vincent Tan persalah bookie haram, Pakatan

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan, dan kini menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan usaha itu, demikian menurut beberapa penganalisis judi sukan.

Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.

Tan (gambar) mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 juta hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.

Aktiviti pertaruhan haram di Malaysia dianggarkan boleh menjana pulangan bernilai RM20 bilion setahun.

Tan mengatakan perkara ini ketika majlis makan tengah hari bersama kira-kira 40 penganalisis pertaruhan di ibu negara.

Pada majlis itu beliau juga menunjukkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 Januari 2010 yang memberikannya kelulusan bersyarat mendapatkan lesen sukan judi.

Bagaimanapun sumber-sumber yang melihat surat itu berkata tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kumpulan Berjaya menyebut syarikat itu sangat kecewa dengan keputusan kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang telah diberikan secara dasarnya.

Sebelum ini Kumpulan Berjaya menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan semula lesen bagi membolehkan syarikat Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan selepas lesen asal telah dibatalkan oleh kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jumaat lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu.

“Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascot Sports.

“Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Najib berkata lesen berkenaan telah bermula pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana mengalami kerugian besar.

Sejak tarikh itu syarikat berkenaan telah mencuba beberapa kali untuk memperbaharui lesen dan baru-baru ini kerajaan telah memberikan kelulusan secara dasarnya berasaskan kepada syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi, katanya.

Najib berkata adalah menjadi hasrat kerajaan selama ini untuk mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara.- TMI

Oleh: Pria Malaya

Dr.Ridhuan Tee:tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi......

Dapat aku buat kesimpulan bahawasanya terbukti hanya UMNO/BN/APCO sahajalah yang menghalalkan JUDI.....

Baca artikel disini

APCO ker yang ajar NAJIB tipu ULAMAK nie????

http://3.bp.blogspot.com/_snvxpmtrq20/TCgy-vDCxvI/AAAAAAAAEhc/uga6KNVc02w/s1600/ulama.jpg

e-mail dari ustaz mobarak(Gambar)
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

Sumber

Aku Benci UMNO............

Semua masalah boleh diselesaikan dengan Al-Quran dan As-Sunnah tapi kalian tidak mahu maka dengan itu aku membencimu wahai UMNO.......Itulah alasan aku untuk membenci UMNO dan parti2 politik yang seangkatan dengannya......Susah sangat ker nak faham prinsip aku????

Tuesday, June 22, 2010

Keluarga Altantuya dapat bantuan Mongolia


Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu akhirnya berharap mereka akan mendapat keadilan apabila saman sivil ke atas kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda, dan dua pembunuhnya akan dibicarakan di mahkamah.

Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah mendapat pengesahan daripada kerajaan Mongolia bahawa mereka akan membayar RM70,000 sebagai wang jaminan dan kos perundangan sebelum kes itu dibicarakan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Mongolia yang meluluskan permohonan saya dan membuat keputusan berperi-kemanusiaan untuk membantu keluarga saya,” kata Shaariibuu dalam satu kenyataan melalui peguamnya Munkhsaruul Mijiddorj di Ulaanbaatar.

"Sekarang, saya bangga, anaknya mempunyai sebuah negara yang dipanggil Mongolia," katanya.

Pada Mac lalu, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, bersetuju mengurangkan jumlah kos sekuriti daripada RM1.25 juta kepada RM60,000, selepas mendengar permohonan daripada peguamnya di Malaysia, Karpal Singh.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaleha Yusof bersetuju menetapkan jaminan sekuriti RM30,000 setiap satu bagi kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif mendeposit sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, dan Abdul Razak yang diwakili peguam KK Wong, sebelum ini memfailkan permohonan upaya keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

Dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan Altantuya April lalu - Azilah Hadri and Sirul Azhar - tidak meminta sebarang jaminan bon sekuriti.

Set
ev Shaariibuu juga perlu mencari RM10,000 bagi kos perundangannya, tetapi Karpal berkata satu tabung akan ditubuhkan.

Dalam pada itu, Shaariibuu juga melahirkan rasa penghargaannya kepada orang ramai yang bersedia menghulurkan bantuan.

"Mereka termasuk peguam Karpal Singh, wartawan, anggota pertubuhan hak asasi manusia dan juga rakyat Malaysia,” katanya.

Susan Loone

Sumber

Khir Toyo nafi Satim Diman letak jawatan

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini menafikan khabar angin bahawa ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman mahu meletakkan jawatan.

"(Khabar angin itu) cuma tulisan di media sosial sahaja," katanya melalui kiriman SMS kepalaMalaysiakini pagi ini.

Malam tadi,
kegagalan Satim hadir dalam mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor menyemarakkan lagi spekulasi wakil rakyat itu ingin melepaskan semua jawatan politiknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata Satim ada menghubunginya dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam semalam kerana ada urusan.

Ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir menjelaskan, isu tersebut sengaja dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Umno Selangor.

Menurut ketua pembangkang Selangor itu lagi, terdapat penulis blog yang sebelum ini dilihat sebagai anti-Pakatan turut terlibat menyebarkan maklumat tidak benar itu.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin Satim - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.

Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian".

"(Dalam perbualan telefon) Saya berkata kepadanya (Satim), kalau tidak betul perkara itu, kita buat sidang media (menafikannya). Tapi beliau suruh (saya) diam sahaja perkara ini.

"Saya pun tidak pasti apa matlamat beliau cakap begitu," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini pagi ini.

Menurut Abdul Hamid, pejabat Umno Puchong pagi ini juga telah mengeluarkan arahan supaya isu peletakan jawatan Satim itu "tidak dibesar-besarkan".

Katanya, beliau sendiri mendengar desas-desus berhubung hasrat ketuanya untuk mengosongkan kerusi tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, Abdul Hamid yang ketua Umno cawangan Puchong Indah berkata dalam mesyuarat bahagian itu sebelum ini, Satim tidak membangkitkan hasratnya untuk melepaskan kerusi tersebut.

"Itu yang menjadi tanda tanya (sekarang ini). Mesyuarat sebelum ini kita berbincang untuk menguatkan perjuangan. Tak ada masalah," katanya.

Monday, June 21, 2010

SeNaRai 9 SyUHaDa MaVi MarMaRa BeSeRtA GaMBaR

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:



1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.



6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.




7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.



8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.




9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

Setiap jiwa yang berada dalam perjuangan tidak akan mengenal istilah tekanan,tidak akan mengenal istilah ugutan,tidak akan mengenal istilh kesakitan,mereka berada dalam penuh kesyukuran,tetapi hati mereka terubat dengan janji-janji Allah,menjanjikan hamba yang utuh berjuang dengan balasan syurga,Inilah janjinya yang benar,Bekerjalah Untuk ISLAM

sumber: Harakah Daily

Friday, June 18, 2010

PEKIDA Mengganas Di Melaka????

Setelah seminggu blog ini tidak dikemaskini maka hari bermula kisah mengenai kehidupan peniaga yang berniaga ditapak Stadium Hang Jebat dan MITC yang mana merupakan entiti besar kepada kejohanan SUKMA ke-13 kali ini.

Bukan ini untuk menceritakan berapa jumlah pingat yang dikutip oleh kontijen Melaka sebalik mahu mendedahkan sikap orang UMNO dan PEKIDA yang menjadikan peniaga sebagai tempat mereka memeras ugut dan dijadikan sebagai mangsa keganasan samseng mereka.

Hari ini saya dan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka sempat meninjau dan bertemu dengan beberapa pemilik gerai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap samseng-samseng UMNO yang meminta bayaran tapak sewa dengan kadar harga yang tinggi dan melampau.

Ada dikalangan peniaga wanita disepak terajang dan ditendang seperti aksi bola sepak. Mereka diperas ugut agar tidak melawan sebaliknya patuh dengan arahan yang diberikan oleh pengurusan. Tujuan utama pihak pengurusan berbuat demikian adalah untuk menutup mulut peniaga agar tidak bersuara mengenai kadar sewa tapak Stadium Hang Jebat.

Tapak Stadium Hang Jebat diuruskan oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL Downtown Night Market Sdn Bhd. Syarikat ini beroperasi di Ulu Klang, Ampang Selangor dan menjadi pengurusan sempena SUKMA ke-13 di Melaka.

Cuba lihat dalam surat yang dikeluarkan oleh syarikat milik KL Downtown ini. Surat tersebut merujuk mengenai tapak sewa di Stadium Hang Jebat dan ada terma-terma yang merujuk ke arah bersifat ugutan. Harga bagi setiap gerai adalah RM1000 hingga RM2800 sedangkan saiz khemah dan tapak adalah sama.

Pengurusan juga mengenakan kadar bayaran sewa harian mengikut kehendak mereka dan sehingga mencecah angka yang tinggi. Mereka mengenakan harga yang sesuka hati. Jika peniaga tidak dapat membayar sewa, mereka menyuruh peniaga meninggalkan tapak tersebut serta merta. Ada juga dikalangan peniaga dihalau dan diugut dengan pisau oleh samseng-samseng ini.

Samseng-samseng ini memperkenalkan diri mereka dari PEKIDA dan mereka akan menikam sesiapa sahaja yang cuba melawan. Pada masa yang sama pihak polis hanya jadi tunggul kayu sambil memerhatikan tindakan samseng ini. Mereka bukan melindungi peniaga sebaliknya melindungi samseng-samseng dan geng-geng PEKIDA.

Dikalangan peniaga ada yang membuat laporan polis tetapi pihak polis mengugut para peniaga agar tidak membuat rusuhan di balai sedangkan tindakan peniaga adalah untuk membuat laporan polis sebaliknya dituduh sebagai mengadakan rusuhan. Aggota polis tersebut menggugut peniaga jika tidak bersurai maka mereka akan memanggil FRU untuk meleraikan peniaga.

Begitu jahil dan kejamnya anggota polis sehinggakan tidak dapat membezakan peniaga dan samseng. Kejadian ini berlaku di sebuah balai polis di sekitar Tangga Batu. Polis bagaikan telah dirasuah oleh samseng kerana tidak bertindak ke atas samseng sebaliknya bertindak ke atas peniaga.

Seorang peniaga dari Utara menceritakan bagaimana dia tidak dapat tidur dengan nyeyak kerana bimbang barangan mereka akan dirosakkan oleh samseng-samseng UMNO dan PEKIDA ini. Pihak polis hanya berdiam seribu bahasa akan tidakan ganas samseng-samseng ini.

Ramai peniaga ditapak rasa tertipu dengan pihak pengurusan sama ada di Staium Hang Jebat dan MITC. Di MITC keadaan tapak peniagaan telah dikosongkan kerana para peniaga bimbang akan tindakan ganas dari samseng akan berulang dan mereka telah beredar pulang ke destinasi masing-masing kecuali di tapak Stadium Hang Jebat masih didiami oleh peniaga.

Rungutan daripada peniaga juga kedengaran ekoran jualan mereka merosot akibat tindakan zalim pihak pengurusan yang mengenakan kadar sewa yang tinggi dan tidak akan memulangkan deposit tapak sewa sekiranya penyewa tidak dapat berniaga sebaliknya memberi ugutan.

Beginikah sikap polis Melaka? Adakah berdiam diri melhat samseng-samseng bermaharajalela. Samseng-samseng ini dikatakan berasal dari Melaka dan Kuala Lumpur. Tujuan samseng ini datang ke Melaka adalah untuk menjadi "Geng Kongsi Gelap".

Ada peniaga dibelasah di dalam pejabat pengurusan sekiranya mereka membantah dengan kadar sewa. Ramai juga yang berdiam diri akan tindakan ganas samseng-samseng ini kerana bmbang akan diapa-apakan dengan senjata oleh samseng.

Pihak berkuasa harus menyiasat kes ini agar pegawai keselamatan lebih telus dalam menangani kes-kes jenayah yang terang-terang berlaku didepan mata mereka. Kalau kes yang mahu berdemonstrasi secara aman, polis bertindak ganas tetapi dengan samseng-samseng ditapak peniagaan macam hilang telur.

Ikuti kisah selanjutnya dalam post yang akan datang beserta dengan audio dari pihak peniaga dan juga surat sewa dari pihak pengurusan.

Sumber

Pemangku Raja Kelantan Tarik Balik 10 Pelantikan Dan Penganugerahan Gelaran

KOTA BHARU - Desas-desus penarikan semula pengurniaan jawatan dan darjah kebesaran sebelum ini akhirnya terjawab apabila Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, semalam, menitahkan penarikan balik 10 pelantikan dan penganugerahan gelaran melibatkan golongan profesional dan ahli perniagaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, enam daripada 10 mereka yang terbabit bergelar Datuk.

“Lima daripadanya adalah ahli perniagaan, seorang bergelar senator, seorang pegawai bank, seorang kakitangan Majlis Agama Islam, seorang bekas Pegawai Kewangan Negeri dan seorang lagi bekas Pegawai Kanan Kerajaan Negeri,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Penarikan pelantikan berkenaan adalah terhadap Ahmad Rusli Iberahim, 63, iaitu menarik balik Tauliah Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II), Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK) (Al-Ibrahimi V) dan Jaksa Pendamai (JP) berkuat kuasa 29 September 2009.


Ahli perniagaan, Wan Hassan Wan Zin berkuat kuasa 4 Mac lalu membabitkan gelaran Datuk Paduka bagi Darjah Kebesaran DJMK dan JP. Ahli perniagaan Mohd Raihan Datuk Seri Dr Eusuff Teh yang membawa gelaran Datuk Paduka bagi Darjah Kebesaran DJMK berkuat kuasa 4 Mac lepas.

Titah berkenaan turut melibatkan seorang ahli korporat terkenal, Tan Huat @ Tan Liang Chong berkuat kuasa mulai 15 Mac.

Penarikan terhadap tauliah Pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) (Al- Muhammadi II) dan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran (DJMK) (Al-Ismaili II) serta JP.

Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Negeri, Ismail Ghani, 56, iaitu menarik balik gelaran Datuk Paduka Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSP) (Al-Ibrahimi II), Pelantikan Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K) (Al-Ibrahim IV) dan Pelantikan Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK) (Al-Ibrahimi V) berkuat kuasa 9 Mei lalu.

Ahli perniagaan, Ibrahim Ab Kadir ditarikk balik Pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II), Bintara Sri Mahkota Kelantan (SMK) serta pelantikan JP berkuat kuasa 9 Mei lalu.

Titah berkenaan memebabitkan bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed yang ditarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) (Al-Ibrahimi I), Pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) (Al-Ibrahimi II) dan Pelantikan Ahli Yang Ketiga (Paduka) bagi darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK).

Selain itu, Pelantikan Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK) (Al-Ibrahimi III), Pelantikan Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K) (Al-Ibrahimi IV) turut ditarik balik berkuat kuasa 9 Mei lepas.

Tauliah Penganugerahan Bintang Sri Kelantan (SK) dan JP ditarik balik terhadap Tengku Abu Bakar@Tengku Azman Tengku Ismail, seorang pegawai bank berkuat kuasa 18 Mei lalu.

Terakhir melibatkan seorang pegawai lantikan kontrak di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan iaitu penarikan balik Penganugerahan Bintang Sri Kelantan (SK) Penganugerahan Bintang Ahli Kelantan (AK), Penganugerahan Pingat Taat (PT) dan JP terhadap Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir berkuat kuasa pada 9 Mei.SH

Sumber

Saturday, June 12, 2010

Siapa padam rekod perjalanan Altantuya???




Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 8 Jun - Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius. Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi.

Sumber

ISRAEL bersiap sedia bunuh lebih ramai sempena World Cup?

TINDAKAN zalim rejim Zionis yang berani membunuh sukarelawan dari seluruh dunia baru-baru ini ada hubungkaitnya dengan World Cup. Umat Islam pasti beramai-ramai terpaku di dalam kaca TV dan melupakan pembunuhan zalim tersebut. Lebih dahsyat lagi, rejim Najib juga sebelum ini cuba tumpang sekaki membuat duit sempena World Cup dengan berkempen membenarkan judi World Cup sebelum ditempelak oleh Pakatan. Artikel mengkaji 2 kejadian besar yang berlaku melibatkan Zionis sikit hari ini:

1. IRAN

Kenyataan tentera Iran bahawa pasukan tentera Iran sedia mengiringi mana-mana kapal yang ingin membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza bagaikan satu ludah kepada pemimpin negara Islam yang kebanyakannya bacul.

Tindakan ini pasti meretakkan lagi hubungan Iran dengan negara barat. Negara 'Islam' seperti Malaysia pula setakat berani mengutuk dari jauh. Hamas yang diundi oleh rakyat Palestin pun ditolak mentah-mentah oleh UMNO yang selama ini hanya mengiktiraf Fatah dan APCO.

2. Rejim UMNO dan bantuan APCO.

Dikala akhbar pro-UMNO membawa berita memburukkan negara jiran seperti Singapura, UMNO telah menggadai Batu Putih dan lain-lain kawasan kepada Singapura dalam win-win situation.

Hubungan erat Singapura dengan Israel khususnya dalam ketenteraan dipandang sebelah mata oleh UMNO. Mungkinkah rejim Zionis telahpun berjaya mempengaruhi dasar luat malaysia berikutan penglibatan APCO, sebuah syarikat Zionis?
Sidang Media Lesen Judi Sukan Batal, Najib Bersandiwara

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan Umno-Barisan Nasional sememangnya tidak mempunyai keazaman politik dan hanya bermain bermain sandiwara berhubung lesen judi sukan oleh Kementerian Kewangan kepada Ascort Sports Sdn Bhd.

Pengerusi Biro Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty yang dihubungi Suara Keadilan berkata Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Jamil Khir Baharom tidak ada kekuatan walaupun secara keseluruhan rakyat rakyat telah menolaknya.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuma bersandiwara kerana tekanan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang lebih kuat sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab pula tidak ada keberanian untuk menegur Perdana Menteri apabila tunduk dengan tekanan pihak tertentu.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut menegur supaya kerajaan Umno-BN mendengar suara rakyat tapi nampaknya seperti tidak diendahkan," ujar Manuty.

Katanya lagi, pemimpin Umno-BN hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat implikasi buruk yang bakal dihadapi masyarakat dengan gejala sosial tersebut.

"Tidak keterlaluan kalau dikatakan pemimpin Umno-BN sememangnya sinonim dengan aktiviti judi dan pertaruhan. Najib tidak konsisten dengan kenyataannya untuk mengkaji semula kelulusan lesen judi sukan.

Pagi tadi, sidang media yang sepatutnya diadakan oleh menteri yang bertanggungjawab berhubung pemberian lesen judi sukan telah dibatalkan pada saat-saat akhir.

Menurut sumber, pembatalan itu adalah atas arahan Perdana Menteri.

Kira-kira 40 orang petugas media yang menunggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam hampa selepas diberitahu sidang media itu dibatalkan.
Sumber

Gempar: Yahudi Bom Ambulan Mercy Seramai 19 orang terkorban.

Sms dari member yang berbunyi;

Innalillah wa inna ilahi rojiun....

Baru saja dapat khabar berita dari Dompet Dhuafa: Ambulan Team Mercy yang bawa doktor2 dari seluruh dunia menuju ke Palestin di bom Yahudi Laknatullah.

Seramai 19 orang terkorban.

Mohon doanya dari seluruh mukmin/mukminah.

Dari DDR & Dr. Jose Rizal.

Sebar2 kan.

Sumber

Friday, June 11, 2010

Lagi Kes UBN Menipu:Pekerja pilihanraya Bn kena tipu.....



Mana duit kami?

HULU YAM – Beberapa belia yang ditugaskan melakukan kerja-kerja pembersihan dan penurunan poster, kain rentang dan bendera Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor lalu menuntut supaya bayaran dijanjikan dijelaskan segera.

Mereka mendakwa dijanjikan bayaran tertentu sebagai upah melakukan kerja tersebut sehari selepas BN diumumkan memenangi kerusi Parlimen ini.

Salah seorang petugas terbabit, Mohd Arif Mokhtar, 34, berkata, dia dan beberapa rakan lain sepatutnya dibayar sebaik kerja yang diarahkan telah dilaksanakan.

Tetapi katanya, setelah lebih sebulan dijanjikan, bayaran yang hanya berjumlah RM2,500 itu masih belum dijelaskan.

“Kami diminta melakukan kerja-kerja tersebut oleh seorang yang bergelar Datuk yang juga bekas wakil rakyat BN di sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Saya sendiri telah bercakap dengannya menerusi telefon dan beliau mengarahkan kerja-kerja itu dilakukan segera bagi mengelak didenda.

“Tetapi, setelah semuanya selesai, bayaran yang dijanjikan tidak dijelaskan sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Arif berkata, jumlah RM2,500 itu ditetap berdasarkan kos pengangkutan yang disewa selama tiga hari untuk melakukan kerja-kerja tersebut selain bayaran pekerja.

Menurutnya, kerja-kerja itu dilakukan di sekitar Hulu Yam meliputi tujuh buah kampung dan lima taman perumahan termasuk di jalan-jalan utama.

Sementara itu, menurut seorang lagi pekerja, Mohd Faiz Rosli, 28, berkata, dia agak terkilan dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin terbabit sehingga sanggup menipu.

Menurutnya, sebagai belia, dia kecewa kerana semangat mereka berkempen sebelum ini termasuk melaksanakan tugas yang diberikan dibayar dengan perbuatan sedemikian.

“Pada awalnya, kami tak rasa akan ditipu kerana dijanjikan oleh seorang yang berpengaruh dan kerap mendesak supaya kerja-kerja penurunan poster dan bendera itu dilakukan segera.

“Tetapi, malangnya pemimpin itu menipu dengan alasan yang pelbagai,” katanya.

Mohd Faiz berkata, kesanggupannya untuk melaksanakan kerja-kerja itu didorong rasa semangat atas kemenangan calon BN, P Kamalanathan yang menang di PRK lalu.

Tetapi, sebagai belia kampung berkenaan dia kecewa kerana ditipu oleh pemimpin berkenaan.

Shafri Rashid, 49, pula berkata, sekiranya bayaran itu tidak dijelaskan, tindakan laporan polis akan dibuat.

Selain itu, dia juga akan membawa perkara itu ke pengetahuan pemimpin atasan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -

Sumber:Sinar harian

Muktamar Kelantan bakal saksikan kelainan

Kita amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas kehendak-Nya, Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-56, dapat berlangsung mulai 9 hingga 13 Jun 2010.

Muktamar kali ini diadakan di Kota Bharu, menjelang sambutan 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemilihan Kelantan sebagai lokasi Muktamar kali ini begitu signifikan dan amat bermakna buat PAS, kerana ia merupakan tapak kekuatan PAS yang unggul sejak 20 tahun yang lalu.

Muktamar kali ini diserikan dengan kehadiran sayap baru PAS, iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai puluhan ribu ahli dari seluruh negara.

Melepasi usia setengah abad, menerajui beberapa buah kerajaan negeri, dijatuhkan, menjadi pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama, menjadikan PAS sebuah parti yang matang dan berdisplin.

Kini, PAS bukan sahaja dikenali sebagai sebuah parti Islam yang didominasi orang-orang Melayu, namun ia mendapat kepercayaan kalangan bukan Melayu dan bukan Islam untuk menjadi sandaran.

Keterbukaan kepimpinan PAS dan keadilan dalam pemerintahan PAS di beberapa buah negeri, menjadi asas kepercayaan ini.

Sebagai sebuah parti yang bertunjangkan Islam, memperjuangkan kepentingan Islam dan umatnya, namun PAS berjaya berlaku adil kepada semua golongan, agama dan kaum di negeri-negeri yang diterajuinya.

Keadilan inilah yang menjadi asas kepada kepercayaan. Keadilan inilah yang menjadi simbol perjuangan Islam, iaitu, jika kita mendasari pemerintahan negara dan negeri dengan asas Islam, Insya-Allah semua golongan akan menikmati keadikan yang sebaiknya.

PAS di bawah kepimpinan ulama, berusaha mengasaskan pemerintahannya dengan adil, saksama dan makmur, sebagaimana firman Allah (mafhumnya):

"....Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!" (Surah Saba, ayat 15).

Muktamar kali ini diadakan diketika kemuncak kepercayaan rakyat terhadap PAS dalam beberapa buah negeri yang dikuasainya, beserta dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, direalisasikan di peringkat yang lebih tinggi.

Rakyat mahu melihat PAS dan Pakatan Rakyat terus mengungguli aspirasi rakyat, menjamin keadilan dan ketelusan, dengan terutama sekali menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Untuk itu, PAS seharusnya membuat persediaan daripada sekarang, PAS mest mempunyai kepimpinan dinamik, ahli yang mantap dan istiqamah.

PAS harus memperkukuhkan sistem tarbiyah dan memantapkan fikrah, agar segala jurang kelemahan dalaman dapat diperbaiki.

PAS juga tidak harus menoleh kebelakang. PAS harus melangkah ke hadapan. PAS harus memperkukuhkan Pakatan Rakyat, untuk bersama-sama menerajui negara.

Maka bersempena dengan Muktamar kali ini, amat diharapkan ia menjadi medan perbahasan yang menambahkan kematangan dan komitmen perjuangan.

Kepada Allah jua kita panjatkan doa agar segala usaha dan kerja-kerja Islam kita direstui dan dirahmati-Nya.

Selamat bermuktamar

Sumber

Umno: Judi dan Israel

Nampaknya Umno semakin bercelaru. Sekejab ada, sekejab tiada. Cakapnya berbelit-belit macam ular kenal palu. Umno putar alam. Umno kini berada dalam keadaan amat letih dalam menghadapi kemelut yang melandanya.

Krisis yang melanda rakan kongsinya MIC. MCA, Gerakan dan dalam UMNO sendiri ada kumpulan anti-Najib (sepertimana kumpulan yang wujud semasa Pak Lah berkuasa dulu) senantisa mengintai peluang merebut kuasa.

Sebab itu dalam rombakan karbinet baru-baru ini, Najib mendapati ahli parlimen UMNO-BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Karbinet Najib dipenuhi dengan senator yang dilantik melalui pintu belakang bukan mencerminkan ‘karbinet rakyat’.

Tidak pernah dalam sejarah ahli parlimen UMNO yang memegang jawatan ketua pemuda tidak dilantik ke jawatan kerajaan, tetapi Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau diketepikan dalam sebarang perlantikan ke jawatan tertentu dalam kerajaan Najib menimbukan kemarahan di kalangan pemuda.

Sebaliknya, Mohd Ezam MOhd Noor yang sebelum ini sebagai penderhaka kepada UMNO dilantik sebagai senator. Apa yang Ezam tidak kata pada UMNO. Beliau memaki hamun UMNO dan merendahkan darjat UMNO sehina-hinanya setaraf anjing kurap ditepi jalan. Beliau menjadikan UMNO sepria-prianya.

Orang yang taat dan setia pada perjuangan UMNO tidak mendapat tempat dan dihargai oleh Najib, orang macam Ezam mendapat tempat di hati Najib.

UMNO bukan sebuah parti politik yang cemerlang dalam usia 52 tahun ia memerintah. Ia banyak mendatang masalah daripada menyelesaikan masalah.
Banyak contoh-contoh yang kita dapat kutip daripada pelbagai sumber yang menunjukan bahawa bangsa Melayu-Islam semenjak merdeka masih lemah dalam berbagai sector, tidak banyak kemajuan yang dicapai.

Majoriti Melayu-Islam berada dalam kedudukan di bawah garis kemiskinan. Yang kaya raya ialah kelompok yang mengelilingi elit politik yang berkuasa.
Orang Melayu-Islam semakin renggang dan rapuh daripada amalan Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad saw. Ini adalah kesan daripada kebobrokan kerajaan pimpinan UMNO yang memerintah berprinsipkan bersultan di mata dan beraja di hati.

Untuk tulisan ini saya tidak membicarakan pengkianatan UMNO terhadap bangsa Melayu dan Islam, yang saya hendak sentuh ialah berkaitan isu judi dan serangan Israel terhadap misi bantuan ke Gaza.

Tindakan UMNO menghalalkan judi bola sepak menimbulan tentangan terbuka oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira ianya Islam dan bukan Islam. Semuanya bersatu bangkit menentang judi tersebut. Ia akan beroperasi sebaik sahaja bermulanya kejohanan bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan pada 11 Jun ini.

Seluruh rakyat yang sedar [kecuali golongan haprak dalam UMNO dan golongan yang sejenis dengannya] yang judi itu tidak banyak mendatangkan munafaat, sebaliknya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan terhadap kehidupan masyarakat.

Oleh sebab itu, Allah swt mengharamkan sebarang bentuk perjudian, tetapi UMNO yang menjadi kerajaan dan terdapat juga ahli-ahli, penyokong, beberapa pemimpin dan menteri serta agamawan di kalangan UMNO menyokong perjudian ini dilaksanakan (tidak memberi sebarang respon) terhadap bantahan rakyat.

Mereka dengan penuh kebanggaan, penuh kemegahan dan keegoan mencabar dan menentang perintah Allah swt. Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya terasa amat kesal dengan ‘jenayah agama’ yang mereka lakukan itu.

Kita juga kesal terhadap golongan Islam sendiri yang sering menghina, memperleceh dan menderhaka kepada Allah swt melalui lisan, tulisan dan tindakan serta pihak yang tidak bertanggungjawab mengalakkan berbagai aktiviti maksiat yang bercanggah dengan Islam.

Ia juga termasuk pihak yang terlibat dalam mengubal dan meminda berbagai peraturan dan undang-undang dengan membawa masuk unsur-unsur yang membolehkan umat Islam menjauhi diri daripada Allah dan RasulNya.

Melihat suasana ini, negara ini masih jauh untuk mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah swt. Selamanya kita akan diselubungi oleh berbagai masalah social yang tidak kunjung padam. Satu mala petaka kepada rakyat Malaysia selagi kita gagal untuk menghapuskan UMNO dari tampuk kuasa.

Berdasarkan keadaan semasa dan curak hidup rakyat kita tidak secekal dan segagah rakyat Thailand, Filipina, Indonesia dan Iran, adalah amat sukar untuk menjatuhkan UMNO.

UMNO mencengkam kuasa begitu kuat untuk mempergunakan segala institusi dalam Negara. Walau pun begitu, kita masih ada senjata iaitu ‘DOA’. Ini sahaja jalan yang ada bagi umat Islam di negara ini pada masa kini. Doa merupakan satu keistemewaan yang tidak ada pada umat yang lain.

Dalam peperangan BADAR, Nabi Muhammad saw berdoa kepada Allah swt supaya beliau dan pengikut serta Islam diselamatkan. Abu Jahal juga berdoa kepada tuhan semoga Nabi dan pengikutnya serta Islam dihancurkan.

Akhirnya, permohanan Nabi diperkenankan oleh Allah swt dan Abu Jahal serta kumpulannya dihancurkan oleh Allah. Oleh itu, umat Islam digalakkan berdoa dan menyerah kepada Allah swt untuk menentukannya. Allah ada kaedahnya tersendiri untuk menghapuskan UMNO.

Tanda-tanda kehancuran UMNO sudah ada seperti tanda-tanda dunia hendak kiamat. Bila masanya hanya dalam ilmu Allah swt, tidak siapa yang tahu.

Meluluskan judi bola sepak kepada Berjaya Group dan Vincent Tan berikrar akan memberi sumbangan sebanyak RM525 juta untuk badan-badan kebajikan dan NGO-NGO seolah-oleh UMNO mempersendakan hukum Allah terhadap judi secara terang-terangan.

Penentangan ini bererti mereka tidak secara langsung turut menentang Allah swt sendiri yang menjadikan alam ini dan segala isi kandungannya.

Jelaslah, mereka sebenarnya adalah pengikut Firaun laknatullah bukan pengikut Nabi Muhammad saw dengan menghalalkan judi melalui kaedah pengeluaran lesen perniagaan supaya ia dapat beroperasi secara sah sepertimana aktiviti-aktiviti perniagaan lainnya.

Penentangan judi bola sepak ini satu perkara, tetapi yang lebih menakutkan dan apa yang kita khuatirkannya ialah UMNO akan terus mengeluarkan lesen judi sukan kerana dalam negara kita ini ada berbagai jenis sukan sepanjang tahun telah ditakwimkan, di samping itu ada kejohanan bola sepak luar Negara seperti Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champions).

Disebabkan penentangan rakyat dari seluruh rakyat dan rakyat bukan Islam pun turut bersama dalam gerakan anti judi ini, maka UMNO menjadi kecut perut. UMNO tidak sangup menanggung risiko, maka ia pun mula berlakon, buat macam orang bodoh.

Bila ia terantuk baru ia mengatakan judi bola sepak masih dalam pertimbangan kerajaan dan belum dikeluarkan lagi. Sebenarnya Najib sudah pun meluluskankannya, tetapi disebabkan penentangan terlalu kuat, maka ia tarik balik pemberian lesen kepada Berjaya Group. Satu kejayaan untuk rakyat yang bencikan judi

Sumber:Harakahdaily

Thursday, June 10, 2010

Jawapan untuk soalan seorang BLOGGER ASOBIYAH PRO UMNO & KETUANAN MELAYU............

Anonymous Anonymous said...

Salam Ziarah.... Nak tanya ni. Andainya PR dapat menang dlm PR13 nanti, pasti hari ini sudah ada kebinet bayangan. Siapakah bakal menjadi PM nanti? Apabila PR menang, pasti banyak minta dari setiap parti gabungan dalam PR. Apa yang menakutkan ialah apabila DAP meminta dipinda Perlembagaan Persekutuan terutama yang menyentuh dan melenyapan KETUANAN MELAYU keatas negara ini.

10 June 2010 06:12

Delete
Blogger Na'im Nikmat said...

Ini jawapan untuk soalan saudara:

Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sudah tentu orang Melayu UMNO akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam.

Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu UMNO akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.

Tetapi orang Melayu UMNO tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah PM Melayu yakni Dr.Mahathir....

Orang Melayu UMNO tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.
Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu UMNO diam sahaja dan mereka boleh terima.

Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu UMNO merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.

Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman asabiah sempit.


Sudahkah saudara bayangkan?

Jangan jadi PENGKHIANAT - Mursyidul AmTuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

http://2.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/TBBXBFDPihI/AAAAAAAAJUQ/HGVZQlN1FYI/s1600/na_rasmi.jpg
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru Parti Islam Se-Malaysia untuk merapatkan barisan bersama komponen Pakatan Rakyat dan jangan sesekali menghampiri Umno-Barisan Nasional.

Bercakap ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat malam tadi, Pas hanya membunuh diri sendiri jika ia mengkhianati amanah rakyat berbilang bangsa dan bersekutu dengan Umno-Barisan Nasional yang beliau sifatkan sebagai gagasan yang menentang nilai-nilai Islam.

Ucapan Nik Aziz dijangka menjadi panduan kepada halatuju muktamar ketiga-tiga dewan utama Parti Islam SeMalaysia hari ini, dan dikatakan bakal mempengaruhi sentimen 1,000 perwakilan di muktamar utama 11 Jun depan.

Nik Aziz dalam amanatnya menggesa ketiga-tiga dewan fokus kepada merangka strategi menawan 110 kerusi Parlimen majoriti penganut Islam dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Parti Islam SeMalaysia bagaimanapun diingatkan bahawa ia tidak akan kekal relevan jika ia mengabaikan denyut nadi masyarakat bukan Islam.

"Sejarah mencatatkan bagaimana pas diajak masuk bergabung dalam barisan nasional. pas pada masa itu menyambut tangan perpaduan dengan harapan kebaikan yang berpanjangan. rupanya bn adalah perangkap bagi Pas. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik perancang,"

"Saya rakamkan disini bukanlah untuk mengungkit luka lama berdarah kembali, jauh sekali bara dendam untuk dimarakkan, tetapi sebagai peringatan dalam menongkah arus perjuangan. Ingin saya ingatkan disini bahawa sejarah mencatit bahawa Umno bukanlah rakan yang setia - tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melempar senjata,"

Bagi tokoh politik veteran ini, kesinambungan hayat Pas sebagai pemangkin perjuangan para anbiya terjamin jika ia memperkukuh perikatan sedia-ada dalam Pakatan Rakyat.

Pas digesa supaya lebih berani bergerak dalam arus kepelbagaian, sepertimana wajah Islam sebenar yang menolak garis perkauman dalam menilai keperibadian individu.

Dihadapan ribuan yang hadir malam tadi, Nik Aziz menegaskan tanpa Islam, Pas hanyalah jasad yang besar tanpa roh.

"Kita mahu eratkan hubungan kita dengan DAP dan PKR, dan kita mahu rakyat berikan mandat pada kita. justeri itu kita harus berani tawarkan alternatif ini dan berikrar pada semua kaum bahawa kita akan membuang semua unsur kerosakan yang dibawa Umno-Barisan Nasional. Kita mahu gantikan dengan kerajaan yang berintegriti, yang adil, bermoral dan bertanggungjawab, kerana memang begitu ajaran Islam,"

"Strategi sebegini adalah penting kerana nilai perjuangan kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat. Lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang menimbulkan kekalutan pada rakyat dan pada negara,"

Nik Aziz memberi perhatian khususnya kerana peranan Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda dan menyarankan kedua sayap ini merencana strategi menarik sokongan wanita dan golongan muda kepada Pas, menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Beliau menyorot perhatian akar umbi bahawa tren para pengundi bukan Melayu dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini secara keseluruhan menolak Barisan Nasional.

"Saya suka mengingatkan kita agar memerhati perkembangan ini dengan serius. Pas sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang Melayu terus diperbodohkan dengan pukauan Ketuanan Melayu, yang merupakan dongeng pemimpin Umno,"

"Mereka harus diingatkan bahawa keris yang dijulang pemimpin Umno digunakan untuk menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya adalah Kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak yang diraih dari buminya sendiri,"

Nik Aziz sekali lagi mengingatkan Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda bahawa slogan Ketuanan Melayu menanam rasa cemas, takut dan dendam dalam jiwa anak-anak bukan Islam. Jika perasaan negatif ini disemai secara berterusan, maka permusuhan akan sentiasa menghantui rakyat Malaysia.

"Sudah sampai masanya kita lebih serius mewajahkan Islam yang telah disolek dengan buruk oleh Umno. Rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa Islam telah diterima masyarakat India dan Cina lebih awal dari orang Melayu,"

"Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang sedia berjuang bersama kita dan mendekatkan Islam pada golongan bukan Islam,

TVSelangor

Wednesday, June 9, 2010

MP Bergaduh Di Tempat Rehat Dewan Rakyat......

Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

MP Kinabatagan, Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa 'orang luar' juga berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, justeru katanya “keselamatan ahli parlimen tergugat'.



Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkan antara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun dengan pemimpin pembangkang.Menurut Idris ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

Mesyuarat diganggu

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya,” katanya kepada wartawan.

Menurut Idris, oleh kerana jumlah mereka lebih ramai, beliau mengambil keputusan untuk berundur.


Sementara itu, pemimpin DAP Perak, M Kulasegaran memberitahu wartawan bahawa perbincangan mereka yang sedang berlangsung diganggu oleh dua ahli parlimen kerajaan itu.

"Parlimen adalah tempat untuk rakyat datang dan menyuarakan pendapat mereka. Rakyat sepatutnya tidak dihalang ke mari,” katanya sambil menambah kedua-dua MP Umno berkenaan tidak diundang menyertai perbincangan mereka.

MP Padang Serai N Gobalakrishnan mengesahkan perkara itu dan berkata Kulasegaran telah mendapatkan kebenaran daripada parlimen sebelum memulakan perbincangan mereka itu.

"Ini mesyuarat persendirian dan parlimen membenarkannya,” katanya.




Pemimpin Pakatan Rakyat lain yang menyertai perbincangan itu adalah MP Puchong Gobind Singh Deo, Menteri Besar Perak yang disingkirkan yang juga MP Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin, ADUN Sungkai Sivanesan, MP Kapar S Manickavasagam, MP Sungai Siput Xavier Jeyakumar, MP Bukit Mertajam Chong Eng, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Rasah Anthony Loke.


Seorang daripada tetamu berkenaan adalah Presiden Persekutuan Pertubuhan India Malaysia yang mendakwa kekurangan biasiswa untuk pelajar bukan bumiputera.

Sumber

Tuesday, June 8, 2010

Gambar komando israeil yang kalah dengan Sukarelawan Islam tanpa senjata...

Gambar ini diambil di atas kapal Marmara dalam peristiwa yang telah lepas.

Sumber

Saifuddin Nasution:Usul kecam Israel serlahkan ‘talam dua muka’

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail menganggap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagai ‘talam dua muka’ dalam melayani protes rakyat serta pembangkang berhubung usul mengecam kezaliman zionis Israel menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Baginya usul yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat pagi tadi semata-mata untuk menonjolkan wajah positif Umno BN kononnya anti pada layanan zionis Israel ke atas umat Islam di Gaza.

Selain mahu dilihat positif oleh rakyat, beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, ucapan Najib dan Muhyiddin seakan mahu mengekalkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat yang nyata dilihat dunia sebagai proksi pada zionis Israel.

“Saya berasa tidak ada yang berbeza kecuali Najib dan timbalannya (Muhyiddin) cuba serlahkan dua wajah masing-masing atau talam dua muka,” ujarnya.

Pertama, menurut beliau, Najib mahu rakyat melihat kerajaan Umno BN bersama-sama mereka dalam menentang zionis Israel.

Kedua, katanya lagi, Najib mahu Amerika Syarikat melihat Malaysia kelak setia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara hegemoni tersebut.

Kalau anggapan itu tidak benar, menurut Saifuddin, Najib sudah tentu bersedia menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul khas, iaitu pendirian Malaysia berhubung dasar-dasar luar dengan negara hegemoni AS.

“Anwar cabar dia (Najib) untuk menyatakan pendirian Malaysia dalam dasar-dasar luar seperti negara (Malaysia) dengan Amerika Syarikat juga merupakan sekutu kuat Israel zionis,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, sepatutnya Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas terhadap hubungan tidak langsung Amerika Syarikat dan zionis Israel supaya tindakan negara itu mampu membantu dunia melemahkan zionis Israel di Gaza.

“Zionis Israel mungkin lemah di Gaza kalau tidak dengan sokongan diplomatik (serta) ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan itu yang wajar Malaysia pertegaskan dalam usul pagi tadi,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau mempersoal inti utama Najib, iaitu Turki digesa membawa zionis Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Buat apa Najib minta Turki pula yang membawa isu keganasan Israel ini ke ICJ, sedangkan kita hanya boleh buat lebih dari itu bekerjasama dengan Turki mengepalai dunia untuk menentang keganasan zionis Israel sekarang,” kata beliau lagi.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, Najib sehingga sekarang belum bersedia memutuskan hubungan korporatnya dengan firma perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) walaupun banyak pihak mendedahkan tentang keterlibatan agen zionis Israel dalam firma tersebut.

“Kalau APCO pun, Najib tidak bersedia dengan satu wajah yang jujur, tidak sukar bagi Najib serta timbalannya (Muhyiddin) untuk mempunyai dua wajah asalkan rakyat terus sokong Umno BN (dan) pihak luar terbabit boleh tolong tunjuk ajar kepada kita apa yang terbaik untuk kita,” ujar beliau.

Sumber:Harakahdaily

Saturday, June 5, 2010

Umno-BN Perlekeh Pergorbanan Sukarelawan Malaysia Yang Sanggup Mengejar Syahid, Turki Pula Anggap Mereka Sebagai Wira....

KUALA LUMPUR 5 Jun - Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN , Mustaffa Kamil Ayub kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tidak mengiktiraf pengorbanan sukarelawan yang terselamat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lepas.
"Faktor alasan kewangan tidak dapat diterima sama sekali sedangkan komitmen kerajaan Turki lebih tinggi berbanding negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia.
"Saya berasakan ini berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kontrak yang dimeterai antara kerajaan Umno-BN dan Apco.
"Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya seperti terikat dan mengikut telunjuk untuk mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Menurut Mustaffa lagi, ini mungkin mempunyai kaitan dengan kezaliman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan Altantunya.
"Kita juga sangsi dengan respon Najib yang begitu lambat bertindak berhubung serangan komando rejim zionis Israel terhadap kapal Mavi Marmarra yang menyebabkan 9 aktivis dan berpuluh lagi cedera.
"Kontrak yang dimeterai Najib dengan syarikat Apco Worldwide menjadi satu sebab kerajaan Umno-BNl bersikap sederhana terhadap sukarelawan Malaysia yang terselamat," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Sebelum itu, media melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata Angkatan Tentera Malaysia tidak akan mengadakan penerbangan khas untuk membawa pulang 12 sukarelawan dan media Malaysia yang dibebaskan dari tahanan tentera Israel.
Ahmad Zahid memberi alasan penerbangan itu akan membabitkan kos yang tinggi dan setakat ini tiada permintaan daripada kerajaan Umno-BN untuk membawa mereka pulang menggunakan pesawat tentera.

Sumber:SuaraKeadilan

Friday, June 4, 2010

PELIK TAPI BENAR:Imam Masjid Sultan Yusuf,Rapat Setia(Masjid Pro-UMNO) Baca Khutbah Bidas Kerajaan Menghalalkan Judi Bola Sepak.....

Umpama mimpi dalam mimpi itulah perkataan yang dapat digambarkan ketika mendengar Khutbah Di Masjid Sultan Yusuf Rapat Setia yang terkenal sebagai Masjid Pro-UMNO sejak turun-temurun.

Namun walau bagaimana lantang pun Khatib itu membacakan Khutbah tapi sekiranya mereka masih lagi menyokong UMNO dan terus-menerus berada didalam UMNO maka sia-sialah segala-galanya kerana berada didalam UMNO membuktikan bahawa mereka redha dengan kemungkaran yang telah pemimpin2 UMNO lakukan.

Firman ALLAH S.W.T
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah At-taubah ayat 23)

Rakyat Malaysia Jangan Terkejut Gaji Guru Sekolah Agama Rakyat Hanya RM450 Sebulan!! Terima Kasih Kepada Dr.M & Pemimpin2 UMNO...........

PULAU PINANG, 3 Jun: Dilema yang dihadapi oleh guru-guru atau tenaga pengajar di sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh terus terpinggir tanpa ada mana-mana pihak yang benar-benar serius membela nasib mereka.

Dengan pendapatan antara RM450 hingga RM1000 sebulan di zaman serba mahal ini, mereka sebenarnya berada dalam dilema antara mahu mendidik anak bangsa mereka dengan ilmu agama dengan keperluan asas kehidupan mereka sendiri.

Dilema ini berlaku di seluruh negara. Mungkin berbeza dengan Kelantan kerana di sana ada badan khas iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menjaga kebajikan dan menguruskan kepentingan mereka.

Di Pulau Pinang, masalah ini terbiar sejak dahulu seolah-olah mereka boleh hidup pagi, petang dan malam dengan membaca ayat suci Al Quran sahaja.

Namun, amanah dan tanggungjawab yang mereka pikul untuk mendidik dan memberi ilmu kepada anak-anak di teruskan walau dengan gaji yang tidak seberapa.

Tinjauan Harakahdaily ke Sekolah Agama Madrasah Nahdatul Islah, Kubang Semang, Bukit Mertajam baru-baru ini untuk melihat dari dekat masalah ini mengejutkan pihak kami.

Guru-guru di sini hanya menerima gaji RM450 sebulan dari Jakim di samping tambahan tidak sampai RM100 dari pihak sekolah hasil dari yuran pelajar di situ.

Sekolah ini mempunyai hampir 100 orang pelajar berusia antara enam hingga dua belas tahun.

Mereka ditempatkan di enam buah kelas dengan pengawasan daripada lapan orang guru yang kebanyakannya mempunyai diploma dalam pelbagai bidang pendidikan agama.

Kelas bermula pada sesi petang antara jam 2.30 hingga 5.30 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Antara penekanan mata pelajaran yang diberikan ialah al Quran, tauhid, fekah dan jawi. Kelas ini juga dikenali sebagai kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardu Ain.

Ustazah Nurulhuda Ismail (gambar) yang mempunyai Diploma Syariah memperolehi pendapatan sebanyak RM 450 setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan sumbangan berdasarkan kepada jumlah pelajar yang membayar yuran setiap bulan.

"Setiap bulan saya mampu mendapat sebanyak RM90 daripada pihak sekolah bagi jumlah pelajar yang belajar dalam kelas yang saya ajar."

Sementara itu Ustazah Mahfuzah Yusof yang mengajar KAFA selama 5 tahun di sekolah ini berkata, beliau memperolehi pendapatan daripada Jakim sebanyak RM450 sebulan. Manakala pihak sekolah pula memberikan sebanyak RM70 setiap bulan.

"Jumlah yang sekolah berikan kepada saya setiap bulan adalah tidak tetap namun begitu jumlah yang saya terima sebanyak RM70 ini adalah yang paling banyak. Ini berdasarkan kepada jumlah pelajar yang belajar di sekolah ini," kata Mahfuzah menceritakan nasibnya kepada Harakahdaily.

Ustazah Zahrah Zakaria yang telah mengajar sejak tahun 1993 lagi hanya memperolehi sebanyak RM300 sebulan. Manakala pihak sekolah pula memberikan sebanyak RM80 bergantung kepada jumlah pelajar yang ada.

"Dulu saya hanya mendapat sebanyak RM280 sahaja daripada pihak kerajaan. Tapi kini mendapat RM300. Namun begitu ini adalah khidmat saya kepada pihak sekolah yang begitu memerlukan tenaga pengajar dalam bidang agama.

"Dengan jumlah yang dibayar oleh pihak kerajaan, ia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan jumlah masa, pelajar dan komitmen yang diberikan oleh para guru bagi mendidik anak-anak,"katanya.

Ustaz Muhammad Najib Muhammed Khalid (gambar kiri) yang mengajar sejak tahun 2005 menyatakan beliau hanya mendapat sebanyak RM160 sebulan sebelum tahun 2009 dari pihak kerajaan.

"Pada bulan oktober 2009 sahaja saya mendapat kenaikan dengan bayaran sebanyak RM400 sebulan sehinggalah tahun 2010. Manakala pihak sekolah pula menyumbangkan sebanyak RM100 sebulan.

"Oleh kerana itu adalah menjadi harapan kami para guru KAFA supaya jumlah elaun yang diberikan kepada semua guru-guru KAFA dikaji semula dan diberi ganjaran yang setimpal bersesuaian dengan kos sara hidup pada waktu kini,"katanya.

Guru Besarnya, Ustaz Suhaimi Harun pula berkata setiap pelajar akan dikenakan yuran sebanyak RM10 setiap orang. Manakala sumbangan yang diterima dari pihak kerajaan adalah tidak tetap kerana ia berdasarkan kepada jumlah pelajar yang belajar di sesebuah sekolah.

"Pada tahun 2008 pihak sekolah menerima sebanyak RM3425 setahun dari pihak kerajaan negeri untuk pengurusan dan pembayaran kepada guru. Manakala pada tahun 2010 pula kita menerima sebanyak RM3450 yang mana jumlah ini juga adalah untuk gaji 7 orang guru dan pengurusan.

"Cuba kita darab dan bahagikan jumlah ini untuk setahun. Jumlah yang diterima amat sedikit.Sedangkan para guru perlu mengajar setiap hari walaupun hanya 3 jam yang diuntukkan oleh mereka," kata Ustaz Suhaimi kepada Harakahdaily.

(Gambar: Ustaz Suhaimi, guru besar sekolah berdiri di depan bangunan baru sekolahnya.)

Bagi beliau, komitmen para guru sangat hargai kerana walaupun mendapat jumlah pendapatan yang tidak menentu dan sedikit mereka tetap komited untuk memberi didikan agama kepada anak-anak yang semakin meningkat.

Walaupun sedar mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mereka sendiri tetapi kesungguhan untuk memberikan didikan agama yang sesuai untuk anak-anak tidak pernah mereka ketepikan.

Tambahan lagi sejak kebelakangan ini kehendak dan minat ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama semakin tinggi.

Untuk itu, pihak sekolah telah merancang untuk membuat bangunan tambaha bagi menampung keperluan tersebut.

Untuk memenuhinya, mereka membuat permohonan ke merata tempat bagi menampung keperluan itu.

Sekolah ini masih lagi memerlukan sumbangan bagi membantu membangunkan sebuah bangunan baru untuk menempatkan hampir 100 pelajar yang sedang belajar di sini.

(Gambar: Masjid Lama Kubang Seman ini masih digunakan untuk kelas KAFA)

"Bangunan baru tiga tingkat bagi mendirikan sekolah ini sedang dalam proses pembinaan. Ia memerlukan sumbangan sebanyak RM130,000 yang masih kurang walaupun kita telah berjaya memperolehi sebanyak RM300,000.

"Oleh kerana itu sekiranya ada masyarakat yang ingin menyumbangkan bantuan, sumbangan wakaf atau infaq kepada pihak sekolah boleh memasukkan terus sumbangan mereka melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad, bernombor, 07016010051720,"tambah Ustaz Suhaimi lagi.

-harakahdaily.com

N'N:Untuk pengetahuan semua Dr.Mahathir dan kroni2nyalah insan yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada S.A.R dan sehingga kini S.A.R masih tidak mendapat bantuan kerajaan pusat UBN/APCO..................

Thursday, June 3, 2010

Hadiah Untuk Terus Menyokong BN:10 tahun jambatan tak siap siap di Sarawak

"Penduduk kampung yang majoritinya dari kaum Bidayuh itu masih menunggu sebuah jambatan gantung seperti yang dijanjikan kira-kira 10 tahun lalu. Masalah yang lebih membimbangkan apabila berlakunya banjir di kawasan itu kerana penduduk tinggal di seberang sukar untuk memindahkan barang-barang ke tempat lebih selamat.

TAGIH JANJI

Utusan Malaysia 3 Jun 2010

Penduduk Kampung Selampit masih menggunakan perahu tambang untuk menyeberangi sungai ketika tinjauan jurufoto Bernama di kampung itu dekat Lundu di Kuching, semalam.


Penduduk kampung yang majoritinya dari kaum Bidayuh itu masih menunggu sebuah jambatan gantung seperti yang dijanjikan kira-kira 10 tahun lalu.


Tinjauan mendapati hanya beberapa konkrit kecil ketika kerja-kerja membina tapak jambatan yang sudah terbiar sejak sekian lama.Kira-kira 1,250 penghuni dari 250 keluarga mendiami kampung yang terletak di seberang sungai itu dan terpaksa menaiki perahu tambang dengan bayaran antara RM0.20 sen hingga RM0.40.


Masalah yang lebih membimbangkan apabila berlakunya banjir di kawasan itu kerana penduduk tinggal di seberang sukar untuk memindahkan barang-barang ke tempat lebih selamat.Sumber

DETIK CEMAS WARTAWAN ASTRO AWANI:Diacu laser raifal ke dahi,Merangkak celah mayat,Tak diberi makan, minum& Tangan diikat sampai kebas..

http://3.bp.blogspot.com/_XxpzUNuAXXQ/TAcVb5X6JGI/AAAAAAAABSY/19hzVtH5_Yo/s1600/pix_gal0.jpg
ASHWAD menghubungi Kuala Lumpur
sejurus tiba di Jordan, semalam.


KUALA LUMPUR: Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu

Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.

Berikut adalah rentetan pengalaman yang diceritakan Ashwad ketika dihubungi Berita Harian, beberapa jam selepas beliau tiba di Amman, Jordan, semalam.

“Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami.

Episod ngeri itu bermula pada jam 4.30 pagi (waktu Turki) Ahad lalu, sejurus kapal Mavi Marmara memasuki perairan antarabangsa apabila tiga kapal perang Israel yang diiringi 16 bot laju komando mengepung kapal kami.

Tidak ada jalan lain untuk menghalang mereka menaiki kapal, melainkan penjaga keselamatan kapal terpaksa menyembur air ke arah mereka. Itupun tidaklah sekuat mana, berbeza sekali dengan dakwaan media Barat yang mendakwa Mavi Marmara memulakan serangan ke atas tentera Israel.

Selama hampir satu jam kami bergelut menghalang mereka menawan kapal sebelum kemuncaknya apabila tiga helikopter menurunkan komando di lokasi siaran langsung televisyen sedang dijalankan di mana pada ketika itu dianggarkan antara 30 hingga 40 komando Israel bertindak melepaskan tembakan rambang secara bertubi-tubi bagi mengosongkan kawasan itu.

Siapa yang berani berdepan situasi sebegitu, apatah lagi ia adalah pengalaman ngeri pertama sepanjang saya bertugas sebagai media, terutama apabila melihat sendiri beberapa rakan serombongan tumbang terkena peluru sesat.

Malah, lebih menakutkan apabila sasaran serangan mereka dilihat tidak mengira siapa termasuk wartawan dan jurugambar. Ada beberapa jurugambar ditembak di tangan untuk memaksa mereka melepaskan kamera.

Saya dan beberapa rakan lain ketika itu hanya mampu berlindung di sebalik tiang kapal dan berlari ke sana sini bagi mengelak terkena tembakan sebelum terpaku apabila cahaya laser senjata mereka disasarkan ke dahi saya.

Sukar digambarkan betapa saya terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan dan berlumuran darah untuk menyelamatkan diri selepas seorang penumpang kapal di sebelah saya ditembak dengan peluru getah di dada.

Kira-kira jam 7 pagi, kami semua diikat di tangan dan diarah berkumpul di satu kawasan dalam kapal. Keadaan ketika itu tegang dengan perasaan takut menyelubungi wajah semua tawanan apatah lagi muncung senjata tentera Israel sentiasa diacu ke arah kami.

Sejak itu, kami langsung tidak diberi makan atau minum, malah tidak dibenarkan ke tandas. Bayangkan beberapa warga emas, terutama yang menghidap diabetes terpaksa menahan sakit untuk membuang air kecil kerana ketegasan tentera Israel yang langsung tidak bersimpati terhadap mereka.

Mujurlah, selepas berkali-kali dirayu, baru beberapa orang dibenarkan ke tandas, itupun dengan kawalan sangat ketat dan diperlakukan umpama banduan sedangkan mereka semua tidak berdaya dan sekadar orang awam yang tidak berbahaya.

Ketika itu juga, semua kamera, komputer riba serta pen dirampas dan dihancurkan tentera Israel. Apa saja bahan yang merakamkan kejadian serangan itu, turut dihapuskan. Apa yang tinggal pada kami hanya dompet dan dokumen seperti pasport.

Sakit di tangan juga mula terasa dan kebas seperti darah tidak mengalir kerana ikatan itu sangat kuat. Nak bergerak pun sukar kerana cahaya laser senjata mereka sentiasa disasar di dada kami. Bagi menghilangkan dahaga pula, kami terpaksa meminum sisa air dalam botol minuman berhampiran kami. Paling tak dapat dilupakan, satu bar Snickers dikongsi 30 orang untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit tenaga.

Sebaik kapal kami berlabuh di Ashdod, Israel, proses untuk keluar dari kapal saja mengambil masa hampir 12 jam. Habis semua pakaian kami ditanggalkan ketika pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan semua dokumen itu saja mengambil masa lebih satu jam.

Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami meskipun sekadar orang awam. Sudahlah diperlakukan seumpama banduan, kami turut dibawa ke Be'er Sheva, lokasi penjara baru Israel menggunakan bas yang hanya sesuai untuk membawa pengganas dalam perjalanan selama dua jam.

Be'er Sheva adalah penjara baru. Jadi, kami boleh dikatakan tahanan pertama yang merasmikannya. Selepas semua dokumen kami diserahkan kembali, barulah kami dapat merasa sedikit makanan, itupun hanya air mineral, sedikit sayur dan roti. Itu sajalah makanan yang dapat kami jamah sepanjang lebih 15 jam ditahan di penjara itu.

Jika hendak digambarkan keganasan tentera Israel memang sukar, tetapi cukuplah sekadar dikatakan bahawa mereka langsung tidak ada belas kasihan, tidak peduli apa yang diminta walau puas dirayu dan herdikan mereka menjadi teman sepanjang kami ditawan.

Layanan terhadap kami juga tak ubah seperti banduan. Ditolak ke sana sini dengan sangat kasar. Ketika itu, tiada perkara lain yang berlegar dalam kotak fikiran kecuali rasa marah dan berserah. Melihat kepada situasi yang kami hadapi itu, sukar untuk diagak sama ada kami bakal dibebaskan atau sebaliknya.

Mulanya, kami menjangka akan lama merengkuk di penjara sehinggalah kami didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira, iaitu kami akan dibebaskan tidak lama lagi.

Tepat jam 8 pagi kelmarin kami dibebaskan tetapi terpaksa menjalani beberapa pemeriksaan sebelum dibenarkan menaiki bas pada jam 6.30 petang. Selepas perjalanan meletihkan hampir 12 jam, kami akhirnya sampai di sempadan Jordan dan dibawa ke sebuah hotel di Amman.

Sumber:BH