Nuffnang

Innity

Innity

Monday, May 31, 2010

Setiausaha Puteri UMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID: "Budaya politik seks dalam UMNO harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah"

Assalamualaikum........Berikut aku petik kata kata beberapa pemimpin Puteri UMNO mengenai isu keganasan sex segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu....

"Kata exco puteri UMNO Datin Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

"Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti"

"kata penolong setiausaha Puteri UMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah" "

Puteri UMNO ditubuhkan oleh mahadir.Puteri UMNO dijadikan tempat yang utama untuk mencari tubuh badan yang mengiurkan bagi pemimpin pemimpin UMNO sejak dari mula ianya ditubuhkan.Kini Puteri UMNO menjadi makanan yang melazatkan bagi malaun malaun dalam UMNO.

Yang menyedihkan Puteri UMNO terdiri dari gadis gadis melayu beragama Islam.Puteri puteri UMNO mungkin menjadi sebahagian yang sudah melahirkan anak luar nikah hasil kerja terkutuk pemimpin UMNO malah mungkin juga sudah menjadi sebahagian yang membuang bayi merata rata.Siapa tahu, kerana tidak ada bancian yang dibuat sehingga kini.

Tambah pelik apabila pemimpin pemimpin Puteri UMNO hanya mengeluarkan kenyataan beramaran sahaja.Kenapa mereka tidak menyelamatkan puteri yang jumlahnya masih ramai dengan membawa mereka keluar dari UMNO?Untuk apa parti yang diberikan keutamaan sedangkan maruah anak bangsa dicerobohi oleh pemimpin pemimpin sendiri?

Untuk apa budaya politik sex ditangani sedangkan puteri UMNO sebagai pemudi harapan bangsa harus dibawa lari dari penggila sex sebegini.UMNO bukan lagi parti yang boleh disandarkan harapan untuk orang orang melayu kerana terbukti ianya hanyalah sebuah parti yang merosakkan anak bangsa sendiri.Jadi untuk apa perlu dipertahankan puteri UMNO dari kerakusan puak puak gila sex ini?

Bawalah mereka lari jauh dan selamatkan mereka anak bangsa sendiri.Kini kita semua bangsa melayu yang beragama Islam punyai satu lagi alasan untuk menentang dan menolak UMNO iaitu untuk menyelamatkan anak anak bangsa sendiri dari dirosakkan oleh UMNO.Insaflah wahai semua orang melayu beragama Islam bahawa perjuangan ini punyai maknanya yang jauh lebih besar dari melayu itu sendiri........

Sumber

DUNIA MARI SAKSIKAN KEKEJAMAN ISRAEL:Rakaman Serangan Israel ke Atas Flotilla Melalui Livestreaming




Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Malaysiakini/-

Sunday, May 30, 2010

Anwar cabar Najib nafi beri RM2 juta untuk lompat parti

KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduhnya berbohong apabila berkata para wakil rakyat parti itu yang melompat parti mendapat habuan RM2 juta.

Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu.

"Ketika itu, saya akan dedahkan (bukti) yang saya ada," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana malam tadi.

Turut serta bersama beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Buat masa ini saya nak kata...ia ada..di mana, saya lupa mana tempat saya letak maklumat itu," kata Anwar disambut terukan gemuruh para hadirin.

Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta.

Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu.

"Saya minta maaf...yang akan datang saya jamin tidak akan berulang lagi...malaun betul mereka ini," kata Anwar.

Beliau memberitahu, PKR akan mengadakan kursus untuk bakal-bakal calon mereka dan memastikan mereka berikrar untuk memberikan sokongan kepada parti dengan utuh dan taat kepada perjuangan.

Sumber:Harakahdaidy

Saturday, May 29, 2010

Bila Perak akan haramkan judi?Zambry Janganlah Nak Berlakon.......

Kenyataan Dr. Zambry yang mengatakan orang Islam tidak boleh kata judi halal mendapat liputan yang meluas dari pelbagai Media Pro BN dan kononnya dia semacam jaguh apabila disifatkan MB BN yang bersuara lebih awal berkenaan dengan bantahan yang meluas dari umat Islam dan rakyat Malaysia dengan kelulusan kerajaan membenarkan judi bolasepak secara berlesen.

Sehubungan dengan itu saya suka untuk menjelaskan :-

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Sementara itu di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

1. Bilakah Kerajaan Perak akan melakukan tidakan yang sama dan Zambry mestilah meneruskan segala ucapannya dengan memastikan arahan segera dikeluarkan kepada semua majlis Bandaraya, majlis perbandaran dan majlis Daerah diseluruh perak untuk melarang Judi Bolasepak yang baru-baru ini diluluskan kerajaan untuk beroperasi dipermis Kerajaan tempatan.

2. Segala langkah yang baik oleh Kerajaan Perak mestilah didokong oleh semua pihak dan dalam Isu terkini adalah dalam isu Judi Bolasepak.

3. Sehubungan itu saya menyeru seluruh Sekretariat Parlimen Pakatan Rakyat di 24 Parlimen di Perak menghantar memorendum kepada semua Majlis Tempatan masing-masing bagi mendesak mereka untuk menagguh pemberiaan lesen kebenaran untuk judi bolasepak beroperasi dikedai Toto yang ada.

4. Selain itu saya mewakili Pakatan Rakyat Perak, mengucapkan tahniah kepada tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang dan beberapa PBT di Selangor. Selain itu kami berharap langkah sedemikian mendapat perhatian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah dalam masa terdekat.


Drs. Khalil Idham Lim,
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak,
ADUN Titi Serong.

UBN/APCO Semakin Terdesak Tawarkan Wang, Kontrak Jutaan Ringgit Untuk Wakil Rakyat Melompat

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selama ini acap kali dakwaan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang ‘melompat’ dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama 'wakil bebas mesra BN' diberikan ganjaran wang dan kontrak.

Selama itulah, katanya mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

“Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya.

“Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat.

Sumber:Harakahdaily

Friday, May 28, 2010

380,000 keluar Umno kerana sudah bosan

Datuk Seri Najib Razak kata Umno telah melakukan proses pemutihan dengan mengeluarkan kira-kira 380,000 nama daripada daftar keahliannya.

Dengan itu balance yang tinggal jadi ahli Umno ialah seramai 3,159,454 orang. Dari jumlah tersebut hanya separauh yang benar-benar menyokong perjuangan Umno, manakala yang lain umpama lalang yang menunggu tiupan angin.

Pelik juga perkiraan Umno, kalau setakat ini saja ahli Umno yang menderhaka tak sampai jatuh 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya Umno patut buang lebih dari angka itu.

Ke mana perginya 380,000 tersebut? Mereka sebenar keluar Umno kerana mereka sudah tiada keyakinan lagi kepada perjuangan Umno yang sudah jauh melencong dari perjuangan asal parti tersebut. Ke mana mereka pergi. Mereka kini menjadi ahli PAS/PKR atau tidak berparti tetapi membenci Umno dan menyokong Pakatan Rakyat.

Pada mereka dan ramai lagi ahli Umno "masa depan Umno semakin parah" kerana:-

Bila Umno di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Umno hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. Umno menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadapnya, menyeluruh. Kenapa?

Kerana yang di tawarkan oleh Umno bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.

Umno tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. Umno berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepadanya.

Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan Umno berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, Umno sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangannya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. Umno rupa-rupa disedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.

Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.

Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh Umno. Yang kita takut ialah Umno atau khususnya pimpinan Umno tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan Umno hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.

Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat Umno? Umno sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan Umno yang dijurubicarakan dan dijuarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?

Proses pemutihan adalah satu alasan, sebenarnya Umno sudah tidak boleh tahan bila 380,000 ini mengajak saban hari rakan-rakan mereka dalam Umno supaya belot kepada parti.

Mereka keluar Umno kerana sudah bosan dengan kerenah Umno dan kepimpinannya.

Mohd Razif Maslan,

Sekretariat Parlimen Kota Raja.

Sumber:Harakahdaily

Wahai UMNGOK Aku Cuma Nak Mintak Tolong Korang Cuba Bayangkan Ini...................

Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Sudah tentu orang Melayu 'itu' akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam. Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.

Tetapi orang Melayu 'itu' tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke SAR adalah PM Melayu !
Orang Melayu 'itu' tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.

Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu 'itu' diam sahaja dan mereka boleh terima.

Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu 'itu' merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.

Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman ASOBIYAH sempit.

Sudahkan kalian bayangkan?

Sumber

Thursday, May 27, 2010

Nenek Mangsa Rogol Rahim tamby Chik meluahkan isi hatinya


"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim

Cucu saya, , telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .

Sumber:http://amkshahalam.blogspot.com

Wednesday, May 26, 2010

AMK Perak Dedah Konspirasi 'Sogok Wang' Untuk Keluar Parti:6 Ahli PKR Diroswah UMNO Supaya Jadi Katak..Laporkan Segera Pada SPRM

Inilah yang selalu bermain di minda kita..kenapa ramai sangat ahli PKR keluar parti..terutama jika ada PRK..rupa-rupanya kerana sogokan wang..ini didedahkan oleh AMK Perak hari ini..

AMK Perak Dedah Konspirasi 'Sogok Wang' Untuk Keluar Parti

IPOH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mengesan wujud percubaan untuk memancing beberapa pimpinan dan bekas Exco AMK Negeri untuk melompat parti dengan taktik kotor berupa sogokan wang dan tawaran projek.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua AMK Negeri Abdul Yunus Jamhari yang mendakwa taktik kotor ini diketuai bekas Ketua AMK Cabang Parit Faizal Effandi Hashim dengan membuat panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi tujuan tersebut.

Menurut Abdul Yunus, tindakan Faizal ini adalah manifestasi di atas kekecewaannya ekoran tidak dilantik menggantikan tempat Anuar Zakaria yang meletakkan jawatan pada penghujung 2009.

"Berikutan itu beliau (Faizal) mula menabur fitnah memburukkan parti dan menimbulkan kacau bilau dikalangan anggota AMK," kata beliau pada sidang media di Wisma Keadilan di sini hari ini.

Abdul Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau mendakwa wujud penglibatan Jamaluddin Mohd Radzi, wakil rakyat Behrang dari PKR yang melompat parti, memperalatkan Faizal sebagai orang perantaraan.

Tawaran imbuhan yang lumayan

"Jamaluddin memperalatkan Faizal untuk memancing anggota-anggota AMK dengan tawaran imbuhan yang lumayan," terang beliau.

Beliau mendedahkan satu perjumpaan sulit diatur oleh Faizal pada 22 Mei lalu di salah sebuah kondominium di Ipoh yang dihadiri oleh Jamaluddin serta beberapa anggota AMK.

"Dari maklumat dalaman yang diperolehi butiran perbincangan adalah berkisar tentang keperluan meninggalkan perjuangan PKR dan kaedah untuk keluar parti.

"Sebelum pulang anggota AMK yang terlibat telah diberikan wang saku RM300.00 seorang," kata beliau yang mendedahkan konspirasi tersebut.

Tambah beliau, AMK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bermaruah itu dan akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini jelas melanggar undang-undang negara dan setelah beberapa bukti dan saksi diperoleh kita akan buat laporan kepada pihak polis dan SPRM," katanya.

Lembaga Disiplin Parti

Sementara itu, Abdul Yunus memberitahu AMK juga telah menyiapkan laporan berkaitan untuk dihantar kepada Setiausaha Agung dan Lembaga Disiplin Parti agar tindakan tegas segera diambil sebagai peringatan dan langkah pembersihan dari elemen ‘lompat parti’ yang cukup negatif ini.

Beliau menyifatkan tindakan konspirasi bersama Umno ini dilihat sebagai usaha yang sia-sia kerana umum mengetahui wakil rakyat yang melompat parti mempunyai masalah peribadi dan kewangan yang serius.

Maka sokongan wakil rakyat tersebut kepada Umno tidak mampu menggembalikan sokongan rakyat terhadap Umno.

"Umum mengetahui mereka (wakil rakyat yang lompat parti) mempunyai masalah peribadi dan kewangan yang serius. Maka sokongan mereka terhadap Umno "ibarat sokong membawa rebah".

"Ini kerana imej yang sedemikian tidak mampu melonjak kembali sokongan terhadap Umno setelah rakyat menolak mereka dalam pilihanraya umum yang lalu dan dalam siri-siri pilihanraya kecil yang berikutnya," kata beliau.

"Kehadiran ramai pimpinan AMK Negeri termasuk yang telah membuat pendedahan pada hari ini membuktikan bahawa AMK Negeri Perak tetap kuat dan setia bersama PKR.

"Kita sedar perjuangan kita selama ini bukanlah berdasarkan kepentingan peribadi ataupun amalan politik kolot warisan budaya Umno tetapi atas rasa tanggungjawab terhadap negara," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan AMK Negeri Chan Ming Kai, Naib Ketua PKR Negeri A Ganeson dan Setiausaha PKR Negeri Anuar Zakaria.

Berikut ialah laporan mereka yang membuat pengakuan:

~ Abdul Jamil b. Abdul Halim – Ketua AMK Sungai Siput Pada 18 Mei 2010 (Selasa) telah menerima panggilan telefon daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sejumlah wang. Beliau akan mengaturkan pertemuan dengan para pemimpin Umno dalam waktu terdekat.

~ Yahya b. Sijari – Ketua AMK Bagan Datoh Pada 18 Mei 2010 (Selasa) telah menerima sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dengan mengatakan inilah peluang terbaik untuk mencari kesenangan untuk diri sendiri.

~ Mohd Uzaimi b. Mohd Yusof – Ketua AMK Gerik Sekitar Mac 2010 telah menerima panggilan telefon dan sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan projek. Beliau akan mengaturkan pertemuan dengan pemimpin Umno dalam waktu terdekat.

~ Mohd Yusri b. Yaacob – Ketua AMK Lumut Pada 19 Mei 2010 (Rabu) telah menerima panggilan telefon dan sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sogokan wang. Beliau akan mengaturkan pertemuan dengan para pemimpin Umno dalam waktu terdekat.

~ Azzemi b. Adnan – Ketua AMK Tapah Sekitar Mac 2010 telah menerima panggilan telefon dan sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sogokan wang.

~ Manichalvan a/l Muniandy – Bekas Ketua AMK Beruas Pada 18 Mei 2010 (Selasa) telah menerima panggilan telefon daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sogokan wang.

Baguslah dedahkan semua ini..lagi bagus buat report polis dan juga laporkan kepada SPRM, biar kita tahu siapa dalang sebenar isu ini..ingatlah, sepandai-pandai rosmah main badminton, akhirnya tewas di tangan Chong Wei juga..

Sumber..

N. Balasubramaniam:Tinggalkan MIC, sertai DHPP

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam menyeru masyarakat India, khususnya ahli MIC supaya meninggalkan parti perkauman itu dan menyertai DHPP menyokong PAS.

Menurutnya, MIC kini sedang retak menanti belah akibat krisis kepimpinan dan dilihat sudah tiada masa depan, apatah lagi dengan penguasaan presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu yang dilihat sudah tidak mampu meneraju MIC.

“Kalau Samy jadi Presiden 10 tahun lagi pun, apakah keuntungan untuk masyarakat India,” soal beliau.

Sesuai dengan selogan 'PAS untuk semua', PAS katanya mengormati semua kaum dan terbukti dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada DHPP.

“Jika ada perselisihan, maka kami diminta merujuk terus pada Presiden (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) dan pemimpin PAS akan laksana keadilan seperti yang Islam ajar,” jelas beliau lagi.

Katanya, Islam yang dibawa PAS tidak pernah meminggirkan hak mana-mana kaum malah disuruh menghormati serta membela semua kaum yang tertindas, seperti kaum minoriti India dan Cina.

Dalam perkembangan yang lain, beliau turut menempelak kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee beberapa hari lalu, kononnya PAS terpaksa mengemis sokongan masyarakat bukan Islam dengan menubuhkan DHPP.

“Itu dia (Syed Ali) yang kata, kami sebenarnya berminat dengan perjuangan keadilan yang diajar dalam Islam, diperjuangkan oleh PAS selama ini.”

“Di kalangan kami yang berbangsa India kebanyakannya tidak berminat dengan MIC, Umno yang zalim pada kaum-kaum bukan Melayu pun kami tak minat,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat India yang kian muak dengan MIC untuk bersama dengan PAS ke arah masa depan yang lebih terbela.

Sumber:Harakahdaily

Tuesday, May 25, 2010

Tiada Kebebasan Bersuara Dalam MIC....You Speak You Fired!!:Samy Vellu

2 lagi anggota Jawatankuasa Pusat MIC dipecat

KUALA LUMPUR 24 Mei - Dua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy dipecat daripada parti itu hari ini kerana menggesa Datuk Seri S. Samy Vellu segera melepaskan jawatannya.

Selain itu, tindakan berkenaan turut diambil kerana mereka didakwa menjadi tulang belakang dalam menganjurkan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) yang akan diadakan pada 30 Mei ini bagi menggesa Presiden MIC itu berundur.

Kumar Aamaan berkata, Malaysia merupakan negara demokrasi dan setiap individu termasuk ahli parti mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

''Tetapi di dalam MIC, pemimpin dan ahli-ahli akar umbi tidak diberi peluang untuk meluahkan pendapat masing-masing. Jika sesiapa menentang presiden, hukumannya sangat berat sehingga dibuang daripada parti serta-merta tanpa alasan munasabah.

''Hukuman ke atas saya tidak adil sama sekali. Samy Vellu menghukum sesiapa yang mengingkari perintahnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemecatan KP Samy dan Kumar Aamaan dikatakan mempunyai kaitan dengan sokongan mereka terhadap kenyataan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan yang mendesak Samy Vellu melepaskan jawatan dengan segera.

Mugilan turut dipecat selepas membuat desakan berkenaan dan beliau kemudiannya bertindak melancarkan GAS pada Sabtu lalu.

Sebelum ini Samy Vellu menyatakan akan berundur sebagai Presiden MIC dalam tempoh lapan hingga sembilan bulan sebelum penggalnya berakhir pada Mei 2012.

Mengulas lanjut, Kumar Aamaan berkata, beliau juga sanggup berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu campur tangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli MIC berikutan kepimpinan Samy Vellu.

''Hanya Perdana Menteri mampu menyelesaikan masalah ini, jika tidak, Samy Vellu akan menghukum sesiapa sahaja yang menentangnya," katanya.

Dalam pada itu, KP. Samy berkata, beliau turut berhasrat berjumpa Perdana Menteri bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan dan kepimpinan Samy Vellu.

''Saya berjuang untuk parti sejak 37 tahun lalu dan tidak pernah mengambil satu sen pun daripada parti. Saya pernah membawa beribu-ribu penyokong ke dalam parti, saya adalah aset bagi BN tetapi Samy Vellu hanyalah liabiliti.

''Samy Vellu harus menyedari hakikat ini dan tidak patut mengambil keputusan secara membuta-tuli kerana ia hanya akan menghancurkan nama baik parti," jelasnya.

Sumber

Bolehkah UMNO Buat Ini,Kalau Tak Boleh Jangan Berani Mencabar Hukum ALLAH...









































Jangan sesekali kamu mencabar hukum ALLAH,
kerana kamu pun dijadikan oleh ALLAH...
Dahulu kamu hanya setitis air mani yang hina...
Lalu kamu dijadikan dengan sebaik-baik kejadian....
Laksanakanlah Hak-Hak ALLAH wahai UMNO....
Sebelum kamu dijemput Malaikat Maut......

Monday, May 24, 2010

Najib Kau Terlalu Istimewa.............

Judi bola: PAS minta Majlis Raja-Raja Bertindak......

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyuarakan rasa yakin bahawa Majlis Mesyuarat Raja-Raja Malaysia mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

"Kami (Ahli Parlimen PAS) berkeyakinan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang wajar mempengaruhi kerajaan supaya isu pemberian lesen judi ini dibatalkan segera," jelas beliau tengah hari tadi, mewakili Ahli Parlimen PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu pada era 1960-an dahulu pernah menunjukkan teladan kepada rakyat dengan mendesak kerajaan Umno BN membatalkan Loteri Kebajikan.

Tambahnya lagi, almarhum Tuanku Sultan Perlis merupakan Raja yang paling menonjol menegur pemimpin Umno pada ketika itu.

Sempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia pada 26 Jun depan yang kebetulan dipengerusikan oleh Tuanku Raja Perlis sekarang, beliau berharap majlis berkenaan mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi tersebut.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menempelak Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mencabar PAS menutup premis judi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Beliau menyifatkan cabaran Mohd Khir dan Ibrahim itu sebagai mencipta alasan untuk menutup pekung Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan lesen judi itu.

Sebelum pada itu, suatu memorandum bantahan diserahkan kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sambil disaksikan oleh Penolong Setiausahanya, Datuk Sabtu Awwab.

Manakala Ahli Parlimen PAS yang menyertai Mahfuz pula adalah Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang) dan Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa) dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok).

Sumber:Harakahdaily

Bendahari UMNO Cawangan Pokok Machang Meninggal Ketika Bersidang....

TASEK GELUGOR 23 Mei - Persidangan UMNO Cawangan Pokok Machang di sini hari ini gempar apabila Bendahari UMNO cawangan itu meninggal dunia ketika sedang bersidang. Mohd. Bakary Awang, 56, tiba-tiba rebah selepas memberi ucapan penangguhan mesyuarattersebut.

Menurut Ketua UMNO cawangan itu ketika ditemui di Pusat Aktiviti Kanak-kanak yang menjadi lokasi persidangan itu, Roslan Ali berkata , Bakary dilihat agak lemah selepas selesai membuat ucapan penangguhan persidangan dan tiba-tiba rebah. Beberapa ahli lain cuba memberi bantuan dengan mengurut dada beliau namun Bakary menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat dibawa ke hospital.

Difahamkan beliau memang ada menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis tapi tidaklah terlalu serius. Bakary memang seorang yang aktif dalam UMNO dan memegang jawatan bendahari sejak beberapa tahun lalu.

Al-Fatihah...

Sumber

Panas: Isu Judi Bola Sepak Piala Dunia, Akhirnya Mantan PM Si Pak Lah Badawi Pula Berbunyi Dan Kritik Keputusan Kerajaan UMNO Lulus Lesen Itu

Kerajaan UMNO Barisan Nasional kini menerima tamparan lebih hebat dalam isu "Judi Bola Sepak Piala Dunia 2010". Jika sebelum ini mereka memandang rendah kepada desakan rakyat agar lesen kebenaran judi yang telah diberikan kepada Berjaya Group itu ditarik balik. Terbaru, kenyataan mempertikai dan mengutuk isu tersebut diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri mereka sendiri iaitu Pak Lah Badawi .

Semalam, Pak Lah bersetuju agar kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan yang akan berlangsung awal bulan depan itu bermula.

Malah, menurut Pak Lah lagi pihak pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan. Katanya bagi orang Islam, judi tidak dapat diterima dan dan begitu juga orang bukan Islam yang turut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kenyataan Pak Lah ini sedikit memeritkan telinga pemimpin UMNO BN terutamanya Perdan Menteri Najib Razak sebenarnya.

Jika selama ini, Pak Lah banyak berdiam diri dalam banyak isu selepas melepaskan jawatannya Mac tahun lalu. Kini beliau seolah-olah mula cuba untuk campur tangan terhadap pentadbiran Najib. Inilah yang berlaku kepadanya dulu, bila Mantan PM Mahathir sering kritik pentadbirannya.

[Nampaknya, pentadbiran Najib sedikit kucar kacir sekarang ini. Siapa yang mahu didahulukan, rakyat atau kroni si Vincent Tan?. Nampak benar pemimpin UMNO BN tidak cakna rakyat bila sanggup meluluskan lesen judi kerana nak menghalang orang berjudi secara haram. Bukankah penguatkuasaan sudah ada dan mereka yang melakukan aktiviti perjudian itu boleh ditahan dan didakwa di mahkamah. Kenapa perlu dilesenkan?. Inilah dia dasar Islam UMNO bila tergamak menggadaikan maruah agama untuk kepentingan peribadi pihak tertentu. Bayangkan, jika inilah keadaannya maka satu hari nanti aktiviti perzinaan akan diberikan lesen bagi menggelakkan banyaknya pusat pelacuran haram di negara kita. Islam dipermainkan sesuka hati, tetapi kenapa majoriti pemimpin dan penyokong UMNO berdiam diri?. Pak Lah berani bersuara kerana beliua sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku. Di mana Ibrahim Ali dan Perkasa yang kononnya beriya-iya benar mahu membela Islam dan Melayu itu agaknya?. Kenapa tidak menikus dalam isu sensistif seperti ini?].

Sumber:http://pahangdaily.blogspot.com

Sunday, May 23, 2010

NAPOLEON(FIRAUN) KECIL DATANG DARI MANA????

Jika ditanya kepada setiap ahli PKR siapa yang dimaksudkan Napoleon Kecil saya percaya ramai yang tidak tahu. Parti yang ditubuhkan semata-mata mahu memberikan harapan baru kepada rakyat setiap anggotanya dipercayai memiliki iltizam yang sama.

Apabila perkara Napoleon Kecil ini ditonjolkan disamping mendapat liputan media yang cukup meluas ramai ahli-ahli diakar umbi mula bertanya soalan-soalan yang berkaitan seperti siapa orangnya yang dimaksudkan sebagai Napoleon Kecil itu.

Saya menyertai keADILan semenjak dari Day One. Dikala itu ramai aktivis NGO dari ABIM, JIM dan orang-orang yang tidak berParti berpusu-pusu masuk Parti KeADILan Nasional. Peristiwa inilah yang mempengaruh saya untuk sama-sama turut serta. Parti ini menjadi Elit apabila ianya mula dikuasai oleh mereka-mereka yang datangnya dari UMNO. Tidak kiralah samada mereka secara sendiri-sendiri keluar UMNO ataupun mereka-mereka yang dipecat dari Parti itu.

Riak Napolean-Napolean Kecil ini telah mula dilihat sewaktu Perhimpunan Agung Tahunan yang diadakan diKemaman lagi dimana tokoh-tokoh hebat yang datang dari ABIM dan JIM telah dipinggirkan didalam pemilehan Ahli Majlis Tertinggi. Perkara ini turut merebak diBahagian-Bahagian dimana orang-orang dari UMNO sahaja yang layak menjadi Ketua Bahagian dan dipilih sebagai calun pilihanraya.

Negara menuju PRU ke 13 dan kita masih belum terlambat untuk membersihkan Parti (keramat ) PKR ini. Jika usaha-usaha pembersihan ini tidak dilakukan segera besar kemungkinan Parti ini akan bertukar menjadi Napoleon Kingdom dan sedikit demi sedikit mereka yang dulunya bukan dari keturunan itu akan mengucapkan Goodbye.

Melalui penjelasan diatas adalah diharapkan soalan: Napoleon Kecil datang dari mana? telah terjawab. Kepada para Perwakilan yang akan berada diKelantan minggu hadapan tidak kira samada yang Napoleon ataupun yang bukan saya ucapkan selamat berKongres.

Sumber:http://ahmadzawawi.wordpress.com

Saturday, May 22, 2010

Dr Mahathir Perompak!Bukti Dakwaan Penyelewengan Berjumlah RM100 Bilion ....

Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

"Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.

"Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya," katanya lagi.

Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.
(Malaysiakini)

UMNO sebenarnya telah sekian lama berkecimpung dalam kegiatan perjudian seawal tahun 1951 dan PAS Tertubuh Untuk Mencegah Kemungkaran UMNO.....

UMNO sebenarnya telah sekian lama berkecimpung dalam kegiatan perjudian seawal tahun 1951.

Mungkin ramai dari kita yang masih tidak tahu bahawa UMNO pernah menjadi penganjur judi loteri, fun fair dan kaberat.Para Ulama' ketika itu menentang sekeras-kerasnya kemungkaran yang telah UMNO lakukan.

Pada ketika itu tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol, menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada ketika itu, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO. Atas sebab-sebab itu para Ulama' yang menganggotai UMNO telah membuat keputusan untuk menubuhkan persatuan Ulama' yang bebas daripada UMNO.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentuk-bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam.

PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus-menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.

Selanjutnya...

Friday, May 21, 2010

Dapatkah pemimpin lain samada dari BN atau PAKATAN sendiri mencontohi apa yang diamalkan Tok Guru???...

Tertidur keletihan..maklumlan jadual harian Tok Guru memang padat,semoga Tok Guru dipanjangkan umur untuk terus memimpin kita
Makan nasi bungkus je? 20 tahun menjadi MB masih mengekalkan ciri2 kesederhanaan
Sembahyang kat pondok tepi sawah je
Walaupun bertaraf Ulama,tapi tidak kekok menjadi makmun pada rakyat biasa.Tabik Tok Guru
Hu Ferrari beb...
Sedia menerima tetamu tanpa protokol yang ketat.Perhatikan pakaian Tok Guru macam orang kampung biasa je..

Gambar yang ambo kumpul dari berbagai sumber yang menunjukkan Tok Guru dalam keadaan istimewa.Walau dah 20 tahun jadi MB tapi masih mengekakalkan ciri2 kesederhanaan yang sanjungan rakyat.Dapatkah pemimpin lain samada dari BN atau PAKATAN sendiri mencontohi apa yang diamalkan Tok Guru...

Sumber

Nizar : laporan Sinar tidak betul dan mengelirukan

laporan muka hadapan Sinar Harian 20 Mei yang menjadi pertikaian.


IPOH, 20 Mei :- Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit. Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah, demikian antara kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa dihubungi disini.


Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20Mei yang menimbulkan kekeliaruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" Jelasnya

Tegasnya lagi "Tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk "Kristian Tolak PAS" seperti yang disiarkan Sinar harian. Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

"Tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera" Tegasnya lagi.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abd. malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh DS. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" Tegas DR. Khairuddin semasa dihubungi.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

Sumber

Terkini:Lantaran panas hati Samy Vellu pecat Timbalan ketua pemuda MIC V Mugilan ....

Samy Vellu akhirnya menggunakan kuasanya dipercayai kerana didesak untuk meletak jawatan oleh orang bawahannya. Lantaran panas hati dengan timbalan ketua pemuda MIC, Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan hari ini dipecat daripada parti itu.

Menurut ketua pemuda MIC, T Mohan, pemecatan Mugilan dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu setelah berunding dengan timbalannya, Datuk G Palanivel.

Ketua jawatankuasa disiplin parti, Tan Sri KS Nijhar ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu dia dimaklumkan berhubung pemecatan itu.

Bagaimanapun, katanya, pemecatan itu tidak dilakukan oleh jawatankuasa yang diketuainya.

Menurut perlembagaan MIC, keahlian anggota parti itu boleh ditamatkan oleh jawatankuasa disipilin dan juga melalui kuasa presiden setelah berunding dengan timbalannya.

Menurut Mohan, pemecatan Mugilan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sering kali membuat kenyataan yang membidas pemimpin MIC, khususnya Samy Vellu.

Katanya, keputusan menyingkirkan Mugilan itu dibuat berdasarkan dua faktor.

"V Mugilan mendakwa bahawa Datuk Seri Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India. Kedua, tindakan Mugilan berkempen demi kepentingan dirinya yang bertentangan dengan hasrat parti sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor," kata Mohan ketika dihubungi.

Katanya, jawatan timbalan ketua pemuda akan dikosongkan sehingga pemilihan parti itu yang dijadualkan pada tahun 2012.

Desas-desus Mugilan akan disingkirkan bertiup kencang sejurus sebelum pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu.

MIC pada mulanya mencalonkan Palanivel di kerusi berkenaan tetapi ia ditolak oleh ahli akar umbi Barisan Nasional, khususnya Umno yang mendakwa timbalan presiden kurang berupaya.

Sebaliknya nama, Mugilan dicadangkan tetapi timbalan ketua pemuda MIC itu ditolak oleh partinya dan sebagai kompromi ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dicalonkan.

Sejak itu, Mugilan yang kecewa terus membidas presidennya dan mendesak pemimpin yang telah menguasai MIC hampir 31 tahun supaya berundur.

Terbaru, pagi tadi, dia mencabar Samy Vellu presiden MIC itu untuk berdebat secara terbuka dengannya pada Ahad ini untuk membuktikan sepanjang 11 penggal menerajui parti India itu, Samy Vellu gagal menaikkan taraf hidup masyarakat India.

Semalam, Mugilan pada satu sidang akhbar di Petaling Jaya, berkata bahawa beliau sanggup berhadapan dengan apa-apa tindakan parti setelah merujuk kepada peguamnya.

Sumber

Thursday, May 20, 2010

Mugilan desak Samy berundur:"Zaman bagi orang lama seperti dia untuk menerajui parti yang mewakili kaum India sudah berlalu..."



PETALING JAYA 19 Mei - Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini didesak meletakkan jawatan Presiden MIC sebelum akhir tahun ini kerana kepimpinannya sudah tidak diperlukan oleh kebanyakan masyarakat India.

Desakan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, V. Mugilan yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada bulan lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor berkata, pengunduran Samy Vellu akan memberi peluang kepada pemimpin baru menerajui dan menstrukturkan semula parti itu sebelum menghadapi cabaran pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Zaman bagi orang lama seperti dia untuk menerajui parti yang mewakili kaum India sudah berlalu.

"Atas sebab itu dia harus berundur segera kerana dia kini menjadi beban kepada parti dan BN," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mugilan berkata, apa yang disuarakan olehnya hari ini adalah sekadar mahu mengingatkan kembali Samy Vellu tentang desakan sama yang pernah dilakukannya terhadap bekas Presiden MIC, Tun V. Sambanthan kira-kira 30 tahun lalu.

"Hari ini kami menggunakan modus operandi yang sama ketika Samy Vellu mendesak Tun Sambanthan meletak jawatan dahulu.

"Kini kami beranggapan dia tidak mampu memimpin lagi" katanya.

Katanya, sokongan pengundi India kepada BN pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bulan lalu bukan kerana Samy Vellu tetapi mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kalau Samy Vellu tidak berkempen di Hulu Selangor, BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar lagi," katanya.

Ditanya adakah beliau bimbang desakan itu akan menyebabkan beliau dipecat daripada parti, Mugilan berkata, jika itu berlaku, beliau akan menggelar bekas ahli Parlimen Sungai Siput itu sebagai diktator.

Sumber

Undang-Undang Ala UMNGOK/BN/APCO :UGUT BUNUH TAK APA.... BERI NASIHAT KENA PENJARA 5 HARI

'Ancaman' Facebook: 5 hari merengkok di penjara

http://syukran.files.wordpress.com/2010/04/safuan-hilmi1.jpg

(Klik Gambar untuk besarkan imej)bandingkan ucapan diatas dengan ucapan nasihat ini:

"DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."

Dan gara-gara ayat itu Badrul Hisham Abdul Jalal terpaksa merengkok lima hari di penjara.

Lelaki berusia 40 tahun yang mengakui beliau adalah ahli PAS berkata 'kata-kata' itu diletakkan di Facebook halaman perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan bagaimanapun mendakwa kata-kata itu sebagai ugutan untuk membunuhnya.

Menceritakan bagaimana isu berkenaan timbul, Badrul memberitahu wartawan bahawa beliau tergerak untuk memuatkan kata-kata itu ketika bekerja pada Rabu lalu.

"Sebagai orang Islam, saya cuma mengingatkan Saiful supaya tidak mengaibkan orang. Lagipun, kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau mati pada hari esok.

"Ia bukan satu ancaman,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.

Badrul, yang jelas ketakutan selepas lima hari ditahan berkata beliau hanya menyedari bahawa Saiful membuat laporan polis selepas membacanya di internet pada keesokan harinya.

"Saya berpendapat yang saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan pergi ke balai polis Klang pada Jumaat.

"Sarjan yang bertugas berkata dia perlu menyemak sebuah fail berhubung kes itu. Dia kemudiannya memberitahu bahawa saya ditahan,” kata Badrul.

Dia bagaimanapun mengakui bahawa polis melayannya dengan baik sepanjang penahanan itu tetapi tidak faham mengapa masa yang begitu panjang diperlukan bagi merakamkan kenyataannya itu.

Badrul dibebaskan petang semalam.

Menurutnya, keluarganya juga tidak diberitahu berhubung penahanannya sepanjang lima hari itu.
-malaysiakini-

Note: Ni la malaysia.. kalau yang kena ugut bunuh tu nik aziz, tunggu berpuluh laporan polis dibuat baru la nak buat2 tangkap. Tu pun saja jer nak tutup cerita. Tak de pun dengar org yg kata nak bunuh nik aziz tu kena penjara. Tp beri nasihat kepada binatang yg x bermaruah mcm si shyfools ni terus jer kena penjara 5 hari. Mulianya si shyfools ni di mata kera...jaan malaysia.

Sumber:http://rubbertapperz.blogspot.com

N'N:

"DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."

saya akan terjemahkan bahasa santai Saudara Badrul Hisham Abdul Jalal ini ke bahasa budiman:

Saudara, Saya ingin bertanya saudara, kita ni manusia pasti akan menemui mati dan tak tentu lagi kita akan hidup sampai esok kerana semuanya ketentuan ilahi...jadi janganlah saudara aibkan sesama manusia apa lagi kepada binatang yang bergelar monyet wahai saudara Saiful...

Mungkin Si Saiful ni tak faham bahasa kut.....

Katak Yang Nak Keluar Tu..Cepat2 Keluar...!!!PKR Beri Ahli ‘notis’ 1 Bulan Jika Mahu Keluar Parti...

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini, pemimpin dan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi nasihat — sesiapa yang masih berhasrat mahu meninggalkan parti itu agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.
PKR memberikan ‘nasihat mesra’ ini bagi membolehkan parti itu menjalankan proses penjenamaan semula, dijangka dilaksanakan selepas kongres nasional hujung bulan ini.

Proses penjenamaan semula ini dilihat menjurus kepada usaha memperkukuhkan parti dan menepis sikap negatif ekoran serangan bertubi-tubi sejak kebelakangan ini.
Kongres Nasional PKR akan diadakan di Kota Baru mulai 27 hingga 30 Mei.

Nasihat ini diberikan oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Fuziah Salleh yang mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar dengan serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri.

“Selaku pengarah pilihan raya, saya berpendapat mereka yang merasakan tidak lagi dapat memenuhi kepentingan peribadi mereka... mungkin mereka ini menyertai PKR (dulu dikenali sebagai Keadilan) atas alasan boleh mendapat manfaat peribadi, tetapi sekarang merasakan sebaliknya, wajar meninggalkan parti,” kata beliau.
“Saya beri notis kepada semua yang hendak melompat dari PKR untuk berbuat demikian dalam tempoh satu bulan. PKR akan membuat ‘rebranding’ (penjenamaan semula) selepas ini.

“Saya juga memaklumkan bahawa ‘we mean business’ dalam parti. Kita mahu PKR seiring dalam Pakatan Rakyat dan sesiapa yang hendak main-main (tidak serius) dalam PKR tidak diperlukan,” kata Ahli Parlimen Kuantan ini kepada The Malaysian Insider.
Fuziah yang mengetuai portfolio pilihan raya sejak Februari lalu melahirkan pendirian tegas ini beberapa hari selepas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong keluar PKR.

Wee mengumumkan keluar PKR Jumaat lalu atas kerana kesal dengan kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.

Pada Februari dan Mac lalu, PKR kehilangan tiga Ahli Parlimen yang memutuskan untuk keluar PKR.
Sejak Februari 2009, PKR juga melalui pengalaman lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) meninggalkan parti itu yang ditubuhkan pada 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan.

Anwar kini berhadapan dengan kes mahkamah melibatkan tuduhan liwat.
PKR juga kehilangan satu lagi kerusi Parlimen selepas wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat dari parti atas masalah disiplin.
Sambil melihat tindakan Wee keluar parti sebagai yang terakhir membabitkan wakil rakyat, Fuziah berkata, nasihat ini diberikan kepada ahli akar umbi dan pemimpin semua peringkat.

“Saya yakin tindakan Wee keluar parti yang terakhir (membabitkan wakil rakyat).. jadi saya berikan tempoh (sebulan( ini,” katanya.
“Saya memberikan nasihat ini kerana jika mereka mempunyai sebarang rintihan dan rasa tidak puas hati, dan jika mereka benar-benar mencintai parti, saya lihat masih ada ruang untuk duduk berbincang dan menyelesaikan dan menguruskan konflik yang wujud,” kata beliau.

Ditanya sebab memberikan tempoh sebulan, Fuziah memberitahu, beliau merasakan tempoh sebulan ini memadai untuk mereka berfikir.
“Saya merasakan tempoh sebulan ini memadai (untuk membuat keputusan)... jika mereka benar-benar merasakan perjuangan parti ini menjadi keutamaan, mereka akan kekal bersama parti untuk menghadapi cabaran masa depan,” kata beliau sambil tidak menolak pihak lawan menggunakan situasi semasa untuk menyerang parti.

“Pihak lawan menggunakan ahli dan pemimpin (yang melahirkan rintihan) untuk menyerang parti. Sebagai pengarah pilihan raya, saya secara peribadi mahu mengakhiri serangan ke atas parti,” katanya.

Selain tindakan wakil rakyat keluar parti, PKR juga berhadapan dengan fenomena yang sama membabitkan pemimpin peringkat cawangan dan negeri yang keluar parti baru-baru ini khususnya ketika pilihan raya kecil.
Ia disaksikan secara bertali arus menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu dan minggu lalu semasa berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.

Sumber

Wednesday, May 19, 2010

Siapa Mamat Ni Nak Tempelak Tuan Guru Nik Abdul Aziz.....





Syed Ali tempelak Nik Aziz

KUALA LUMPUR 17 Mei - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee menganggap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "meludah ke langit dan terkena muka sendiri" kerana tidak tahu membezakan antara kebenaran dan kemungkaran di dalam politik.

Menurutnya, Menteri Besar Kelantan itu boleh disifatkan sebagai pemimpin politik yang cemas melihatkan sokongan kepada parti pembangkang ketika ini semakin terhakis.

"Beliau hanya mahu wakil rakyat pembangkang dijadikan seperti kerbau dicucuk hidung dan boleh ditarik ke kiri atau ke kanan tanpa banyak bantahan.

"Mujurlah sekarang ini sudah ramai wakil rakyat pembangkang keluar parti kerana sedar dengan penyelewengan dan penipuan oleh pemimpin mereka," ujar Syed Ali dalam blog UMNO Bahagian Cheras, http://umnobahagiancheras.blogspot.com/. Selanjutnya


Untuk pengetahuan mamat ini,berikut adalah kenyataan tentang TGNA yang menduduki tempat ke-42 dalam ranking 500 tokoh Islam yang paling berpengaruh didunia....


Tuesday, May 18, 2010

Teori Mengapalah Bloggers UMNGOK Nie Suka Sangat Bagi Komen Guna 'Anonymous'(Tanpa Nama).

Terdapat beberapa teori mengapa bloggers UMNGOK ini cukup suka menggunakan 'Anonymous'(Tanpa Nama) bila memberi komen. Antara teorinya ialah:

1.Mereka ini sebenarnya langsung tiada fakta yang mendukung komen2 mereka jadi mereka cukup selesa sekadar 'Baling Batu Sembunyi Tangan' apabila mengutarakan sesuatu komen...

2.Mereka ini sebenarnya tahu mereka dipihak yang salah tapi mereka sekadar ingin memberi persepsi untuk memburuk2kan bloggers PR kononnya mereka mewakili rakyat Malaysia tapi hakikatnya kita tahu mereka adalah bloggers UMNGOK....

3.Mereka malu untuk mengaku sebagai penyokong UBN kerana tahu UBN parti politik yang paling haprak di Malaysia...

4.Ini teori yang sangat releven yakni mereka sebenarnya takut untuk berdebat atau berwacana kerana tahu mereka tidak mampu menangkis hujah2 bloggers PR yang manthop lagi releven(Ini bukan angkat bakul tapi kenyataan,memang bloggers PR berblog menggunakan fakta bukan fitnah seperti bloggers UMNGOK)

5.Mereka sebenarnya bloggers yang diupah oleh UBN/APCO....

Itu adalah antara teori2 aku..mungkin kalian ada teori yang lain...Sebenarnya aku tak kisah kalau ada diantara pemberi komen memberi komen sebagai 'Anonymous' sebab setiap komen akan ditapis dahulu tetapi sebagai seorang bloggers kalau kita berani memberi pendapat maka kita mestilah berani mempertahankan pendapat kita itu bukan...Jadi janganlah kita menjadi pengecut yang 'Baling Batu Sembunyi Tangan'....

UMNO memang kecewa dengan kekalahan itu,Bedah siasat kekalahan di Sibu - Hishammuddin

Nak bedah siasat apa lagi..kesimpulannya Rakyat sudah muak dengan UBN/APCO......Terimalah kenyataan wahai UMNGOK2 sekalian.....

PADANG BESAR 17 Mei - Barisan Nasional (BN) perlu melakukan bedah siasat segera bagi mengenal pasti punca utama calonnya tewas dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bedah siasat itu mesti dilakukan secara telus untuk mengetahui faktor yang menyumbang terhadap kekalahan tersebut.

"UMNO memang kecewa dengan kekalahan itu, tetapi kita menerima keputusan berkenaan secara terbuka. Walaupun kalah tipis, BN perlu melakukan bedah siasat yang boleh dijadikan panduan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat Bersama Veteran UMNO dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Bahagian Padang Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, kekalahan di Sibu secara tidak langsung memberi panduan kepada BN untuk lebih menjurus terhadap empat perkara utama sebelum pilihan raya umum nanti.

"Perkara pertama ialah memastikan jentera parti benar-benar kuat. Kedua, kita hendaklah memulihkan semangat jentera parti sendiri supaya sentiasa kuat.

"Perkara ketiga dan yang paling mustahak ialah semua jentera BN mesti disatukan, sementara yang keempat pula jentera BN wajar 'turun padang' untuk lebih rapat dengan pengundi," ujarnya.

Sumber

Monday, May 17, 2010

Saiful Akan Bertemu Sebahagian Ulama Seluruh Dunia Di Masjidil Haram Tidak lama Lagi,Untuk Membuktikan Ulama' Dunia Bersamanya..... .


Cerita ini sumbernya datang dari komen artikel ini
Yang berbunyi:

Anonymous said...

awak juga salah faham akan kenyataan sebenar yusof qardawi...saudara naim anda sebenarnya silap..insyallah pertemuan saiful dan sebahgian ulama seluruh dunia akan di buat di masjidil haram tidak lama lagi...anda kena faham saiful rakyat biasa jika nak di bandingkan pengaruh DSAI.kita tungu dan lihat..soalnya liwat atau tidak.bukan rela atau tidak.salam.

sejauh mana kesahihannya aku tak berani komen apa2 sebab si pemberi komen hanya menggunakan nama Anonymous (Tanpa Nama) seperti kelaziman blogger2 UMNGOK yang lain, tapi aku betul-betul teruja untuk mengetahui Ulama' manakah yang akan membela Saiful nanti .......

Kemenangan PR Di Sibu Buktikan Hanya Melayu yang Terhegeh-hegeh Menyokong UBN/APCO & JUDI HALAL

http://3.bp.blogspot.com/_bR10UkQfBXU/S_AZP-jxShI/AAAAAAAAED4/GMDmefZ41p8/s1600/iban&compaq.jpg


Inilah buktinya bahawa Rakyat telah berubah he he......Kecuali Melayu kampung yang ditipu hidup TV3,RTM,Berita Hairan,Utusan Meloya dan yang seangkatan dengannya.....

Sumber foto:http://budakbalun.blogspot.com

Kerjasama erat PAS-PKR-DAP menangkan Pakatan di Sibu

SIBU, 17 Mei: Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.

Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini.

"Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat.

"Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri.

Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jentera Pakatan Rakyat.

Ianya juga membuktikan, strategi kempen rumah ke rumah sangat berkesan menangkis tohmahan BN yang meggunakan seluruh saluran yang mereka ada.

"Kalau melihat kepada bendera di rumah-rumah, kita rasa memang kita kalah.

"Rupa-rupanya mereka tidak mahu dilihat bersama dengan Pakatan Rakyat, tetapi mereka sebenarnya mengundi kita," katanya.

Selain itu, mengulas ringkas kekalahan memalukan BN pula beliau berkata, antara lain dilihat berpunca dari protes kaum Melayu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, masyarakat Melayu di beberapa tempat sepeti di Nangka, Pelawan dan Seduan kecewa dengan layan tidak sama rata Najib yang beberapa kali datang berkempen.

Najib, katanya seperti meminggirkan masyarakat Melayu Melanau di situ kerana mungkin yakin mereka pengundi tegar BN.

"Saya belum lihat secara keseluruhan lagi, cuma mungkin pengundi Melayu protes terhadap Najib.

"Najib datang tiga kali tapi bertemu dengan bukan Melayu dengan menawarkan pelbagai insentif," ujarnya.

Dalam pilihan raya kecil semalam, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.

Sumber:Harakahdaily

Saturday, May 15, 2010

Ini Dia Kronologi Sebenar Kes Sayfoooool Diliwat Secara Rogol @ Rela???

Ini kronologi kes Sayfoooool..meman banyak yang panas..dan ada jugak yang memeranjatkan kita dan ada bukti menunjukkan bahawa Sayfoooooooooooool ini penipu dan ada satu konpirasi dalam menjatuhkan Anwar.

24 Jun 2008 - Sayfoooooooooooool telah berjumpa dengan dengan Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 dan kata awak diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut berjumpa seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka) di Hotel Melia dan menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

25 Jun 2008 - Sayfoooool telah hubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mahu mengadu diliwat Anwar tapi beliau tak ingat siapa bagi contact nombor mamat ketua polis ni.

26 Jun 2008 - Sayfoooooooooooool dakwa diliwat di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang. Dia juga tidak mandi dan hanya bilas badan sahaja. Sayfool menjelaskan mengapa beliau tidak membuat laporan polis pada 26 haribulan sebaik selepas diliwat kerana ingin mendapatkan nasihat daripada beberapa orang iaitu Mumtaz Jaafar, Pakciknya, Tuah, saudara Ezam dan seorang guru agama.

27 Jun 2008 - Sayfoooooooooooool tak mandi..masih simpan bukti diliwat Anwar kononnya. Dekat tengah malam, jumpa Ezam Mohd Nor di Tasik Putri Rawang. Dalam pertemuan yang disertai oleh rakannya “Rahimi” dan bapa saudaranya “ Tuah”, Saiful memberitahu dia telah dianiaya.

28 Jun 2010 - Saksi pakar, Dr Mohd Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi telah memeriksa Sayfooooool yang beritahunya dia sakit di bahagian dubur dan juga mengalami sakit perut. Tetapi semasa pemeriksaan dijalankan beliau berterus terang dengan doktor itu bahawa beliau diliwat. Apabila diperiksa Sayfoooool, Dr Osman telah catatkan dalam laporan perubatannya bahawa Sayfooool dicederakan dengan plastik di bahagian dubur dan bukannya diliwat.

Laporan polis turut dibuat di Balai Polis Jalan Travers, K.L oleh Sayfooooool yang dalam reportnya kata Anwar liwat beliau secara paksa.

Saiful dilihat “kelihatan gembira” sehari selepas beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Terdapat sekeping gambar yang dirakamkan pada 27 Jun 2008, sehari selepas Anwar dikatakan meliwatnya semasa pertemuan Anwar dengan beberapa blogger.

29 Jun 2008 - Anwar menerima perlindungan sementara di Kedutaan Turki.

30 Jun 2008 - Anwar keluar dari Kedutaan Turki.

1 Julai 2008 -Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai 2008 -Sayfooooool muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds.

8 Julai 2008 - Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Sayfoooool yang mendakwa Anwar meliwatnya.

15 Julai 2008 - Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

16 Julai 2008 - 10.05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

1 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.

17 Julai 2008 - Anwar dibebaskan dengan jaminan polis

30 Julai 2008 - Anwar hadir di JAWI untuK memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang meminta jabatan itu Sayfooooool mengikut hukum qazaf.

31 Julai 2008 - Datuk Ser Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

31 Julai 2008 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

6 Ogos 2008 - Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat.

7 Ogos 2008 - Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Sayfooooool. Anwar kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan. Perbicaraan disambung 10 September.

15 Ogos 2008 - Sayfoooooooooooool melafazkan Sumpah laknat yang dilafazkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang hari Jumaat, 2 hari sebelum penamaan calon PRK Permatang Pauh..Sayfoool telah bersumpah di Masjid Wilayah, bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI. Sayfoooooooooooool sama ada menipu mahkamah atau media. Menyatakan beliau hanya diliwat sekali dalam sidang media dan laporan akhbar akhbar bertajuk Saya diliwat ' bertarikh 15 Ogos

Ini keterangan sebenar dari Malaysiakini..

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

10 September 2008 - 10 September : Sambungan kes liwat Anwar. Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September untuk mendengar hujahan sama ada kes dikekalkan di Mahkamah Sekyen atau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim menetapkan tarikh itu selepas timbul bantahan daripada peguam bela yang ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Seksyen.

24 September 2008 - Mahkamah mendengar prosiding hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan bagi memutuskan sama ada memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ataupun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Pada awal prosiding pihak pendakwa telah mengemukakan bantahan awal terhadap pihak pembelaan yang membantah keras kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes ditunda pada 7 Oktober.

7 Oktober 2008 - Hakim Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.Pendakwaan telah berhujah bahawa adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh BPR. 8 Oktober 2008 - Mahkamah Sesyen mendengar hujahan lanjut ketua peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah berhubung bantahan kesahihan sijil perakuan yang ditandatangani oleh Peguam Negara. Kes ditunda pada 9 Oktober.

9 Oktober 2008 - Mahkamah Sesyen masih terus mendengar hujahan pihak pembelaan bantahan terhadap sijil perakuan pemindahan oleh Peguam Negara.Ketua penguam bela, Sulaiman Abdullah berhujah agar permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ditolak.Hakim Komathy Suppiah menetapkan tarikh sambung bicara ditunda pada 31 Oktober, selepas dimaklumkan bahawa Anwar akan menghadiri sidang Parlimen.Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

31 Oktober 2008 - Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguh sehingga 7 November depan bagi Hakim S. Komathy Suppiah membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi. Komathy menetapkan untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak. Beliau membuat keputusan itu sebelum menangguhkan sidang pada pukul 4.30 petang.

7 November 2008 - Hakim S. M. Komathy Suppiah hari ini menetapkan sebutan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen pada 14 November ini.Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah. Komathy berkata, Abdul Gani tidak sepatutnya mencampuri kes liwat berkenaan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi `berjanji’ bahawa peguam negara itu tidak akan terlibat dalam kes Anwar. Komathy akan mendengar sebutan kes itu bagi menetapkan tarikh perbicaraan di mahkamah tersebut.

14 November 2008 - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan pada 20 November ini untuk mendengar semakan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

9 Februari 2010 - Sayfoooooooooooool dakwa diugut bunuh oleh email dari individu yang tidak dikenali. Didalam email tersebut, apabila dia membacanya, ianya mengadungi satu pernyataan yang disiarkan didalam Fanpage Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengugut bunuhnya..Sayfoooooool buat laporan polis

Sekarang?? Sayfooooool sedang merapu dan tak lama lagi, semua konspirator akan terdedah..sama-sama kita tunggu kesudahan cerita raja lawak ini..

Sumber:http://tunhisyamuddin.blogspot.com

Friday, May 14, 2010

Fatwa Awang Adek 'JUDI HALAL Dengan Lesen' Diterima Pakai Melayu2 Islam Ini.....



Apa kata mereka: Segalanya berubah dengan Fatwa Awang Adek kini saya bebas berjudi tanpa segan-silu kerana segala telah dihalalkan oleh Fatwa itu..Undi saya pada PRU13 semestinya hanya untuk UMNO/BN/APCO...



Nak malu apa lagi selepas Fatwa itu keluar semuanya dah jelas yang saya buat ni halallah...Teruskan memilih UMNO/BN/APCO untuk kebebasan berjudi..horay!!!!!



Akhirnya mimpi jadi kenyataan....Terima kasih UMNO..Jasamu tetap dikenang sampai bila-bila...UNDI UMNO/BN/APCO untuk kebebasan berjudi......

Lesen Judi Piala Dunia Bukti Pemimpin UMNO Tidak Bertamadun:Dr Asri

Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;



1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.



2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Sumber

Innity