yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, May 21, 2010

Dapatkah pemimpin lain samada dari BN atau PAKATAN sendiri mencontohi apa yang diamalkan Tok Guru???...

Tertidur keletihan..maklumlan jadual harian Tok Guru memang padat,semoga Tok Guru dipanjangkan umur untuk terus memimpin kita
Makan nasi bungkus je? 20 tahun menjadi MB masih mengekalkan ciri2 kesederhanaan
Sembahyang kat pondok tepi sawah je
Walaupun bertaraf Ulama,tapi tidak kekok menjadi makmun pada rakyat biasa.Tabik Tok Guru
Hu Ferrari beb...
Sedia menerima tetamu tanpa protokol yang ketat.Perhatikan pakaian Tok Guru macam orang kampung biasa je..

Gambar yang ambo kumpul dari berbagai sumber yang menunjukkan Tok Guru dalam keadaan istimewa.Walau dah 20 tahun jadi MB tapi masih mengekakalkan ciri2 kesederhanaan yang sanjungan rakyat.Dapatkah pemimpin lain samada dari BN atau PAKATAN sendiri mencontohi apa yang diamalkan Tok Guru...

Sumber

Nizar : laporan Sinar tidak betul dan mengelirukan

laporan muka hadapan Sinar Harian 20 Mei yang menjadi pertikaian.


IPOH, 20 Mei :- Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit. Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah, demikian antara kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa dihubungi disini.


Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20Mei yang menimbulkan kekeliaruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" Jelasnya

Tegasnya lagi "Tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk "Kristian Tolak PAS" seperti yang disiarkan Sinar harian. Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

"Tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera" Tegasnya lagi.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abd. malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh DS. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" Tegas DR. Khairuddin semasa dihubungi.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

Sumber

Terkini:Lantaran panas hati Samy Vellu pecat Timbalan ketua pemuda MIC V Mugilan ....

Samy Vellu akhirnya menggunakan kuasanya dipercayai kerana didesak untuk meletak jawatan oleh orang bawahannya. Lantaran panas hati dengan timbalan ketua pemuda MIC, Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan hari ini dipecat daripada parti itu.

Menurut ketua pemuda MIC, T Mohan, pemecatan Mugilan dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu setelah berunding dengan timbalannya, Datuk G Palanivel.

Ketua jawatankuasa disiplin parti, Tan Sri KS Nijhar ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu dia dimaklumkan berhubung pemecatan itu.

Bagaimanapun, katanya, pemecatan itu tidak dilakukan oleh jawatankuasa yang diketuainya.

Menurut perlembagaan MIC, keahlian anggota parti itu boleh ditamatkan oleh jawatankuasa disipilin dan juga melalui kuasa presiden setelah berunding dengan timbalannya.

Menurut Mohan, pemecatan Mugilan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sering kali membuat kenyataan yang membidas pemimpin MIC, khususnya Samy Vellu.

Katanya, keputusan menyingkirkan Mugilan itu dibuat berdasarkan dua faktor.

"V Mugilan mendakwa bahawa Datuk Seri Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India. Kedua, tindakan Mugilan berkempen demi kepentingan dirinya yang bertentangan dengan hasrat parti sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor," kata Mohan ketika dihubungi.

Katanya, jawatan timbalan ketua pemuda akan dikosongkan sehingga pemilihan parti itu yang dijadualkan pada tahun 2012.

Desas-desus Mugilan akan disingkirkan bertiup kencang sejurus sebelum pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu.

MIC pada mulanya mencalonkan Palanivel di kerusi berkenaan tetapi ia ditolak oleh ahli akar umbi Barisan Nasional, khususnya Umno yang mendakwa timbalan presiden kurang berupaya.

Sebaliknya nama, Mugilan dicadangkan tetapi timbalan ketua pemuda MIC itu ditolak oleh partinya dan sebagai kompromi ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dicalonkan.

Sejak itu, Mugilan yang kecewa terus membidas presidennya dan mendesak pemimpin yang telah menguasai MIC hampir 31 tahun supaya berundur.

Terbaru, pagi tadi, dia mencabar Samy Vellu presiden MIC itu untuk berdebat secara terbuka dengannya pada Ahad ini untuk membuktikan sepanjang 11 penggal menerajui parti India itu, Samy Vellu gagal menaikkan taraf hidup masyarakat India.

Semalam, Mugilan pada satu sidang akhbar di Petaling Jaya, berkata bahawa beliau sanggup berhadapan dengan apa-apa tindakan parti setelah merujuk kepada peguamnya.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)