yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, May 20, 2010

Mugilan desak Samy berundur:"Zaman bagi orang lama seperti dia untuk menerajui parti yang mewakili kaum India sudah berlalu..."



PETALING JAYA 19 Mei - Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini didesak meletakkan jawatan Presiden MIC sebelum akhir tahun ini kerana kepimpinannya sudah tidak diperlukan oleh kebanyakan masyarakat India.

Desakan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, V. Mugilan yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada bulan lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor berkata, pengunduran Samy Vellu akan memberi peluang kepada pemimpin baru menerajui dan menstrukturkan semula parti itu sebelum menghadapi cabaran pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Zaman bagi orang lama seperti dia untuk menerajui parti yang mewakili kaum India sudah berlalu.

"Atas sebab itu dia harus berundur segera kerana dia kini menjadi beban kepada parti dan BN," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mugilan berkata, apa yang disuarakan olehnya hari ini adalah sekadar mahu mengingatkan kembali Samy Vellu tentang desakan sama yang pernah dilakukannya terhadap bekas Presiden MIC, Tun V. Sambanthan kira-kira 30 tahun lalu.

"Hari ini kami menggunakan modus operandi yang sama ketika Samy Vellu mendesak Tun Sambanthan meletak jawatan dahulu.

"Kini kami beranggapan dia tidak mampu memimpin lagi" katanya.

Katanya, sokongan pengundi India kepada BN pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bulan lalu bukan kerana Samy Vellu tetapi mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kalau Samy Vellu tidak berkempen di Hulu Selangor, BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar lagi," katanya.

Ditanya adakah beliau bimbang desakan itu akan menyebabkan beliau dipecat daripada parti, Mugilan berkata, jika itu berlaku, beliau akan menggelar bekas ahli Parlimen Sungai Siput itu sebagai diktator.

Sumber

Undang-Undang Ala UMNGOK/BN/APCO :UGUT BUNUH TAK APA.... BERI NASIHAT KENA PENJARA 5 HARI

'Ancaman' Facebook: 5 hari merengkok di penjara

http://syukran.files.wordpress.com/2010/04/safuan-hilmi1.jpg

(Klik Gambar untuk besarkan imej)bandingkan ucapan diatas dengan ucapan nasihat ini:

"DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."

Dan gara-gara ayat itu Badrul Hisham Abdul Jalal terpaksa merengkok lima hari di penjara.

Lelaki berusia 40 tahun yang mengakui beliau adalah ahli PAS berkata 'kata-kata' itu diletakkan di Facebook halaman perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan bagaimanapun mendakwa kata-kata itu sebagai ugutan untuk membunuhnya.

Menceritakan bagaimana isu berkenaan timbul, Badrul memberitahu wartawan bahawa beliau tergerak untuk memuatkan kata-kata itu ketika bekerja pada Rabu lalu.

"Sebagai orang Islam, saya cuma mengingatkan Saiful supaya tidak mengaibkan orang. Lagipun, kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau mati pada hari esok.

"Ia bukan satu ancaman,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.

Badrul, yang jelas ketakutan selepas lima hari ditahan berkata beliau hanya menyedari bahawa Saiful membuat laporan polis selepas membacanya di internet pada keesokan harinya.

"Saya berpendapat yang saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan pergi ke balai polis Klang pada Jumaat.

"Sarjan yang bertugas berkata dia perlu menyemak sebuah fail berhubung kes itu. Dia kemudiannya memberitahu bahawa saya ditahan,” kata Badrul.

Dia bagaimanapun mengakui bahawa polis melayannya dengan baik sepanjang penahanan itu tetapi tidak faham mengapa masa yang begitu panjang diperlukan bagi merakamkan kenyataannya itu.

Badrul dibebaskan petang semalam.

Menurutnya, keluarganya juga tidak diberitahu berhubung penahanannya sepanjang lima hari itu.
-malaysiakini-

Note: Ni la malaysia.. kalau yang kena ugut bunuh tu nik aziz, tunggu berpuluh laporan polis dibuat baru la nak buat2 tangkap. Tu pun saja jer nak tutup cerita. Tak de pun dengar org yg kata nak bunuh nik aziz tu kena penjara. Tp beri nasihat kepada binatang yg x bermaruah mcm si shyfools ni terus jer kena penjara 5 hari. Mulianya si shyfools ni di mata kera...jaan malaysia.

Sumber:http://rubbertapperz.blogspot.com

N'N:

"DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."

saya akan terjemahkan bahasa santai Saudara Badrul Hisham Abdul Jalal ini ke bahasa budiman:

Saudara, Saya ingin bertanya saudara, kita ni manusia pasti akan menemui mati dan tak tentu lagi kita akan hidup sampai esok kerana semuanya ketentuan ilahi...jadi janganlah saudara aibkan sesama manusia apa lagi kepada binatang yang bergelar monyet wahai saudara Saiful...

Mungkin Si Saiful ni tak faham bahasa kut.....

Katak Yang Nak Keluar Tu..Cepat2 Keluar...!!!PKR Beri Ahli ‘notis’ 1 Bulan Jika Mahu Keluar Parti...

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini, pemimpin dan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi nasihat — sesiapa yang masih berhasrat mahu meninggalkan parti itu agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.
PKR memberikan ‘nasihat mesra’ ini bagi membolehkan parti itu menjalankan proses penjenamaan semula, dijangka dilaksanakan selepas kongres nasional hujung bulan ini.

Proses penjenamaan semula ini dilihat menjurus kepada usaha memperkukuhkan parti dan menepis sikap negatif ekoran serangan bertubi-tubi sejak kebelakangan ini.
Kongres Nasional PKR akan diadakan di Kota Baru mulai 27 hingga 30 Mei.

Nasihat ini diberikan oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Fuziah Salleh yang mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar dengan serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri.

“Selaku pengarah pilihan raya, saya berpendapat mereka yang merasakan tidak lagi dapat memenuhi kepentingan peribadi mereka... mungkin mereka ini menyertai PKR (dulu dikenali sebagai Keadilan) atas alasan boleh mendapat manfaat peribadi, tetapi sekarang merasakan sebaliknya, wajar meninggalkan parti,” kata beliau.
“Saya beri notis kepada semua yang hendak melompat dari PKR untuk berbuat demikian dalam tempoh satu bulan. PKR akan membuat ‘rebranding’ (penjenamaan semula) selepas ini.

“Saya juga memaklumkan bahawa ‘we mean business’ dalam parti. Kita mahu PKR seiring dalam Pakatan Rakyat dan sesiapa yang hendak main-main (tidak serius) dalam PKR tidak diperlukan,” kata Ahli Parlimen Kuantan ini kepada The Malaysian Insider.
Fuziah yang mengetuai portfolio pilihan raya sejak Februari lalu melahirkan pendirian tegas ini beberapa hari selepas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong keluar PKR.

Wee mengumumkan keluar PKR Jumaat lalu atas kerana kesal dengan kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.

Pada Februari dan Mac lalu, PKR kehilangan tiga Ahli Parlimen yang memutuskan untuk keluar PKR.
Sejak Februari 2009, PKR juga melalui pengalaman lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) meninggalkan parti itu yang ditubuhkan pada 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan.

Anwar kini berhadapan dengan kes mahkamah melibatkan tuduhan liwat.
PKR juga kehilangan satu lagi kerusi Parlimen selepas wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat dari parti atas masalah disiplin.
Sambil melihat tindakan Wee keluar parti sebagai yang terakhir membabitkan wakil rakyat, Fuziah berkata, nasihat ini diberikan kepada ahli akar umbi dan pemimpin semua peringkat.

“Saya yakin tindakan Wee keluar parti yang terakhir (membabitkan wakil rakyat).. jadi saya berikan tempoh (sebulan( ini,” katanya.
“Saya memberikan nasihat ini kerana jika mereka mempunyai sebarang rintihan dan rasa tidak puas hati, dan jika mereka benar-benar mencintai parti, saya lihat masih ada ruang untuk duduk berbincang dan menyelesaikan dan menguruskan konflik yang wujud,” kata beliau.

Ditanya sebab memberikan tempoh sebulan, Fuziah memberitahu, beliau merasakan tempoh sebulan ini memadai untuk mereka berfikir.
“Saya merasakan tempoh sebulan ini memadai (untuk membuat keputusan)... jika mereka benar-benar merasakan perjuangan parti ini menjadi keutamaan, mereka akan kekal bersama parti untuk menghadapi cabaran masa depan,” kata beliau sambil tidak menolak pihak lawan menggunakan situasi semasa untuk menyerang parti.

“Pihak lawan menggunakan ahli dan pemimpin (yang melahirkan rintihan) untuk menyerang parti. Sebagai pengarah pilihan raya, saya secara peribadi mahu mengakhiri serangan ke atas parti,” katanya.

Selain tindakan wakil rakyat keluar parti, PKR juga berhadapan dengan fenomena yang sama membabitkan pemimpin peringkat cawangan dan negeri yang keluar parti baru-baru ini khususnya ketika pilihan raya kecil.
Ia disaksikan secara bertali arus menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu dan minggu lalu semasa berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)