yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, May 13, 2010

Akhirnya Harussani Bidas UBN/APCO Syubahat Dengan Judi.....

Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib

SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.

Sumber

Terkini Bicara Liwat II Dari Mahkamah Tinggi !!

Perbicaraan kes liwat II diteruskan hari ini biarpun terdapat permohonan oleh Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk mendapatkan pernyataan laporan polis Saiful. Perbicaraan juga semakin panas dengan berbagai soalan yang ditanyakan oleh Karpal kepada Saiful. Sesekali, Saiful seolah-olah marahkan Karpal kerana cuba mengugutnya dengan soalan-soalan perangkap yang dikemukakan. Apapun yang berlaku, perbicaraan pada hari ini dihangatkan dengan isu Saiful tidak cuci anusnya selepas diliwat Anwar dan mengaku tersilap memberi keterangan kepada media berhubung dengan kejadian liwat yang terjadi ke atas dirinya. Terdapat bneberapan soalan sulit yang mahu ditanya Karpal kepada Saiful dan beliau kemudiannya memohon prosiding diadakan secara tertutup. Hakim Mohd Zabidin bersetuju. Mahkamah kemudian berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula pada 2.15 petang ini. Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Saiful Mengaku Tidak Cuci Anus Selepas Diliwat


Saiful mengaku bahawa dia tidak mencuci "anusnya" pada 26 Jun kerana mahu menyimpan bukti kononnya diliwat Anwar. Bagaimana pun dia mengaku mandi pada hari tersebut. Malah dia mengatakan tidak membuat laporan polis pada hari itu kerana takut akan merosakkan masa depannya.

Saiful Akui Tersilap Katakan Kali Pertama Diliwat


Saiful berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah. Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap. Selesai membaca Saiful akui dia melakukan kesilapan bila mengatakan ini kali pertama dia diliwat ketika ditanya Karpal.

Saiful Buat Laporan Polis Kerana Terima Ugutan


Saksi utama dan pengadu dalam kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenali. Justeru, petang semalam beliau tampil membuat aduan di balai polis Sentul di ibu negara petang semalam kerana "bimbangkan keselamatan diri dan dan keluarganya". Salinan laporan tersebut dimuatkan kembali dalam blog peribadinya semalam.

Sumber:http://pahangdaily.blogspot.com

Sajak Judi untuk BN




Tahniah..

Lesen Judi Bola Sepak di LULUSkan..

Bersediakah kita menanti saat BALA' turun dari Tuhan..

Harap-harap kita bersedia..

Terutama buat BN dan pemimpin-pemimpin mereka, juga tak lupa para 'mufti' yang membuta mata, membisu mulut, memekak telinga..

Baik atau Tidak pasti semua rasa.

Termasuk kita..

Bagi yang sedar, segeralah beringat.

Dunia semakin tua, maksiat semakin berleluasa, judi, arak, zina, bunuh kian bermaharaja lela..

Namun, andai Tuhan masih beri kita masa..

Segeralah bertindak..

Hapuskan pemerintahan BN dari muka bumi..

Kerana kuasa di tangan kita yang mengundi..

Kerana jika salah undi, dosa yang kita perolehi..

Tengok akhirat nanti...

Benarlah kata Khairy..

Akhirat nanti hanya ada 'Dacing', Bulan pun tiada lagi..

Termasuklah juga Islam Hadhari..

1 Malaysia apatah lagi ..

Tetapi apakah BN masih menimbang-nimbang lagi..?

Halal haram, Arak dan Judi..

Kerana ketika itu tak guna lagi..

Apa yang ada...

Hanyalah SYURGA atau NERAKA...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)