Itulah antara soalan panas yang membuktikan kepada kita bahawa Saiful memang bukan seorang Islam yang boleh dipercayai. Beliau ternyata munafik dan kenyataannya tidak wajar diterima oleh mahkamah. Sebab itulah mereka mahu menghalang sedaya upaya cubaan "qazaf" terhadap Saiful di Mahkamah Tinggi Syariah. Ini kerana mereka tahu bahawa Saiful bukanlah orang yang layak untuk bercakap di depan hakim mahkamah terbabit. Semakin Saiful bercakap maka semakin banyak bukti-bukti pembohongan yang dikeluarkan dari mulutnya. Kami juga agak hairan, kerana begitu lama Saiful tidak mengemaskini blog peribadi beliau www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com . Malah, posting terakhirnya ialah pada 9 April 2010 yang lalu. Ini amat mengejutkan kita, kerana biasanya Saiful akan terus mengemaskini blognya apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat berkaitan kes yang dihadapinya itu. Misalnya, beberapa hari lalu Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar agar kes ini dibatalkan. Anehnya, Saiful tidak membuat apa-apa posting dengan keputusan mahkamah itu. Apakah beliau kini panik dan gusar dengan soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh barisan peguam Anwar di mahkamah agaknya. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan pengunjung setia blog Saiful sekarang ini. Apapun, kita sama-sama nantikan apakah akan muncul banyak lagi adengan-adengan lucu yang akan dikhabarkan oleh Mohd Saiful Bukhari ini di mahkamah, selepas diasak oleh peguam Anwar terutamanya Karpal Singh itu nanti.
Senario yang berlaku terhadap Saiful ini amat mengejutkan kita. Belum pernah terjadi beliau gagal kemaskini blog apabila berita mengenai kesnya berlaku pada hari berkenaan. Malahan dalam sesetengah kes, belum sampai beberapa jam selepas perkara itu berlaku Saiful sudah mengemaskini blognya. Bagi mereka yang jarang melawat ke blog beliau mungkin tidak perasan akan perkara ini. Namun, bagi krew-krew kami yang saban hari melawat ke blognya memang amat perasan apa yang berlaku ini. Apakah Saiful kini dalam keadaan tertekan kerana tidak menjangka apakah soalan yang bakal dikemukakan kepadanya?. Tambah memusykilkan kita bila pihak pendakwa juga enggan menyerahkan nama-nama saksi kes berkenaan dan hanya mengatakan "mungkin" diserahkan kemudian. Soalnya, apakah dalam mahkamah boleh menggunakan perkataan mungkin?. Ini menguatkan lagi bahawa kes ini penuh dengan misteri dan merupakan konspirasi sebenarnya. Moga kebenaran terbit jua.
Sumber:http://pahangdaily.blogspot.com








