yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Saturday, May 8, 2010

GEMPAR:Bukti PERKESO pelabur terbesar Carlsberg




Nampaknya Kerajaan Malaysia hari ini sudah tidak mementingkan soal Halal Haram, mana-mana pelaburan yang boleh mendatangkan untung dia bedal semacam. Arak yang terang-terang Haram dihalalkan sesuka hati demi keuntungan! Beginikah kerajaan yang boleh diharapkan untuk membela Islam? Jauh panggang dari api!

Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan syarikat di tangga ke lima antara 30 pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut .

PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .

Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .

Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini . Apakah sudah tiada syarikat lain untuk PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian besar kakitangan mereka adalah muslim .

Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia . Bayangkan apabila kemalangan berlaku kepada pekerja, duit dari PERKESO inilah yang bakal diberikan kepada mangsa kemalangan untuk menyara kehidupan mereka atau sebagai pampasan di atas kemalangan, tetapi sedarkah anda duit dari mana yang diberikan sedang PERKESO adalah antara 30 pemegang saham terbesar syarikat arak?

Berikut dokumen bukti yang diambil dari www.carlsbergmalaysia.com.my Sila klik untuk membesarkan image anda lihat baca dan nilailah sendiri!




Duit haram inilah yang selama ini menjadi darah daging! Anda sebagai umat Islam akan terus berdiam diri? Terpulang kepada anda, tunggulah bala dari Allah S.W.T.

Dalam satu hadis yang masyhur, Nabi Muhammad s.a.w. menyifatkan arak sebagai ibu atau kepala kepada segala maksiat. Hukum haram arak itu pula tidak terbatas hanya kepada peminumnya, sebaliknya itu turut diharamkan kepada beberapa pihak lain yang terlibat dengan penyediaan arak.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Dalam persoalan arak ada 10 orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuat, pengedar, peminum, pembawa, pengirim, penuang, penjual, pemakan hasil wangnya, pembayar dan pemesannya”. (hadis riwayat Anas)



sumber dokumen: http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf

Sumber:Cilik'http://milosuam.blogspot.com'

Isu UBN/APCO Mahu Halalkan Judi: Mengapa Hanya Dr.Asri Yang Bersuara Dimana Ulama'2 Dan Mufti2 UMNO????

Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram

SHAH ALAM, 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.
Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?" katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.
"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah," katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat," katanya.
-tvselangor-

Sebelum ini PAS mengecam dengan sekeras-kerasnya cadangan UBN/APCO untuk menghalalkan judi bola sepak disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)