yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, May 5, 2010

‘Kickdefella’Syed Azidi Askar Upahan – Mustapha Ali

KUALA LUMPUR: PAS tidak terbabit dengan pendedahan bekas Ketua Komunikasi Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang mendakwa menerima RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri.Setiausaha Agung Datuk Mustapha Ali sebaliknya melabelkan blogger yang dikenali sebagai ‘Kickdefella’ itu sebagai askar upahan politik, sanggup melakukan apa sahaja jika ada pihak yang membayar upah."Saya tidak tahu siapa yang upah dia (Syed Azidi), saya tidak tahu sama ada ia dilakukan oleh Umno. Syed Azidi ini orang jenis mana, saya tidak kenal sangat.

Setiausaha Agung Datuk Mustapha Ali sebaliknya melabelkan blogger yang dikenali sebagai ‘Kickdefella’ itu sebagai askar upahan politik, sanggup melakukan apa sahaja jika ada pihak yang membayar upah.



"Saya tidak tahu siapa yang upah dia (Syed Azidi), saya tidak tahu sama ada ia dilakukan oleh Umno. Syed Azidi ini orang jenis mana, saya tidak kenal sangat.

"PAS tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Saya sudah periksa dengan PAS Kelantan dan PAS Pusat, tidak pernah keluarkan wang RM4 juta untuk tujuan itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di ibu negara hari ini.

Mustapha yang juga pengarah pilihanraya PAS berkata demikian sebagai menjawab pendedahan Syed Azidi mengenai wang berjumlah RM4 digunakan oleh PAS untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan perdana menteri.

Beliau berkata, menjatuhkan Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan agenda PAS. Pak Lah jatuh, Najib naik sama sahaja. Menjatuh dan memburuk-burukkan individu bukan dasar perjuangan PAS.

"Tetapi menjatuhkan kerajaan dan Barisan Nasional (BN) mengikut saluran demokrasi adalah matlamat PAS.

Umno suruh Pak Lah berhenti

"Pak Lah dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri. Dia (Abdullah) hendak berhenti dari jawatan perdana menteri lewat tetapi orang Umno suruh berhenti awal." tambahnya.

Mustapha juga menegaskan beliau dan pemimpin PAS lain tidak tahu mengenai penubuhan Global Media Channel (GMC) yang didakwa sebagai pusat penyebaran propaganda parti itu di Kelantan.

Beliau juga berkata, PAS menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan Syed Azidi itu.

Katanya lagi, SPRMlah yang menyiasat, PAS tidak perlu buat apa-apa terhadap dakwaan Syed Azidi itu.

Minggu lalu, Syed Azidi yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroversi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah ketika menjadi perdana menteri.

Usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf, kata Syed Azidi dalam tulisan blognya.

Beliau menambah usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa di Kelantan.
Syed Azidi askar upahan.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)