yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, May 4, 2010

LAWAK HARI INI:YB Zul Kulim Gelar Senator Ezam sebagai Reformis Dan Penegak Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.

http://1.bp.blogspot.com/_4VcuQ5zWbrg/S9__rOzLhjI/AAAAAAAACKs/a54LEwltHJw/s1600/Ezam.jpg

Inilah ucapan tahniah YB Zul kepada YB Ezam:

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Sdr. Mohd. Ezam Mohd. Nor yang dilantik menjadi Senator dan mengangkat sumpah semalam Isnin 19 Jamadil awal 1431/ 03 Mei 2010 di Dewan Negara bersama dengan YB Datuk G. Palanivel, YB Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan YB Datuk Noriah Mahat.

Semoga perlantikan sebagai Senator ini akan memberi medan baru untuk YB Sdr. Ezam meneruskan agenda perjuangan reformasi dan amar ma'ruf nahi mungkar.Selanjutnya

Apakah yang dimaksudkan 'Reformis' dan penegak 'Amar ma'ruf Nahi Mungkar' oleh YB Zul?
Adakah tindakan Ezam bersekongkol dengan UBN/APCO dan memfitnah DSAI dianggap sebagai 'Reformis' dan penegak 'Amar ma'ruf Nahi Mungkar' oleh YB Zul....Anda nilai sendiri.....

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,”-Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis


Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis. "Apabila ditem

bak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.


Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.
Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.
Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang. "Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.

Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid. Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarha mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam. “Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.


Malaysiakini

Himpunan Blogger Pakatan Rakyat Seluruh Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)