yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, April 26, 2010

Osman Jailu Masuk PAS???

Pagi tadi kita bertemu dengan Pegawai Khas YB Osman Jailu.Kita mengucapkan tahniah kepada P.A Osman atas bebasnya Osman daripada tuduhan rasuah!

Kita bertanya kepada P.A Osman Jailu,peluang untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri.P.A Osman merangkap Ketua Kampung itu menerangkan Osman tidak ditawar pun.

"Kalau dibagi pun Osman tolak,Osman jiwa pembangkang"kata P.A itu lagi.

Kita pun secara peribadi meminta tok ketua yang juga P.A Osman Jailu supaya meminta Osman Jailu masuk Pas!"Kalau PKR tidak mahu boleh bersama PAS "kata kita.

Tok Ketua itu pun berjanji"nanti saya pujuk Osman"

Timbul persoalan bolehkah kita terima taubat Osman Jailu?

Sekali lagi dia mengulang,"Cikgu,Osman jiwa pembangkang!"

Oleh : sisi bukit

Sumber:http://loveperak.blogspot.com

BENARKAH UBN/APCO BERJAYA DI P94?Belanja puluhan juta untuk 1700 undi....Siapa yang menang sebenarnya?

Seperti telah diduga, BN menang di Parlimen Hulu Selangor. Maka hebohlah seantero alam kemenangan bergaya BN dalam pertarungan senget sebelah ini. Di jaja habis kononnya keyakinan rakyat pada kepemimpinan DS Najib kembali bertaut.

Sebenarnya di atas kertas, BN sudah memenangi PRK Hulu Selangor. Tanpa pilihanraya pun BN sudah mendahului dengan 6000 undi! Mengikut rekod, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor dimenangi BN dengan majoriti 6000 undi. Hanya nasib yang memenangkan calon PR pada PRU ke 12 yang lepas. Dan kini PR bergelut untuk mencuri beberapa ribu undi dari pengundi BN untuk memenangkan Zaid.

Melihat kepada jentera kempen dan cara bagaimana PR bekerja sememangnya amat mengkagumkan. PKR dan PAS dengan jentera yang dikerahkan hampir 70% keseluruhan sudah pasti tidak mampu untuk capai setiap individu pengundi. Bayangkan Parlimen Hulu selangor yang sebesar negeri Melaka ini. Seramai 60,000 pengundi yang duduk di seluruh pelusuk kawasan, ramai petugas yang tidak terkejar untuk pergi rumah ke rumah. Dari Hulu Yam Bharu hingga ke Felda Sungai Tengi yang jaraknya lebih kurang 120 kilometer, itulah besarnya Parlimen Hulu Selangor. Mungkin SPR terlepas pandang untuk memecahkan Parlimen Hulu Selangor mengikut Gerrymandering (persempadanan semula).

Petugas PR berbelanja dengan duit sendiri. Poster, duit minyak, makan minum, penginapan, bahan risalah kempen, program dan lain-lain lagi semuanya adalah peruntukan parti ataupun individu. Hanya kos cetakan agensi parti seperti Harakah, Siasah dan Suara Keadilan taja sepenuhnya.

Saya mendapat maklumat bahawa bahan cetakan seperti poster dan bendera di sabotaj oleh ahli-ahli PKR yang keluar parti. Lebih kurang 3 kontena bahan kempen itu dicuri dan disembunyikan. Bayangkan dengan ujian dan cabaran seperti ini, bagaimana PR boleh bekerja dengan baik.

Pengundi pula, bagi golongan muda di kawasan bandar dan pesisirnya sambutannya sangat baik. Program-program kempen sepanjang tempoh kempen di kawasan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik. Yang menjadi masalah adalah pengundi di Felda-felda dan pedalaman kampung. Rata-ratanya apabila bertemu mengucapkan terima kasih kepada BN kerana memberi air percuma! Sedangkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma. Inilah yang dikatakan, "Lembu punya susu, sapi dapat nama". BN menumpang tuah kebaikan kerajaan PR dengan mengelabui mata pengundi.

Dengan peruntukan kepada Kementerian-kementerian melalui program 'segeranya' di Hulu Selangor, sumbangan basikal, hamper, baja, alat permainan, duit sumbangan, turap jalan, tidak termasuk janji-janji manis dan lain-lain lagi, bagaimana boleh kempen PRK berjalan dengan baik. BN juga seperti biasa mengerahkan hampir semua jentera kerajaan seperti polis, RELA, pegawai-pegawai kerajaan hanya untuk berkempen bagi pihak mereka.

SPR pula bersikap 'pekak badak' dan berlagak seolah pengadil yang baik. Tidak terlintas oleh SPR dan SPRM bahawa program-program 'segera' hampir semua Kementerian di Hulu Selangor adalah rasuah politik yang jijik dan kotor!! Ini belum lagi aksi kempen melalui media perdana seperti televisyen dan akhbar milik negara, semuanya dimanipulasi semaksima mungkin seolah-olah mereka sahaja yang bertanding. Dan dalam hal ini, SPR dan SPRM menjadi 'buta dan tuli' daripada mendengar keluhan dan suara rakyat. Tidak menjadi kesalahan kepada SPRM kalau BN berbelanja berjuta-juta ringgit, lebih dari kemampuan sebuah parti asalkan kesalahan itu dilakukan oleh BN.

Dengan peruntukan BN sedemikian banyak, maka tidak wajar mereka hanya memenangi dengan 1700 undi. Sepatutnya mereka boleh menang dengan 6000 undi majoriti. Syabas dan tahniah sebenarnya adalah untuk jentera petugas Pakatan Rakyat, yang mampu bertahan dan sabar dengan serangan bertali arus dari pelbagai sudut dan mendapatkan undi majoriti 1700. Syabas juga kepada pengundi yang melihat kebenaran dengan memilih PR. Takziah kepada pengundi Islam di Hulu Selangor, yang telah memilih seorang bukan Islam sebagai pemimpin mereka. Selepas ini ajaklah Kamal itu sebagai Imam solat berjemaah, Imam solat jenazah di masjid ataupun membaca tahlil arwah dikampung-kampung.

siapa yang menang sebenarnya??
Datuk Zaid Ibrahim sebenarnya sudah menang....

Majoriti = 1725 Undi

Undi Rosak = 731 Undi

Undi Pos = 767 Undi

Pengundi yang dikesan awal nama mereka hilang = 201 Undi

Pengundi hantu yang dapat dikesan tapi terlepas di IKBN Ampang Pecah = 20 kereta bersamaan 80 undi

Ikut perkiraan di atas, Datuk Zaid sebenar sudah menang dengan majoriti 80 Undi

Bilangan yang tidak dapat mengundi = Ada dan angka tidak dapat disahkan lagi...

Sumber:
Harakahdaily
Demokrasi93.blogspot.com

Babi Hutan Pun Jauh Lebih Mulia Daripada Melayu Patriotik Itu...

Nukilan Sahabatku Akhi Shameel Iskandar

DIA saya kenali sewaktu saya sedang berjogging di sekitar Chemor Perak. Ada keistimewaan yang mendiami peribadi lelaki berusia 50-an itu. Dari segi penampilan terserlah dia seorang yang berpendidikan. Tapi, sejujurnya saya tidak pernah ambil tahu tentang apa kerjayanya. Sama ada kakitangan kerajaan , swasta atau berkerja sendiri. Sama ada masih berkihdmat atau telah bersara. Ikhlas saya tidak pernah bertanya semua itu.



Saya berbangga kerana mengenalinya. Jujur! Saya kagumi darah pejuang yang mengalir dalam jasadnya. Bagi saya dia adalah antara ratusan atau ribuan pejuang melayu tulen yang masih bersisa di bumi yang dahulunya dikenali sebagai TANAH MELAYU ini. Dalam beberapa hal saya tidak bersetuju dengan pendapatnya, tapi atas dasar menghormatinya saya tidak membantah kata-katanya( sekadar membantah di dalam hati sahaja )




Sepanjang perjalanan bersamanya( saya tidak berjoging kerana ingin melayannya berbual-bual) dapat saya kesan tentang pilu dan sendu yang bermukim di dalam hatinya. Pilu dan sendu dengan nasib malang yang menimpa bangsa melayu hari ini. Tangannya tak pernah henti menunjukkan kebun-kebun sayur di sekitar bukit Bangkong Tanah Hitam yang diusahakan oleh orang-orang Cina. Katanya, lama-kelamaan sedikit demi sedikit tanah-tanah di Perak akan akan habis diratah oleh orang-orang cina. Dengan penuh geram dia menyumpah penjajah British kerana membawa masuk orang-orang cina untuk mengusahakan lombong bijih timah. Katanya, kalau orang cina tak dibawa masuk sudah tentu orang Melayu akan menguasai negara secara total.


Di kutuk juga golongan yang mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru( DEB). Katanya, DEB adalah senjata ekonomi untuk orang melayu menyaingi kekuatan ekonomi bangsa-bangsa lain terutamanya orang-orang cina. Tanpa DEB, orang Melayu akan menjadi pengemis dan kerana DEBlah beberapa tokoh korporat melayu telah berjaya dilahirkan. Lebih kurang lima belas minit selepas itu, dimakinya pula golongan yang mempertikaikan kursus Biro Tata Negara(BTN). Dia bertanyakan saya, pernah atau tidak pernah mendengar lagu anak kecil bermain api ( lagu wajib ketika kursus BTN), dia menerangkan betapa lagu itu bukanlah berunsur perkauman tetapi untuk menyedarkan anak-anak melayu yang masih leka dan lena.


Turut dikecamnya ialah kerajaan Perak terdahulu, atau lebih tepat lagi kerajaan pimpinan Dato’ Seri Nizar bersama Pakatan Rakyat ( saya tak mau ulas dengan panjang lebar kerana tidak ingin berpolitik di dalam blog). Katanya, Nizar telah ‘menjual’ maruah orang Melayu kepada Cina.



Tidak terkecuali dari caciannya ialah golongan yang menentang/ mempersoalkan kewujudan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA.). Katanya, dia amat sedih apabila pertubuhan pembela dan penegak Ketuanan Melayu itu diperlekehkan oleh segelintir anak melayu. Dia amat terkilan apabila ada pihak yang mendakwa PERKASA sebagai pertubuhan pelampau Melayuyang persis Klu Klux Klan.



Saya bangga mengenalinya. Jatidiri Melayu saya semakin melonjak. Saya rasa semangat Hang Tuah, Tok Janggut, Dato’ Bahaman dan Dato’ Maharaja Lela telah meresap dan sebati dalam dirinya. Jujur! saya bangga mengenalinya.



Tapi, sayang rasa bangga itu hanya seketika dan padam terus seminggu kemudiannya. Hari minggu , pada detik yang lain, ketika selesai jogging , saya ternampak dia tanpa segan silu sedang membeli nombor ekor di sebuah premis judi yang dimiliki oleh seorang lelaki Cina. Menurut beberapa orang member berbangsa Cina yang bersama-sama berjogging dengan saya, lelaki melayu yang berjiwa patriotik itu memang selalu membeli nombor ekor. Sungguh celaka, lelaki melayu yang kononnya berjiwa patriotik dan sering menyalahkan bangsa lain rupa-rupanya seekor kaki judi. Tiba-tiba saya rasa menyesal kerana mengaguminya. Lagi kesal kerana pernah berjabat tangan dengannya. Entah mengapa, tiba-tiba saya rasa lebih mulia andainya saya memeluk anjing daripada bersalam dengan lelaki melayu itu. Dan jauh di sudut hati, saya berkata, “ babi hutan pun jauh lebih mulia daripada melayu patriotik itu.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)