yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, April 16, 2010

Perhatian:PRK Hulu Selangor (73) Peta Lokasi Penamaan Calon esok!

1. Dari arah Tg Malim, sila masuk ikut simpang 4 Dataran Kuala Kubu, selepas Shell sebelah kiri.
Anda akan terpaksa melalui kawasan penyokong BN sebelum sampai ke kawasan penyokong PR.

2. Dari arah Rawang, selepas simpang ke Pekan Rasa disebelah kiri, kira-kira 500m, masuk ke simpang Ampang Pecah di sebelah kanan.


1. Dari simpang Dataran KKB, yang datang dari arah Tg Malim akan melalui kawasan Penyokong BN dahulu sebelum melepasi sebuah Traffic Light, selepas traffic light belok kiri menuju ke atas bukit iaitu Pekan Kuala Kubu Bharu!

2. Dari simpang Rasa, yang datang dari arah Rawang, jumpa Traffic Light, ke kanan dan ke kiri untuk menuju ke atas bukit iaitu Pekan Kuala Kubu Bahru.

Yang ada GPS, lagi sempoiiii!! target ke Balai Polis Kuala Kubu Bahru, IPD Hulu Selangor!

semoga semuanya selamat tiba dan selamat kembali!

sorry la kalau map tak clear.. maklumlah cut & paste aje!

Sumber:sunsnake

HAMAS Kenakan Hukuman Mati Bagi Mereka Yang Bersekongkol Dengan Israel....UMNO Pula Bagaimana????

HAMAS Hukum Mati 2 Pengkhianat

Gerakan Islam Hamas yang berkuasa di Gaza telah menghukum mati dua warga Palestin kerana berkolaborasi dengan Israel meskipun adanya bantahan dari kelompok-kelompok HAM, pihak hospital dan sumber-sumber lain mengatakan pada hari Khamis (15/4).

Dua orang 'pengkhianat' tersebut dilaksanakan oleh regu tembak semalam, kata Samir Zakut dari Al-Mizan kelompok HAM Palestin.

Polisi tidak mengizinkan wartawan untuk masuk ke rumah sakit al-Syifa, namun sumber-sumber medik di sana mengukuhkan dua mayat-mayat itu telah dibawa ke rumah sakit pada malam hari.

Pemerintah resmi Hamas telah mengesahkan eksekusi tersebut setelah mayat dua 'pengkhianat' itu tiba di Hospital Gaza, tapi tidak mengatakan bagaimana mereka melaksanakan eksekusi.

Kelompok HAM Palestin kelompok al-Mizan mengidentifikasi dua orang yang dieksekusi mati sebagai Muhammad Ismail dan Nassir Abu Frih.

"Hukuman telah dilaksanakan untuk agen Israel agen dengan menghukum mati mereka, meskipun kelompok-kelompok HAM menolak eksekusi dan pernyataan ini," menteri dalam negeri Hamas Fathi Hammad mengatakan pada saat itu.

Hamas telah menyetujui hukuman mati bagi informan Israel, pembunuh dan pengedar narkoba tapi belum secara rasmi dijalankan sejak mereka merebut kekuasaan di Gaza pada bulan Juni 2007, mengusir pasukan yang setia kepada Presiden Palestin Mahmud Abbas yang sekarang memegang kuasa di Tebing Barat.

Beberapa informan maupun traitor (pengkhianat) bangsa Palestin telah di eksekusi oleh Hamas mahupun kelompok pejuang Palestina selama 22 hari serangan militer Israel yang menghancurkan Gaza pada bulan Disember 2008 lalu.(fq/aby)

sumber

Masa Yang Amat Sesuai Bagi Bakal-Bakal Katak Untuk Buat Duit......

Tian Chua Tidak Percaya ADUN Bakar Arang Lompat Secara 'Percuma'.

Tindakan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu keluar parti menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, didalangi Umno Barisan Nasional bagi mengimbangi pergeseran dalaman MIC.

Demikian kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang yakin Umno-BN akan sedaya upaya mensensasikan isu keluar parti itu bagi menutup masalah pemilihan calon di Hulu Selangor.


Ahli Parlimen Batu itu juga tidak percaya ADUN Bakar Arang tidak dijanjikan sebarang imbuhan apabila keluar parti ketika bahang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semakin panas.

“Saya tidak percaya dia (Wei Shu) keluar percuma sahaja. Saya tidak percaya dia pilih pada pilihan raya kecil Hulu Selangor untuk keluar dan dia tidak diberi 'reward'. Saya tidak percaya.


“Kita boleh jangka kerana kekecohan pemilihan calon MIC. Kita tahu Umno dan MIC tidak sepakat dalam menentukan calon untuk mewakili BN. Dengan berita Tan Wei Shu keluar parti, mereka harap dapat mengalih pandangan dari kemelut dalaman Umno-BN," katanya.

Kepada satu soalan, Tian Chua juga menolak keras spekulasi liar, kononnya wujud masalah dalaman antara Wei Shu dengan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.


“Sebenarnya keputusan untuk ganti dia (Wei Shu) datang dari kepimpinan parti bukan dari Ahli Parlimen Sungai Petani. Saya dan Ahli Parlimen Sungai Petani hanya menyampaikan mesej kepimpinan kepada Tan Wei Shu,” katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata, tindakan Tan sudah dijangka apabila digugur dari senarai exco kerajaan Kedah Mac lalu berikutan gagal menunjukkan prestasi baik dalam dua tahun perkhidmatan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), katanya terpaksa menggugurkan Wei Shu berikutan ADUN Bakar Arang itu dilihat tidak mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik kepada rakyat.

“Kita sudah jangka Wei Shu mungkin lompat tetapi kita tetap tukar kerana dia pegang jawatan Exco. Oleh kerana prestasinya tidak memuaskan, kita tidak nampak dia mampumenjalankan tugas sebagai Exco dalam kerajaan negeri," katanya.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)