yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, April 13, 2010

Penderitaan Rakyat Palestin Dibalas RM77 JUTA Untuk Yahudi....Syabas UBN/APCO..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

Begitu besar peruntukan yang UBN sediakan untuk puak-puak Yahudi laknatullah. Tapi apakah kesalahan rakyat Kelantan sehingga hak untuk mendapatkan hanya 5% royalti keuntungan jualan minyak negeri mereka dinafikan. Adakah Yahudi laknatullah itu lebih layak diberi peruntukan berbanding rakyat Kelantan yang hanya menuntut hak mereka?

UMNO sering mencanangkan bahawa PAS mencipta noda dan dosa dengan bergabung dengan DAP. Tapi persoalan adakah DAP pernah membunuh rakyat-rakyat Palestin?Adakah DAP yang menyerang Gaza? Adakah DAP yang ingin meruntuhkan Kiblat pertama Ummat Islam yakni Masjid Al-Aqsa? Dan yang lebih penting adakah DAP yang menafikan hak-hak ummat Islam di Malaysia?

Apakah ertinya perjuangan rakyat Palestin jika Kerajaan UBN yang majoriti Pemimpinnya adalah Ummat Islam memberikan dana yang besar untuk puak-puak yang bercita-cita menghancurkan Ummat Islam dan masjid Al-Aqsa..Apakah ertinya?

Dimana suara para Mufti? Dimana suara Ulama' didalam UMNO? Dimana suara perjuang agama yang kononnya bersama UMNO untuk menegakkan Islam? Dimana mereka?

Kini UMNO bergelumang dengan najis Yahudi laknatullah,tapi mengapa mereka membisu dan terus membisu seperti syaitan bisu....

Terkini : Najib Letak Jawatan?

http://1.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SZ1YBinjVvI/AAAAAAAABbg/aUS9mztOE-A/s200/najib1.jpg
Berita tergempar!! Dato' Seri Najib telah mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan di Selangor akibat daripada kegagalan misi beliau iaitu untuk merampas semula Selangor.

Sebelum ini Najib dikatakan sudah berkali-kali menyerang Pakatan Rakyat di Selangor, namun ternyata setiap percubaannya itu gagal.

Peletakkan jawatan ini akan diumumkan oleh Dato Noh Omar selaku timbalannya dalam jangka masa terdekat ini bagi memberi laluan kepada Pilihanraya kecil Hulu Selangor ini supaya jentera-jentera MIC tidak terganggu emosi dengan peletakan jawatan Najib.

Noh dikatakan akan mengambil tempat Najib sebaik sahaja pengumuman tergempar ini di keudarakan. Berita tergempar ini disahkan oleh beberapa sumber terdekat demi untuk mendapatkan kepastian yang jitu. Menurut suumber-sumber tersebut, Najib dikatakan membuat kenyataan drastik itu ekoran daripada kegagalan konvensyen BN baru-baru ini.

Sumber: prkhuluselangor_2010.blogspot.com

P094 : Dato Zaid Ibrahim calon dari PKR/PR LWN UBN/APCO

http://4.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/S8P64FCKk-I/AAAAAAAAHRk/xPZWKNL4qUg/s1600/ZaidIbrahim.jpg
Datuk Zahid Ibrahim(Gambar) hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi.

Zaid yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Zahid dikatakan sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu kerana pengalamannya yang luas.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

Sumber

Tony Pua Persoal Mindef Beli Kasut Wanita RM27.5 Juta

http://blog.ellegirl.com/photos/uncategorized/2008/08/12/ap99012101540.jpg
(Sekadar hiasan)
KUALA LUMPUR 12 Apr- Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua membangkitkan persoalan berhubung kontrak membekal dan menghantar kasut kulit wanita kepada kakitangan awam di Kementerian Pertahanan bernilai RM27.5 juta yang diberikan kepada syarikat Visi Footwear Sdn Bhd.Sambil merujuk kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pua berkata,kita tahu isteri Perdana Menteri bercita-cita menjadikan Malaysia'pusat kasut di Timur'tetapi pembelian RM27.5juta kasut wanita untuk kakitangan awam bukan cara mencapai hasrat itu.


"Saya menggesa kementerian terbabit menjelaskan pembelian luar biasa bagi kasut wanita untuk kegunaan mereka", kata Pua.

Pua juga hari ini mendedahkan lebih banyak kesilapan dan kontrak yang dipertikaikan di dalam portal 'MyProcurement' yang menyenaraikan projek-projek kerajaan.

Beliau juga merujuk kepada data baru yang dikemaskini pada Khamis lalu di portal itu yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ia merupakan data pertama yang dimuatkan oleh kementerian itu dalam MyProcurement dan juga merupakan kontrak tunggalnya.

"Apa yang dipersoalkan ialah kementerian itu hanya menganugerahkan satu kontrak sejak Jun 2009 dan yang lebih memeranjatkan ialah kontrak untuk menaiktaraf keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi bernilai RM3.6 bilion yang diberikan kepada Business Information.

"Jika kesilapan kali ini berpunca daripada kesalahan titik perpuluhan seperti yang dijangkakan, ini membuktikan bahawa kerajaan tidak serius dengan portal "MyProcurement" yang kononnya dilaksanakan bagi mewujudkan ketelusan dan keterbukaan dalam memberi projek," ujar Pua lagi.

Sebelum ini, Pua mendedahkan kepada media beberapa siri kesilapan kerajaan di dalam portal "MyProcurement" menunjukkan data yang dimasukkan mempunyai kesilapan seperti maklumat tidak lengkap dan tidak tepat serta mempunyai kekurangan seperti spefisikasi tender, tarikh tender, kuantiti dan maklumat berkaitan yang lain.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)