Tuesday, March 30, 2010

Tak Pasal2 Ayah Altantuya Diperintah Kemuka Kos Jaminan RM60,000

http://4.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/Sa_WiBReIJI/AAAAAAAACCs/jFiOZ0O4Cuw/s1600/steve.jpg
SHAH ALAM 30 Mac - Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini memerintahkan bapa Altantuya, Shaariibuu Setev(gambar) agar mengemukakan kos jaminan sebanyak RM60,000 kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan Kerajaan Malaysia.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof memerintahkan jumlah tersebut dikemukakan dalam tempoh tiga bulan.

Permohonan kos jaminan itu dibuat oleh Abdul Razak dan kerajaan Malaysia selepas kedua-duanya disaman oleh Shaariibuu yang menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta berikutan kematian Altantuya empat tahun lalu.Sumber

Fakta Yang Amat Membanggakan Rakyat Malaysia Khususnya UMNO....

Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia.

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3
Sumber : Harakah Daily

Sekitar bangunan Dewan Negeri Perak kembali jadi "Zon Perang ",Sidang Dun Perak pentas politik bacul Umno dan BN

Ternyata segala jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.

Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.

banyak Juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.

Siapakah mereka ?











Sidang Dun Perak pentas politik bacul Umno dan BN

Setiap kali berlangsungnya Sidang Dun Perak, satu tempat berkumpulnya pembuat dasar yang dipilih oleh rakyat, pasti akan berlakunya permainan politik bacul oleh Umno dan BN.

Walaupun kuasa memerintah mereka di negeri Perak telah dianggap sah (oleh mahkamah, bukannya rakyat), namun mereka masih ketakutan dikejar oleh bayang-bayang sendiri.

Mungkin pada tanggapan mereka, Adun-adun Pakatan Rakyat akan memboikot ataupun tidak mengambil serius dengan sidang dun yang dipanggil oleh speaker haram ciptaan mereka.

Ternyata mereka tersilap besar apabila Adun-adun PR menghantar sebanyak 216 soalan-soalan untuk dibincang dan dibahaskan di dalam sidang dun itu nanti.

Tetapi nanti, anda tersilap jika perkara itu anda anggap selesai. Sekali lagi politik bacul ditunjukkan oleh Umno dan BN apabila mereka telah menolak soalan-soalan yang dikemukan oleh Adun-adun PR.

Kesemua soalan-soalan itu ditolak atas alasan tidak mengikut prosedur iaitu menghantarnya melalui email. Walaupun soalan-soalan daripada Adun-adun PR telah dihantar melalui tangan dan surat berpos, ianya masih dikira sah seperti mana surat daripada Ganesan dibawah ini:-

Ganesan ternyata melanggar kandungan surat yang dihantarnya mengenai tatacara penghantaran Soalan-soalan untuk sidang 30 Mac.

Rakyat Perak telah muak dengan permainan politik bacul Umno dan BN selama ini. Kami mahukan pemerintahan dan pentadbiran yang adil dan telus.

Ada faham?


Sumber:Ajijoi&Cina Islam

Monday, March 29, 2010

Wahai Najib sekurang-kurangnya tolonglah hormati keputusan ayah kau berhubung hak royalti Kelantan....

“Adakah akta-akta ini dipersetankan” - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mac: "Kalau Ketua Hakim ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) boleh terima dokumen sekecil itu sebagai bukti, apatah lagi dokumen yang kita bawa hari ini. Adakah akta-akta ini sesuatu yang diperlekehkan dan dipersetankan? Apa lagi bukti kita mahu?” ujar Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyatakan demikian dengan mengambil contoh bagaimana isu Pulau Sipadan yang hanya menggunakan bukti sekeping resit pembayar cukai oleh pengambil telur penyu yang diserah kepada Kesultanan Sulu.

"Tangan kanan menggenggam erat bersalam, rupa-rupanya tangan kiri memegang pisau di belakang yang pada bila-bila masa boleh menikam mereka yang tidak setuju ideologi politik," katanya lagi berhubung tuntutan royalti minyak Kelantan.

Sehubungan itu, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekurang-kurangnya menghormati ayahandanya berhubung hak royalti Kelantan.

Beliau sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang ini mengemukakan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan membaca Jadual Seksyen 3(2) yang ditandatangani oleh Tun Razak Hussein pada 19 Mac 1975.

Antara lain ianya terkandung kenyataan Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 19 Mac 1975 meletakkan hak dan pengurniaan selama-lamanya Petronas menguruskan hal berkaitan petroleum di pantai dan luar pantai Malaysia.

"Saya minta YAB Perdana Menteri paling tidak, tolong hormati ayahandanya yang pernah menjadi orang pertama negara bertanggungjawab menggubal akta tersebut.

"Terlalu penting bagi dewan yang mulia ini merakam rasa kesal teramat sangat kepada Perdana Menteri pada hari ini," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau juga turut mengemukakan surat daripada Petronas kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu pada tahun 1979 yang bertajuk 'Anggaran Bayaran Royalti Terhadap Kerajaan Negeri Terangganu' sebagai bukti bahawa wang ehsan menggantikan royalti Terengganu pada hari ini tidak pernah wujud sebelum ini.

"Ini (wang ehsan) kita anggap satu dasar yang diubah dan diputuskan dengan hanya berdasarkan semangat dendam kesumat, tidak boleh menerima perbezaan politik, tidak boleh menerima kekalahan dalam pilihan raya," jelasnya.

Selain itu, turut dikemukakan adalah dokumen hansard Dewan Negara bertarikh 4 April 1989 merekodkan seorang Senator dari Kelantan, Tuan Hassan Harun bertanyakan kepada Perdana Menteri ketika itu, berhubung hasil yang akan dinikmati rakyat Kelantan.

Dalam jawapannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam pada waktu itu menjelaskan Kelantan berhak dibayar lima peratus jika minyak diperolehi di kawasan berhadapan negeri itu seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak tanpa menyentuh langsung isu tiga batu nautika.

Selain itu, Salahudin juga meminta Najib menghormati saksi-saksi yang masih lagi hidup yang juga turut menyokong hak royalti diberikan kepada Kelantan.

Menyokong cadangan Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), beliau berkata orang yang membuat perjanjian itu adalah orang yang terbaik untuk mendapatkan fakta sebenar sesuatu perjanjian dibuat.

"The maker of the contract yang masih hidup, saksi-saksi hidup seperti Yang Berhormat Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Tun Salleh Abas," katanya.

Sumber:Harakahdaily

Ganesan@Speaker Haram tidak layak jadi Speaker: Soalan ADUN PR ditolak walaupun penuhi syarat

Sebanyak 216 soalan telah dihantar oleh 27 ADUN pakatan Rakyat Perak(kecuali Speaker Sivakumar) namun dengan angkuh dan sombong serta membelakangi dan mematuhi peraturan yang sedia, Ganesan yang telah menyamar sebagai Speaker DUN Perak telah menolak soalan dari 20 orang ADUN PR dan cuma menerima soalan yang dihantar melalui Email.

Perlu saya tegaskan bahawa Surat notis panggilan sidang yang dikirim oleh SU Dewan yang mewakili Ganesan bertarikh 1 Mac 2010 dengan jelas menyebutkan begini :

"4. Sehubungan dengan mesyuarat tersebut, Yang Berhormat adalah diminta mengemukakan kenyataan-kenyataan mengenai Soalan-soalan Lisan dan bertulis, Usul-Usul dan Ucapan penangguhan(sekiranya ada) kepada pentadbiran ini tidak lewat dari hari Isnin, 15 Mac 2010 melaui fax ke talian 05-2410451 atau e-mail kepada rumaizi@perak.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , rosnah@perak.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , salamiah@perak.gov.my . (Klik Gambar Dibawah)

Ganesan ternyata melanggar kandungan surat yang dihantarnya mengenai tatacara penghantaran Soalan-soalan untuk sidang 30 Mac.


Jelas surat tersebut telah memberi kebebasan kepada semua ADUN untuk mengemukan soalan dalam bentuk surat, fax atau email kepada penntadbiran, namun dengan "bodoh" dan semacam "tidak bersekolah" Ganesan tidak faham isi kandungan surat tersebut dengan menolak usul yang telah kami dikemukakan.

Berikut ini saya paparkan untuk tatapan umum soalan-soalan lisan dan bertulis yang telah dikemukan oleh saya dengan menurut peraturan namun ditolak mentah-mentah oleh Ganesan.

SOALAN-SOALAN LISAN
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA
DEWAN NEGERI PERAK YANG KEDUA BELAS
PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 30 MAC 2010

DARIPADA : YB TITI SERONG

1.Dalam sidang 7 Mei yang lalu, berlaku perlantikan Yang Dipertua yang baru Dewan Undangan Negeri Perak di mana Ganesan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan yang baru bagi mengantikan YB Sivakumar.

a)Di bawah peraturan manakah yang digunakan oleh ahli-ahli dewan BN melantik speaker baru sedangkan YB Sivakumar masih menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak yang sah sedangkan usul memilih Yang Dipertua Dewan yang baru telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan mengikut bidang kuasanya dalam Perintah Tetap ?

b)Di bawah peraturan manakah yang membolehkan Ganesan berada di dalam dewan, sedangkan tiada kebenaran oleh Yang Dipertua Dewan ketika itu untuk beliau berada di dalam dewan ?

c)Di bawah peraturan manakah ketika mana YB Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan yang sah pada persidangan 7 Mei yang lalu, tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua Dewan mengambil alih tugas Yang Dipertua Dewan bagi menjalankan pemilihan Yang Dipertua Dewan yang baru ?

2.Dalam sidang dewan 7 Mei 2009, Yang Dipertua Dewan telah menggunakan kuasanya bagi menentukan jumlah pemerhati dan pemberita yang dibenarkan berada di dalam dewan sepanjang persidangan berjalan.

a)Mengapa kuasa Yang Dipertua Dewan ketika itu dinafikan sebaliknya arahan menentukan jumlah pemerhati dan pemberita diambil alih oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri ?

b)Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menguasai perjalanan sidang dewan sehingga menghalang Yang Dipetua Dewan menjalankan tugas sebagaimana peraturan dalam Perintah Tetap ?

c)Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menghalang pemerhati dan pemberita yang telah diberi kebenaran khas oleh Yang Dipertua Dewan dari memasuki dewan .

3.Dalam sidang dewan 7 Mei 2009 yang lalu, DYTM Raja Muda Perak telah menyampai titah ucapan bagi merasmikan sidang dewan tersebut.

a)Adakah tidak menyalahi amalan dalam persidangan dewan di Perak, titah ucapan Tuanku tidak disertai dengan ucapan usul terima kasih dan membahaskannya serta menerima titah ucapan tersebut ?

b)Adakah ia bukan satu penghinaan terhadap titah Tuanku yang langsung tidak dibahas dab diterima ?

c) Di bawah peraturan manakah, usul pemilihan Yang Dipertua Dewan dijalankan sedangkan Perasmian Sidang Dewan 7 Mei yang lalu belum pun disempurnakan lagi ?

SOALAN-SOALAN BERTULIS

1. Hasil hutan

a)Sila buat analisis perbandingan keluasan balak yang telah diluluskan dan hasilnya oleh kerajaan pada tahun 2008 dan 2009 ?

b)Apakah polisi yang diguna pakai oleh Jabatan Hutan Negeri Perak bagi menentukan kelulusan balak dan berapakah keluasan balak yang ditender sepanjang tahun 2009 ?

2. Sekolah Agama Rakyat (SAR)

a)Berapakah jumlah bantuan perkapita kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat yang bukan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ?

b)Berapakah pula jumlah peruntukkan yang kerajaan negeri salurkan kepada setiap Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SUWA) ?

3. Majlis Agama Islam Perak

a)Sila nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Majlis Agama Islam Perak dan jumlah yang dikeluarkan oleh setiap anak-anak syarikat?

b) Mengapakah kerajaan tidak mengguna pakai kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah yang pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam iaitu sama ramai jumlah Ahli Jawatankuasa Qaryah dari penyokong Pakatan Rakyat dan Penyokong BN sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mendapat perkenan Tuanku Raja Muda?

4.Pemberian suratan hak milik dan Tanah Rezab Melayu

a)Sila nyatakan jumlah suratan hak milik yang telah dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2009 mengikut pecahan daerah dengan menyatakan sekali jumlah ekar dan kepada siapa suratan hak milik itu dikeluarkan?

b)Berapakah jumlah Tanah Rezab Melayu yang ditukar statusnya di seluruh Perak mengikut pecahan dari tahun 2000 hingga 2009 ?

5. Pelaboran

a)Sila nyatakan jumlah pelaburan asing yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan bilangan tahun sejak 2007 hingga 2009 serta nyatakan nama pelabur-pelabur asing itu?

b)Baru-baru ini, YAB MB pergi ke beberapa buah negeri antaranya ke Timur Tengah, Amerika dan London, berapakah jumlah pelaburan yang diterima hasil lawatan tersebut serta nyatakan nama syarikat-syarikat yang melabur.?

Drs. Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.
http://idhamlim.blogspot.com

Saturday, March 27, 2010

Gempar:Surat Bukti UMNO juara Rasuah!




Hari ini CiLiK© Baru sahaja menerima email dari seseorang yang tidak mahu nama ataupun emailnya diketahui umum. Beliau telah memberi email tentang salinan surat yang ditandatangani Dato' Sayed Mohamad Ali Saipuddin bin Sayed Yaacob Timbalan Ketua UMNO bahagian Kuala Krai Kelantan yang ditujukan kepada Abdullah semasa beliau masih Perdana Menteri.

Surat ini berkaitan laporan salah laku pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat dengan Rasuah. Bagi yang belum pernah melihat surat ini, dipersilakan untuk melihat. Saksikanlah bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO yang mengamalkan Rasuah! Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang dalam UMNO! Terbukti UMNO juara Rasuah!

Di bawah ini salinan surat yang dimaksudkan Sila klik untuk gambar yang lebih besar dan jelas













Lihat tanda tangan di helaian surat tersebut, bagi yang mengenali tanda tangan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai pada masa itu, anda boleh mengesahkan ketulenan surat ini! Sila klik untuk membesarkan gambar.














CiLiK©: Satu dunia tahu UMNO Juara Rasuah! Dah jadi darah daging! Zombie-zombie UMNGOK teruskan menyokong Pemimpin rasuah ye untung-untung kamu pun dapat merasa duit rasuah untuk tutup mulut!

Sumber

Hamas, tentera Israel bertempur di sempadan Gaza

GAZA 27 Mac - Kumpulan bersenjata Hamas bertempur dengan tentera Israel berhampiran sempadan Gaza semalam setelah tentera rejim berkenaan menceroboh masuk ke wilayah tersebut.

Saksi kejadian berkata, seorang askar Israel cedera dalam pertempuran tersebut. Laporan lain menyebut dua askar Israel terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Jurucakap Hamas, Abu Obeida berkata, tindakan pihaknya merupakan langkah mempertahankan diri ekoran pencerobohan tentera Israel.

"Tentera Israel masuk 500 meter ke wilayah Palestin dan ini menyebabkan pasukan bersenjata kami bertindak mempertahankan diri,“ katanya di sini. - Agensi

Friday, March 26, 2010

Tukar kerajaan cegah anak luar nikah!!!!

Gejala buang bayi memang sudah lama berlaku. Sudah ratusan malah mungkin ribuan bayi yang tidak berdosa dibuang di merata tempat oleh manusia berhati iblis. Darjat manusia ini lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tahu sayang kepada anaknya.

Hari ini (22 Mac) media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.

Semalam (21 Mac), media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah didaftarkan pada tahun 2009.
Apa maknanya kedua-dua fakta di atas? Maknanya ialah gejala maksiat zina sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kalau dikira purata anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia ialah 47 orang sehari, kira-kira dua orang setiap jam.

Saya lebih suka membicarakan punca kepada perkara sebelum kita berfikir tentang cara penyelesaiannya. Mengikut kaedah problem solving, sebelum kita membuat correctieve action atau langkah pembetulan kita mesti mencari punca-punca masalah ini.

Di bawah ini adalah punca-punca kepada gejala zina, buang bayi dan anak luar nikah:-

1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.

3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibu bapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undang-Nya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlak kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan pelajar-pelajar. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

8) Banyak lagi punca-punca lain yang ada tetapi bagi saya fakta di atas adalah antara perkara asas yang menjadi penyebab kepada gejala ini.

Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio Ikim.FM saya mendapati 100% pendengar mahukan undang-undang Islam ditegakkan di Malaysia dan kata mereka itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan akal manusia tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini. Ada juga pendengar yang secara tegas menyatakan supaya ditukar kerajaan.

Di bawah ini saya cadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada perkara ini.

1) Tukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan PR, insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan; sistem pendidikan akan diubah dengan menekankan ilmu Islam; program amar makruf dan nahi mungkar akan ditingkatkan; tempat-tempat maksiat ditutup, program-program maksiat dan pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya.

2) Ibubapa mestilah menghadkan pergaulan anak-anak dengan tidak membenarkan mereka keluar malam dan tidak membenarkan anak-anak gadis keluar secara bersendirian bila-bila.

3) Dan lain-lain.

BAGI SAYA, SELAGI KERAJAAN BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH MEREKA TIDAK AKAN MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MEREKA HANYA MEMANDANG ISU INI SEBAGAI REMEH. DARI ITU, RAKYAT MESTI MENUKARKAN KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI IAITU KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PR.

Sofi Wahab
http://mutaligat.blogspot.com/

Media Baru Bakal Kuasai Undi Rakyat, Utusan Meloya Umno Bakal Melingkup PRU13........

Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter Menurut Pusat Kajian Zentrum Future Studies.

pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan berkata jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.

Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.

Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.

"Untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama,"

“Rakyat Malaysia semakin cerdik dan mereka telah keluar daripada politik primitif dan telah semakin maju ke depan,” ujarnya lagi kepada media.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat melancarkan boikot Utusan Malaysia dengan laporan melampau berhubung kes fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim

Edaran media arus perdana Melayu semakin menurun setiap hari dan angkanya di bawah 200,000 naskhah dan angkanya semakin menurun.

Thursday, March 25, 2010

Apco serlahkan Umno tali barut Israel...

http://2.bp.blogspot.com/_pCQb_1om2m8/SpTZNslpyXI/AAAAAAAABZk/DgPw5Lj_InA/s400/one+malayasia+one+israel.jpg

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar .

Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu.

Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq.

Dzulfikar Mashoor
Sumber:Harakahdaily

Kelainan Jom Hebah di Kelantan jadi teladan

Saya rasa ramai umat Islam mengalu-alukan usaha kerajaan Kelantan untuk membenarkan penganjuran JOM HEBOH di Kota Bahru bermula 26 hingga 27 Mac 2010 ini.

Sokongan umat Islam mungkin ada yang disebabkan memandang dari aspek hiburan atau perniagaan semata-mata. Bagi pengamat dakwah dan sosial Islam pula, penganjuran Jom Heboh di Kelantan yang penuh kelainan ini perlu dinilai sebagai indikator keanjalan Islam dalam meraikan hiburan dan kehendak massa tanpa mengabaikan peraturan syarak. Tahniah kepada kerajaan Kelantan yang mengutamakan agenda islah dan muslih dalam aplikasi pentadbirannya.

Jika di negeri lain Jom Heboh akan menjadi gelanggang hiburan tanpa batasan, namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan atas sebab mengelakkan mudarat dan kesukaran mengawal aurat dan sebagainya.

Konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit. Sebenarnya aplikasi pemisahan tempat duduk adalah antara cara termudah bagi mana-mana negeri di malaysia untuk menganjurkan program yang penuh bermoral dan beretika tanpa mebgira program agama atau sosial.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur Jom Heboh telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri iaitu Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri Kelantan.

Tambah menarik apabila Produk islamik berupa ubatan tradisional, perawatan Al Quran seperti Produk Tok Guru mengambil peluang juga untuk menjadi penganjur bersama. Nilai komersial yang berunsur dakwah terhasil apabila produk yang berlambangkan Guru agama, simbolik kepada institusi pondok dan Islam bersaing bersama jenama biasa lain dalam program ternama sebegitu.

Dakwah tadarruj (berperingkat dan berhikmah) yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukan perkara baru. Malah sejak penganjuran Konsert Mawi oleh kerajaan Kelantan, pengunjungan para artis dan selebriti ke Kelantan berjumpa sendiri dengan beliau menjadi satu fenomena baru. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya memecah tembok pemisah antara golongan seni dengan golongan ulama’. Inilah petanda sunnah dakwah Rasulullah berjaya diamalkan di Kelantan hasil kebijaksanaan dan kesabaran pemimpinnya.

SPAQ mengalukan lagi usaha sebegini dalam memartabatkan syariah sebagai penyelesai permasalahan masyarakat malah masyarakat tanpa mengira kaum boleh berpaut dengan syariah Islam di negara ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Sumber

Wednesday, March 24, 2010

Mungkin dalam hati pemimpin2 UMNO/BN, rakyat bodoh dan pelupa...

Jika rampasan kuasa di Perak tidak menjadi masalah kepada mereka, malah disokongnya, apa pula yang nak dibisingkan pada perancangan 916 yang tidak kesampaian?

Tak apa, rakyat dah bosan dengan isu Perak… mereka pun dah lupa. Itu kita tak rampas, mahkamah yang kata Menteri Besar kita sah…. Itu sahaja rakyat perlu ingat… ala.. mereka ini kalau ingat pun, tak akan ingat lama….

Mengapa mereka begitu percaya pada satu kenyataan pengkhianat amanah rakyat yakni ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menghebohkan tentang konspirasi 916 yang telah berlalu sekian lama?

Apa pula yang tak percayanya…. Tak kisahlah siapa, asalkan cerita itu daripada orang yang benci Pakatan Rakyat, kita akan percaya. Rakyat bukannya kisah… tengok tak ada reaksi pun…. Lambat-laun mereka lupa jaga Zahrain itu seorang katak….

Mengapa pula mereka tidak pula pergi membuat laporan polis terhadap 8 ahli Parlimen daripada BN yang didakwa akan melompat sekiranya 916 berlaku untuk mengesahkan kesahihan dakwaan pengkhianat rakyat tersebut?

Mereka itu masih duduk dalam BN… kita pentingkan persahabatan. Mereka belum lompat, jadi tak boleh kata mereka ini pengkhianat. Ya, kita tahu 916 itu tak menjadi, tapi masih kena siasat ….kita kena cipta isu supaya rakyat jangan hanya teringat pasal GST, Model Ekonomi Baru, kapal selam tak leh selam, jet engin yang dijuallah…. Oops.. silap bukan dijual.. hilang lah… tu lah. Kita kena kaburkan minda mereka…. Tak susah, mereka tu bodoh…

Dalam isu royalti minyak pula, apabila kehabisan hujah untuk menangkis kenyataan-kenyataan berfakta Tengku Razaleigh Hamzah, ketua mereka mengambil pendekatan untuk melakukan serangan peribadi dengan berkata:

"Masalahnya, hari ini saya melihat Ku Li (Tengku Razaleigh) mungkin mengumpan parti untuk buat sesuatu kepada beliau kerana saya nampak dia tidak akan keluar parti. Dia tidak akan buat kesilapan yang sama dua kali ketika keluar parti dahulu, dia mengumpan kepimpinan parti untuk memecatnya atau dikenakan tindakan kerana mahu dianggap sebagai hero."

Hahahaha… si rakyat mana yang ingat masa Gemilang, Terbilang dan Cemerlang dahulu apa yang berlaku kepada wang ehsan di Terengganu, kan?? Monsoon Cup, Patrick Badawi…. Sshh… sshhh, senyap, jangan ungkit…. Rakyat kan dah lupa pasal kisah aku menantu…

Selepas berudu bertukar menjadi katak-katak, PKR kehilangan majoriti kerusi parlimen dalam Pakatan Rakyat, ketua mereka pula cepat menyibuk dengan berkata:

“Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar. Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar.”

Rakyat kan bodoh… mereka ini suka berita sensasi… kita besarkan isu, mereka semua akan lupa yang aku ini bukanlah menteri… yalah … aku tahu orang yang aku tewaskan pun dapat jadi Timbalan Menteri… sebab itu aku tak boleh kalah publisiti.. kena reka isu untuk tonjolkan bahawa aku ini lebih berkaliber dalam menghentam PR…. Tu aje..

Baru-baru ini, tanpa sebarang siasatan dijalankan, ketua mereka terus menyuruh rakyat untuk menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan “16 Sept” di Parlimen.

Nak siasat apa, asalkan kita mainkan isu ini tiap-tiap hari supaya ia “stick to the mind” pada rakyat… ia akan jadi benar… rakyat kan bodoh, dahlah pelupa…. Kita tak ada hujah nak lawan dalam banyak isu, sebab itulah kita kena jatuhkan imej mereka ke tahap kita… rakyat tak akan perasan… asalkan kita buatkan mereka sama jijik seperti kita, rakyat akan percaya… kan mereka bodoh…

Soalan Cepu Emas:

Sekiranya rakyat betul-betul bijak, beranikah mereka membuat kenyataan-kenyataan seperti di atas tanpa mengambil kira kesan politik terhadap mereka?

Kesimpulannya, terdapat 3 modal politik yang boleh menjamin kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, 1. Kebodohan rakyat, 2. Sikap mudah lupa rakyat dan 3. Pakatan Rakyat membuat kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan.

Sekiranya rakyat dapat menilai prestasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional secara adil, dan mengelakkan diri sendiri daripada tertipu oleh media arus perdana, percayalah Barisan Nasional akan dapat dikalahkan dengan ketiadaan modal (1) dan (2) jika dan hanya jika tanggapan (3) tidak berlaku.

Li Fook Gao
Sumber:Harakahdaily

Gempar:Rumah che'GuBard dibaling bom minyak (molotov cocktail),mungkinkah ada kena-mengena dgn buku "Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya"????

http://i147.photobucket.com/albums/r299/malaysianunplug/cikgubad.jpg
Kira - kira jam 1.30 pagi (24 Mac 2010) ketika cheGuBard sedang tidur bersama keluarga di rumah di Seremban terkejut dengan bunyi kaca pecah. Sebaik sahaja membuka pintu rumah kelihatan dua tempat api sedang menyala dan salah satu betul-betul bersebelahan dengan kereta.

Ketika itu jiran (rumah bujang) sebelah rumah sedang menyembur air bagi memadamkan kebakaran. Api berjaya dipadamkan. Lantai dan dinding ada kesan terbakar. Mujur anak muda dari rumah jiran sebelah cepat bertindak.

Menurut mereka (jiran), mereka terdengar bunyi motor berpusing dua kali di depan rumah. Ketika mereka intai, jelas kelihatan dua lelaki menaiki motor sedang membaling botol terbakar ke dalam rumah.

Sebaik sahaja api dipadamkan che'GuBard membuat panggilan ke talian 999. 20minit kemudian anggota polis tiba, cheGuBard di iringi oleh anggota polis membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2. Kira - kira jam 3.00 pagi. Kemudian Pegawai Penyiasat telah datang ke rumah jam 4.00 pagi mengambil gambar dan beberapa bahan dari tempat kejadian termasuk serpihan botol kaca tersebut.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut. Ketika kejadian che'GuBard bersama isteri dan dua anak berada dirumah dan sedang tidur. che'Nur Zaima Jahida (2 tahun 6 bulan) dan Karl Zameer Adzim (3 Bulan) terjaga kerana asap memenuhi ruang rumah.

Pihak polis berjanji akan menyiasat dan akan memaklumkan jika ada sebarang perkembangan.

http://chegubard.blogspot.com/

N'N:Chegu Bard adalah antara pemimpin PR yang lantang mendedahkan skandal2 jahat Najib termasuk kes Altantuya.........Buku beliau bertajuk "Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya" hampir siap..untuk tempahan sila ke-Link

Tuesday, March 23, 2010

Gempar:UMNO Pun Ada Tok Guru Rupanya.....



Ada sesiapa kenal dia ni? Haji ape tah Tuan Guru Haji Lah kot nama dia, inilah yang dijadikan rujukan oleh segelintir penyokong UMNGOK. Haji Lah ni kononnya lebih alim dan lebih tinggi ilmunya dari Nik Aziz. Malah Haji Lah ni sambil mengatakan diri dia sebagai Tok Guru kata Nik Aziz tak cukup ilmu, Nik Aziz tak layak dipanggil Tok guru kerana ilmu nik Aziz setakat ilmu ustaz je. Lagi dia kata Nik Aziz Amalkan Wahabbi. Fitnah yang aku nampak dibuat oleh tok guru UMNO ni terhadap Nik Aziz ialah, Nik Aziz Wahabbi sebab tu Nik Aziz lebih suka menyokong DAP berbanding menyokong UMNO yang tulen Islamnya.

Korang tengok sendirilah video ni dan nilailah kata-kata Tok Guru UMNO ni sila klik untuk memainkan video ini.






Sumber:http://milosuam.blogspot.com/

Monday, March 22, 2010

2 Cadangan Bangang Daripada Ibrahim Ali@Asobiyah.......

http://promahasiswaupm.files.wordpress.com/2009/08/ibrahim-ali.jpg


Cadangan Bangang Pertama.

Ibrahim Ali cadang suruhanjaya diraja siasat tindak-tanduk Anwar

KUALA LUMPUR 22 Mac - Seorang ahli Parlimen Bebas hari ini mencadangkan di Dewan Rakyat supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk bagi menyiasat tindak-tanduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengancam keselamatan negara atau membuka kertas putih berhubung perkara itu.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata langkah itu perlu diambil oleh kerajaan bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadap Anwar.

Katanya, rakyat terutama orang kampung terpedaya apabila perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar sebagai tertuduh dijaja di seluruh negara.

"Jadi, sudah cukuplah kalau kita kumpulkan tindak-tanduknya seperti yang didedah oleh Ahli Parlimen Bayan Baru mengenai Peristiwa 16 September, nama Agong, nama Ketua Turus Tentera diseret, kemudian cerita Apco yang menjadi heboh pagi ini yang didedah penafiannya oleh Ahli Parlimen Rembau, kemudian kaset yang mempergunakan tokoh agama iaitu Yusuf al-Qaradawi dan surat serta risalah yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ibrahim berkata, tidak ada siapa yang melebihi undang-undang di negara ini, malah Malaysia mempunyai Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes yang membabitkan Raja-raja Melayu.

"Jadi, orang lain boleh didakwa di mahkamah, orang ini tak boleh sebab kononnya dia tak bersalah... jadi, ini adalah hari yang amat mengaibkan.

"Sebab itu saya katakan wajar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja atau menjalankan inkues untuk menyiasat ataupun membuka kertas putih supaya kita dapat betulkan persepsi rakyat ini, betulkan fikiran rakyat ini, kononnya ketua pembangkang ini adalah satu tokoh yang cukup bersih, hebat dan dia sajalah yang dapat menyelamatkan negara Malaysia ini, orang lain tak layak jadi Perdana Menteri.

"Dan selagi mana dia tak dapat jadi Perdana Menteri, selagi itulah ianya menghantui rakyat Malaysia dan selagi itulah isu ini akan terus berlaku, dan saya tidak tahu bagaimanakah perjalanan mahkamah pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan berada dalam keadaan serba-salah untuk mengambil tindakan terhadap Anwar. - Bernama

Sumber

N'N:Mana lebih bahaya bersekutu dengan APCO atau menyelamatkan negara daripada Pemimpin yang korupsi????Dasar Asobiyah.....Bersekongkol dengan Pemimpin Zalim sambil bertopengkan semangat Kebangsaan yang hipokrit, sedangkan dia sedar bangsanya sudahpun ditipu dan digadai oleh UMNO ........

Cadangan Bangang Kedua.

Saiful Perlu Angkat Sumpah Depan Yusuf Al Qardhawi.

Suara Katak Peliharaan Umno berkumandang lagi,kali ini Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertemu dengan Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Yusuf Al-Qaradhawi untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam kes liwat tersebut.

Menurutnya, perjumpaan itu perlu diadakan segera kerana pembangkang telah bertindak mengedarkan rakaman yang mengadungi fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang itu.

“Pembangkang sengaja mencipta satu persepsi bahawa ketua pembangkang dizalimi, kononnya ini satu konspirasi kedua oleh kerajaan,” katanya ketika membahaskan usul titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan tersebut perlu segera dilakukan kerana tindak tanduk Anwar benar-benar mengancam keselamatan negara kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedarkan risalah yang mendakwa Ketua Pembangkang tidak meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya terima laporan, ada risalah yang diedarkan oleh PKR di masjid-masjid di kawasan luar bandar.

“Dalam risalah yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyebut tidak berlakunya kes liwat berdasarkan laporan perubatan yang diperoleh daripada tiga doktor perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Ibrahim berkata beliau akan menyerahkan kandungan ucapan tokoh Maal Hijrah tersebut agar ia tidak disalahtafsir dan digunakan oleh pihak pembangkang untuk tujuan peribadi.

“Saya juga minta Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat. Jika ini berterusan, sistem perundangan negara kita akan jadi bahan lawak.

”Biar Saiful angkat sumpah depan Yusuf al-Qardhawi dan jelaskan perkara sebenar,” katanya.

Sumber

N'N:Ini kes bukannya kes li'an...ni kes qazaf..mengapalah pulak si sepol bengong tu yang kena angkat sumpah??

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1)Syarat kepada penuduh :
Beraqal
Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt .

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Malik berkata :

Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

Sumber:Zaharuddin.net

PR Harus Berhati-hati Kerana Kita Bukan Hanya Berdepan Dengan UMNO,Kini Kita Berdepan Dakyah Yahudi......

Awas Najib Upah Yahudi APCO Musnahkan Politik Malaysia...

Para Pemimpin Pakatan Rakyat terutama Melayu Islam di nasihatkan supaya berhati-hati dengan corak politik Umno yang di pengaruhi firma perunding yahudi APCO, Tindakan Najib mengupah firma yahudi APCO untuk mencapai matlamat politik Umno amat membahayakan arena politik Malaysia


Satu pasukan Task Force perlu di tubuhkan oleh Pakatan Rakyat bagi menjaga Keselamatan Rakyat Malaysia dari sebarang anasir Negetif dan Subversif yang di bawa oleh firma yahudi APCO yang di upah Najib ini, Task Force ini juga di perlukan untuk mendesak supaya Firma yahudi APCO di singkirkan dari arena politik Malaysia supaya Keselamatan Rakyat dan Negara terjamin dari sebarang ancaman yahudi


Tindakan Najib Bersubahat dengan Yahudi luar negara APCO adalah jelas Mengancam Keselamatan Rakyat dan Negara terutama Umat Islam kaum Melayu, adalah jelas tindakan Najib mengupah yahudi APCO juga mengancam keselamatan Parti Umno dan Bn yang di terajui beliau sendiri


Jika di biarkan firma yahudi APCO terus menjalankan operasinya membantu Najib dan Umno kemungkinan besar akan berlaku kekacauan besar seperti di Iraq dan Afghanistan hingga memungkinkan campurtangan kuasa luar seperti Amerika (sekutu kuat Israel) untuk Menawan Malaysia, Apa yang pasti Kaum Melayu akan menerima nasib yang sama seperti Palestin jika firma perunding yahudi APCO di biarkan bertapak di Malaysia


Keamanan dan Keharmonian yang di kecapi oleh kita semua Rakyat Malaysia akan berakhir sekiranya yahudi APCO terus di biarkan mengganas di dalam arena politik Malaysia


Kita dapat melihat strategi memfitnah yang menjadi kegemaran yahudi di gunakan sepenuhnya oleh yahudi APCO untuk menaikkan kembali reputasi Najib dan Umno, tetapi pada masa yang sama Najib dan Umno juga di khianati oleh firma APCO dengan berbagai cara, dengan itu “perbelanjaan” untuk firma yahudi APCO akan bertambah dari masa ke semasa hinggalah akhirnya Najib dan Umno terpaksa menggadai Malaysia pada firma yahudi APCO tersebut, Ini ialah strategi biasa yahudi sejak ribuan tahun yang lalu di mana bangsa yahudi ni terkenal dengan sikap penipuannya yang hanya berorientasikan wang dan mengumpul kekayaan


Sindrom strategi yahudi dalam politik Malaysia dapat di lihat dalam kes membabitkan cukai “buggy” golf yang di hapuskan serta merta tetapi pada masa yang sama GST pula mahu di laksanakan pada Rakyat,
Oleh itu adalah di harap Pakatan Rakyat dapat Bertindak cepat Menyelamatkan Malaysia ini dari di jajah yahudi melalui strategi firma perunding yahudi APCO yang di upah Najib...

Sumber

Siapa APCO Klik Disini untuk mengetahuinya.....

BUKTI UMNO MINTA BANTUAN ISRAEL UNTUK DANA PILIHANRAYA...



“Surat" di atas (click pada image untuk besarkan) ditandatangani oleh Dr. Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.

Meneliti kandungan "surat" tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel.

Nah! Anwar Ibrahim ketika itu merengkok dalam penjara dan secara senyap-senyap Mahathir menulis "surat" memohon bantuan Perdana Menteri Israel untuk dana pilihanraya buat UMNO. Sumber

Politik Sempit UMNO, Pelajar Malaysia di Ireland diugut jangan bertemu pimpinan PR..

Semangat IMalaysia yang dilaungkan oleh Najib dan kerajaan yang telah membelanjakan wang jutaan ringgit untuk disebarkan luaskan kepada semua peringkat rakyat dari pegawai kerajaan sehinggalah kepada rakyat biasa.

Sebenarnya bukan tujuan saya untuk membenarkan dasar ini namun yang dikesali ternyata ianya sebagai satu gimik politik dan dasar yang cuma menjadi mainan politik pemimpin BN namun jauh untuk dilaksanakan oleh mereka sendiri termasuklah oleh pegawai kerajaan di bawahnya.

Realiti kepada apa yang berlaku di Ireland dimana sesampai kami disini dimaklumkan hampir semua pelajar tajaan kerajaan seperti dari MARA, JPA dan sebagainya telah diugut oleh jabatan penuntut Malaysia disini dari menhadiri apa saya program yang diatur oleh Kelab Penyokong PAS Ireland yang suatu masa dulu dirasmikan oleh Presiden PAS sendiri.

Secara umumnya tindakan yang dilakukan oleh Pegawai jabatan penuntut yang sering dilakukan bila ada saja pemimpin Pakatan Rakyat sampai di sini adalah satu lumrah. Malah telah ada pelajar Malaysia yang ditarik biasiswa kerana hadir dalam program bersama pemimpin PAS. Sedangkan bila ada saja pemimpin BN dan UMNO yang sampai malah diadakan satu program khusus dan semuanya dipaksa hadir.

Namun saya tetap mengucapkan terima kasih kepada pegawai tersebut yang telah melakukan tindakan double standard yang ternyata menambahkan kebencian rakyat Malysia termasuk penuntut Malaysia yang diugut itu kepada UMNO dan BN. Inilah rupa pegawai yang dilahirkan selama 50 tahun BN memerintah.

Teruskanlah kerja saudara sampai ke akhir perkhidmatan yang ada disini dan ingat bahawa kepuasan yang anda perolehi hanya untuk BN dan UMNO dan rakyat Malaysia akan menyimpan dalam hati kecil mereka untuk menghukum BN bila balik ke Malaysia nanti.
Dicatat oleh DRS.

Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.
http://idhamlim.blogspot.com

Saturday, March 20, 2010

Gempar:Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

http://leapank.files.wordpress.com/2009/10/boikot-israel-jpg.gif

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Sumber

Friday, March 19, 2010

UMNO Malukan Politik Orang Melayu Dengan Perangai Buruk Pemimpin2 Mereka.........

Bukan Islam perhati buruknya perangai pemimpin politik Melayu

KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.

Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.

Kata beliau, sepatutnya apabila seseorang ahli parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, dia menggunakan saluran parti untuk mengemukakan pandangan.

“Ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur sebagai sebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau program lain.

"Namun dengan mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum, perbuatan itu jelas tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kepincangan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen, setelah keluar dari parti terbabit.

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu juga mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat sepatutnya mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA apabila mereka menggunakan saluran parti bagi melantik atau menjatuhkan seseorang pemimpin.

Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.

Sumber:Harakahdaily

Najib Serah Pada Rakyat Nilai Anwar , Rakyat Sudah Pun Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR 18 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada rakyat untuk menilai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak meninggalkan sidang Dewan Rakyat sewaktu pembohongan berhubung impian 16 September didedahkan oleh seorang ahli Parlimen Bebas, semalam.Selanjutnya

Sokongan Rakyat Terhadap Anwar Semakin Bertambah

Di sebalik tuduhan fitnah dan konspirasi UMNO/BN dan serangan jahat media arus perdana terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, peminat dan penyokong DSAI semakin bertambah dari hari mula perbicaraan hingga ke detik ini.

Ini dibuktikan dengan jumlah pengunjung laman sesawang 'facebook' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencecah lebih 50,000 orang dan antara komen pengunjung yang menarik,

"Rakyat malaysia sekarang berakal dan boleh berfikir secara RASIONAL...bukan macam kebanyakan ahli umno terutama pemudanya dan puterinya,kebanyakan mereka setakat lulusan sekolah menengah dan mereka jadikan UTUSAN MELOYA DAN TV3 SUKU sebagai kitab mereka".

"Gelombang rakyat sedang bersama pakatan rakyat... ayoh...jangan sia-siakan harapan rakyat.. ayoh...penyokong pakatan rakyat kena buat kerja mulai sekarang".

"LAWAN TETAP......LAWAN"

Sumber

Thursday, March 18, 2010

Zahrain@Katak Kalau Kau Hebat Sangat Dedahkan Siapa Timbalan Speaker Yang Berpakat Dengan Anwar....

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.

Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.

"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.

"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.

"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.

Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.

Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.

"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.

"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

Sumber:Harakahdaily

Utusan Meloya Gelar Zaharain@Katak Tukang Pecah Tembelang...Tapi Kami Tahu Zahrain Hashim, Lebih Bohong Dari Betulnya…...

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.' Selanjutnya

Tapi Kami Tahu Zahrain Hashim, lebih bohong dari betulnya…...

17 Mac – Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008.

Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.

Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar wakilnya ke Taiwan untuk bagi merayu Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong usaha merampas Putrajaya.

Zahrain berkata Pakatan Rakyat ketika itu yakin ahli-ahli BN yang mahu melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat selain memberitahu bahawa Yang DiPertuan Agong sudah menunggu di Istana Negara bagi memberi perkenan bagi membentuk kerajaan selain merestui Anwar sebagai Perdana Menteri Keenam.

Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap “cerita” Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata.

“Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).

“Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.

“Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka,” tegas Anwar.

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN.

“Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti.”Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN).

“Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti,” komen beliau.

Tindakan Zahrain tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuduh Zahrain berbohong sedangkan masalah sebenar semasa beliau bersama KEADILAN cuba ditutup.

Sumber

Wednesday, March 17, 2010

Baru Aku Tahu Harussani Bekas SB(Special Branch) Rupanya.......

Harrussani, Bekas Seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) Ganti Asri Sebagai Kolumnis


Utusan Malaysia mengugurkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai kolumnis penerbitan Mingguan Malaysia dan menggantikannya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Penulisan terakhir beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 28 Feb lalu.

Memetik Wikipedia, Harussani pernah menjawat jawatan sebagai anggota polis Cawangan Khas, Bukit Aman sebelum menjadi Kadi Besar Pulau Pinang dari tahun 1966-1984.

Harussani kemudian dilantik menjadi mufti Perak sehingga kini.

Melalui penguguran ini menunjukkan pemerintah berpatah arang dengan bekas mufti Perlis tersebut yang mutakhir ini kritikal dengan perkembangan sosio-politik tanahair.


Kolum dimuka surat sembilan yang sebelum ini memuatkan Minda Dr Maza bakal diganti pula dengan penulisan Harussani.

Beberapa blog juga mendakwa Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayu maka ia jelas menunjukkan pemilihan Harussani adalah selaras dengan ideologi akhbar naungan Umno-Barisan Nasional itu.

Contoh paling jelas beliau mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan Umno di Perak namun ternyata usaha tersebut gagal.

Dalam pada itu Dr Mohd Asri juga sudah menyimpan hasrat untuk berhenti memandangkan wujudnya perbezaan dengan akhbar tersebut.

"Ya, saya pun memang ingin berhenti dan Mingguan Malaysia pun nampaknya sudah keberatan. Banyak pandangan saya kebelakangan ini berbeza dengan mereka, bagaimanapun saya berterima kasih kepada ruangan yang diberikan sebelum ini." katanya

Dr Mohd Asri menambah beliau akan menulis dalam beberapa media lain yang lebih bebas. - SK

Sumber:http://malaysiaberih.blogspot.com

Mufti Tidak Wajar Menyamakan Ustaz Ahmad Awang Dengan Ahli-Ahli Politik Yang Jahil.

http://1.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/SD9u_5wosUI/AAAAAAAABBg/0rdaQWDvM1s/s320/ahmad%2Bawang.jpg

SEORANG Mufti kanan dan beberapa ulama yang pernah dan sedang berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional menegur cadangan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang sedia menganjur solat hajat terhadap AP Bagan Serai yang keluar dari PKR.

Kiranya Anggota Parliman yang khianat pada partinya dan pengundinya yang memenangkannya dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008 tidak rojok kepada partinya atau tidak mengosongkan kerusinya dalam masa tujuh hari, Ahmad Awang mahu menganjurkan solat hajat tujuh hari atau tujuh malam.

Maka beberapa ulama rasmi memberi ingatan keras kepada anjuran solat hajat itu. Seolah-olah solat hajat itu berhajat buruk. Tidak boleh solat hajat yang berhajat buruk.

Ada benar hukumnya, solat hajat tidak boleh untuk tujuan buruk.

Apakah Ustaz Ahmad Awang tidak tahu hukum itu?

Adalah wajar mufti dan sekalian ulama mengingatkan hukum itu. Apabila ulama rasmi mengeluarkan ingatan keras itu, tentunya mereka tidak menujukannya terhadap orang jahil tetapi ia ditujukan kepada Ahmad Awang, seorang ahli ilmu Islam yang ada kelayakan juga untuk menjadi mufti.

Tidakkah amat rendah pandangan mereka itu terhadap ilmu dan wibawa Ust. Ahmad Awang?

Sebagai manusia Ahmad Awang ada kelemahan dan ada kekuatannya. Tetapi beliau bukan orang jahil yang layak diberi amaran oleh mufti dan ahli-ahli ilmu yang lain.

Adalah benar dalam usia lanjutnya beliau seorang pemimpin tinggi PAS, tetapi beliau sebelumnya adalah Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia sekitar 30 tahun.

Persatuan Ulama itu diasaskan oleh Almarhum Ustaz Mahyudin Musa, seorang ulama yang dihormati yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Jawatan terakhirnya dalam kerajaan ialah pegawai kanan agama di Kementerian Pelajaran.

Ustaz Mahyuddinlah Yang Dipertuanya yang pertama dan pertubuhan itu adalah bagi menyatukan para ulama Malaysia tidak kira yang berkhidmat dengan kerajaan dan di luar kerajaan.

Ulama adalah orang yang tahu akan keperluan bersatu, maka itu tempat mereka patut bersatu. Mufti dan apa jua kedudukan tinggi dalam kerajaan dan masyarakat wajar bersatu dan itulah tempatnya.

Kalau ulama termasuk mufti menyeru umat Islam supaya bersatu, maka mereka perlu dulu bersatu dan tempatnya yang paling baik ialah Persatuan Ulama yang diasaskan oleh Ustaz Mahyuddin itu dan tokoh itu adalah orang yang cukup dekat dengan pemimpin-pemimpin kerajaan – Perdana Menteri dan menteri-menterinya.

Apabila Ustaz Mahyuddin meninggal awal tahun 70an, Ustaz Ahmad Awanglah gantinya baik sebagai ketua PUM bahkan jawatan yang disandangnya di kementerian pelajaran.

Ustaz Mahyudin Musa pernah menjadi tenaga pengajar di Kolej Islam Kelang dan Ahmad Awang adalah antara pelajar pertama di Kolej Islam itu.

Adakah mufti dan ulama yang memberi ingatan keras kepada Ust.Ahmad Awang tentang solat hajat itu pernah menyertai dan menyokong PUM tidak diketahui.

Tetapi itu pertubuhan penting bagi para ulama dan ulama wajar menyokong pertubuhan yang mahu mendaulat dan memartabadkan para ulama dan institusi ulama.

Ulama di seluruh dunia telah ditekan dan ditindas oleh penjajah hingga ulama itu dilihat kecil dan tidak berwibawa. Itu jugalah nasib dan imej ulama di Tanah Melayu setelah dijajah dan selepas dijajah. Tiada orang yang lebih tahu bagaimana ulama perlu didaulatkan selain dari ulama sendiri.

Ustaz Mahyudin telah membuka medan itu dan ia disambung oleh Ustaz Ahmad Awang. Apakah Ustaz Ahmad Awang berjaya dengan PUM tidaklah ditentukan oleh pimpinannya saja tetapi sejauh mana ia didukung oleh para ulama termasuk mufti yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Tanggungjawab mufti bukan sekadar kerja-kerja rasmi jawatannya dalam kerajaan dan di samping menasihatkan sultan, tetapi membuat kerja-kerja Islam di tengah masyarakat dan medannya sudah disediakan iaitu PUM.

Tiada pengecualian bagi berbelas mufti di Malaysia dari menjadi anggota pertubuhan itu kiranya mereka tahu apa tanggungjawab seorang ahli ilmu dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan kerajaan.

Dalam apa keadaan, sama ada mufti dan ulama rasmi yang lain menyertai PUM atau tidak, Ustaz Ahmad Awang adalah juru cakap para ulama Malaysia seluruhnya. Sama ada mereka mengakuinya atau tidak, Ahmad Awang adalah amir mereka.

Kiranya beliau ada kelemahan, sekalian para ulama mesti membantunya. Kiranya beliau tiada kelayakan, maka para ulama antaranya para mufti yang ramai itu wajar tampil kedepan menggantikannya. Mungkin ulama tidak mengejar kedudukan. Tetapi mufti wajar tahu kewajaran ulama itu memimpin umat.

Tiada mufti dan ulama rasmi dan tidak rasmi mencabar Ahmad Awang semasa pimpinannya dalam Persatuan Ulama dalam tempohnya yang panjang itu. Beliau melepaskan pimpinan PUM itu kerana mahu bergiat dalam politik. Beliau mahu kebebasan PUM terpelihara.

Mungkin pimpinannya boleh dinilai, akan kelemahan dan kekuatannya. Tetapi tidak terdengar adalah mempertikai ilmu dan keupayaanya menguasai ilmu Islam.

Dengan ilmunya belum pernah beliau membuat pendapat yang ganjil seperti biawak itu halal dimakan atau untung lotri boleh digunakan bagi memajukan Islam atau sekular itu tidak salah.

Apa lagi tentang kewajaran solat hajat bagi mengadili orang yang khianat.

Justeru itu tidak wajar menyamakan beliau dengan ahli-ahli politik yang jahil.

Subky Latif
Sumber:Harakahdaily

5 Ditahan Kes Tembak Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak.

TELUK INTAN: Dua remaja bawah umur adalah antara lima suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Perak, P Panthiyan @ Siva, 34, di Jalan Chui Chak, Langkap, kelmarin.

Mereka yang berumur antara 16 dan 20 tahun ditahan polis Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak selepas melancarkan gerakan memburu suspek sebaik kejadian itu berlaku jam 3 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata semua mereka ditahan antara jam 3.30 petang hingga 7 malam di beberapa tempat di Langkap. Beliau berkata, dua daripada suspek yang ditahan beralamat di Taman Desa Maju Perak, dua lagi suspek beralamat di Taman Desa Jaya, Langkap dan seorang lagi beralamat di Puchong, Selangor.

“Mereka kini direman selama tujuh hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian 3 petang kelmarin, mangsa yang juga Ketua Kelab Penyokong Pas Pasir Salak mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang suspek dalam premis mencuci kereta miliknya di Jalan Chui Chak, Langkap.

Dalam kejadian yang turut disaksikan tiga ahli keluarganya itu, mangsa mati di atas sofa di premisnya apabila satu daripada dua das tembakan mengenai kepala mangsa.

Sumber

Tuesday, March 16, 2010

Gempar!!! Ulasan Pembunuhan Kejam Ketua Pemuda Penyokong PAS Perak

"Dua das tembakan, satu ke kepala dan satu ke dada mengakibatkan Ketua Pemuda Penyokong PAS Perak, Siva Pandian mati dibunuh di hadapan kedainya di Langkap! Siapakah dia mendiang Siva Pandian?

Adakah pembunuhan ini bermotif politik? Atau ini suatu 'kes bunuh diri' seperti yang didakwa oleh UMNO berlaku dalam kes Teoh? Analisa lengkap dan keratan akhbar berkenaan disertakan.

"Ketua Pemuda Penyokong PAS mati ditembak
Harakahdaily, 15/3/2010

TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Siva Pandian mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.

Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan beliau mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.

Difahamkan, suspek menaiki motosikal datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan.

Polis pada waktu ini sedang berada di tempat kejadian, manakala mayat mangsa belum dialihkan." -tamat-
Sebelum huraian ke atas kes pembunuhan kejam Siva dibuat, eloklah kita memahami sedikit sebanyak tentang Penyokong Pas Perak terlebih dahulu.

Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak (DHPPP) yang dulunya dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS Perak adalah antara yang paling awal membentuk jawatankuasanya.

Menurut Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad, Mesyuarat Agung pertama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Perak sebelum ini telah diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar dengan menghimpunkan wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS seluruh Perak.

“S. Surianarayanan telah dilantik mengetuai DHPP Perak , Richard Wong sebagai Timbalan Ketua, Nali Raja sebagai Setiausaha dan Siva Pandian sebagai Ketua Pemuda.

“ Pembentukan jawatankuasa DHPP peringkat negeri ini akan disusuli pula dengan perlantikan jawatankuasa DHPP seluruh kawasan di Perak” katanya.

Hamdan berkata, perlembagaan induk PAS membolehkan parti itu mewujudkan jawatankuasa atau dewan baru tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.

“Ini langkah awal untuk mengiktiraf penyokong-penyokong bukan Islam dalam PAS. Malah ini juga langkah susulan mengiktiraf selepas Kelab Penyokong PAS diwujudkan,” katanya.

Menurutnya, penubuhan DHPPP adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

Turut hadir dalam Meyuarat Agung kali DHPPP kali pertama ini ialah Dr. Mujahid Yusuf Rawa Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Zainuddin Yusuf Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak , Muhammad Nuruddin Bashah Setiausaha Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak dan Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar.

Zainuddin Yusuf yang juga ADUN Lubuk Merbau dalam satu kenyataan media bersyukur kerana Perak kini telah memiliki struktur organisasi DHPP yang lengkap

“ Malah organisasi yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS telah sekian lama mengadakan aktiviti seluruh perak bersama rakyat serta membantu beberapa siri pilihanraya seluruh Malaysia” katanya.

Fenomena sokongan golongan bukan Islam kepada PAS khususnya selepas kemenangan besar Pakatan di lima buah negeri sebelum ini cukup membimbangkan UMNO. Cubaan melagakan PAS dengan bukan Islam melalui isu nama Allah gagal! Adakah ini suatu cubaan menakutkan golongan bukan Islam?

Media UMNO saban hari menyerang habis-habisan kepimpinan Pakatan dengan pelbagai isu. Sewaktu Anwar Ibrahim mencanang idea hendak menubuhkan kerajaan dengan menerima calon-calon lompat dari BN, media UMNO saban hari mencemuh idea ini dengan mengatakan ianya terlalu keji dan umpama cubaan hendak memerintah melalui jalan belakang.

Namun, apabila calon-calon yang dikaitkan dengan rasuah dari Pakatan melompat dan menzahirkan sokongan pada BN, media barua UMNO segera memuji dan menjustifikasi.

Lebih dahsyat, pemerintahan Najib dipalitkan dengan pelbagai skandal pembunuhan dan seks khususnya pembunuhan Altantuya, pembunuhan Teoh, kehilangan Bala yang tiba-tiba menarik balik statutory declaration dalam 24 jam, rampasan kuasa di Perak, pembakaran masjid dan gereja, pencemaran masjid dengan kepala babi dan banyak lagi.

Pembunuhan kejam Siva sepatutnya tidak boleh dikaitkan dengan 'bunuh diri' kerana jelas Siva telah ditembak mati. kemungkinan besarnya ialah media UMNO akan cuba memaparkan bahawa pembunuhan Siva adalah kes terpencil, tiada kena-mengena dengan UMNO, tiada kaitan politik. Malah, tidak pelik jika media UMNO menyatakan bahawa kes pembunuhan Siva sekadar pergaduhan dan pembunuhan biasa yang sekadar melibatkan pertelingkahan perniagaan sahaja.

Apa pun, kita menyeru agar ahli Pakatan Rakyat saling menjaga keselamatan sesama kita sekalipun berbeza agama dan kaum.

Kesungguhan mendiang mempertahankan PAS selama ini sangat dihargai dan kehilangan beliau akan dirasai.

Terdapat ahli UMNO yang mengatakan PAS psiko kerana cuba berbaik dengan bukan Islam dan DAP tetapi menjauhi UMNO. Seorang sahabat saya menjawab dengan jelas:

"MENDAMPINGI BUKAN ISLAM YANG AMANAH DAN BAIK LEBIH MUDAH DARI MENDAMPINGI GOLONGAN MUNAFIK!"

Sumber

Tuanku Mizan Tegur Siapa Sebenarnya???

Tuanku Mizan tegur media baru.

YANG di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Nur Zahirah diiringi Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin dan isteri, Norainee Abd. Rahman berangkat keluar selepas merasmikan Persidangan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan fitnah, pembohongan dan memutar belit fakta terutamanya media baru.

Seri Paduka bertitah, semua pihak yang terlibat perlu sedar bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak diterima oleh mana-mana agama dan perlu dihentikan segera.

Tuanku Mizan mengakui kebebasan bersuara merupakan antara ciri masyarakat yang demokratik dan matang tetapi ia bukannya satu alasan untuk memburuk-burukkan pihak lain sehingga mencetuskan api perbalahan dan sentimen perkauman.

“Beta amat dukacita kerana ada pihak-pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.

“Beta menyeru semua pihak supaya mengambil iktibar daripada titik hitam dalam sejarah negara dan mengelak daripada mencetuskan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian hidup rakyat,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian ketika merasmikan sidang Penggal Ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Tuanku Mizan mengingatkan bahawa perpaduan dan saling menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara mesti dipelihara dan dikekalkan bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi.

“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan hendaklah dihormati.

“Beta menyeru semua pemimpin agama supaya memupuk rasa tanggungjawab untuk memelihara keharmonian beragama di kalangan penganut agama masing-masing,” titah baginda.

Dalam pada itu, Seri Paduka turut menegur segelintir ahli Parlimen kerana mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebenar sebagai wakil rakyat.

Sambil mengingatkan bahawa segala perbuatan dan tindakan wakil rakyat sentiasa diperhatikan oleh rakyat, Tuanku Mizan mahu mereka berhujah dengan bernas dan tidak membangkitkan perkara remeh-temeh yang boleh menjejaskan maruah sendiri dan kemuliaan dewan.

“Sejak dua penggal berturut-turut sebelum ini, beta telah mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya menunjukkan sifat dan perilaku terpuji dalam Dewan yang mulia ini.

“Beta dukacita masih terdapat Ahli-Ahli Yang Berhormat mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai wakil rakyat,” titah Seri Paduka.

Sumber

N'N:Jelaslah dan kita semua sedia maklum pihak yang kuat memainkan sentimen agama dan perkauman ialah UMNO/BN menerusi akhbar2 dan Blog2 barua mereka.Kita juga sudah jelas pihak UMNO/BNlah yang acap kali menyebarkan fitnah, pembohongan dan memutar belitkan fakta-fakta pemimpin Pakatan Rakyat.

Monday, March 15, 2010

Masih mampukah anda menjamah KFC&McD selepas melihat gambar ini?????


Orang tua ini dilondehkan segala pakaiannya dan dicampakkan ditengah2 jalan raya oleh tentera Israel, kemudian dibiarkan berbogel dan ianya hanya mampu disaksikan oleh org ramai, tanpa dapat melakukan apa2. Mereka menjatuhkan maruah seorang tua. Tiada ucapan selayaknya pada golongan ini melainkan celaka dan laknatlah pada bangsa ini sampai hari kiamat...

Janji Allah itu benar. Jika mengharapkan bangsa arab nak membantu? memang tak boleh diharap. Kesatuan diatas dasar Bangsa telah membuktikan ianya hanya dibibir semata2. Pelaksanaannya adalah ikut dan tunduk pada arahan dan suruhan Yahudi.

Manakala gambar ini adalah gambar seorang budak palestin yg mati dibunuh org yahudi laknatullah,setelah diliwat. Kemudian mayatnya dicampak dijalan dengan darah masih lagi mengalir...
Betapa kejamnya mereka ini anda telah saksikan semua ini. Tolonglah jangan mengatakan anda kasihan dan jangan berani mengaku bahawa Islam Itu Bersaudara jika anda masih mampu bergelak ketawa dan bersenang-senang menikmati hidangan KFC,McD,Cola-Cola dll produk makanan mahupun keperluan yang menyumbang kepada Negara Haram Israel yang penduduknya Yahudi Laknattullah!!!

http://accan.files.wordpress.com/2009/01/produk-yahudi.jpg
Sumber Gambar&Teks:Kak Zaleha(Anakmuaallaf.blogspot)

Wahai Rakyat Malaysia Bolehkah Anda Percaya Berita Ini???

Harga minyak, barang tak naik

KUALA LUMPUR 14 Mac – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin oleh pihak-pihak tertentu bahawa harga minyak dan barang keperluan akan naik dalam masa terdekat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selagi kerajaan tidak membuat pengumuman terutama berhubung harga minyak, ia adalah khabar angin semata-mata.

“Saya hendak beritahu kepada rakyat, selagi tidak ada pengumuman oleh kerajaan untuk sebarang kenaikan, ia hanya spekulasi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pengguna Kawasan Puchong dekat sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebelum ini terdapat ura-ura harga bahan bakar dan barang keperluan akan dinaikkan, tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana kerajaan sedar tindakan itu pada masa sekarang hanya akan membebankan lagi keadaan rakyat.

Katanya, spekulasi tersebut jika dilayan akan menyebabkan pengguna panik.

“Keadaan ini bahaya kerana pihak-pihak tertentu seperti pemborong dan peruncit akan mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut,” katanya.

Dalam pada itu Ismail Sabri berharap empat akta iaitu Akta Jualan Langsung, Akta Sewa Beli, Akta Kawalan Harga dan Akta Perlindungan Pengguna akan dapat dipinda pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Katanya, satu lagi akta iaitu Akta Persaingan yang kini sudah berada di peringkat akhir penggubalan sebelum dibentangkan ke Kabinet juga diharap akan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.

Mengenai Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat ekoran mendapat bantahan banyak pihak, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memperhalusi perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata, pandangan rakyat mengenai pelaksanaan GST akan tetap diambil kira dalam apa juga keputusan yang akan dibuat kerajaan.

Terdahulu dalam ucapannya Ismail Sabri berkata, hanya 58 peratus daripada rakyat Malaysia sedar tentang hak mereka sebagai pengguna.

“Daripada kajian kementerian, hanya 32.5 peratus sedar bahawa mereka mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna manakala 24 peratus mengakui tidak akan berbuat apa-apa untuk mempertahankan hak mereka sebagai pengguna,” katanya.

Jelasnya, kementerian akan terus mempertingkatkan program pendidikan dan kesedaran kepada rakyat supaya mereka tahu dan faham tentang hak masing-masing sebagai pengguna.

Sumber