yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, March 2, 2010

Blogger UMNGOK Kekeringan Isu: Parpukari Fitnah Blogger Ajijoi...

http://4.bp.blogspot.com/_aziuK9gjzYU/Spejn8UbmnI/AAAAAAAAACE/qE2wyynaodg/s400/parpukari1.JPG
Tuduhan&Fitnah Parpukari(Gambar) A.K.A Blogger Kuat Mencarut Disini Terhadap Blogger Ajijoi.

Jawapan Blogger Ajijoi:

Berbalik kepada komen daripada Parpukari yang mahukan penjelasan daripada saya mengenai artikel tersebut, email mengenai artikel itu telah saya terima pada 7 Februari 2010. Sebagai seorang Muslim yang ingin membantu meringankan bebanan sesama Muslim, saya telah menaikkan artikel tersebut pada 13/02/2010 dengan harapan agar ada yang sudi untuk membantu setelah membaca artikel itu. Hanya itulah motif yang saya ada, untuk pengetahuan Parpukari.

Nabi S.A.W bersabda : ” Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : ” Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Luqlu Walmarjan nombor 667 ).

Sebelum menjawab kepada isu yang dinaikkan oleh Parpukari ini, saya telah menghubungi Puan Fazirah Bt Sidek, ibu kepada pemohon bantuan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Menurut Puan Fazirah, anaknya Adrianna Alysya telahpun meninggal dunia pada 1 Ramadhan 2008 lagi dan beliau meminta bantuan saya untuk menghebahkan agar rantaian email memohon bantuan untuk arwah anaknya dihentikan. Akaun bank yang tertera di dalam email itu pun telah ditutup.

Saya juga mengambil kesempatan itu untuk memohon maaf daripadanya kerana email yang datang kepada saya telah disebarkan oleh orang-orang yang tidak tahu menahu duduk perkara yang sebenarnya.

Mungkin pada masa ini Parpukari tiada isu yang hendak dimainkan sehingga terpaksa membesarkan isu ini. Adalah lebih baik jika Parpukari menjawab ISU PANAS yang INI.

N'N:Inilah lumrah menjadi pejuang,buat Abg Ajijoi harap bersabar dengan Fitnah blogger UMNGOK yang kita tahu mempunyai ciri-ciri manusia Munafik.............

Salehudin(Katak): Apa Barang Pakatan Rakyat Bagi Gaji RM9,000,UMNO Boleh Bagi Aku Lagi Banyak............

http://1.bp.blogspot.com/_qKD93oKJOr4/S0cOWtDZU4I/AAAAAAAAAD8/rPHUsOFnIvc/s320/Datuk+Salehudin+Hashim.jpg
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehudin Hashim (Gambar) mengaku menerima gaji sebanyak RM9,000 sebulan sebagai Setiausaha Agung parti tetapi menyifatkan ianya 'jumlah yang sangat kecil'.

"RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah saya curahkan dan gaji terakhir saya sebelum bersara, dan jika dibandingkan dengan jumlah besar yang telah dibayar kepada pelbagai individu dalam dan luar parti untuk menggembirakan dan mendiamkan mereka tanpa mereka perlu membuat apa-apa," kata Salehudin.

Salehudin berkata demikian dalam kenyataannya bagi menjawab kenyataan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang memaklumkan beliau (Salehudin) dibayar gaji sebanyak RM9,000 sebulan walaupun ramai yang menganggap Salehudin memberikan khidmat percuma untuk PKR.

Menurut Salehudin, beliau menerima tawaran Datuk Seri Anwar untuk menjadi Setiausaha Agung PKR selepas berkhidmat selama empat tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan Ketua Staf Anwar.

"Dengan berat hati, saya menerima tawaran tersebut dengan beberapa syarat, antaranya sebuah Ibu Pejabat Parti yang lengkap, gaji yang mencukupi untuk staf dan memandangkan saya telah berkhidmat sebagai Setiausaha Pengelola selama 4 tahun dengan menggunakan wang saya sendiri untuk perbelanjaan pejabat, saya meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, perjalanan, makan-minum dan sebagainya," kata Salehudin dalam kenyataannya.

Berkenaan dengan CEO Kumpulan Perangsang, Salehudin memberitahu, beliau diarahkan oleh Anwar untuk mengambilalih jawatan tersebut untuk kepentingan PKR.

"Datuk Seri Anwar sendiri mengarahkan saya untuk mengambil tugas dan tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi Parti, walaupun saya agak keberatan. Saya menjawab saya hanya akan mengambil tugas tersebut jika saya dibayar RM1 sebulan," kata beliau dalam kenyataannya.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada Anwar.

"Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan dokumen-dokumen sulit ini kepada umum. Memadailah untuk Dr. Syed Husin membuat kajiannya sendiri sebelum bercakap melalut. Semua ini direkodkan dalam komputer saya beserta bukti-bukti lain yang menunjukkan Datuk Seri telah menerima e-mel tersebut dan bertindak sewajarnya," katanya lagi.

Sebelum ini, Syed Husin mendakwa, bekas Setiausaha Agung parti itu bertindak menentang partinya selepas gagal mendapat jawatan sebagai CEO Syarikat Perangsang yang gajinya adalah RM50,000 sebulan.

Sumber:Harakahdaily

Sensasi: Insiden Kes Keluar Parti, Rakyat Diminta Bersabar Kerana Itulah Saja Strategi Najib Untuk Buktikan Sokongan Terhadap Anwar Merudum !!

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara agaknya?. Seorang demi seorang pemimpin PKR meninggalkan parti itu. Bermula dengan Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Lepas kemudian Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti, Fairus Khairuddin. Terkini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula berbuat demikian.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim pula kemudiannya mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu. Sesuatu yang agak memusykilkan kita ialah kesemua mereka yang berbuat demikian adalah dari negeri Pulau Pinang, yang sudah begitu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri.

Soalnya sekarang, apakah tindakan berkenaan sebagai langkah untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar telah hilang "taringnya". Lantaran itulah pemimpin terbabit bertindak meninggalkan PKR secara berturut-turut sekarang ini. Alasan yang diberikan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng ialah mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kononnya Guan Eng gagal membela nasib kaum Melayu di pulau itu. Kenyataan itu dinafikan oleh Anwar, malahan Guan Eng sendiri kemudian mendedahkan beberapa perkara yang menyebabkan pemimpin terbabit nekad meninggalkan PKR. Semua ini sebenarnya boleh membuatkan Pakatan Rakyat hilang serinya. Tindakan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, jelas sekali satu perbuatan khianat yang tidak wajar untuk dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.

Wajarkah tindakan keluar parti dilakukan sekarang ini dikatakan tanpa desakan dan tawaran oleh "petualang" terbabit?. Zahrain dan Tan Tee Beng, selaku wakil rakyat yang masih memegang jawatan itu mengatakan mereka keluar parti secara sukarela tanpa ada apa-apa tawaran daripada UMNO Barisan Nasional.

Namun, bolehkah kita mempercayai kata-kata "melaun" ini?. Keluar parti dan tidak dapat apa-apa adalah sesuatu yang amat melucukan. Tambahan pula jika parti itu berada dalam Pakatan Rakyat. Jika parti itu berada dalam Barisan Nasional, mungkin juga tawaran tidak berlaku. Ini kerana, seseorang yang keluar dari "lubuk duit" dan kembali kepada rakyat sudah tentu tidak akan mendapat apa-apa habuan.

Namun, sebaliknya jika seseorang yang datang dari rakyat tiba-tiba bersekongkol untuk menjadi wakil rakyat bebas "walhal menyokong BN seperti tiga ADUN di Perak dulu", boleh mengatakan mereka tidak menerima apa-apa habuan?. Zahrain dan Tan boleh menipu diri sendiri, tetapi mereka belum tentu boleh menipu rakyat sebenarnya. Rakyat lebih bijak menilai apa yang berlaku. Kita tidak hairan, jika Fairus berbuat demikian kerana beliau sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam PKR.

Maka, itu adalah keputusan peribadinya kerana memikirkan tiada langsung masa depan akibat projek yang dihalang oleh pentadbiran kerajaan negeri. Malah fairus dilihat lebih bijak kerana bertindak menyertai UMNO secara rasmi. Ini bermakna beliau berani untuk membuat tindakan tersebut. Namun bagi Zahrain dan Tan, keluarnya mereka berdua seolan-olah merupakan satu pembersihan dalam Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Mereka pergi membawa diri sendiri dan bukannya rakyat. Oleh itu, tunggulah kemarahan rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Apakah mereka berdua ini akan terpilih sebagai calon bebas atau BN?. Rakyat yang akan menjadi hakim untuk memastikan riwayat politik "petualang rakyat" ini terkubur akibat kesilapan mereka. Apakah mata mereka sudah dibutakan agaknya dari melihat kebenaran?.


Seluruh dunia tahu bahawa Pakatan Rakyat kini semakin sebati di hati rakyat. UMNO Barisan Nasional hanya layak digelar "Juara Rakyat" tetapi hakikatnya, mereka hanya "syok sendiri". Laungan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" oleh Perdana Menteri, Najib Razak jelas dilihat gagal untuk menutup kepincangan, kezaliman dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran beliau mutakhir ini.

Malah, isu-isu seperti kes fitnah liwat Anwar, kes Altantunya, kes kehilangan enjin pesawat pejuang ATM, komisyen kapal selam scorpene dan jet sukhoi serta banyak lagi isu-isu panas yang dikatakan melibatkan Najib Razak dilihat gagal menyakinkan rakyat. Biarpun ada kes-kes tertentu, mahkamah dijadikan alat dan perkakas untuk mereka "menghalalkan cara", namun realitinya rakyat semakin muak dan jelek melihat kelibat Najib 1Malaysia memerintah negara ini.

Dasar yang jauh menyimpang dan jelas menipu rakyat itu sebenarnya berjaya membuang hasrat rakyat untuk menyokong UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka hanya mengharapkan "Ehsan Sabah dan Sarawak" untuk memastikan kerajaan yang ada dikekalkan. Jika tidak, sudah lama BN "terkubur" dan "dikapankan". Masyarakat antarabangsa juga mula melihat kes liwat yang melibatkan Anwar juga kini jelas satu penindasan terhadap Mantan TPM itu. Malah, saban hari sokongan terhadap Anwar semakin meningkat, bukan sahaja oleh dunia barat malah pemimpin dan ulamak dari negara Islam sendiri. Inilah yang menakutkan rejim Najib Razak sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah membuktikan kepada dunia bahawa sokongan terhadap Anwar semakin menurun.

Bagi mengesahkan senario itu, maka wakil rakyat PKR dengan mudah diajak keluar parti kononnya kecewa dengan corak kepimpinan Anwar itu sendiri. Wajarkan kita percaya dengan apa yang berlaku ini?. Semakin Anwar dibenci, maka semakin ramai manusia diluar sana menyokong beliau. Terbuktilah kini, kerajaan Najib terdesak untuk menimbulkan isu sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah menarik seberapa ramai pemimpin PKR untuk menjadi bebas "atas kertas". Padahal mereka semua itu sebenarnya sudah kembali berkiblatkan parti karat "UMNO BN" dulu, kini dan selamanya.

Rakyat di seluruh negara diminta bersabar melihat apa yang berlaku ini. Mereka yang keluar itu membawa diri masing-masing sebenarnya. Lainlah jika pemimpin terbabit membawa bersama mereka beribu-ribu ahli dan penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri. Inilah dia taktik kotor yang dimainkan oleh pemimpin yang sudah terdesak bagi meraih sokongan dan simpati rakyat. Apapun, rakyat perlu ingat bahawa keluarnya ketiga-tiga pemimpin itu dan yang lainnya adalah sikap individu itu sendiri.

Sedangkan, dalam pilihanraya bukan mereka yang akan membuat keputusan untuk menjadi wakil rakyat, rakyat yang akan memangkah di kertas undi. Oleh itu, keluarnya "mangkuk hayun" terbabit sedikit pun tidak menjejaskan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Samalah dengan kemasukan Ezam Md Noor ke dalam UMNO yang kononnya akan menyebabkan PKR hilang sokongan rakyat. Namun, apa yang terjadi dalam piliharaya umum ke-12 yang lalu. Jangankan Ezam yang langsung tidak terpilih sebagai calon sebelum itu, malah UMNO BN juga hampir tumbang dibuat dek gelombang tsunami suara rakyat. Inilah yang kita mahukan sebenarnya daripada mempertahankan beberapa kerat pemimpin yang kemaruk untuk mengumpul harta dan khianat kepada perjuangan itu.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)