yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, March 1, 2010

MODUS OPERANDI UMNO DESAK PEMIMPIN PR KELUAR PAKATAN RAKYAT BERJAYA.....

Wujudkan kes rasuah kemudian disiasat oleh SPRM. Besar-besarkan cerita, malukan pemimpin berkenaan dan paling teruk didakwa di mahkamah. Pemimpin terpaksa letak jawatan dalam Pakatan. Selanjutnya kes digugurkan mungkin kerana kurang bukti. UMNO berjaya dengan teknik ini dengan Osman Jailu serta Jamaluddin yang akhirnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tersungkur.

Kes terbaru melibatkan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan kerana dikaitkan terbabit dalam kes rasuah yang melibatkan pemberian lesen kuari semasa dalam pentadbiran pada April lepas tetapi kemudiannya kes digugurkan.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Sertai Umno

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin Ahad malam mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Umno setelah meletak jawatan kerana dikaitkan terbabit dalam kes rasuah yang melibatkan pemberian lesen kuari semasa dalam pentadbiran pada April lepas.

Pengumumannya itu dibuat di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan beliau dengan Persatuan Silat Seni Gayung di Ampang, dekat sini.

Mohammad Fairus, 33, kemudian menyerahkan borang keanggotaannya menyertai Umno kepada Najib selaku Presiden Umno.

Terdahulu itu, dalam ucapannya Mohammad Fairus, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, berkata keputusannya keluar dari PKR adalah kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap para pemimpin parti itu terutamanya dalam perkara yang membabitkan Islam dan Melayu.

"Saya lihat pemimpin PKR tidak berdaya mempertahankan kedaulatan Islam dan bangsa Melayu. Saya juga kecewa dengan cara PKR kendalikan isu kalimah Allah," katanya.

Sementara itu, Najib berkata keputusan Mohammad Fairus keluar daripada PKR jelas membuktikan keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti itu di kalangan pemimpin-pemimpinnya semakin merosot.

Beliau berkata ini dapat dilihat daripada tindakan Mohammad Fairus yang juga pemimpin kanan PKR selain pernah memegang jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sebelum ini.

"Paling saya amati dari ucapannya tadi, dia telah kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan PKR kerana PKR gagal mempertahankan apa yang dianggap sebagai prinsip paling fundamental pada dasarnya iaitu maruah dan kesucian agama Islam," katanya.

Sambil menyambut baik penyertaan Mohammad Fairus sebagai anggota baru Umno, Najib berkata: "Kami (Umno) terima dengan senang hati kerana saya tahu Fairus buat keputusan ini atas soal prinsip dan dasar bukan kerana jawatan ataupun ganjaran. Welcome to Umno".

Mohammad Fairus meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan ADUN Penanti setelah dikaitkan terbabit dalam kes rasuah yang melibatkan pemberian lesen kuari semasa dalam pentadbiran pada April lepas, atas alasan ingin melanjutkan pelajaran.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup lapan kes rasuah berprofil tinggi termasuk Mohammad Fairus.

Kemudian, ketika bercakap pada sidang media buat pertama kali setelah menyepi hampir setahun, Mohammad Fairus berkata beliau memilih untuk meneruskan perjuangannya melalui Umno kerana percaya parti itu merupakan pesada yang mampu menperjuangkan hak rakyat khasnya orang Melayu dan agama Islam.

BERNAMA

Sumber

Setelah Setahun Menyepikan Diri, Akhirnya UMNO Berjaya Memujuk Fairus Untuk Berjuang Bersama-sama Demi ........

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2009/04/fairus-letak.jpg

Hari Ini Najib dengan bangganya berkata 'sesungguhnya anak muda ini(Fairus) masuk UMNO semata-mata untuk mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara, kita harus jaga anak muda ini dengan sebaik-baiknya'.

Tapi kami PR juga bersyukur beliau keluar meninggalkan PR

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersyukur “ke hadrat Allah” kerana Mohd Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan parti yang diumumkan malam tadi, kata timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali.

“Sejak beliau menyertai kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

“Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Syed Husin berkata, apabila berhenti Fairus menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

“Tidak ada sebab bagi parti melayan tuntutan itu. Lagipun parti tidak mampu berbuat demikian.

“Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya ‘kerja’ dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000,” katanya.

Katanya beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan parti.

“Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

“Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan.

“Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar,” katanya.

-malaysianinsider-

N'N:Setelah Setahun Menyepikan Diri, Akhirnya UMNO Berjaya Memujuk Fairus Untuk Berjuang Bersama-sama Demi ........Asobiyah,Rasuah,Korupsi,Kroni dll yang seangkatan dengannya......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)