yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, February 12, 2010

Kini UMNO Dan PERKASA Menjadi Raja DEMO Di Selangor....



Umno Selangor, NGO berdemo isu Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK)

Umno Selangor hari ini menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam bagi membantah cara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Dipimpin ketua penerangannya Shukor Idrus, mereka dan anggota NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) berarak daripada masjid negeri.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut hadir.

Kumpulan tersebut juga menghantar memorandum enam perkara yang diserahkan kepada setiausaha menteri besar Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Shukur berkata demonstrasi itu diadakan hari ini rentetan daripada satu laporan polis yang Ahad lalu berhubung isu sama.

"Kita pertikaikan tindakan merampas tanah YBK. Itu tindakan zalim, sedangkan ramai lagi syarikat lain yang tidak jelaskan hutang kepada kerajaan negeri.

"YBK juga sudah jelaskan tunggakan tersebut, cuma terlewat dua hari sahaja. Kemudian (menteri besar) pulangkan bayaran itu kepada YBK dan ambil balik tanah tersebut," katanya lagi.

Shukor juga berkata tindakan Khalid memulangkan bayaran cukai tanah YBK merupakan satu tindakan politik yang mengenepikan kepentingan Melayu.

Shukor juga menyifatkan tindakan Khalid sebagai "angkuh, sombong, berdendam dan menyalahgunakan peruntukan kanun tanah apabila memulangkan bayaran cukai tanah YBK."

Katanya lagi, tindakan itu juga "dibuat dengan niat untuk merampas kembali tanah bagi pembinaan kampus baru UiTM di Serendah, Selangor."

"(Umno Selangor) menolak sekeras-kerasnya tindakan menteri besar dalam membuat keputusan politik yang mengenepikan hak-hak orang Melayu di daerah Hulu Selangor."

Sehubungan itu, tambahnya, Khalid juga didesak supaya mengambil "perhatian serius perasaan tidak puas hati serta tuntutan rakyat Selangor."

Selain isu tersebut, memorandum enam perkara itu juga mengariskan perkara-perkara berikut:

- Mempertikai tindakan Khalid "menyelamatkan" Talam Corporation, sebuah syarikat milik kerajaan negeri, melibatkan pembayaran sebanyak RM391 juta.

- Mengutuk kenyataan penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sumber:malaysiakini

Akhirnya Parasit Ini Keluar Juga Dari PR .......



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim sebentar tadi mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas berkuatkuasa hari ini. Dalam sidang sidang akhbarnya di sini, beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kesal dengan kepemimpinan Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bak kata bijak pandai 'Dari UMNO Dia datang, Kepada UMNO Dia Kembali'.

Sumber

Implikasi Keputusan Hakim Mengenai MB Perak Yang sah, Kini Kita Boleh Singkir Najib Tanpa Undi Tidak Percaya....

http://www.tone-lizard.com/images/Da_Judge.gif
Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,”katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,”katanya.

Dari TV Selangor
By Anwar Ibrahim

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)