yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, February 3, 2010

Februari, bulan pertarungan politik terhebat antara Haq & Batil,Antara Rakyat & Pemerintah Zalim

Bulan Februari adalah bulan pertarungan politik yang paling hebat di abad ini.Pertarungan di antara yang haq dengan yang bathil.Pertarungan di antara hidup dengan mati di antara Pakatan Rakyat dengan UMNO [BN]. Seperti Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat. Salah seorang pasti kecundang.

UMNO dari segi politik tidak boleh menandingi Pakatan Rakyat yang lebih hebat [walaupun berlaku krisis dalaman, tetapi UMNO juga mengalami krisis dalaman juga, tetapi media massa milik dan pencacai UMNO sembunyikan hakikat sebenar]. Kelebihan UMNO yang tidak ada pada Pakatan Rakyat ialah KUASA.

Dengan kuasa inilah UMNO boleh mempertahankan kuasanya sampai sekarang. Kuasa itulah memudahkan UMNO mempergunakan pasukan polis dengan sewenang-wenangnya dan memperalatan sistem perundangan negara di samping institusi-institusi kerajaan [seperti SPR, Jabatan/agensi dan jentera kerajaan] menyokong perlanjutan usia UMNO memerintah Malaysia.

Tanpa institusi ini, sudah lama UMNO rebah ke tanah dan telah disemadikan di makam pahlawan di masjid negara.UMNO akan menghadapi tiga halangan politik yang amat besar yang akan memberi kesan ke atas kelansungan UMNO di negara ini, iaitu pertama kes liwat Anwar Ibrahim, kedua kes rampasan kuasa di Perak dan ketiga kes kematian Teo Beng Hock, Setiausaha Politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Ketiga-tiga kes ini, UMNO akan berusaha dengan apa cara sekali pun halal-haram, dosa-pahala tidak akan dipedulikan asalkan dia menang.Jadi pasukan polis [sudah mula tunjuk taring dengan menyekatdan menyempitkan ruang demokrasi bagi menyuarakan pandangan yang berbeza dengan UMNO] dan sistem perundangan negara menjadi sandarannya [telah dibuktikan dalam perbicaraan Mohd Nizar Jamaluddin V Zambry Abdul Kader, Nizar hanya menang satu, yang lain dimenangi oleh Zambry proksi Najib Tun Razak.
UMNO akan tetap menang dalam ketiga-tiga kes ini kerana UMNO masih memegang kuasa.

Bersiap sedialah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat mencari kaedah atau saluran lain untuk terus menentang UMNO. Kita pasti akan meninggalkan dunia ini, tetapi kita wajib melatih dan mendidik anak cucu kita dan generasi baru agar berterusan menentang UMNO sampai ke hari kiamat.

Tun Telanai
Sumber:Harakahdaily

Inilah Rupa Manusia Yang Paling Di Pandang Jijik Di Malaysia.....

http://umno-reform2.com/front/images/stories/saifulliwat.jpg

Saiful beritahu tentang ajakan seks Anwar

Mohd Saiful Bukhary Azlan memulakan keterangannya dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, dengan menceritakan tentang dakwaan ajakan seks oleh ketua pembangkang itu.

Mohd Saiful adalah pengadu dalam kes tersebut dan merupakan saksi pertama pihak pendakwaraya.
Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam kenyataan pembukaannya, Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

Katanya, kesan air mani itu diperolehi oleh doktor dari sampel tisu.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwa akan membuktikan kesnya melalui keterangan oleh Mohd Saiful dan laporan ahli kimia, pakar forensik dan doktor.

Menurut Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaraya akan memanggilkan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut, yang didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Berikut adalah kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.-

5.30pmu Anwar meninggalkan mahkamah di tengah-tengah laungan "reformasi", "hidup rakyat", "bebas Anwar".

4.50pm: Karpal memohon supaya baki keterangan Mohd Saiful dibuat secara tertutup. Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dan menangguhkan prosiding sehingga jam 9.30 pagi esok.

4.45pm: Mohd Saiful mendakwa dia menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar dan Anwar berkata: "Can I f*** you?"

4.40pm: Walaupun hujan lebat, para penyokong Anwar brerhimpun dekat pintu masuk komplek mahkamah. Dua penyokongnya kelihatan memakai topeng Najib dan Rosmah. Polis mengeluarkan amaran tangkap.

4.30pm: Mohd Saiful berkata dia diarahkan pergi ke kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk membincangkan dengan Anwar mengenai urusan tugasnya.

4.15pm: Peguam Karpal Singh membuat bantahan kerana laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang, yang berbeza dengan waktu yang tercatat pada kertas tuduhan.

DPP Mohd Yusof menjawab banyak insiden yang berlaku. Katanya, laporan polis itu merupakan bukti utama, yang membawa polis melakukan penyiasatan.

4.05pm: Mohd Saiful berkata Anwar mengambilnya bekerja antara bulan Mac dan Jun tahun berkenaan.

Walaupun surat peletakan jawatannya menyebut dia berbuat demikian kerana malas dan tidak berdisiplin, Mohd Saiful berkata motif sebenarnya ialah kerana tidak tidak tahan lagi diliwat seperti dalam tuduhan tersebut.

Laporan polis Mohd Saiful yang dibuat di hospital besar Kuala Lumpur bertarikh 28 Jun 2008, diserahkan sebagai bahan bukti.

4.00pm: Mohd Saiful berkata, dia bekerja untuk Anwar sebagai seorang sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, dengan gaji RM1,000.

Selepas pilihan raya tersebut, dia menjadi pengawai khas, dengan tugasw mengatur perjumapan dengan ahli-ahli parlimen BN yang berkemungkinan melompat parti.

3.55pm: Mohd Saiful menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.

Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk.

Dia kemudiannya menunjuk ke Anwar ketika diminta mengecamnya. Anwar tidak memandang ke arahnya.
Sebelum itu, ketika Mohd Saiful melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan mukanya berubah.

Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Januari lalu itu, disemak semula.

Kedua-dua pihak berhujah lebih 40 minit sebelum Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada sebab-sebab khas bagi menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan ia disambung.

Sumber:Malaysiakini

Dengarlah Rintihan Hati Seorang Anak Pejuang...

Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi Umno dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

Sewaktu kes dibicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!

Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yang menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.

Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.

Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.

Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?

Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak. Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul Am PAS, YAB Menteri Besar Negeri Kelantan, Al-Fadhil Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pagi tadi – hadir bersama, menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.

Sumber:Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)