yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, January 28, 2010

Perhatian Warga Perak Kemungkinan Besar Dun Perak Akan Dibubarkan,Bersiap Sedia...

http://2.bp.blogspot.com/_PaR-DhgC2k8/ShJ4F88eQuI/AAAAAAAACTc/wRsj1Q3wEvo/s400/perak_hak_rakyat.jpg

Desas-desus akan berlakunya pembubaran DUN sekira keputusan kes rayuan oleh Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkenaan status Menteri Besar Perak yang sah akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 09/02/2010. Keputusan ini dikatakan akan menjadi penentu sama ada akan berlaku pilihanraya di peringkat negeri Perak atau tidak.

Warga Perak khususnya yang akan terlibat sekiranya berlaku PRK diseru segara menyemak daftar pemilih bagi memastikan kelancaran proses PRK dan untuk memastikan tiada strategi kotor yang kemungkinan besar akan diguna pakai oleh UMNO/BN. Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO/BN akan mengerahkan seberapa banyak jentera-jentera mereka untuk memastikan UMNO/BN mendapat mandat menjadi Kerajaan 'by hook or by crook' yakni dengan apa cara sekalipun kerana kita sedia maklum motto UMNO/BN ialah 'Matlamat menghalalkan cara'.

Satu lagi perkara yang perlu kita ambil kira ialah ini:

500,000 penduduk Perak belum daftar pengundi

Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk Perak yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih terutama golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Ahmad Adli Abdullah.

Beliau berkata angka tersebut berdasarkan rekod sehingga April tahun 2009.

Beliau berkata mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.

"Orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya," katanya pada majlis menyerahkan kain rentang SPR bagi tujuan promosi daftar pemilih kepada Pos Malaysia cawangan Perak di Ipoh.

Pengurus Besar Pos Malaysia cawangan Perak Mohd Azizi Mohd Sanusi berkata Pos Malaysia ingin turut membantu kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial pada negara dengan menyediakan kemudahan bagi orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

"Seperti hari ini, Pos cawangan Perak akan membantu SPR untuk mencapai objektif yang disasarkan pada tahap minimum melalui 84 pejabat pos di seluruh negeri yang beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan ini (pendaftaran pemilih)," katanya.

BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)