yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, January 27, 2010

Ulasan Dr.Asri tentang dua sahabatnya Zulkifli Nordin Dan Khalid Samad.

Saya amat berdukacita apabila membaca krisis antara YB Zulkifli Nordin dan YB Khalid Samad. Kedua-duanya sahabat yang dikasihi. Saya serba salah untuk mengulas. Namun isu ini telah dimainkan oleh media. Saya amat berharap ia menemui penyelesaian yang harmoni. Kedua-duanya pejuang rakyat, dan kedua-duanya mempunyai sumbangan yang tersendiri.

Walaupun bukan lama saya bersahabat dengan Zulkifli Nordin, namun saya dapat memahami sedikit sebanyak hati nuraninya. Perasaan islami dan sayangkan masa depan umat Islam dalam jiwanya amat tebal. Walaupun kadang-kala saya berbeza pendapat dengannya, namun saya tetap menghormati jiwanya yang sensitif dan sentiasa berkobar-kobar dalam membela agama.

Adapun YB Khalid Samad baru sahaja saya bersahabat dengan beliau. Pada saya, beliau cuba agar Islam dilihat sebagai agama yang praktikal dan adil untuk semua pihak. Dalam menangani dakwah di Malaysia, apa yang menjadi masalah adalah bukan-muslim gagal melihat keagungan Islam, keadilannya dan kebenaran risalah tersebut sebagai bukti ia benar-benar dari Tuhan Yang Sebenar. Mesej inilah barangkali yang cuba disampaikan.

Kedua-dua tokoh ini kesayangan kita semua. Kita tidak mahu ada antara mereka yang terbuang atau dipinggirkan. Jika hendak terpinggir, biarlah ahli-ahli politik sampah yang kontang idea dan sumbangan yang wujud dalam masyarakat kita. Bukan mereka berdua ini.

Isu nama Allah semua kita sepakat bahawa kemungkinan untuk ia diselewengkan atau menimbulkan ketidakharmonian itu wujud. Cuma kita berbeza dalam menanganinya. Ada yang meminta agar dihalang secara mutlak. Ada yang menyatakan diizinkan, cumanya garis panduan mestilah ditetapkan untuk mengelak kegusaran. Jika garis panduan itu dilaksanakan dengan teliti, maka ketakutan pihak pertama juga mungkin dapat dihilangkan.

Saya mengharapkan kedua sahabat ini tidak bertegang, kerana kita semua masih memerlukan khidmat mereka berdua.

-dr mohd asri zainul abidin, USM.

Saman RM546 Juta : BN lepas tangan, ayah penyanyi Fazley jadi kambing hitam...

Ngeri sungguh jadi Setiausaha Kerja (SUK) Barisan Nasional, bila Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) mengemukakan saman, dengan begitu mudah mereka hantar afidavit yang mengatakan :

“BN bukanlah pihak yang bersalah untuk disaman dan saluran betul ialah menerusi setiausaha kerjanya”.

Menurut Bernama, PPSB memfailkan saman itu pada 7 Disember 2007, terhadap BN kerana menamatkan kontrak bertarikh 5 Januari 2006 untuk membekal dan memasang papan iklan pengiklanan di kawasan terbuka bagi mempromosikan BN.

Syarikat itu, yang dilantik sebagai ejen untuk memasang papan iklan tersebut untuk BN, menamakan BN yang diwakili pada ketika itu setiausaha kerjanya Datuk Yaakob Mohammad sebagai defendan.

PPSB dalam pernyataan tuntutan, antara lain mendakwa bahawa menurut kontrak itu, BN berhak menamatkannya pada bila-bila masa dalam masa enam bulan ketika ia ditandatangani tetapi notis penamatan kontrak tersebut dikeluarkan selepas enam bulan.

Syarikat itu mendakwa bahawa ia mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM546,552,800 akibat tindakan itu dan memohon amaun pembayaran balik, kos, faedah dan relif lain yang wajar diputuskan mahkamah.

Bagi saya, tindakan PPSB betul dan BN kena bertanggungjawab secara kolektif, bukannya menjadikan SUK, Datuk Yaakob yang juga ayah kepada penyanyi terkenal Fazley sebagai kambing hitam.

Memanglah dia yang jadi wakil untuk menguruskan perkara itu. Tetapi semua keputusan tidak dibuat oleh beliau sendiri. Pengerusi BN masa itu (Pak Lah) juga patut dipertanggungjawabkan.

Datuk Yaakob juga adalah orang kuat Umno iaitu parti yang pernah disaman sebanyak RM RM218 juta oleh syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisor Sdn. Bhd kerana enggan membayar kos penyediaan barangan kempen Pilihanraya 2004.

Sumber:http://syukran.wordpress.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)