yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Thursday, January 21, 2010

Saya cadang seluruh rakyat Malaysia undi secara pos...

Pengerusi SPR, Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis.

Beliau berkata SPR sedang meneliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.

Menurutnya pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

Aziz menambah bahawa jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain.

Beliau berkata demikian kepada media di Putrajaya semalam.

Saya secara peribadi tidak pernah mendengar rungutan jururawat, doktor dan wartawan tentang kesulitan mereka untuk mengundi tetapi sering mendengar masalah tentang nama pemilih dicatatkan 2 kali dalam senarai pemilih; nama pengundi mati masih ada dalam daftar pemilih; isu pengundi hantu ; tuntutan menggunakan dakwat ; penghapusan undi pos ; ketidaktelusan SPR dan lain-lain. Tetapi SPR nampaknya lebih peka kepada masalah yang remeh temeh dan kecil berbanding dengan masalah integriti SPR itu sendiri.

Jelas sekali SPR tidak mengambil kira langsung pandangan sebahagian besar rakyat dan parti-parti politik khususnya PR yang sudah lama membuat tuntutan supaya daftar pemilih dibersihkan dari sebarang kekeliruan; tuntutan menggunakan dakwat untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali dan sebagainya.

Di saat rakyat dan parti politik bercakap tentang ketidaktelusan undi pos dan penipuan yang mungkin berlaku dalam urusan pengundian pos, tiba-tiba SPR ingin meluaskan penggunaan undi pos.

Jadi saya cadangkan kepada SPR mansuhkan sahaja semua pengundi awam jadikan mereka semua pengundi pos. Mudah untuk SPR buat kerja. Saya yakin BN pun lebih suka semua pengundi menjadi pengundi pos. Jadi tidak perlulah kita beratur panjang di pusat-pusat pengundian, kita hanya perlu tunggu kertas undi dihantar kepada kita di rumah dan kita mengundi di rumah. Selepas kertas undi kita pos atau petugas SPR datang sendiri ambil di rumah kita.

Harap SPR pertimbangkan cadangan saya ini, saya yakin Najib dan Muhyiddin pun setuju dengan cadangan saya ini.

Sofi Wahab
Sumber:Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)