yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, January 15, 2010

Gambar-gambar Penderitaan Askar AS

Perang, bagi siapapun, akan membawa derita. Baik bagi yang memerangi, apalagi buat mereka yang diperangi. Jika kita melihat foto-foto di bawah ini, mungkin kita akan tersentuh dan prihatin. Namun sesungguhnya, di Iraq dan Afghanistan, tragedi yang telah ditimbulkan oleh Amerika melebihi daripada ini. Mungkin foto-foto lama ini adalah yang tidak pernah mahu dilihat dan direnungkan oleh Amerika.

James Houston, veteran Pearl Harbor menangis emosi dengan sersan Mark Graunke Jr selama perayaan Hari Veteran militer di kota Dallas, November 2004. Sersan Graunke kehilangan tangan dan matanya kerana ledakan pompa di Irak. (AP Photo / The Dallas Morning News, Jim Mahoney).

Brandon Erickson kehilangan satu lengannya ketika konvoi militer diserang oleh kelompok penentang Iraq. Brandon membuat studi ilmu politik di Universiti Dakota Utara, 5 Ogos 2004. (Foto: Kory Wallen, sumber berita Associated Press melalui Cryptome)

Prajurit James E. Wright (kiri) kehilangan tangannya dalam perang Iraq. Para pegawai yang bertanggung jawab tidak teridentifikasi. (Sumber Associated Press melalui Cryptome)

Jose Martinez, 20 tahun, mengunjungi pusat medik pakar luka kebakaran di Brooke Army Medical Center di Fort Sam Houston di San Antonio, 5 November 2003. Martinez cacat dalam insiden sebuah trak yang mengangkut amunisi dan diserang oleh penentang Iraq. Trak terbakar menodai wajah dan beberapa bahagian tubuhnya. (Foto: Eric Gay, sumber Associated Press)

Sersan Jason Lada, 27 tahun, berbicara tentang pengalamannya tinggal di Iraq dengan istrinya, Heather Lada, 25 tahun, 26 Ogos 2004 di pusat doktor tentera Walter Reed di Washington. Sersan Pepper menjadi buta akibat ledakan di Iraq, dan telah belajar membaca huruf braile. (Foto: Matt Houston / AP)

Sersan Roy Mitchell dari kota Milan, negara bahagian Indiana, anggota dari Infateri 10, membayar di pasar swalayan di Amerika Serikat, disertai oleh anak-anaknya Zacaryy, yang berumur 11 tahun dan Jerrett 18 bulan, duduk di kakinya, di dekat pusat medis Walter Redd di Washington. Roy Mitchell dimutilasi di Afghanistan ketika jip Humvee-nya melompat ke mengudara setelah terjadi ledakan pada sebuah tambang. (Foto: Geral)

Gary Boggs. Beberapa kilometer dari dasar Tikrit di Iraq, jip Humvee dari Boggs terbang ketika ledakan menghentam dalam salah rute perjalanan. Banyak puing yang masuk ke dalam tubuhnya, salah satunya merosak mata kiri.

Aktor Hollywood Denzel Washington memberi medali untuk Justin R. Burgess. Masihkah ada ertinya medali itu jika tubuh Anda cacat, Mr Denzel? (Sumber Associated Press melalui Cryptome.)

Jermaine Alain Lewis, 23 tahun, Divisi Infanteri Amerika Serikat, dimutilasi oleh ledakan ranjau ketika jip Humve-nya meledak di Bagdad, 16 Juli 2003, yang membuatnya kehilangan kaki. Foto ini diambil di rumahnya di Milwaukee, negara bagian Wisconsin.

Robert Loria memainkan pianio di rumahnya dekat Middletown, New York. Loria kehilangan lengan kiri oleh ledakan sebuah pompa di Iraq.

Umno gagal, PAS lulus

Saya telah menjadi seorang pemerhati politik sejak tahun 1985 lagi. Pada masa itu sehinggalah tahun 2008 sebagai ahli sebuah keluarga Cina yang menetap di Kuala Lumpur, saya mempunyai satu pendapat sahaja berkenaan dengan PAS iaitu PAS ialah sebuah parti yang agak fanatik.

Walaupun ahli-ahli keluarga saya telah mengundi parti DAP sejak tahun 1990 lagi, apabila DAP berkerjasama dengan PAS pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif, kami telah mengundi Barisan Nasional (BN).

Semua ahli-ahli keluarga saya termasuk saudara-mara dan juga rakan-rakan Cina saya yang lain amat menggeruni PAS sebab pada masa itu kami berpendapat bahawa PAS ialah parti yang amat merbahaya sebab PAS tidak peduli dengan kaum lain dan mempunyai fikiran yang sempit.

Tetapi semua itu telah berubah pada Pilihanraya Umum tahun 2008 oleh kerana kami sudah muak dengan gejala rasuah dalam BN dan oleh itu walaupun DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR, kami telah mengundi DAP.

Selepas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, kami mendengar berita bahawa beliau amat rajin dan berusaha membantu semua kaum dan golongan masyarakat yang miskin tanpa mengira bangsa dan ugama. Beliau juga seorang yang telus, ikhlas dan berwibawa. Ini serba sedikit telah mengubah fikiran kami terhadap PAS.

Tetapi pada Februari 2009, apabila BN merampas kuasa di Perak, kami telah 100% menyokong PAS sebab kami telah melihat dengan amat jelas bahawa yang fanatik dan yang gilakan kuasa ialah BN.

Dan pada Januari tahun ini pula, sekali lagi BN telah menunjukkan belangnya. Kali ini melibatkan soal ugama pula dimana 2 sepupu orang kuat UMNO telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh menghalang orang Islam yang hendak mengadakan protes tentang keputusan mahkamah membenarkan akhbar Katolik Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula seperti Tuan Guru Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembakaran gereja Metro Tabernacle dan serangan keatas gereja-gereja yang lain. Selepas ini, 2 sepupu dari UMNO ini cuba pula buat ‘damage control’. Tetapi saya yakin orangramai tidak lagi mempercayai dengan lakonan sandiwara mereka yang bodoh itu.

Akhirkata, sebagai seorang yang berugama Katolik saya ingin juga menyatakan bahawa saya rasa amat terharu dengan sokongan yang diberi oleh PAS dalam hal ini. Masa telah tiba. Saya menggesa rakyat untuk membuka mata mereka. Bukan sahaja PAS For All tetapi PAS All The Way.

Selena Tay
14hb Jan 2010

Sumber:Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)