yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, December 30, 2009

Saudara Muslim Kita Di INDIA Terpaksa Guna Nama Hindu......

India menjadi negara ketiga di dunia yang paling besar jumlah populasi Muslimnya, setelah Indonesia dan Pakistan. Jumlah Muslimin di negara majoritis penganut agama Hindu itu sekitar 140 juta orang. Meski jumlahnya signifikan, kaum Muslimin India sejak lama mengalami penindasan dan diskriminasi di sektor sosial dan ekonomi.

India hanya memberikan peluang yang kecil bagi kaum Muslimin yang ingin bekerja misalnya dalam polis, kemiliteran, pemerintahan bahkan untuk menjadi mahasiswa di universiti-universiti negeri. Akibatnya, tingkat pendidikan dan pengangguran di kalangan komuniti Muslim India cukup tinggi dibandingkan kelompok minoriti lainnya seperti kaum Kristian dan Sikhs.

Di India, perniagaan berlian menjadi bisnes yang menguntungkan. Tapi tidak mudah bagi Muslim yang ingin mendapatkan pekerjaan di industri yang dimonopoli oleh majoriti Hindu India. Banyak Muslim yang terpaksa menggunakan nama Hindu agar boleh mendapatkan pekerjaan dalam industri ini.

"Kami sudah melakukannya sejak lama sekali, kami sangat berhati-hati agar nama asli dan alamat kami tidak terbongkar di tempat kerja. Kami akan kehilangan pekerjaan jika mereka tahu bahawa kami Muslim," kata Allarakha, seorang pekerja muslim yang ikut menggunakan nama Hindu.

Keluarga Mehboob Pathan yang Muslim, juga melakukan hal yang sama. Dia, anak lelaki dan anak perempuannya menggunakan nama Hindu agar mendapatkan pekerjaan. "Seperti saya, ayah juga menyembunyikan identiti agamanya hanya untuk mendapatkan pekerjaan," kata anak lelaki Pathan, Mushtaq yang menggunakan nama Hindu "Mukesh".

Tapi keluarga itu mengalami peristiwa pahit kerana menggunakan nama Hindu. Ayah Mushtaq yang menggunakan nama Hindu "Jayenti Bhatti" suatu hari menghilang dan mereka melaporkannya kepada pihak berkuasa. Tragisnya, ketika ditemukan, ayah Mushtaq sudah mati dibunuh kerana masalah wang dan jenazahnya dibakar kerana dikira penganut agama Hindu.

Kenyataan itu membuat keluarga Mushtaq terkejut dan menyesali pihak berkuasa yang membakar jenazah ayahnya. "Penyelidikan telah mengindentifikasi bahawa ayah saya seorang Muslim. Kami terlalu miskin untuk melakukan apapun," keluh Mushtaq.

Tapi pihak polis berdalih ketika memutuskan dikremasi, mereka tidak tahu bahawa ayah Mushtaq seorang muslim. "Keluarganya datang terlambat, kami tidak boleh berharap lagi," ujar seorang pegawai polis.

sumber

GST: Umno Selamanya Bersifat Memperbodohkan Melayu

"Kerajaan BN yang berslogankan Rakyat Didahulukan akan melaksanakan GST atau (goods and services tax) dalam tahun 2011. Rang Undang-undangnya telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua . Bacaan kali kedua dan seterusnya perbahasan mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac 2010. Sepertimana biasa UMNO akan menyatakan apa jua cukai yang dikenakan ke atas rakyat TIDAK AKAN MEMBEBANKAN. Kalau kita teliti apa jua tindakan pemimpin UMNO yang mengkhianati wang rakyat seperti tindakan menyelamatkan MISC, PERWAJA, UEM (yang mahu bankrap), suatu masa dahulu – semuanya bagus dan positif belaka.

TIDAK PERNAH kita mendengar perkataan GAGAL. Dalam misi lawatan semua PM atau Menteri-menterinya ke luar negara. SEMUANYA berjaya dan positif belaka. Tetapi mungkin ada kebenarannya. BERJAYA pada peribadi dan kroni mereka tetapi merugikan rakyat atau negara. Kini mereka memperkenalkan GST pula. Memang seharusnya diberikan kredit kepada para ‘think tanks’ BN/UMNO kerana mereka amat kreatif memperkenalkan sautu yang baru yang tidak dapat difikirkan oleh benak kita yang naïf ini.Mereka memperkenalkan pembaharuan yang menguntungkan mereka tetapi dalam masa yang sama merugikan rakyat. Kalau benar semua cukai yang dikenakan tidak membebankan, maka kita sarankan kerajaan mengenakan cukai 100% ke atas semua perkhidmatan yang diberi dan barangan yang dijual. Logikkan?!!! Kenapa tidak? Ianya tidak membebankan rakyat!!.. Jadi, siapa yang terbeban?!! Bacalah laporan akhbar di bawah ini:

GST tidak bebankan rakyat

Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.myKUALA LUMPUR 3 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memastikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dirancang untuk diperkenalkan tahun hadapan tidak akan membebankan rakyat terutama kumpulan berpendapatan rendah.Menurut Perdana Menteri, barangan keperluan asas yang banyak digunakan rakyat akan dikecualikan daripada GST.“Untuk meneruskan (pengenalan GST) kita akan lakukannya dengan struktur yang teratur dan lembut di mana cukai akan diperkenalkan secara semula jadi sejajar dengan tahap perkhidmatan dan cukai jualan agar ia (GST) tidak menjadi satu beban tambahan,” katanya.

UMNO amat bijak memperkenal dan mencipta undang-undang dan peraturan yang menyakit dan menyusahkan rakyat marhaen dan memberi keuntungan kepada golongan borgeous. Lalu mereka bersilap mata dengan rakyat agar rakyat dapat dikelirukan dengan istilah-istilah canggih mereka. BN/UMNO dapat menterbalikkan (turnover) pemikiran rakyat hanya dengan, satu kenyataan, istilah atau slogan. Rasuah ditukarkan kepada politik wang, royalty kepada wang ehsan, yuran sekolah ditukar kepada bayaran tambahan, minyak petrol merah ditukar warna kepada kuning lalu dinakaman RON95 lah dan sebagainya. Tetapi kita pelik juga, sekiranya ia tidak membebankan, kenapa Sabah dan Sarawak mohon perlaksanaan GST ditangguhkan? Sila baca laporan akhbar di bawah:

Sabah, S'wak seeks delay in GST implementationJoe Fernandez | Dec 19, 09 5:07pm Malaysiakini Online Sabah and Sarawak are pressing for an unspecified moratorium on the implementation of the GST (goods and services tax) beyond the mid-2011 implementation date.

Kenapa Sabah dan Sarawak begitu dangkal dan dungu memohon penangguhan perlaksanaan GST? Bukankah GST memanfaatkan kamu semua iaitu rakyat??!! Kalau kita teliti, sudah terlalu banyak cukai dan bayaran perkhidmatan yang terpaksa dibayar oleh rakyat kepada kerajaan.Malah ada yang bertindan. Contohnya di Pahang, selain dari cukai tanah yang dikutip oleh Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga mengenakan cukai yang dikenalai sebagai ‘Cukai Tanah Kosong’ dalam kawasan pentadbirannya. Jangan silap faham, cukai pintu juga dikenakan oleh MPK. Telekom Malaysia ‘merompak’ wang rakyat melalui sewa bulanan telefon sebanyak RM26. Kita tidak dapat menerima rasional terhadap apa jua alasannya. Bayaran streamyx atau broadband yang tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran dan sebagainya. Cukai pendapatan,cukai Keuntungan Hartanah, cukai perkhidmatan sebanyak 5%, cukai iklan, bayaran parking, tol dan banyak lagi. Kesemua ini adalah bayaran yang dikenakan secara tidaklangsung ke atas perkhidmatan yang mereka (UMNO) dakwa berikan kepada rakyat secara percuma seperti perkhidmatan kesihatan dan pelajaran. Tetapi oleh kerana minda rakyat khususnya orang UMNO/BN sudah didungukan, mereka tidak kesah dengan semua cukai yang zalim ini.


Sifat memperbodohkan rakyat tidakpernah hilang dari UMNO. Pemimpin-pemimpinya secara selamba dan dengan muka yang tidak bersalah membuat kenyataan dalam media kononnya apa saja cukai dan tindakan mereka adalah untuk kebaikan rakyat. Sebenarnya dalam negara pseudo-democracy acuan UMNO ini, apa jua dakwan tindakan mereka kononnya untuk kepentingan negara sebenar perlu difahami ialah untuk kepentingan UMNO atau pemimpin-pemimpinnya. Mungkin ada apa yang mereka lakukan memberi kebaikan kepada rakyat tetapi mudaratnya lebih besar dari manfaatnya. Majoriti orangmelayu terus hidup dalam kemiskinan walaupun negara kaya raya dan diperintah oleh orang melayu yang mendakwa kononnya membela bangsa dan mengekalkan ketuanan Melayu. Moga mereka (UMNO) menerima pembalasan yang sepedih-pedihnya di akhirat nanti atas pengkhianatan mereka. Amin ..(Sumber)

Teruskan Ideologi Sayyid Qutb- Calon Mursyid Am Ikhwan

Salah seorang yang terpilih menjadi anggota Maktabul Irsyad Jemaah Ikhwanul Muslimin adalah Mohamad Badee, dan menyatakan akan melanjutkan ideologi (cita-cita) Sayyid Qutb, sebagai sebahagian dari proses perbaikan reformasi secara damai. Badee bersama dengan Dr.Abdul Mu'in Abul Fotuoh dan Dr.Mohammad Habib terpilih menjadi anggota Maktabul Irsyad yang baru.

Dr.Mohammed Badee, seorang tokoh senior Ikhwan, yang baru-baru ini terpilih menjadi anggota Maktabul Irsyad, yang akan menentukan pemilihan Mursyid 'Aam yang baru, di mana jawatan Mursyid 'Aam sekarang dipegang oleh Dr. Mahdi Akif (81), yang akan berakhir 13 Januari nanti. Pelbagai kalangan baik eksternal maupun internal jemaah Ikhwan, memperkirakan Mohammed Badee akan terpilih menggantikan Mahdi Akif, yang akan segera berakhir tempoh jawatannya sebagai Mursyid 'Aam. Jika terpilih, Badee akan menjadi Mursyid 'Aam yang ke 8, yang akan memimpin gerakan terbesar di dunia saat ini, yang memilki cabang di lebih dari 70 negara.

Dalam kesempatan pemilihan anggota Maktabul Irsyad yang baru itu, Badee yang mendapatkan suara tertinggi, menegaskan akan mengikuti jejak langkah ideologi (cita-cita) yang telah diwariskan Sayyid Qutb yang selalu dituduh negatif, sebagai tokoh garis keras.

Menurut Badee tokoh yang mendapatkan padangan negatif itu, tak lain tokoh yang sangat ideal, dan faktanya tokoh yang reformis yang mendapatkan respek yang tinggi dari berbagai kalangan termasuk seorang pengarang, terkemuka Eugene Rogan, yang mengarang tentang 'Dunia Arab. Rogan dalam bukunya itu menyebutkan Sayyid Qutb sejatinya adalah seorang pembaharu, yang dengan keyakinannya memperbaiki bangsa Arab dan kaum muslimin di kawasan itu.

Badee sangat popular dan mendapatkan dukungan dari berbagai kalangan termasuk organisasi doktor seluruh Mesir. Tokoh Ikhwanini dinilai memiliki perspektif lain, di mana ia akan menjembatani aspirasi kalangan generasi tua dan muda, yang lebih puritan, dan tidak ingin terlibat dalam carut kehidupan politik di Mesir, yang sangat dikendalikan parti yang berkuasa NDP, dibawah Hosni Mubarak. Badee juga dikenal memiliki hubungan yang hangat dengan tokoh-tokoh Ikhwan lainnya, seperti Dr.Mu'in Abul Fotouh dan Dr.Mohammed Habib, yang dipandang mewakili generasi yang lebih senior di kalangan Ikhwan. Dan, Badee mengharapkan dengan kepemimpinan baru nanti Ikhwan akan terus mampu menghadapi tentangan zaman, dan tetap wujud serta menegakkan cita-citanya di seluruh dunia.

Badee juga menyatakan dalam mengelola jemaah Ikhwan, tidak luput dari kesalahan, dan semua anggota Maktabul Irsyad membuka diri untuk melakukan perbaikan dan kemajuan, "Di atas semua itu, kami hanya manusia", tegasnya.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)