yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, December 4, 2009

Mengapa begitu sukar untuk mereka menyatakan bahawa 'Kerajaan Perlu Kembali Kepada ALLAH'.

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Dia lah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaanNya); Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,

Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!.
(Surah Ghaffur Ayat 15-16)

Mengapa Ulama'-Ulama' UMNO begitu takut untuk menyatakan bahawasanya 'Kerajaan' perlu kembali kepada ALLAH S.W.T?

Mengapa mereka begitu takut mengaitkan 'Kerajaan' dengan Al-Quran dan As-Sunnah?

Mengapa mereka berusaha memisahkan 'Kerajaan' daripada Al-Quran dan As-Sunnah(Sekularisme)?

Adakah sewaktu disoal ALLAH S.W.T nanti mereka akan menjawab:
'Aku tidak sesekali mengambil tahu soal 'Kerajaan', kerana ketika hidup aku memisahkan perihal agamaku dengan 'Kerajaan'

Adakah kita sendiri akan menjawab begitu, kerana kita tidak pernah mengambil tahu soal 'Kerajaan' samada 'Kerajaan' kita berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Adakah cukup hanya hidup didunia ini dengan berkahwin,makan,minum,tidur mengerjakan Solat,Puasa,Zakat dan Haji dan mati........Sedangkan kita redha dengan 'Kerajaan' yang tidak mengamalkan Islam dan tidak mahu menegakkan Hak-Hak ALLAH????Adakah kita begitu yakin kita tidak akan dipersoal???Tanyalah pada diri sendiri ya akhi......

Peruntukan surau ditarikbalik oleh 'tangan ghaib'?

Peruntukan kepada Madrasah Nuruk Hidayah di Kg Pengkalan Gate Tambahan sebanyak RM50,000 untuk menaiktaraf serta membesarkan surau serta sekolah agama rakyat yang terletak dibawahnya telah ditarik balik.

Persoalannya kerana apa?

Ada yang berkata kerana Dato Seri Nizar bertandang untuk Solat Hajat kesana tempohari. Oleh kerana itu, peruntukan sebanyak RM50,000 itu telah ditarik balik atas desakan 'tangan-tangan ghaib' yang tidak senang dengan perkembangan di Kg Pengkalan Gate Tambahan itu.

Inilah akibatnya apabila institusi keagamaan juga dicampuri dan dimonopoli oleh kuasa politik yang rakus dan mengaku beragama Islam.(Sumber)

Bekas Pengarah : Biro Tata Negara (BTN) Sudah Lama Terpesong (Petikan & Video)





Bekas Pengarah : Biro Tata Negara (BTN) Sudah Lama Terpesong

(Harakah Daily) - Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.

Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

Katanya, tindakan pemimpin kerajaan Selangor yang menghalang kakitangannya menghadiri kursus dalam BTN sebenarnya satu langkah yang baik memandangkan setiap peserta akan diasak sedemikian rupa untuk memenuhi impinan kerajaan Umno dan BN.

Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.

“Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.

“Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.

Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.

Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.

“Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.

Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.

Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.

Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.

Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.

Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.

“Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya.(Sumber)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)