yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, November 4, 2009

Luahan hati penyokong UMNO tentang Slogan 1Malaysia,Rakyat Didahulukan Hanya RETORIK..

Luahannya:

2 hari lepas aku nak baru cukai jalan kereta bapak aku yang berusia 22 tahun.

Aku pergi untuk dapat insurance tempat ayah aku perbarui setiap tahun sejak 12 tahun dulu,bagi membolehkan aku dapat bayar roodtax.

Malang syarikat insurance kata"maaf che kita tak terima lagi kereta lebih umur,hanta setakat 15 tahun sahaja.Sungguhnya kecewa ayah aku dah jadi pelanggan tetapnya sudah 12 tahun.

Jadi aku pergi pejabat pos pula,bila tujuk geran kereta,"maaf che kita terima kereta setakat usia 20 tahun sahaja".

Aku pergi lagi cari syarikat insuran lain,lalu aku pergi jumpa kerani dia,bila dia tengok geran kereta aku,boleh bayar tapi syaray kena ambil insuran life dulu,baru boleh terima.

Lalu aku merayap lagi,jumpa lah aku agen insuran,lalu aku masuk dan tanya boleh buat tapi mahal sikit,katanya kepada aku boleh lagi kereni mini cooper dan vosvagaen belum tahun 1970,boleh bayar lagi,tanpi sentegah syarikat insuran je terima.Katanya kepada kerajaan nak kerat dah kereta lama sebab tu dia buat macam ni.

Tapi tahun depan kuat kuasa madotori kereta lebih 15 tahun,pasti masalah banyak kat Pupaskom.

Hari ni saja aku kena ambil cuti untuk bayar cukai jalan,dan habis $40,00 minyak kereta pusing cari syarikat insurance yang terima kereta lebih 20 tahun.

Memang kerajan menyusahkan rakyat lagi,ketika rakyat menaruh harapan kembali kepada Umno.Rasanya aku mempertibangkan untuk lari masuk parti lain.Aku banyak tolong kempen ke Umno,tapi ini yang dibalas kepada rakyat.

Rakyat kecewa.

Nizar Vs Zambry, Artikel 72 sebagai bukti

http://4.bp.blogspot.com/_RwDqGs6z928/SglEvT3HdpI/AAAAAAAAAE0/oDGzeGUzfpw/s320/Datuk_Seri_Ir_Mohammad_Nizar_Jamaluddin.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_GV3D1OXUSK8/SYrx1e5OysI/AAAAAAAAA7E/1J5B1_lamk4/s200/dtk+dr+zamri.JPG
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak.

Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar bidang kuasa DUN itu sendiri.

DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi rakyat Perak seluruhnya akan membuat satu keputusan yang adil demi demokrasi di dalam Negara kita yang dicintai ini. Akan menjadi satu sejarah yang akan rakyat dan dunia akan melihat keputusan yang akan di buat oleh Hakim-Hakim tersebut kelak.

Justeru, DPPN Pk meminta seluruh rakyat yang cintaikan demokrasi supaya bermunajat kepada Tuhan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Perak.

Untuk yang beragama Islam, DPPN Pk meminta supaya menunaikan Solat Hajat dan Berpuasa Sunat untuk kita sama-sama memastikan keputusan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak._

ISRAEL Berang dengan Pendedahan Wartawan SWEDEN

Pegawai Israel menolak daripada hadir ke acara Dimona Media Conference kerana kehadiran wartawan Sweden Donald Bostrom dalam konferens itu. Sejumlah warga juga Israel memprotes kedatangan Bostrom, yang tiba di bandar Ben Gurion hari Ahad. Kemarahan Israel terhadap Bostrom belum reda menyusul artikel Bostrom yang dimuat akhbarAftonbladet berisi laporan tentang warga Palestin yang tewas dan hilang organ tubuhnya setelah diculik oleh tentera-tentera Israel.. Artikel itu membuat Israel berang dan sempat menimbulkan ketegangan hubungan antara pemerintah Israel dan pemerintah Sweden.

Israel menuntut pemerintah Sweden untuk menarik artikel itu dan minta maaf. Sweden menjawab desakan itu dengan menyatakan bahawa Bostrom bicara bukan atas nama negara dan Sweden menghormati kebebasan berpendapat dan kebebasan di negaranya. Kerana tidak mendapat respon dari pemerintah Sweden, Israel menyatakan melarang Bostrom dan wartawan Aftonbladet lainnya, masuk ke wilayah Israel.

Kerana kehadiran Bostrom di Dimona Media Conference, Deputi Perdana Menteri Israel bidang pembangunan wilayah Negev dan Galilea, Silvan Shalom menolak datang ke konferens tersebut. Sementara Bostrom sendiri, menurut laporan akhbar Israel Haaretz, diberi kawalan khusus selama berada di Israel.

Dalam konferens itu, Bostrom mengakui tidak punya bukti atas dugaan bahawa tentara-tentara Israel telah menculik warga Palestin untuk diambil organ tubuhnya dan dijual kembali. Namun ia menyatakan bahwa keterangan dari para keluarga korban merupakan informasi yang cukup serius dan layak dipublikasikan.

"Kesimpulannya, mesti ada investigasi mendalam atas dugaan yang dilontarkan keluarga-keluarga Palestin itu," tukas Bostrom.

Ia juga mengatakan bahawa kehadirannya dalam konferensi itu atas undangan pihak penyelenggara. Belasan aktivis pemuda dari Partai Likud mengadakan aksi protes atas kehadiran Bostrom dengan mengenakan kaos bertuliskan "Israel, satu-satunya demokrasi di Timur Tengah". Para pengunjuk rasa juga meneriaki Bostrom dengan sebutan "Kamu seperti Hitler."

Lembaga Yahudi Zionis, Wiesenthal Center juga mengkritik penguasa kota Dimona yang membiarkan Bostrom hadir dalam konferens itu. "Bostrom tidak punya platform di Israel. Ia sudah mengkhianati kode etik wartawan soal integritas kerana telah menyebarkan fakta-fakta palsu," tuding Shimon Samuels, direktur Wiesenthal Center.

Sumber:http://satuumat.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)