yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, October 21, 2009

Sejarah Kemunculan Gerakan Anti Hadith

Generasi sahabat menerima dan mengiktiraf institusi Hadith sebagai sumber syarak. Mereka amat perihatin dan menunjukkan sikap kepatuhan yg amat tinggi terhadapnya. Namun, pada pertengahan kurun pertama hijrah, umat Islam telah diuji dengan kemunculan golongan yang tidak mahu menerima institusi tersebut sebagai hujjah syarak samada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Golongan2 tsebut ialah:

1. Puak Syi'ah - Golongan ni berpegang kepada prinsip bahawa semua Sahabat Nabi kecuali beberapa orang daripada mereka adalah kafir kerana kononnya mereka telah murtad setelah kewafatan Baginda Rasulullah, atau sekurang2nya fasik kerana kononnya telah berlaku zalim dengan merampas hak Ali bin abi talib R.A sebagai khalifah selepas Baginda s.a.w. Mereka menolak majoriti sahabat termasuklah sahabat2 besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah, Tolhah, Az-zubair dan semua mereka yang terlibat dalam perselisihan dengan Ali. Justeru, mereka menolak kesemua Hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat tersebut.

2. Puak al-Khawarij - Golongan ini sebenarnya terkeluar daripada Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang bermaksud:

" Mereka terkeluar daripada agama sebagaimana anak panah menembusi sasarannya ". (Al-Bukhari, t.th, 6: 376, no.3344).

Golongan ini dinamakan al-Khawarij yang bermaksud " orang2 yang keluar ", kerana mereka mengisytiharkan keluar daripada mentaati khalifah Islam. Ini berlaku selepas khalifah Ali bin Abi Talib r.a menerima perdamaian dengan Muawiyah R.A melalui " Majlis Tahkim ".

Seperti Syi'ah mereka juga menolak Hadith kerana berpegang kepada prinsip bahawa semua sahabat telah menjadi kafir selepas peristiwa pembunuhan Usman R.A. Golongan ini telah mengkafirkan Ali, Usman, sahabat yang terlibat dalam peperangan ' Jamal ' dan ' siffain ' serta mereka yang redha dengan " Majlis Tahkim ". Berdasarkan prinsip yang batil ini, mereka menolak Hadith kerana semua sahabat dikira tidak thiqah dan tidak boleh dipercayai.

3. Golongan al-Mu'tazilah - Ulama' al-Firaq seperti Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq Baina al-Firaq dan Ash-Sharustani dalam kitabnya al-Milal Wa an-nihal, telah membahagikan kumpulan ini kepada lebih 20 puak, berdasarkan kepada pengasas2nya. Puak2 ini mengambil sikap yang berbeza2 terhadap Hadith, antaranya menolak secara keseluruhan dan menerima Hadith mutawatir sahaja tetapi menolak Hadith ahad. Antara puak2 yang masyhur daripada golongan ini ialah:

- Al-Wasiliyyah, iaitu pengikut2 Wasil bin Ata'. Golongan ini menolak sebahagian besar Hadith keranaa mereka ragu terhadap keadilan dan kethiqahan sahabat yang terlibat dalam perselisihan di zaman fitnah.

- Al-Amrawiyyah, iaitu pengikut2 Amr bin Ubaid. Sikap puak ini terhadap Hadith adalah sama dengan puak Al-Wasiliyyah.

- Al-Huzailiyyah, iaitu pengikut2 Abu Al-Huzail, Muhd bin Al-Huzail yang terkenal dengan gelaran Al-Allaf. Puak ini menolak Hadith ahad sahaja.

- An-Nazzamiyyah, iaitu pengikut2 Abu Ishaq Ibrahim bin As-Sayyar yang terkenal dengan gelaran An-Nazzam. Puak ini bukan sahaja menolak Hadith ahad, bahkan mereka mengatakan bahawa hadith mutawatir itu pun tidak sabit secara qat'ie sebagaimana pendapat ahli sunnah wal jamaah.

4. Golongan Anti Hadith Pada Zaman Moden

- Golongan Al-Mustasyriqun (orientalis). Sikap orientalis barat terhadap hadith adalah manifestasi sikap mereka terhadap Islam secara keseluruhannya. golongan ini mengkaji dan mendalami Islam bukan kerana iman tetapi untuk mencari titik kelemahan bagi merosakkan Islam supaya manusia tidak lagi tertarik kepada Islam. Mereka mencipta pelbagai andaian (hyphotesis) tentang kelemahan2 yang kononnya terdapat dalam Islam khasnya yang berkaitan dengan hadith dan kemudian mereka bina andaian2 tersebut dengan hujjah2 rekaan yang kononnya cukup saintifik. Sedangkan pada hakikatnya, hujjah2 tersebut terbukti amat longgar, mendedahkan pekong di dada mereka sendiri.

Golongan ini dipelopori oleh sarjana barat sperti Goldziher melalui bukunya Muhammadishe Studien yang dianggap sebagai " The Holy Bible of Orientalisme ". Begitu juga Joseph Schact seorang berbangsa Jerman yang terkenal dengan beberapa buah buku seperti The Origins of Muhammadan Jurisprudence.

- Golongan Al-Quraniyyun (Jemaah al-Quran). Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1902M, di Lahore(ibu negeri punjab) oleh Abdullah Jakralawi. Dengan memakai label al-Quran, mereka kononnya menyeru supaya kembali kepada ajaran al-Quran, tetapi pada masa yang sama mengajak supaya meninggalkan Hadith melalui syubuhat2 yang sengaja direka oleh mereka bagi mengelirukan orang ramai.

Antara individu2 yang kuat mendokong gerakan ini ialah, Ghulam Ahmad Barwiz, Al-Hafiz Mohd Aslam, Ahmad Ad-Din dan Muhd Rashad Khalifa yang terkenal dengan ' kod 19 '.

- Golongan Al-Ilmaniyyun(sekularis). Golongan terdiri daripada ahli2 akademik Islam yang belajar di Barat, para wartawan dan karyawan2 majalah yang terpengaruh dengan idea2 orientalis barat dan idea2 golongan al-Quraniyyun. Mereka yang sepatutnya menjadi kader dakwah bagi umat Islam untuk mempertahankan Islam telah memilih untuk menjadi 'boneka' dan 'talibarut' musuh Islam di tanahair sendiri.

Dalam konteks negara2 Islam Timur Tengah, individu2 seperti Taufik Sidqi, Dr. Ismail Adham, Dr. Ahmad zaki Abu Shadi, Ahmad Amin, Mahmoud Abu Rayyah dikenali sebagai pelopor anti hadith di sana. Manakala dalam konteks Nusantara pula individu2 seperti Kasim Ahmad, Othman Ali(malaysia), Muhd Ircham Sutarto dan Nurhasan Ubaidah Lubis Amir(Indonesia) memang tidak asing lagi sebagai pencetus kontroversi tentang hadith.

Kemunculan dan gerakan anti hadith ini telah menarik perhatian ramai ulama' Islam semasa untuk mengkaji buku2 mereka serta menjawab segala tuduhan, dakwaan dan syubuhat yang dilontarkan. Antaranya ialah Prof. Dr. Muhd Mustafa al-A'zami melalui dua buah bukunya yang hebat iaitu Dirasat fi al-Hadith an-Nabawi dan Manhaj al-Muhaddithin fi Naqd al-Hadith, Prof. Dr. Muhd Mustafa as-Siba'ie melalui bukunya As-Sunnah Wa Makanatuha fi at-Tasyri' al-Islami, Sheikh Abd Al-Ghani Abd Al-Khaliq melalui bukunya Hujiyyat As-Sunnah dan lain-lain lagi.

Sumber:http://goldsniper.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)