Friday, October 30, 2009

UMNO Lakukan Proses Pembersihan Untuk Pakatan Rakyat.

http://3.bp.blogspot.com/_ePUr9pfNI0E/SY3vYARL5ZI/AAAAAAAAFY4/aJlWvNos0fo/s400/I331F11_1.JPGhttp://jiwokelate.files.wordpress.com/2009/02/hee.jpghttp://www.sun2surf.com/images/sun2surf/articles/31048/OSMAN%20JAILU1.jpghttp://www.visitkedah.com.my/images/home_msg_03.jpghttp://thestar.com.my/archives/2009/2/13/nation/n_19badrul.jpg

Nampaknya UMNO secara sukarela telah melakukan proses pembersihan untuk Pakatan Rakyat. Semua ADUN yang telah mengkhianati Amanah Rakyat yang menjadi Parasit didalam Pakatan Rakyat nampaknya telah dikitar semula oleh UMNO.Sekalung tahniah buat UMNO/BN.Kini Pakatan Rakyat bebas daripada ADUN pengkhianat.Teruskan usaha murni UMNO membersihkan Pakatan Rakyat daripada parasit-parasit ini...

Krisis Dalaman Pas Menurut Dr Mohd Asri

(Gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam.)

Walaupun saya mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun saya akur kewujudan PAS dalam kerangka negara demokrasi adalah satu keperluan politik. Ini bagi mengimbangi monopoli politik yang akhirnya akan mencetuskan pemerintahan yang tidak memperdulikan hasrat dan cita rakyat.



Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.



PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung.




Bisikan Halus

Saya berpendapat, krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS. Bisikan datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.

‘Pembisik’ hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja sekalipun menggadaikan atau menggugat keteguhan parti orang lain. Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.

Krisis kali ini agak serius. Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS.

Hikmah

Saya berharap antara hikmah kejadian ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu. Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.

Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata.

Sudi Menerima Pandangan

Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS.

Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:

“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.

Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.

Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.

Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;

1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.

Thursday, October 29, 2009

Paderi Gereja Ortodoks Yunani di Jerusalem Seru Bela Al-Aqsha.

Seorang Uskup di Yerusalem yang bernama Atallah Hanna yang juga merupakan salah satu tokoh Kristen Ortodoks Yunani Yerusalem mendesak semua gereja di dunia untuk membantu membela Masjid Al-Aqsha dari serangan Israel.

Uskup Agung Atallah Hanna menyerukan kepada seluruh semua umat Islam dan Kristen untuk bersatu dalam rangka mencegah serangan dan penodaan terhadap Masjid Al Aqsha.

Seruan ini datang setelah pasukan khusus Israel menyerang Masjid Al-Aqsha di wilayah pendudukan Yerusalem Timur, dengan menembakkan peluru karet dan tabung gas air mata.

Hanna mengatakan dalam sebuah pernyataan, "Kami menyerukan semua gereja Kristen di dunia untuk berdiri menentang tindakan Israel terhadap Al Aqsha dan kebijakan diskriminatif terhadap saudara-saudara Muslim kami di Palestina."

Dinyatakan olehnya bahwa orang umat Kristen Palestina juga harus melindungi tempat-tempat suci umat Islam, Hanna kemudian berkata "Kami, sebagai orang Kristen di Palestina,akan melihat setiap serangan terhadap tempat-tempat suci umat muslim sebagai serangan terhadap tempat suci kami juga. Kami berdiri dengan Masjid Al Aqsha, dan kami sangat mengutuk pengepungan dan serangan-serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Masjid Al Aqsha."

Hanna juga mengatakan bahwa Israel berusaha untuk menghancurkan semua tempat suci, kecuali tempat suci umat yahudi, sembari mengingatkan bahwa Israel sebelumnya juga pernah menyerang gereja Ortodoks Yunani.

Karena larangan dari zionis Israel, warga Palestina tidak bisa masuk ke dalam kompleks Masjid Al Aqsha. Warga Palestina, tidak bisa melaksanakan sholat di dalam masjid, seruan adzan dan sholat pun terpaksa mereka lakukan di luar masjid.

Warga Palestina melaksanakan sholat Zhuhur di dinding luar masjid Al-Aqsha.

Sumber: http://www.eramuslim.com

Friday, October 23, 2009

Bermesyuaratlah itu sebaiknya....

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. - NIK AZIZ

Firman ALLAH S.W.T:

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (megenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.
(Ali Imran: 159)

Firman ALLAH S.W.T:

'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.'

'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim'.

'Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani'.
(Surah Al Hujuraat ayat 10-12)

Thursday, October 22, 2009

Kelantan Catat Sejarah Membanggakan Islam, kekal rekod 19 tahun sifar rasuah

http://manjanik.files.wordpress.com/2007/07/doa-tg.jpg
(Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)

KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja, katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.

Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan "Bertani Satu Ibadah" merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.

Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan.

Sumber:Harakahdaily

Wednesday, October 21, 2009

Sejarah Kemunculan Gerakan Anti Hadith

Generasi sahabat menerima dan mengiktiraf institusi Hadith sebagai sumber syarak. Mereka amat perihatin dan menunjukkan sikap kepatuhan yg amat tinggi terhadapnya. Namun, pada pertengahan kurun pertama hijrah, umat Islam telah diuji dengan kemunculan golongan yang tidak mahu menerima institusi tersebut sebagai hujjah syarak samada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Golongan2 tsebut ialah:

1. Puak Syi'ah - Golongan ni berpegang kepada prinsip bahawa semua Sahabat Nabi kecuali beberapa orang daripada mereka adalah kafir kerana kononnya mereka telah murtad setelah kewafatan Baginda Rasulullah, atau sekurang2nya fasik kerana kononnya telah berlaku zalim dengan merampas hak Ali bin abi talib R.A sebagai khalifah selepas Baginda s.a.w. Mereka menolak majoriti sahabat termasuklah sahabat2 besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah, Tolhah, Az-zubair dan semua mereka yang terlibat dalam perselisihan dengan Ali. Justeru, mereka menolak kesemua Hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat tersebut.

2. Puak al-Khawarij - Golongan ini sebenarnya terkeluar daripada Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang bermaksud:

" Mereka terkeluar daripada agama sebagaimana anak panah menembusi sasarannya ". (Al-Bukhari, t.th, 6: 376, no.3344).

Golongan ini dinamakan al-Khawarij yang bermaksud " orang2 yang keluar ", kerana mereka mengisytiharkan keluar daripada mentaati khalifah Islam. Ini berlaku selepas khalifah Ali bin Abi Talib r.a menerima perdamaian dengan Muawiyah R.A melalui " Majlis Tahkim ".

Seperti Syi'ah mereka juga menolak Hadith kerana berpegang kepada prinsip bahawa semua sahabat telah menjadi kafir selepas peristiwa pembunuhan Usman R.A. Golongan ini telah mengkafirkan Ali, Usman, sahabat yang terlibat dalam peperangan ' Jamal ' dan ' siffain ' serta mereka yang redha dengan " Majlis Tahkim ". Berdasarkan prinsip yang batil ini, mereka menolak Hadith kerana semua sahabat dikira tidak thiqah dan tidak boleh dipercayai.

3. Golongan al-Mu'tazilah - Ulama' al-Firaq seperti Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq Baina al-Firaq dan Ash-Sharustani dalam kitabnya al-Milal Wa an-nihal, telah membahagikan kumpulan ini kepada lebih 20 puak, berdasarkan kepada pengasas2nya. Puak2 ini mengambil sikap yang berbeza2 terhadap Hadith, antaranya menolak secara keseluruhan dan menerima Hadith mutawatir sahaja tetapi menolak Hadith ahad. Antara puak2 yang masyhur daripada golongan ini ialah:

- Al-Wasiliyyah, iaitu pengikut2 Wasil bin Ata'. Golongan ini menolak sebahagian besar Hadith keranaa mereka ragu terhadap keadilan dan kethiqahan sahabat yang terlibat dalam perselisihan di zaman fitnah.

- Al-Amrawiyyah, iaitu pengikut2 Amr bin Ubaid. Sikap puak ini terhadap Hadith adalah sama dengan puak Al-Wasiliyyah.

- Al-Huzailiyyah, iaitu pengikut2 Abu Al-Huzail, Muhd bin Al-Huzail yang terkenal dengan gelaran Al-Allaf. Puak ini menolak Hadith ahad sahaja.

- An-Nazzamiyyah, iaitu pengikut2 Abu Ishaq Ibrahim bin As-Sayyar yang terkenal dengan gelaran An-Nazzam. Puak ini bukan sahaja menolak Hadith ahad, bahkan mereka mengatakan bahawa hadith mutawatir itu pun tidak sabit secara qat'ie sebagaimana pendapat ahli sunnah wal jamaah.

4. Golongan Anti Hadith Pada Zaman Moden

- Golongan Al-Mustasyriqun (orientalis). Sikap orientalis barat terhadap hadith adalah manifestasi sikap mereka terhadap Islam secara keseluruhannya. golongan ini mengkaji dan mendalami Islam bukan kerana iman tetapi untuk mencari titik kelemahan bagi merosakkan Islam supaya manusia tidak lagi tertarik kepada Islam. Mereka mencipta pelbagai andaian (hyphotesis) tentang kelemahan2 yang kononnya terdapat dalam Islam khasnya yang berkaitan dengan hadith dan kemudian mereka bina andaian2 tersebut dengan hujjah2 rekaan yang kononnya cukup saintifik. Sedangkan pada hakikatnya, hujjah2 tersebut terbukti amat longgar, mendedahkan pekong di dada mereka sendiri.

Golongan ini dipelopori oleh sarjana barat sperti Goldziher melalui bukunya Muhammadishe Studien yang dianggap sebagai " The Holy Bible of Orientalisme ". Begitu juga Joseph Schact seorang berbangsa Jerman yang terkenal dengan beberapa buah buku seperti The Origins of Muhammadan Jurisprudence.

- Golongan Al-Quraniyyun (Jemaah al-Quran). Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1902M, di Lahore(ibu negeri punjab) oleh Abdullah Jakralawi. Dengan memakai label al-Quran, mereka kononnya menyeru supaya kembali kepada ajaran al-Quran, tetapi pada masa yang sama mengajak supaya meninggalkan Hadith melalui syubuhat2 yang sengaja direka oleh mereka bagi mengelirukan orang ramai.

Antara individu2 yang kuat mendokong gerakan ini ialah, Ghulam Ahmad Barwiz, Al-Hafiz Mohd Aslam, Ahmad Ad-Din dan Muhd Rashad Khalifa yang terkenal dengan ' kod 19 '.

- Golongan Al-Ilmaniyyun(sekularis). Golongan terdiri daripada ahli2 akademik Islam yang belajar di Barat, para wartawan dan karyawan2 majalah yang terpengaruh dengan idea2 orientalis barat dan idea2 golongan al-Quraniyyun. Mereka yang sepatutnya menjadi kader dakwah bagi umat Islam untuk mempertahankan Islam telah memilih untuk menjadi 'boneka' dan 'talibarut' musuh Islam di tanahair sendiri.

Dalam konteks negara2 Islam Timur Tengah, individu2 seperti Taufik Sidqi, Dr. Ismail Adham, Dr. Ahmad zaki Abu Shadi, Ahmad Amin, Mahmoud Abu Rayyah dikenali sebagai pelopor anti hadith di sana. Manakala dalam konteks Nusantara pula individu2 seperti Kasim Ahmad, Othman Ali(malaysia), Muhd Ircham Sutarto dan Nurhasan Ubaidah Lubis Amir(Indonesia) memang tidak asing lagi sebagai pencetus kontroversi tentang hadith.

Kemunculan dan gerakan anti hadith ini telah menarik perhatian ramai ulama' Islam semasa untuk mengkaji buku2 mereka serta menjawab segala tuduhan, dakwaan dan syubuhat yang dilontarkan. Antaranya ialah Prof. Dr. Muhd Mustafa al-A'zami melalui dua buah bukunya yang hebat iaitu Dirasat fi al-Hadith an-Nabawi dan Manhaj al-Muhaddithin fi Naqd al-Hadith, Prof. Dr. Muhd Mustafa as-Siba'ie melalui bukunya As-Sunnah Wa Makanatuha fi at-Tasyri' al-Islami, Sheikh Abd Al-Ghani Abd Al-Khaliq melalui bukunya Hujiyyat As-Sunnah dan lain-lain lagi.

Sumber:http://goldsniper.blogspot.com/

Tuesday, October 20, 2009

Amoi pun tahu untuk sayangkan Ulama',Tapi Pemuda dan Pemudi UMNO bencikan Ulama'

http://2.bp.blogspot.com/_RJGzo7x2Jjg/SqMCTkByJUI/AAAAAAAAAfA/_kPqOH6kG20/s400/aksikurangajaranjingbar.jpg
(Menghina Ulama' tanpa segan-silu)

SATU HARI DI KBMALL, KELANTAN

Dalam hari raya baru-baru ini, aku pulang ke kampung isteriku di Jerteh. Sehari sebelum menyambut hari raya, aku bersiar-siar sekitar Kota Bharu.

Aku bercadang untuk berbuka puasa di medan selera KBMall yang berada di tingkat yang paling atas. Sementara hendak menunggu waktu berbuka, aku berjalan dan bersiar-siar dalam bangunan KBMall.

Aku berhenti berehat di salah satu sudut dalam bangunan tersebut. Disamping itu, aku melihat orang lalu lalang, dan memerhatikan gelagat manusia yang berbeli dan ada juga yang bersiar-siar sepertiku. Sedang asyik memerhatikan gelagat manusia, tiba-tiba datang seorang anak gadis cina menyapa, ”abang sudah pakai Celcom?”

”Oooo.. orang celcom rupanya” hatiku berkata.

Kelihatan seorang anak gadis berbangsa cina menegur untuk mencadangkan kepadaku agar menggunakan nombor telefon Celcom. Sambil tersenyum aku membalas, ”Saya sudah pakai nombor celcom maa!” jawabku dengan loghat selangor.

Kebiasaanku, apabila berjumpa dengan orang yang mampu berloghat kelantan, pasti aku berbicara dengannya dalam loghat kelantan juga. Tetapi, disebabkan terbiasa dengan loghat negeri Selangor, aku membalas pelawaan anak gadis cina itu dalam loghat selangor tanpa aku sengaja. Rupa-rupanya, apabila aku membalas pelawaan itu dengan loghat selangor, menyebabkan anak gadis itu berkata, ”Awak bukan orang kelate ker?”

”eh tak lah.. saya ore kelate, tapi tinggal di Selangor” jawabku

”Ooo. Awak balik kampung la ni?” tanyanya sambil melemparkan senyuman manis.

”ya..” jawabku ringkas, sambil membalas senyuman anak gadis cina itu.

sambil membetulkan buku yang dipegang, dia bertanya lagi, ”Oooo. Gitu ko.. Kampung mmano?”

”jerteh”

”jerteh bukan Kelate la, kan itu kat teganu” balasnya dengan loghat kelantan fasih. Jika tanpa melihat wajah, sudah pasti kita akan kata dia bukan anak cina.

”Saya kelahiran kelate, tapi mertua saya tinggal di Jerteh”

”Oooo..... awak kerja di selangor ko?”

”aah ah”

“awak kerja apa?”

Soalan ini agak susah untuk aku menjawabnya. Aku pun mengeluarkan kad business dan menghulurkan kepadanya.

”Editor Syariah itu apa?” soalnya sambil membaca kad businessku..

Aku tersenyum dengan soalanya itu. aku menjawab, ”editor syariah itu, kerjanya tulis buku-buku islam. kalau ada kesilapan pada terjemahan dan tulisan ayat al-Quran dan hadis yang tidak tepat, saya akan betulkan” jawabku panjang lebar.

“Oooo, gitu koo” katanya sambil dia tidak habis-habis memerhatikan baju T-Shirt yang aku pakai- yang terpampang gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

“saya mahu tanya sikit, tapi awak jangan marah” sambil dia berpaling tengok ke belakang. Mungkin dia sedang memerhatikan kawan-kawannya yang sedang perhatikan perbualan kami dari jauh.

Aku melihat ke arah mereka, sambil itu aku berkata, “awak nak tanya apa? Saya tak marah punya”

“awak orang PAS kan?” tanyanya sambil meleretkan pandangan matanya kepada gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz di baju T-Shirtku.

Aku ketawa kecil bila ditanya dengan soalan itu, ”ade ke orang UMNO pakai baju ada gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz?” tanyaku

”kami ore cina sayang sangat Tok Guru” cakapnya

Aku tergamam sekejap. Tidak semena-mena, aku merasa kagum kepada anak gadis cina itu. Dari wajahnya, aku beranggapan anak gadis cina ini baru berumur dalam awal 20 an. Selalunya, anak-anak muda seumur itu, tidak mengambil tahu sangat tentang tokoh-tokoh politik, terutama mereka yang berbangsa cina. Tiba-tiba, anak gadis semuda itu, boleh melemparkan ayat kekagumannya terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

”berapa umur awak?” aku bertanya

”19 tahun” jawabnya.

”kenapa awak sayang sama Nik Aziz?” tanyaku

”bapa dan ibu saya selalu puji Tok Guru.. mereka cakap, Tok Guru orang baik.. dia macam dewa” jawabnya ringkas.

”emmm... saya kagumlah sama awak.. awak anak gadis muda, tapi awak tidak buta politik” kataku sambil tanganku memegang bajuku yang terpampang gambar Tuan guru Nik Abdul Aziz.

Dia tersenyum bila aku berkata begitu..

”erk... tak pe la..kawan-kawan sudah tengok pelik sama saya.. ok.., bye..bye” sambil dia melambaikan kepadaku.

Kebetulan itu, memang sudah tersimpan dalam begku sebuah buku yang bertajuk ”Bidadari dari timur” yang sedang elok menceritakan tentang perjalanan hidup Datin tuan Sabariah, Isteri Tuan Guru dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

”nanti jap.. sebab awak suka sama Tok Guru Nik Aziz, saya mahu kasi awak hadiah...” sambil aku buka begku yang berwarna askar, dan menghulurkan buku itu kepadanya.

Sambil tersenyum dia menerima..

”apa agama awak?” tanyaku

”Buddha” jawabnya ringkas...

”mudah-mudahan awak suka buku ini” aku mengakhiri pertemuan kami itu..

Aku pun berlalu pergi, sambil itu kelihatan dia melambai tangan sambil mulutnya menyebut, ”bye..bye”

Aku tidak membalas lambaian itu, Cuma sekadar mengangkat tangan sambil membalas senyumannya sahaja. Dalam hatiku berkata, "minta la budak cina ni masuk Islam"

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Monday, October 19, 2009

Jika UMNO mahukan Islam Tukar Dasar,Jangan Hanya Retorik!!!!

KOTA BARU, Okt 18 – Beberapa pindaan dibuat terhadap perlembagaan parti di dalam Umno telah digambarkan ia sebagai satu perubahan secara tuntas dan signifikan dalam usaha barisan kepimpinan parti tersebut ingin menjadikan Umno sebagai sebuah parti inklusif dan demokratik mendapat pelbagai reaksi ahli politik.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas perkara itu berkata, transformasi politik seharusnya dibentuk secara komprehensif mengikut aspirasi seluruh rakyat tanpa mengira apa jua bangsa. Sebab itu penterjemahan sebenar anjakan transformasi mestilah melibatkan dasar.

“Kalau setakat perubahan luaran tapi dasarnya masih tetap sama, itu orang panggil perubahan kosmetik. Tidak konkrit” katanya semasa ditemui selepas majlis perasmian sambutan Hari Keluarga Halaqat Negeri Kelantan di Gelora Beach Resort, Bachok, dekat sini petang semalam.

Umno dilapor sekaligus telah melakukan perubahan apabila membuat tujuh pindaan terhadap perlembagaan parti yang diluluskan dengan sebulat suara dari para perwakilan setelah dibentang Naib Presidennya, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, di Perhimpunan Agungnya 2009 yang berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober.

Antara pindaan tersebut ialah meningkatkan bilangan perwakilan bagi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti termasuk peringkat bahagian daripada 2,500 kepada 146,500 perwakilan. Dan dalam usaha merealisasikan Umno sebagai sebuah parti berdemokratik, sistem kuota juga turut dihapuskan bagi membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding.

Semasa menjawab kemungkinan perubahan itu hanya retorik Umno dalam usaha menawan hati rakyat selepas menyedari hampir seluruh rakyat menolak kepimpinannya Nik Aziz menegaskan, transformasi ke arah memperjuangkan dasar Islam itu sesungguhnya satu ciri reformasi yang paling waras. Sebaliknya adalah retorik semata-mata.

Sementara itu bagi veteran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah, yang pernah mencadangkan pindaan perlembagaan dilakukan sejak tiga tahun lalu berkata perubahan dalam parti bukan setakat membabitkan pindaan perlembagaan tetapi menuntut kepada perubahan personaliti, sikap dan kelakuan pemimpin.

Katanya, tahap ketamadunan rakyat yang cukup tinggi sekarang ini memerlukan kepada pemimpin yang juga cukup bertamadun, yakni pemimpin yang bersih, bebas daripada amalan rasuah serta peka terhadap aspirasi semua kaum.

Sehubungan itu beliau turut menggesa ruang kebebasan bersuara dibuka secara adil dan saksama dengan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan sekali gus memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana senario itu adalah satu gambaran besar ke mata dunia tentang kekuatan prinsip demokrasi negara yang terdiri daripada berbilang parti politik.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR, Azmin Ali, ketika mengulas agenda perubahan Umno itu dilaporkan berkata, transformasi mestilah didorong oleh wadah dan pemimpin yang percaya dengan perubahan boleh memberi kesan kepada rakyat sejagat.

sumber, The Malaysian Insider

Friday, October 16, 2009

Ahli Umno 2 juta orang, separuhnya hantu!!!

http://1.bp.blogspot.com/_vGi46E7srto/Scn2JTpUheI/AAAAAAAAAT4/D6cXckpiquM/s400/perwakilan+umno.jpg

Umno boleh mendabik dada bahawa ahlinya mencecah 2 juta orang atau lebih. Namun kesahihan dakwaan mereka bahawa ahlinya seramai itu boleh dipertikaikan.

Ini kerana Umno mencari ahlinya secara tangkap muat sehingga ada antara ahlinya sendiri tidak tahu bahawa mereka adalah ahli Umno. Jika mereka tahu sudah tentu mereka tidak 'kebuloq' untuk jadi ahli Umno sebuah parti rasuah yang jijik dan bobrok.

Yuran ahli-ahli Umno kebanyakan di bayar oleh individu tertentu untuk menunjukkan cawangannya ramai ahli. Ini digunakan untuk kepentingan politik pimpinan sesebuah cawangan.

Sebab itulah pada persidangan agung Umno yang berlangsung sekarang ada di kalangan perwakilan Umno yang meminta keahlian Umno diputihkan kerana menurutnya ramai ahli yang sudah meluat kepada Umno masih menjadi ahli Umno dari segi rekodnya.

Perwakilan dari Bayan Baru, Pulau Pinang, Ridwan Bakar menggesa pucuk pimpinan Umno menjalankan segera gerakan pemutihan senarai keahlian parti itu selaras dengan pindaan yang menghapuskan yuran tahunan dan digantikan dengan yuran keahlian seumur hidup.

Katanya, proses itu penting kerana mendakwa di bahagian beliau sendiri masih terdapat ahli PKR yang masih lagi disenaraikan sebagai ahli Umno.

Akhirnya Umno terpaksa mengaku bahawa ahlinya yang sebenar tidaklah seramai yang didakwa.

Sumber:Harakahdaily

Thursday, October 15, 2009

Banyaknya duit Umno, mana dapat?

http://www.myads2u.com/picture/duit.jpg

Hari ucapan Khairy Jamaluddin pada perhimpunan Pemuda Umno semalam saya membayangkan betapa banyaknya duit Umno sehingga boleh memberikan peruntukan kewangan kepada setiap bahagian Umno di seluruh negara.

Dalam ucapannya, Khairy memohon dan merayu kepada pucuk pimpinan parti agar peruntukan terus disalurkan kepada Pemuda setiap bahagian di seluruh Malaysia agar usaha permerkasaan pergerakan tersebut dapat dijalankan.

Katanya, ia adalah ekoran daripada peruntukan untuk setiap bahagian di seluruh Malaysia akan ditambah.

"Saya pohon dan merayu kepada Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) agar peruntukan itu disalurkan terus kepada Pemuda Umno bahagian.

"Bukan tak percaya dengan ketua bahagian... tetapi kita nak tentukan Pemuda dapat menentukan sendiri apa yang berhak dengan peruntukan tersebut," katanya.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di hadapan 795 perwakilan Pemuda di Dewan Tun Dr Ismail lewat petang semalam.

Banyak betul duit Umno, mana mereka dapat duit sebanyak itu? Siap ada peruntukan untuk setiap bahagian macam Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno?

Sofi Wahab, Melaka.
Sumber:Harakahdaily

Bersabda Nabi Muhammad S.A.W:

Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang ridha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

Wednesday, October 14, 2009

4 rukun belum cukup untuk Umno berubah

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin pada ucapan perasmian tiga sayap Umno malam tadi menggariskan 4 rukun untuk kelangsungan Umno.

Rukun itu ialah :-

1) kesatuan minda (wahdatul fikr);
2) dihayati dengan kesatuan hati (wahdatul qalb);
3) bergerak dengan kesatuan amal (wahdatul amal), dan
4) menuju kesatuan matlamat (wahdatul hadaf).

Hebat Muhyiddin menggunakan istilah Arab yang biasanya digunakan oleh PAS dan gerakan Islam lain sejak zaman berzaman.

Wahdatul Fikri iaitu kesatuan minda bahawa RASUAH bukan suatu kesalahan dan jenayah Wahdatul Qalb iaitu HATI Umno sentiasa sakit melihat kerajaan PR sebab itulah banyak peruntukan dan pelaburan di sekat atau tidak digalakkan masuk ke negeri-negeri PR Wahdatul Amal iaitu melakukan AMALan samseng untuk menganyang petugas PR di mana-mana pilihan raya Wahdatul hadaf iaitu menanamkan dalam hati bahawa MATLAMAT mengHALALkan cara tidak kira HALAL atau HARAM.

Saya menyeru Muhyiddin supaya menggesa Umno supaya kembali kepada Islam dan perbetulkan Umno.

1) Mula-mula betulkan matlamat dan Objektif Umno.
2) Ubah perlembagaan Umno supaya meletakkan Islam sebagai rujukan dan undang-undang tertinggi
3) Buat perubahan dalam kepimpinan supaya lebih menghayati Islam, wanita dan isteri pimpinan serta puteri wajib menutup aurat, tidak bergaul bebas dan sebagainya
4) Menghukum semua pemimpin yang pernah didapati melakukan rasuah dengan merujuk mereka kepada SRPM untuk di dakwa antaranya Ali Rustam, Isa Samad, Amid Nordin dan lain-lain.
5) Jangan lakukan diskriminasi terhadap ahli dan penyokong pembangkang di seluruh negara kerana mereka juga rakyat Malaysua yang membayar cukai.

Banyak lagi perubahan yang patut dilaksanakan tetapi buat yang saya gariskan di atas terlebih dahulu dan diikuti dengan yang lain-lain.

Lakukan perubahan itu Insya Allah Umno akan lebih dihormati dan diterima rakyat.
S Wahab
Sumber:Harakahdaily

Tuesday, October 13, 2009

Hanyut anak bangsaku bersama UMNO...

[puteri+umno.jpg][DSC06493.JPG][DSC06498.JPG][DSC06503.JPG]

Adakah ini arah tuju pemuda dan pemudi didalam UMNO. Dimanakah perginya akhlak Islam seorang pemuda dan pemudi harapan Agama,Bangsa dan Negara. Mungkin benarlah seperti yang diceritakan Dr.Asri didalam blognya dalam entry yang bertajuk 'Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan UMNO'.antara petikan2nya ialah:

'Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.'

Benarlah apa yang dinyatakan oleh Dr.Asri bahawa semua pemuda dan pemudi yang benar-benar mahukan Islam tidak mungkin akan bersama UMNO. Mereka lebih cenderung bersama PAS atau mana-mana gerakan Islam yang lain. Fikirkan sejenak wahai saudara-saudaraku kemana arah tuju remaja-remaja kita bersama UMNO????

SIDANG DUN HARAM AKAN DIADAKAN PADA 28 OKTOBER

http://2.bp.blogspot.com/_PaR-DhgC2k8/ShJ4F88eQuI/AAAAAAAACTc/wRsj1Q3wEvo/s400/perak_hak_rakyat.jpg

Sidang DUN Perak akan diadakan pada 28 Oktober depan, notis telah dikeluarkan dan ada beberapa ADUN PR telah menerimanya. Notis tersebut diserahkan dalam keadaan tergesa-gesa, walaupun ADUN-ADUN tidak menerima dengan tangan, namun notis tersebut ditinggalkan oleh pembawa notis di kediaman ADUN.

Ada yang menerima notis malam tadi tetapi sebarang usul dan soalan lisan dan bertulis hendaklah sampai di meja speaker pada atau sebelum 14hb Oktober. Mana mungkin dalam tempoh yang begitu singkat, para ADUN sempat menyediakan soalan-soalan dan usul kepada speaker.

Tetapi para ADUN PR sudah menyatakan, sebarang notis menghadiri sidanG DUN yang dikeluarkan oleh Ganesan adalah tidak sah, kerana Ganesan tidak sah perlantikannya sebagai Speaker, dan mereka tidak akan menghadiri Sidang DUN 28 Oktober ini. Hanya YB Sivakumar sahaja yang boleh mengeluarkan notis bagi membolehkan sidang DUN tersebut diadakan.

Sumber:http://misabah.blogspot.com

Monday, October 12, 2009

Pemimpin Dan Ulama UMNO tidak mungkin begini..



Firman ALLAH S.W.T:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.(Surah Al-Anfal Ayat2)

Dua Petanda UMNO/BN Akan Berkubur!!!

Salam 2 all.

Saya melihat kemenangan Tan Sri Isa Samad di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang dan kecundangnya Dato' Seri Ong Tee Keat dalam mesyuarat khas MCA membawa satu makna dan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia..korupsi, kolusi dan nepotisma masih subur dan segar bugar didalam UMNo/ Be End.

Dalam kes Tan Sri Isa Samad, menunjukkan bagaimana seorang yang sudah disabit dengan kesalahan rasuah oleh UMNo sendiri boleh "dihidupkan balik" dan menjulang piala kepimpinan dan menjadi Yang Berhormat. Silap-silap haribulan MB Negeri Sembilan pun bungkus nanti, kerna nafsu politik tidak pernah kenal kepuasan dan tiada batasan. Saya cukup yakin Tan Sri Isa Samad sudah tentu mempunyai keinginan menduduki semula kerusi empuk MB Negeri Sembilan jika berpeluang.

Dalam kes Dato Seri Ong Tee Keat, seorang yang berprinsip, dikenali sebagai Mr. Clean, anti rasuah dan melancarkan "perang" terhadap rasuah dalam isu PKFZ sebaik sahaja menjadi Presiden MCA dan Mnteri Pengangkutan. Tindakan tegas beliau dalam isu PKFZ telah menyentuh banyak "poket" dalam UMNo dan Be End. Jadi OTK sudah tidak serasi dalam strktur UMNo dan Be End. Dan untuk melengkapkan agenda keruntuhan UMNo/ Be End, seorang pemimpin saperti Dato Seri Chua Soi Lek boleh dinobatkan semula kedalam MCA.

Saya melihat ini dengan suatu perasaan yang gementar, apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia. Bagaimana kita boleh menjadi toleran kepada sang koruptor, dan membenamkan Hang Jebat. Apakah ini petanda masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat yang rosak, atau apakah UMNo/ Be End sedang mempercepatkan proses menalqinkan diri mereka.

Kepada Dato Seri Ong Tee Keat, saya mengajak beliau menyertai kami. Mari kita bersama memerangi rasuah, salahguna kuasa dan membina masyarakat dan negara Malaysia yang mendaulatkan hak dan ketuanan rakyat.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

UMNO/BN berjaya mendapat Wakil POS,Wakil Perasuah dan Wakil Samseng Tahniah!!

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً
72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

[ISAPOSMEN.jpg]

http://1.bp.blogspot.com/_Vrsj5oKWoE4/ScBqP7p_I3I/AAAAAAAAAIU/SdCIhd5Op2I/s400/umnorasuah.jpg


[bp_ganas.jpg][bp_ganasblkang.jpg][1][dsc04758.jpg]


Friday, October 9, 2009

Siapa blogger ini?Inikah akhlak seorang yang mengakui dirinya pejuang Islam?

Pondok Dungun Terengganu berkata:

1.'mung memang tak da bangsa sebab takut asobiyyah. Jadi mung anok haram...'

2.'Ning sekor lagi, Pemburu Syahid ke Pemburu Katak Mampus ?. Akal mung yang dah hilang, mabuk dalam todi demokrasi haram. Mung dok perasang ke ?. Sebab tu mung boleh jadi mabuk nak memburu syahid dalam demokrasi. Peeerah !. Aku dah tak nak berhujjah dah dengan orang-orang mentol dan mabuk undi macam mung ni.

You waste my precious time, you see O the mabukman and the mabukwoman.

Mung ni ulama tafsir ke ?. Pandai-pandai tuduh orang ning. Kabo je yang mung ni pemburu syahid taklid, macam pemburu katak mati. Cih, busuk kohong taklid bute mung ! Taklid pulak dengan rahib dan pendita undi. Manusia munafik paling ekstriim gulat.

Balik lah ke pangkal jalan..'

3.'azridul yang mabuk todi demokrasi. Standardlah, orang mabuk suka tuduh orang lain mabuk macang mung..

Kesiang mung. Nak mubahalah ke ?. Ade berani ?..'


Inikah perkataan yang sepatutnya keluar dari mulut seorang insan yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam yang menegakkan Al-Quran&As-Sunnah?Caci-maki dan tomahan kamu terhadap kami sedikit pun tidak akan mematahkan semangat juang kami menegakkan Hak-Hak ALLAH di muka bumi Malaysia ini.Kami akan terus berjuang menentang kerosakan yang UMNO lakukan. Kerana kami berpegang kepada Al-Quran&As-Sunnah.

Firman ALLAH S.W.T:

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.(Surah Huud ayat 113)

Pesanan Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W :

Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang redha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

kami sesekali tidak mahu termasuk didalam golongan orang yang Redha dan hanya Mengikutinya sahaja apa yang UMNO lakukan. yang pastinya perjuangan kamu wahai PondokDungunTerengganu hanya untuk memusuhi PAS lebih2 lagi Tuan Guru Nik Aziz serta ahli2nya yang seluruh hidup mereka di abadikan untuk menegakkan Hak-Hak ALLAH dimuka bumi Malaysia yang tercinta ini.

Ingatlah wahai PondokDungunTerengganu jangan sesekali kamu menyatakan kami sesat kerana berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat.Dalil yang kamu berikan tidak satu pun memberi bukti yang konkrit bahawa kami ini sesat,Penyembah Undi Kafir,Muktazilah,Liberal dan apa sahaja gelaran yang kamu berikan tidak sesekali akan melemahkan kami kerana kami akan terus menegakkan Hak-Hak ALLAH melalui Pilihanraya, kerana itulah sahajalah jalan untuk mencapai kemenangan tertegaknya Hak-Hak ALLAH S.W.T di Malaysia.

Nasihat kepada teman2 seperjuangan khursusnya para bloggers PR,ini adalah contoh seorang blogger upahan UMNO yang kerjanya menghina,mencaci,mengherdik dan menghukum kita sesuka hati.Lihat sahaja di blog mereka tiada langsung post-post yang menyatakan kebenaran tentang UMNO dan lihat sahaja perangai Asobiyah mereka mirip perangai Asobiyah UMNO.

Jelas dan Nyata mereka ini bukan berjuang untuk kebenaran tapi berjuang untuk kebatilan.Teruskan perjuangan wahai bloggers2 dan bertawakallah kepada ALLAH S.W.T semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi anasir2 jahat seperti ini.Takbir!!!!

Tajuk Khutbah Jumaat di Bagan Pinang sepatutnya 'Pengamal Rasuah Adalah Pengkhianat Agama,Bangsa Dan Negara'

Sebentar tadi aku dan semua jemaah yang pergi menunaikan Ibadah Solat Jumaat di Masjid Sultan Yusuf Rapat Setia disajikan sebuah Khutbah Jumaat yang bertajuk 'Pengamal Rasuah Adalah Pengkhianat Negara'. Alangkah indahnya jika tajuk khutbah di Bagan Pinang juga bertajuk begitu. Namun tajuk yang lebih sesuai di Bagan Pinang bagi aku ialah 'Pengamal Rasuah Adalah Pengkhianat Agama,Bangsa&Negara'. Siapa pengamal rasuah?Siapa pengkhianat agama?Siapa pengkhianat bangsa? Dan siapa pengkhianat negara?
Jawapannya ada pada anda sendiri tidak lain dan tidak bukan ialah UMNO.

Berikut adalah pendapat dan nasihat Dr.Asri kepada pengundi2 di PRK N31 Bagan Pinang.

Undi Calon Dan Bukan Parti, Pilih Yang Amanah - Dr Asri

TELOK KEMANG, 9 Okt:"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."


Demikian pandangan sisi agama oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily pagi ini bagi memilih ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih oleh para pengundi Bagan Pinang yang akan membuang undi Ahad ini (11 Oktober)


Beliau yang masih tetap dengan pendirian bahawa para pengundi mestilah memilih calon dan bukannya parti yang bertanding sekaligus merujuk istilah siyasah syariyyah yang disebut al-Quwwah dan al-Amanah iaitu yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut.

Dua ciri yang disebut dalam al-Quran ini katanya bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini kata Asri penting dalam apa tugasan yang dihendak diserahkan kepada seseorang.

"Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku.

"Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai," katanya tegas.

Bagi Pengundi Bagan Pinang katanya hendaklah dengan teliti menilai perkara ini dan kesimpulannya ialah memilih yang berkemampuan dan amanah kerana ianya memenuhi tuntutan Islam.

Beliau di samping itu turut menasihati penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

"Jika kita sesama muslim bergaduh dan berperang antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?"

Bekas pensyarah itu juga tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya justeru menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup adalah tanggungjawab terhadap Islam

"Maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

"Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)...(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)," katanya merujuk insiden pergaduhan dan provokasi yang berlaku di Bagan Pinang baru-baru ini.

Sumber:Harakahdaily

Bagan Pinang: PRK Paling Kotor Abad Ini, Umno amat tertekan!

[bp_ganas.jpg][bp_ganasblkang.jpg][1][dsc04758.jpg]
Kekejaman UMNO jelas tapi pihak berkuasa hanya mendiamkan diri????


TELOK KEMANG, 9 Okt : Jika SPR masih tidak endah dan Umno masih 'bermaharajalela' memanipulasi dan mengganasi, PAS tidak menolak kemungkinan rakyat akan bangkit menyatakan bantahan besar-besaran sekali lagi seperti ditunjukkan dalam Himpunan Bersih 100,000 dua tahun lalu.

Ini bagi memberi pengajaran perit kepada kerajaan Barisan Nasional agar menghormati hak rakyat dan tidak menzalimi mereka seperti insiden belasah dan pukul di Bagan Pinang sekaligus menghukum parti itu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Demikian kata AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika ditemui Harakahdaily di Markas Operasi Utama PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini semalam.

Kata Kamaruddin pelbagai pelanggaran akta pilihan raya dan tindakan ganas samseng Umno ke atas petugas dan penyokong Pakatan Rakyat hanya menjadikan pilihan raya kecil kali ini antara terkotor dalam sejarah selepas pilihan raya 2008.

Sambil menyatakan rasa terkejut dengan insiden pukul petugas PAS oleh penyokong Umno yang cukup kerap berlaku sejak 7 Oktober, Kamarudin menyatakan hal ini berkaku walaupun dengan kehadiran polis yang ramai.

"Tindakan ini menunjukkan Umno sangat tertekan dan berusaha dengan apa cara sekalipun termasuk mengganas demi untuk memastikan calon terpalit rasuah mereka menang

"Asakan-asakan ini menunjukkan mereka sudah mendapat 'feedback' bahawa rakyat sudah menolak mereka dan imej Umno makin jatuh," katanya.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan pihak berkuasa yang gagal menangani masalah provokasi dan pergaduhan yang berlaku, menampakkan kelemahan pihak polis sekaligus memburuk imej institusi itu yang dilihat dipergunakan oleh Umno.

Jika sebelum ini pihak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sering memberi jaminan bahawa keselamatan petugas, orang awam dan petugas lain diberi keutamaan semasa kempen pilihan raya kecil mahupun umum, tetapi kali ini suara KPN tidak kedengaran, katanya.

"Kali ini polis gagal dan Umno perlihatkan kegelisahan dan ketakutan mereka itu berdepan dengan Pakatan Rakyat dan melakukan tindakan yang sangat tidak demokratik.

"Peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa usaha Pakatan Rakyat mewujudkan suasana demokrasi masih dihalang Umno.

"Dan parti yang menyalahguna kuasa ini mesti ditolak oleh rakyat khususnya di Bagan Pinang,"katanya.

Sumber:Harakahdaily

Thursday, October 8, 2009

Bagan Pinang:Antara Dua Darjat!!!!

[bp_ganas.jpg][bp_ganasblkang.jpg][1][dsc04758.jpg]
[aziz+putera.jpg]


Agunerah Khas Juri telah sepakat memilih Abdul Azeez layak memiliki Trofi Pelakon Terbaik PRK N31 Bagan Pinang menerusi Filem 'Auta Pariah'. Info lanjut tentang filem 'Auta Pariah' disini

UMNO hanya akan mendapat 'Wakil POS 'dan bukan 'Wakil Rakyat!!'

[ISAPOSMEN.jpg]


Keringat tentera diperah untuk kepentingan Sang Perasuah

Perajurit adalah pemegang saham terbesar dalam mempertahankan kedaulatan negara kita. Ketumbukan anggota tentera yang terlatih dan memiliki disiplin yang tinggi telah berjaya menangani dan menghadapi ancaman keselamatan dari luar dan juga di sempadan negara.

Pengorbanan mereka cukup besar; senantiasa siap siaga di perbatasan, meninggalkan keluarga tersayang di kampong halaman, mendepani cabaran dan risiko serangan, mengharungi ranjau dan belukar atas nama perjuangan, menyemai bakti untuk anak bangsa dan tanah air kesayangan.

Port Dickson menjadi salah satu dari markas penting dalam melahir dan melatih ramai perajurit dan pejuang negara sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

Saya juga tidak sunyi dari kehidupan keluarga tentera. Allahyarham ayah saya, Ali Omar atau lebih dikenali sebagai Ali Kupang ( kerana berasal dari Kedah ) berkhidmat selama 21 tahun termasuk dalam British Army dengan memakai nombor tentera 3443.

Masih segar diingatan saya nombor tenteranya ! Beliau pernah berkhidmat di Kuala Pilah dan Singapura. Allahyarham bapa saya sering menceritakan kepada anak-anaknya bagaimana pengalaman pahit beliau ketika berdepan dengan serangan komunis dalam hutan belantara. Bapa saudara saya juga adalah pegawai tentera.

Mejar Nayan Omar berkhidmat dan menetap lama di Port Dickson. Abang kandung saya, Azman Ali mendapat latihan ketenteraan di Port Dickson dan berkhidmat selama lebih satu dekad dalam perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat Leftenan sebelum mengambil pilihan persaraan awal.

Siapa tidak kenal Leftenan Muda Adnan yang memimpin Rejimen Askar Melayu dan telah mengadai jiwa raga demi mempertahankan tanah air dari pencerobohan tentera Jepun. Sejarah merakamkan pengorbanan besar anggota perajurit Malaysia sejak sebelum merdeka lagi dalam mendepani zaman darurat dan konfrantasi dari Indonesia.

Namun, amat malang dan sedih sekali apabila sumbangan dan pengorbanan anggota perajurit dan para pejuang tanah air sering dipandang sepi oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Pendapatan anggota tentera dan juga imbuhan untuk mereka tidak setimpal dengan perkhidmatan mereka mempertahankan kedaulatan negara ini. Kebajikan pesara tentera dan juga keluarga mereka tidak diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan Pusat. Apabila tamat perkhidmatan khususnya persaraan wajib, sebahagian besar pesara-pesara tentera dan keluarga mereka terpaksa melalui kehidupan yang payah dan getir; ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu makan. Kos kehidupan yang semakin meningkat akan terus membebankan masa depan keluarga pejuang-pejuang tanah air ini. Pada umur persaraan, keadaan kesihatan juga mungkin terganggu.

Namun, anggota tentera dan keluarga mereka tidak mampu untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik kerana kos yang mahal.

Pak Menteri dan Sang Penguasa membuat pegumuman untuk berbelanja besar bagi meningkatkan prestasi ketenteraan melalui pembelian senjata moden dan canggih. Tapi umum sedia maklum.

Matlamat yang tersirat adalah untuk memunggah komisyen yang berjumlah ratusan juta ringgit untuk pemimpin bangsawan UMNO dan kroni serta suku sakat mereka. Masalah dan kebajikan warga perajurit masih tidak diselesaikan. Malahan keringat mereka diperah untuk kepentingan segelintar Sang Perasuah.

Pakatan Rakyat ingin menjayakan program untuk anggota tentera dan perajurit serta keluarga mereka melalui peruntukan yang besar untuk program perumahan anggota tentera, peluang pendidikan untuk anak-anak melalui biasiswa dan pinjaman pendidikan serta latihan teknikal dan sokongan selepas persaraan untuk menyediakan anggota tentera dan perajurit menceburi bidang perniagaan.

Saya juga ingin mencadangkan pembinaan sebuah hospital khas untuk warga tentera dan keluarga mereka yang bertaraf dunia dan dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi perubatan yang moden termasuk pakar-pakar perubatan dan kemudahan terapi untuk anggota-anggota tentera yang tercedera semasa dalam perkhidmatan. Kos perubatan perlulah minima sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Pengumuman Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat tidak lebih dari satu lagi projek Barisan Nasional untuk memperhangatkan kempen pilihan raya di Bagan Pinang. Penggunaan undi pos adalah perbuatan diskriminasi berterusan terhadap para perajurit kita. Usaha terancang untuk memanipulasi undi pos masih berleluasa di kem-kem tentera.

Maruah perajurit kita terus tercalar ekoran kerakusan UMNO untuk berkuasa. Benarlah hujah seorang pegawai tertinggi SPR kepada saya beberapa tahun lalu apabila diajukan soalan penghapusan undi pos. Jawabnya ringkas, “Najib tidak mahu undi pos dihapuskan kerana undi pos menjamin survival kuasa UMNO” !

Berdasarkan laporan Malaysiakini disini, seorang bekas sarjan yang dikenali sebagai Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera yang lain dalam dua pilihan raya umum yang lalu.

Kenyataan ini sudah cukup membuktikan bahawa UMNO tidak menghormati kemuliaan dan kebijaksanaan pengundi-pengundi di kalangan anggota tentera dan warga perajurit. Malahan UMNO terus memperbodohkan pengundi-pengundi di Bagan Pinang dengan menonjolkan Isa Samad sebagai calon terbaik Barisan Nasional.

Tindakan ini amat memalukan negara kita dan kewibawaan pengundi-pengundi kita khususnya pegawai-pegawai dan anggota tentera dan pengundi-pengundi muda. Parti dan pemimpin yang terpalit dengan rasuah sudah lama ditolak di negara-negara maju seperti Jepun, Korea, India, Eropah dan Amerika Syarikat.

Yang terbaru kita saksikan bagaimana parti LDP yang berkuasa selama lebih 50 tahun di Jepun telah dihumban oleh rakyat Jepun.

Saya menyeru kepada semua pengundi di Bagan Pinang khususnya pengundi-pengundi pos dan pengundi-pengundi muda dan juga ahli-ahli UMNO biasa untuk bersama-sama muafakat membawa perubahan pada 11 Oktober 2009 ini di Bagan Pinang.

Dunia sedang menyaksikan keupayaan pengundi-pengundi di Bagan Pinang untuk menjana kekuatan baru dengan menolak parti dan calon yang rasuah demi masa depan yang lebih sejahtera untuk Malaysia. Pakatan Rakyat adalah parti masa depan.

AZMIN ALI

Abdul Azeez kena belasah lagi teruk dari ini???

[dsc04758.jpg][1]

Petugas PAS dibelasah Disini dan Disini

Tuesday, October 6, 2009

Abdul Azeez nak tipu siapa????

Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Lihat bagaimana Abdul Azeez dibelasah teruk Disini

[aziz+putera.jpg]

Monday, October 5, 2009

Tiba-tiba aku digelar PENYEMBAH UNDI KAFIR,AL-MUKTAZILI AL-WAHHABI AL-LIBERAL....

Seperti biasa aku menulis perihal PRK di Bagan Pinang seperti hari-hari yang biasa.Penulisanku seperti biasa pro kepada Pakatan Rakyat dan semestinya aku selalu menyatakan kebenaran dan kerosakan yang dilakukan UMNO/BN yang aku rasa satu Malaysia dah tahu. Tajuk post aku hari itu ialah 'Bagan Pinang:Peringatan kepada pengundi-pengundi,kamu bakal disoal!!!'.Seperti biasa ijoks dan Ayid memberi komen berdalilkan Al-Quran dan Hadis yang semestinya terkena batang hidung UMNO.Namun komen itu disanggah oleh seorang bloggers yang kerap memberi komen yang tersangatlah membina kepada aku antaranya beliau pernah menggelarkan aku 'Khawarij'.Komen bloggers itu kali ini berbunyi:

Blogger PondokDungunTerengganu said...

'Cakap-cakap di atas macang baguh je. Cerming diri sendiri dulu wei sebelung nok berperasang muke-muke mung tu layok nok dipromosi sebagai pejuang Islam. Buat malu je. Ghairah ade dua jenis; satu dari Tuhan, satu lagi dari setan-iblis. Aku napok ghairah mung semue dari yang No. 2. Lebih teruk dari wahhabi zaman khalifah.

PondokDungunTerengganu.'

Inilah antara komen2 yang paling best pernah aku dapat. Tidak berhenti setakat itu tiba-tiba bloggers itu mengajak aku untuk 'Sumpah Laknat' Disini. Aku pun tak faham apa yang difikirkan oleh bloggers tu. Kenapa selama ini kemungkaran yang UMNO/BN lakukan terang-terangan didepan mata tidak pulak dia hentam.


Ini senarai kemungkaran UMNO tak pulak dia hentam itu yang menghairankan aku...

UMNO mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam namun Islam yang bagaimanakah yang mereka inginkan jika UMNO banyak menghalalkan yang haram dan menafikan Hak-Hak ALLAH.Anda buatlah pernilaian sendiri....

1.ALLAH mengharamkan Riba namun UMNO mengubah Riba kepada “interest”, faedah, bunga….

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO mengubah Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat dengan hukuman kufur yang diberikan oleh Lord Reid seorang kufar.Tidak cukup dengan itu UMNO malahan menghina HUDUD.

3.ALLAH mengharamkan JUDI namun UMNO menghalalkan Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan judi hanya haram bila tidak ada lesen dari mereka

4.ALLAH mengharamkan Arak namun UMNO menghalalkannya bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam

5.ALLAH melarang kita melakukan Rasuah namun UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang. Terbaru seorang perasuah diangkat menjadi calon PRK di Bagan Pinang.

Jadi Islam yang bagaimana yang mereka mahukan?Apakah mereka lupa pada Sabda Nabi S.A.W "Aku tinggalkan kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh pada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selamanya,dua perkara ini ialah AL-Quran dan AS-Sunnah" namun adakah UMNO berpegang pada kedua-dua ini AL-Quran dan As-Sunnah?

Lantas aku membuat kesimpulan bahawa bloggers itu sebenarnya mungkin penyokong UMNO... wallahua'lam...

Sunday, October 4, 2009

DR.MAZA:Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno

http://ikatkata.files.wordpress.com/2009/07/6731_99287994322_734929322_1882519_4120116_n.jpg

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.



Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

N'N:Ramai orang yang kembali kepada Al-Quran&As-Sunnah selepas berkecimpung dengan PAS,namun ramai orang yang rosak bila berkecimpung dengan UMNO..

Saturday, October 3, 2009

Bagan Pinang: 'Jangan Undi UMNO/BN!!' Bekas Adun Umno Kawasan Pulau Manis, Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz

http://3.bp.blogspot.com/_F4bQKnCWEjM/SduF5Oh1r_I/AAAAAAAABd4/oVdbf2btJi8/s400/pangkah.jpg

Bekas Adun Umno Kawasan Pulau Manis, Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, menyeru penyokong-penyokong Umno yang mengundi dalam PRK Bagan Pinang 11 Oktober nanti supaya tidak mengundi BN.

Dalam tulisan melalui blognya sakmongkol.blogspot, beliau berkata Umno hari ini sudah terlalu banyak menyimpang daripada asas perjuangan asal.

Katanya, penyimpangan tersebut di lakukan oleh pimpinan yang korup, angkuh dan bermutu rendah. Justeru pengundi di Bagan Pinang khususnya orang Melayu mesti menghantar isyarat yang nyata bahawa UMNO yang mereka mahu ialah UMNO yang mesti berpulang kepada pangkal perjuangan.

“Saya menyusun jari nan sepuluh dan menundukkan kepala nan satu memohon semua orang Bagan Pinang memikirkan masa depan mereka. Memang benar UMNO banyak menyimpang dari asas perjuangan mereka. Tapi itu semua bukan berpunca dari kecacatan azali UMNO. Penyimpangan tersebut di lakukan oleh pimpinan yang korap, yang angkuh, yang bermutu rendah”.

“Rakyat di Bagan Pinang khususnya nya orang Melayu mesti menghantar isyarat yang nyata bahawa UMNO yang mereka mahu ialah UMNO yang mesti berpulang kepada pangkal perjuangan. Dan anda semua menghantar isyarat tersebut bukan dengan mencederakan UMNO tapi memberi nya tiupan semangat. Inilah masa nya pertubuhan Melayu yang membela rakyat memerlukan pembelaan pula”.

“Cuba kita bayangkan. UMNO muncul pada tahun 1946 ketika orang Melayu mennghadapi ancaman yang amat berbahaya. Bererti UMNO itu adalah pelindung ketika bahaya. UMNO mungkin tidak constant- ia berubah. Kemurnian perjuangan di cabul, di rosakkan oleh jenis pimpinan yang korap, angkuh dan bodoh. Yang constant dan bersifat tetap ialah kehidupan ini berubah dan setiap perubahan mengandungi ancaman dan kebelan. Walaupun kita tidak dapat memastikan apa bahaya yang orang Melayu boleh hadapi, kelemahan dari sudut itu tidak boleh di jadikan alasan untuk menghumban keluar UMNO”.

Mohd Ariff Sabri yang dikenali sebagai Datuk Sak, menjadi Adun Pulau Manis selepas memenangi PRU 2004 tetapi kemudiannya tidak terpilih lagi sebagai calon pada 2008 bersama beberapa orang Adun.

Tempatnya diganti oleh Khairuddin Mahmud (BN) yang mengalahkan calon PAS Ustaz Othman Bakar.

Sumber:http://biaqpila.blogspot.com

Friday, October 2, 2009

Bagan Pinang:Peringatan kepada pengundi-pengundi,kamu bakal disoal!!!

Sebelum anda membuang undi,ketahuilah bahawasanya undi anda akan disoal oleh ALLAH S.W.T. Sedangkan dalam memilih imam dalam sembahyang pun kita harus memilih yang baik diantara yang baik untuk mendapat yang terbaik. Dan ketahuilah jika kita cenderung kepada orang yang zalim maka kita termasuk didalam golongan orang yang zalim.

Perbuatan rasuah amat dilarang keras oleh Syariat Islam dan dihitung sebagai salah satu Dosa Besar.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177

“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”

Sabda Nabi S.A.W

“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.

Masyarakat umumnya menganggap “Rasuah” itu adalah satu cabang dari korupsi yang sasarannya sama-sama merugikan masyarakat, bangsa dan negara.

Maka kita sebagai umat Islam haruslah menjauhi diri kita dari perbuatan terkutuk ini kerana siksaan di Akhirat amatlah pedih bagi orang-orang yang terlibat dengan Rasuah. Ingat-ingatkanlah wahai pengundi-pengundi barangsiapa yang cenderung kepada orang yang zalim maka dia termasuk didalam golongan orang yang zalim.
Firman ALLAH S.W.T:

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.(Surah Huud ayat 113)


Ingatlah pada pesanan Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W :

Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang ridha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Thursday, October 1, 2009

Kenyataan sheikh ahmad deedat dan Tuan Guru Nik Aziz tentang aurat..

Kenyataan yang hampir sama dari dua tokoh yang amat dihormati dalam masyarakat islam
iaitu Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Renung-renungkan wahai kaum hawa yang masih degil untuk menutup aurat......