Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang: Isa samad umpama mimpi dalam mimpi dapat bertanding di PRK N31

http://www.umno-reform.com/isalakar.jpg

Isa Samad tidak pernah menyangka seorang kaki rasuah sepertinya yang pernah terkantoi sebagai perasuah dan telah digantung keahliannya dalam UMNO selama 3 tahun tiba-tiba mendapat kepercayaan PM 1 Malaysia.

Beliau kini diangkat menjadi 'ayam tambatan' UMNO di PRK Bagan Pinang.'Umpama mimpi dalam mimpi' mungkin itu yang diungkap Isa Samad sejurus dipilih menjadi calon yng bertanding di Bagan Pinang mewakili UMNO.

Kini telah terbukti UMNO tidak memilih bulu dalam pemilihan calon-calon untuk bertanding dimana-mana PRK.

Isu moral bukan isu utama,apa yang penting PM kerajaan 1 Malaysia merestuinya.Tahniah buat Isa Samad kerana berjaya menjadi calon UMNO/BN di PRK Bagan Pinang sekaligus membuktikan UMNO tidak memandang hina perasuah mungkin kerana dikalangan mereka banyak perasuah.

Tuesday, September 29, 2009

Calon PAS & BN di PRK N.31 Bagan Pinang.

http://2.bp.blogspot.com/_ejQr6AtmZjI/Squ16RRHFtI/AAAAAAAAGWU/RbxtEG4QDto/s320/Zul.jpg LWN http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_b36f6ba3-cabec5bb-12f50470-c038aa55/1/AD-Isa%20Samad100.jpg
Hj Zulkifli Mohamad Omar (Pj PAS N.Sembilan) LWN Isa Samad

Bagan Pinang: Mahathir dan Khairy bersatu menentang kaki rasuah sebagai calon PRK N31

http://www.anwaribrahimclub.com/wp-content/uploads/2009/03/mahathir-march17.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_87NuJL2cNfo/SazwtbBCZDI/AAAAAAAABuY/hL4J4ESkVFs/s400/kj0002.jpg


HARI ini mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.

Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.

Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.

Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.

Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.

Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.

Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.

Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.

Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.

Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot'. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.

Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.

Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.

Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu.

Sumber:Harakahdaily

Monday, September 28, 2009

Bagan Pinang:UMNO/BN hanya mampu menang dengan cara kotor& pengecut!!!

http://1.bp.blogspot.com/_D571AuHEqeU/R9Y483ZF-3I/AAAAAAAAASE/NllTyIYMl5M/s400/ichantu.gifhttp://www.bharian.com.my/klikkhas/kterengganu/Artikel/Berita/20090113154143/mainpixhttp://1.bp.blogspot.com/_8NvLy6aiMRg/SPNe5sqZ1mI/AAAAAAAAAQ4/LnrGZdKQrJI/s400/hishammudin_keris.jpg
UNDI HANTU,UNDI POS & ASOBIYAH

UMNO/BN sudah lama ditolak oleh rakyat Malaysia yang tidak buta mahupun tuli dengan kerosakan yang telah UMNO/BN telah lakukan.

Sebetulnya Kerajaan UMNO/BN telah lama berkubur seawal PRU ke-12 lagi. Hakikatnya UMNO/BN hanya mampu bergantung kepada undi-undi POS,pengundi-pengundi hantu serta orang Melayu Asobiyah yang ditelah dibutakan mata dan dipekakkan telinga melalui media-media kroni yang hampir setiap hari memfitnah pemimpin mahupun penyokong Pakatan Rakyat.

Hanya melalui cara kotor ini sahaja mampu UMNO/BN lakukan untuk meneruskan survival politik kotor lagi jijik mereka. Pendek kata UMNO/BN sudah ditolak sepenuhnya di Semenanjung Malaysia dan mereka hanya mampu bertahan pada PRU 12 hanya dengan ehsan undi pos,undi hantu dan undi-undi orang-orang Melayu yang di Asobiyahkan dengan media-media kroni yang memainkan isu ketuanan Melayu 24jam sehari,7 kali seminggu dan 365hari setahun tanpa henti memfitnah dan terus memfitnah tanpa jemu. Sehinggakan minda orang-orang Melayu ini menjadi tepu.

Apa lagi yang tinggal didalam UMNO melainkan pemimpin orang-orang Melayu yang rosak akhlaknya. Jika UMNO mengatakan mereka sebuah parti Islam mereka hanya melakukan pembohongan yang nyata. Jika mereka menyatakan UMNO parti yang mempertahankan orang Melayu sekali lagi mereka melakukan pembohongan yang nyata.Tiada langsung bukti bagi menyatakan mereka menegakkan Islam dan orang-orang Melayu yang ada hanyalah penipuan dan korupsi.

Rakyat Malaysia sebetulnya telah muak dengan UMNO/BN dan mereka tidak mungkin sama sekali akan menang PRK di Bagan Pinang nanti jika mereka bertanding secara 'anak jantan'dan 'jujur' yang mungkin mereka lakukan sewaktu awal-awal kemerdekaan Malaysia dahulu. Kini rakyat Malaysia sudah sebulat suara mahukan Kerajaan yang terbaik bagi mereka yakni Pakatan Rakyat. Namun begitu UMNO/BN semestinya akan terus menggunakan taktik kotor dan cara pengecut yang membolehkan mereka menang PRK di Bagan Pinang nanti untuk meneruskan kelangsungan Survival politik kotor dan jijik mereka.

Sejarah telah membuktikan UMNO/BN telah kalah 7kali berturut-turut dinegeri-negeri yang terlibat dengan PRK. Referendum rakyat yang telah membuktikan UMNO/BN telah ditolak rakyat. Walaupun wang berjuta-juta telah dihabiskan dengan rasuah dan projek2 segera namun kekuasaan ALLAH tidak mampu mereka tandingi. Sama-samalah kita sebagai pejuang-pejuang berdoa semoga taktik2 jahat mereka akan dipatahkan oleh yang Maha Esa ALLAHUAKBAR. Takbir!!!!

Friday, September 25, 2009

WASIAT BERGUNA BUAT PARA PEJUANG-PEJUANG ISLAM.

http://muhammadridwanto.files.wordpress.com/2008/01/almarhum-dato-fadhil-nor.gif


Kita hendaklah selalu berubah seperti air yang mengalir.

Bila air berada dilangit ia akan berubah turun menjadi hujan lalu memberi kehidupan kepada haiwan dan tanaman.

Bila berada diatas, air akan mengalir ke lurah dan sungai lalu membersihkan sungai-sungai dari kotoran sampah.

Jangan jadi air yang bertakung, kerana air yang bertakung tidak berubah, air yang bertakung tidak suci dan akan menjadi kotor dan menjadi penyebab kepada penyakit..

Almarhum TG Datuk Hj Fadhil Mohd Noor

Politik UMNO Vs Politik PAS

Seperti yang kita semua sedia maklum sistem politik di Malaysia adalah sistem politik yang difotokopi dari sistem politik ala British. Kita harus menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara bekas jajahan penjajah seperti British dan Jepun.

Namun begitu Malaysia dikatakan lebih banyak dipengaruhi oleh British berbanding Jepun. Penjajah sememangnya mahukan negara dibawah jajahan mereka mengikut sistem pemerintahan seperti mereka.

Maka lahirlah pemerintahan bercirikan sekularisme di Malaysia.Politik di Malaysia adalah contoh sistem politik sekular yang diadaptasi dari Barat.Namun begitu politik di Malaysia kini tidaklah mengikut tepat sistem politik Barat ini kerana sistem politik di Malaysia telah banyak diekplotasi oleh pemerintah yang hampir 50tahun lebih memegang tampuk pemerintahan yang pada mulanya diterajui Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.

Kepincangan ini bermula dengan penguasaan kerajaan terhadap badan-badan yang sepatutnya bebas seperti badan kehakiman, media massa dan kuasa ‘legislative’. Ini bagi membolehkan kerajaan pemerintah sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa tanpa dipantau mana-mana badan yang bebas.Namun hakikat sebenarnya sistem Demokrasi telah memisahkan kuasa-kuasa itu supaya demokrasi dapat dilakukan dengan sempurna.

Namun sedarkah kita sistem politik Barat ini sebenarnya dicedok dari sistem Islam yang syumul yang telah lama dipraktikkan oleh Pemimpin agung kita Nabi Muhammad S.A.W semasa pemerintahan Nabi S.A.W Baginda telah memisahkan kuasa baginda diantara politik, kehakiman dan pentadbiran berlandaskan nas-nas dari Al-Quran dan as-Sunnah.

Firman ALLAH S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(Surah Al-Maidah ayat-8)

Baginda sendiri tidak mempunyai kuasa terhadap hakim yang dilantik walaupun Baginda sendiri terlibat didalam penghakiman. Sistem ini diteruskan dan dipraktik oleh pemerintahan Khalifah Islam. Oleh kerana sistem politik Islam ini dilihat Barat sangat bersistematik, sistem ini telah diambil dan diguna pakai oleh British tetapi mereka mengubahnya kepada sekularisme dan kemudiannya diguna pakai pula oleh negara bekas jajahan mereka termasuk Malaysia sendiri.
Politik Islam adalah berbeza sama sekali dengan politik ciptaan kufur ini kerana politik Islam adalah berlandaskan kepada nas-nas dari Al-Quran dan As-sunnah manakala politik Barat hanya berlandaskan akal dan fikiran manusia yakni logik akal.Harus diingat sesungguh ALLAH Maha Pencipta lebih Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk ummat manusia.

Namun di Malaysia UMNO/BN yang hampir 50 tahun lebih memerintah Malaysia secara senyap dan bersistematik telah menguasai badan-badan kehakiman, polis, media massa dan kuasa ‘legislative’ yang sepatutnya bebas bagi menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat.

Dengan ini segala penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang dilakukan mereka seolah-olah tidak boleh diambil apa-apa tindakan. Terjadilah ketidakadilan kepada rakyat Malaysia. Ketikadilan yang berpanjangan ini membuatkan rakyat bangkit kerana perasaan marah terhadap pemimpin-pemimpin yang menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Wang rakyat dihabiskan untuk projek-projek mega yang langsung tidak memberi sedikit manfaat pun kepada mereka. Projek-projek mega ini hanya menguntungkan kroni-kroni dengan tender projek yang mereka dapat.

Kroni-kroni ini terdiri daripada anak-pinak dan saudara-mara mereka. Wang rakyat juga digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang hampir muflis dan tidak hairanlah mengapa hak-hak rakyat dinafikan.

Hak-hak pelajar untuk mendapat biasiswa dan hak-hak rakyat miskin untuk mendapat pembelaan sama sekali tidak terbela dek kerakusan mereka. Berikutan itu rakyat mula sedar dan mula bangkit menentang kerajaan UMNO/BN yang zalim,mengamalkan rasuah,kronisme,salah guna kuasa dan pemimpin-pemimpin yang tidak berakhlak.

Disini rakyat mula sedar hanya Politik Islam yang mampu mengubah keadaan ini sekaligus menjatuhkan Kerajaan zalim UMNO/BN yang mengamalkan Politik kotor dan jijik.

Maka muncullah Parti Islam Semalaysia(PAS) yang bertindak untuk menghapuskan politik kotor UMNO/BN ini. PAS telah menjadi peneraju kerana mengamalkan politik bersih yakni politik berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah.

PAS telah membuat pakatan dengan parti-parti politik yang mempunyai agenda keadilan dan kesaksamaan seperti Parti Keadilan Nasional dan DAP kerana PAS ingin menerapkan motto mereka iaitu ‘PAS Untuk Semua’ atau lebih tepat lagi ‘Islam Untuk Semua’.

Pakatan ini diberi nama ‘Pakatan Rakyat’ dan idea nama itu dicetuskan Presiden PAS sendiri yakni Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang. Pakatan ini telah mencapai matlamat PAS iaitu ‘Islam Untuk Semua’ apabila golongan Non-Muslim mula menunjukkan minat mendalami Islam dan ingin mempelajari Al-Quran apabila mereka nampak ciri-ciri keadilan dan kesaksamaan dalam Islam. Ini terbukti apabila ada pemimpin Non-Muslim dari Pakatan Rakyat yang bersemangat membaca petikan Al-Quran serta tafsirnya sewaktu siri-siri ceramah politik mereka. Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti kompenan didalam BN. Ini menampakkan politik Islam mampu menarik minat Non-Muslim kepada Islam.

Ini juga menjadikan Pakatan Rakyat semakin kuat dan berkesan.Umat Islam di Malaysia pula mula sedar tentang politik Islam yang PAS perjuangkan.PAS mula mendapat sokongan golongan-golongan muda yang dahagakan keadilan sekaligus ingin mermartabatkan agama Islam yang syumul selaras perjuangan Rasul junjungan Nabi Muhammmad S.A.W.

Kepimpinan Ulama mula dipandang tinggi.Ulama mula menjadi ikon golongan muda.PAS dilihat mereka parti Islam yang membawa wacana Politik bersama Dakwah dan Tarbiyah kepada ahli-ahlinya.Ini berbeza sewaktu berada dibawah kepimpinan Dato Asri Muda disuatu ketika dulu. PAS pada ketika itu lebih kepada agenda Kemanusiaan,namun akibat tentangan dari ahli-ahli PAS sendiri yang ingin memperjuangkan agama akhirnya mereka menolak usul Nasionalisme yang ingin dibawa Dato Asri Muda.

Tampuk kepimpinan telah digantikan dengan Ulama dan sehingga kini perjuangan PAS banyak dipengaruhi oleh perjuangan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna yang mengasaskan pergerakan Islam ‘IKHWAN AL MUSLIMIN’ yang mengambil peranan politik di Mesir. Namun akibat sepak terajang politik kotor pemimpin sekular Mesir banyak tindakan-tindakan zalim yang dilakukan terhadap ahli Ikhwan Muslimin,mereka telah dipenjara dan dihukum, pertubuhan Ikhwan Muslimin telah diharamkan dan termasuklah pembunuhan kejam terhadap pengasasnya Imam As-Syahid Hassan Al-Banna yang gugur sebagai syahid apabila beliau ditembak diluar banggunan Ikhwan Muslimin.

Namun begitu Ikhwan Muslimin tidak sesekali menyerah kalah walaupun pelbagai kezaliman yang harus mereka tempuhi, daulah Islamiyah tetap akan diperjuangkan kerana mereka yakin dengan janji syurga ALLAH terhadap umat yang berjihad menegakkan agamaNya.

Kita umat Islam di Malaysia seharusnya mengambil contoh perjuangan para Ikhwan,kita harus bersatu bersama PAS yang membawa agenda Politik Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan menjatuhkan UMNO/BN yang membawa politik kotor lagi mengotorkan.Takbir!!!

Kerajaan Haram Perak rompak bajet Kerajaan Pakatan Rakyat..


http://en.suarakeadilan.com/wp-content/uploads/2009/05/may7.gifhttp://1.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/Se5w1Gs03GI/AAAAAAAAEIk/uWJBjB9sEbk/s200/dtk+dr+zamri.JPG

IPOH, 24 Sept: PAS mempertikaikan dasar bajet kerajaan BN Perak kerana kerajaan yang ada tidak pernah menggubal sebarang bajet baru selepas Umno dan BN mempertikaikan bejat yang dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan BN Perak yang dibentuk secara kudeta tidak pernah meluluskan bajetnya sendiri.

Katanya, Bajet 2009 yang dibentang dan telah diluluskan dalam Persidangan DUN pada penghujung 2009 dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat.

Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang.

Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

Namun begitu sejak BN merampas kuasa di Perak, manakah dasar bajet yang telah diumumkan kepada rakyat? Inilah salah guna kuasa yang merupakan gambaran sebenar bahawa BN tidak mempuanyai kuasa yang sebenar dalam menggunakan Bajet 2009 yang telah diluluskan, kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sidang yang bermula pada 10 Nov 2008 itu menyaksikan Perbahasan Enakmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000, yang akhirnya diluluskan.

Masih segar dalam ingatan saya semasa perbahasan dibuat, ADUN BN memperlekehkan Bajet 2009 yang telah dibentang oleh MB Pakatan Rakyat. Antaranya menganggap sebagai Bajet Tin Kosong.

Akhirnya saya beranggapan BN telah "menjilat" ludahnya sendiri dengan menggunakan Bajet tersebut tanpa ada dasar khusus, apalagi gagal memanggil satu sidang sah untuk membentang satu bajet baru kalaulah benar bajet yang dibentangkan kami adalah tin kosong.

Malu, tidak bermaruah, tidak berprinsip itulah mungkin yang saya boleh andaikan dengan perangai pemimpin BN di Perak yang telah membelanjakan wang rakyat tanpa ada dasar khusus,katanya.

MB Perak Pakatan Rakyat semasa membentangkan bajet tersebut telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009, beritahu Khalil dalam kenyataannya.

Ini adalah antara apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini :-

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

Kerana itulah saya beranggapan bahawa BN telah menggunakan dasar Bajet 2009 yang diluluskan semasa Pakatan Rakyat memerintah, dan sebenarnya rakyat Perak menerima banyak perubahan dengan dasar bajet yang bertemakan kebajikan itu,katanya.

Sekiranya Bajet tersebut tidak mematuhi dasar yang telah diluluskan dalam pembentangan DUN tersebut berarti telah berlaku sekali lagi pelanggaran undang-undang setelah sekian banyak pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh BN di Perak, katanya.

Maka tidak ada jalan yang terbaik melainkan di bubarkan DUN Perak, dengan mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semua kerajaan yang sah di Perak, tegas beliau. _


Thursday, September 24, 2009

1 Malaysia F1 di utamakan.....

[pmterimamodelkeretalumba1malaysia.jpg]

Keputusan PM dan Kerajaan 1 Malaysia menaja program F1 negara yang berjumlah ribuan juta ringgit membuktikan slogan rakyat diutamakan hanyalah slogan kosong untuk menipu rakyat semata-mata. Ramai penaja-penaja F1 yang berhasrat untuk menarik diri dari terus menjadi penaja oleh kerana kos yang amat mahal, tetapi Malaysia dengan gahnya membuat keputusan untuk menaja program F1 negara. Jika Malaysia begitu gah ingin menaja program F1 negara mengapa mereka ini masih menderita kemiskinan??


http://usera.imagecave.com/mign29/miskin.jpg

Mereka ini rakyat Malaysia yang hanya mampu makan hanya sekali dalam sehari......


Entah di mana silapnya, kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram dekat sini telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu.KANAK-KANAK ini terpaksa menggunakan pelita untuk mengulang kaji pelajaran di Kampung Sentosa Dalam, Masai, Johor Bahru........

Inilah contoh 1 Malaysia Rakyat diutamakan.....Syabas BN!!!!




Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri Ya Akhi..

http://2.bp.blogspot.com/_5f1i4F18Ar4/R4sgz4t9RoI/AAAAAAAAAFI/DXRsPh0LpqI/s320/kadRaya1.jpg

Assalamualaikum Ya Akhi, buat sahabat-sahabat bloggers,sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba ana Na'im Nik'mat mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kiranya terdapat salah dan silap dalam pertuturan atau penulisan blog ana. Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi jadilah kita ummat yang menangisi pemergian Ramadhan kerana takut tidak kesampaian bertemu dengannya lagi dan sambutlah Aidilfitri dengan Takbir kemenangan kerana berjaya mengharungi Ramadhan dengan penuh Takwa dan Iman untuk kembali kepada Fitrah yang asal. Akhir kata berhati-hatilah semasa balik ke kampung ingatlah orang yang tersayang menanti kita disana. Berdoa serta bertawakallah kepada ALLAH S.W.T semoga kita selamat sampai ke destinasi yang dituju.Wabillahi taufik wa hidayah Wasalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.Takbir!! ALLAHUAKBAR!

Tidak lupa Syukran buat Ijoks,Ust saifun dan Anak Mualaf(Kak Leha) diatas pemberian Kad Raya yang amat bermakna itu :-)

Mari kita renungkan bersama tulisan Dr.Asri mengenai Hari Raya Bukan Hari Sedih

Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?

Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.

Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.

Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah”
oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan Dua Zaman,Mana satu Ramadhan kita?



N'N':Mereka gembira kerana kedatanganmu Ya Ramadhan,tapi kami gembira dengan pemergianmu.Takbir mereka takbir kemenangan tapi takbir kami lesu dan tidak bermaya tanda kalah, lemah dan tidak berdaya kerana puasa kami sekadar lapar dan dahaga,renung-renungkan saudaraku....

Nasihat dari Jibril

Ada sebuah nasihat Jibril yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW. dan sesungguhnya nasihat itu untuk kita juga, sebagai umatnya Rasulullah SAW. yang mana nasihat itu berbunyi sebagai berikut:

“Wahai Muhammmad, hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati. Berbuatlah sesukamu, sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu itu. Cintailah siapa saja yang engkau kehendaki, tetapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya. Ketahuilah bahwa kemuliaan seorang mukmin itu karena shalat malamnya, dan kebesarannya adalah tidak butuhnya (zuhud) kepada sesama manusia”

Subhanallah…, alangkah indahnya nasihat itu, bukan saja dalam kata-katanya, tetapi kedalaman makna yang terkandung didalamnya, yang akan menyadarkan diri kita kalau diri kita mau merenungkannya. Kedalaman nasihat itu juga terletak pada bentuknya yang harus difahami secara terbalik.

“Wahai Muhammmad, hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati” artinya sebaliknya, bahwa kita justru jangan hidup sesuka kita atau jangan berbuat sesuka kita karena kita akan mati, sebagaimana yang di firmankan oleh Allah SWT. “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati” (QS. Ali-Imran (3): 185). Dan akhir hidup kita juga tidak tahu, apakah berada dalam kemaksiatan atau berada dalam bertaqarub kepada Allah SWT.?
Cuba kita perhatikan, drama-drama yang menceritakan kisah nyata akhir hidup seseorang. Ada yang ketika matinya tubuhnya mengeluarkan bau yang tak sedap, dan Itu masih di dunia, bagaimana nanti di dalam kuburnya?

Ingatlah! Kita pasti mati, semua orang pasti mati, yang sihat atau yang sakit, majikan atau pekerja, yang kaya atau yang miskin dan siapa pun orangnya pasti akan mati.

“Berbuatlah sesukamu, sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu itu” ertinya sebaliknya, bahwa kita justeru jangan berbuat sesuka kita, karena kita pasti di balas menurut perbuatan kita. sebagaimana yang difirmankan Allah SWT. di dalam Al-Qur’an surat Al-Zalzalah ayat 7-8 yang artinya:

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”

Oleh sebab itu berbuatlah sesuai dengan apa yang difirmankan oleh Allah SWT. yang tercatat di dalam Al-Qur’an dan bersikap sesuai dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. yang tercatat di dalam Al-Hadits

“Cintailah siapa saja yang engkau kehendaki, tetapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya” artinya adalah kita jangan berlebih-lebihan dalam mencintai sesuatu kerana kita pasti berpisah dengan apa yang kita cintai itu, dan jangan berlebih-lebihan dalam mencintai sesuatu itu sehingga mengalahkan cinta kita kepada Allah dan Rasulnya. sebagaimana yang di firmankan Allah SWT. di dalam Al-Qur’an surat At-Tawbah ayat 24 yang maksudnya:

Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya".

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Ali-Imran (3): 31)

Saudara-saudaraku sekalian, malaikat Jibril mengatakan nasihatnya yang terakhir adalah “Ketahuilah bahwa kemuliaan seorang mukmin itu karena shalat malamnya, dan kebesarannya adalah tidak perlunya (zuhud) kepada sesama manusia”.

Subhanallah, ini baru secara sederhana kita menelaah sebuah nasihat yang agung yang disampaikan dalam urutan yang saling berkaitan antara yang satu dengan yang lainnya, ia seperti suara yang menghentak-hentak, menyadarkan siapa saja yang lalai. Dan mudah-mudahan kita tersadarkan, dan mengoreksi kembali apa-apa yang telah kita lakukan dan yang akan kita lakukan.

Sumber:http://abuluthfia.multiply.com/

Menjelang PRK Bagan Pinang, lima tahanan ISA dibebaskan.

http://4.bp.blogspot.com/_smqYkdSLv2E/Sh7DJrohiqI/AAAAAAAABZk/wZfk-okYHz8/s400/DSC_0043%5B1%5D.JPG

(Mat Sah Mohamad Satry antara nama yang disebut akan dibebaskan)

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang, lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilaporkan akan dibebaskan hari ini.

Ia sama seperti pembebasan pemimpin utama pertubuhan Hak Asasi Hindu (Hindraf), menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein sekeras-kerasnya menafikan pembebasan kali ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil.

Namun sehingga berita ini ditulis, Gerakan Mansuh ISA (GMI) masih menunggu janji pembebasan lima tahanan tanpa bicara ISA, sebagaimana yang diumumkan Hishamuddin pagi tadi.
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh petang tadi, menjelaskan bahawa pihaknya sendiri hanya mendapat pengkhabaran itu dari media masa, bukannya pihak berwajib secara rasmi.

"Tidak ada lagi pihak polis menghubungi kami (GMI). Tapi, saya telah dihubungi oleh Norlaila (isteri kepada tahanan, Mat Sah Mohamad Satry) dan dia memberitahu pihak polis tidak menghubunginya untuk beritahu bila dibebaskan dan di mana pembebasan itu berlaku."

Bagaimana pun, kalau pembebasan itu merujuk kepada tahanan yang dituduh anggota Jamaah Islamiyyah (JI), Ibrahim menjelaskan ianya terdiri oleh enam orang, rakyat Malaysia; bukannya lima orang.

Puan Norlaila Othman, suami Mat Sah yang juga aktivis GMI sendiri gagal dihubungi kemudiannya, untuk mengesahkan hal demikian.

Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin membuat pengumuman tersebut setelah mendapati kelima-lima tahan terbabit telah insaf.

Pembebasan itu dikatakan juga sempena meraikan Hari Raya Puasa, tidak lama lagi. Selain tahanan lapan tahun, Mat Sah, Pensyarah Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr. Abdullah Daud dipercayai khalayak turut dibebaskan.

Baki yang lain adalah Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah; masing-masing ditahan di bawah akta yang dikatakan zalim itu sejak 30 Mei 2007.
Sumber:Harakahdaily

Monday, September 14, 2009

Haniyyah(Perdana Menteri Palestin) Imam Tarawih Kegemaran Ramai di Gaza


Luar biasa sosok Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyyah ini. Peribadinya benar-benar hadir, dekat, dan dicintai sepenuh hati oleh rakyatnya. Tak hanya itu saja, Haniyyah juga menjadi imam tarawih kegemaran bagi masyarakat Gaza selama bulan Ramadhan.

Banyak masyarakat Gaza yang sengaja mengikuti solat tarawih dengan pergi ke masjid yang diimami oleh Abu al-'Id Ismail Haniyyah, sang Perdana Menteri. Seperti halnya Abu Adham (42), salah satu penduduk Gaza, yang mengaku setiap malam-malam Ramadhan selalu berusaha untuk mengikuti solat tarawih yang diimami oleh Haniyyah.

"Saya suka bacaan al-Qur'annya yang tartil dan indah, meresap ke dalam hati," aku Abu Adham.

Sejak Haniyyah menjawat sebagai Perdana Menteri sejak 2006 silam, dirinya memang sering mengimami solat, termasuk solat tarawih. Aktiviti mulia ini tidak ia tinggalkan meski pun dirinya sudah menjadi PM Palestin. Bahkan, masyarakat Palestin, khususnya Gaza, sangat senang bila yang menjadi imam solat mereka adalah Haniyyah.

"Semua orang sangat suka berjemaah di belakangnya, mulai dari anak-anak, pemuda, kaum wanita dan para orang tua. Suaranya khidmat," aku Mu'adz, pemuda Gaza yang juga selalu "berburu" tarawih yang diimami oleh Haniyyah.

Jika PM Haniyyah mengimami jemaah di sebuah masjid, maka dapat dipastikan jama'ahnya sangat banyak, melimpah hingga ke luar dan jalan-jalan.

"Meski sesak dan penuh, tapi saya sangat suka diimami oleh Haniyyah. Saya suka suaranya yang mampu menghadirkan nuansa khidmat dan damai," aku Haji Abu Sa'd (72).

PM Haniyyah memang fasih dan bagus bacaan al-Qur'annya. Ia mendapatkan ijazah qira'ah Imam Hafsh dari Ashim dari Rasulullah dari Syaikh para Qari' Palestin di Gaza Abdur Rahman al-Jamal, yang juga meraih gelaran doktor qira'at dari Makkah al-Mukarramah.

Sumber:http://satuumat.blogspot.com

AKU BENCI JUMUD !!


Dr Yusuf Al-Qaradawi : tokoh ulama yang tidak jumud di abad ini


AKU BENCI JUMUD !!

“Kenapa kau nak ajak orang kafir tu pula buka puasa?” seorang tua melenting.

Inilah berkat didikan Islam cara UMNO – laknatullah alaihim ajmain. Islam pada UMNO, hanya melibatkan melayu sahaja. Kalau orang bukan Islam mahu terlibat sama dalam program-program keagamaan orang Islam, itu dilihat seperti menyesatkan.

Pemikiran sesat ini berlaku juga kepada sebilangan orang yang mendokong gerakan Islam. Islam dengan cara jumud yang difahami ini, menyebabkan Islam tidak berkembang.
Lihatlah Saidina Omar yang memerintah. Masakan berbuka puasa, pertemuan dalam Gereja pun sanggup dihadiri oleh Saidina Omar. Diceritakan ketika kedengaran laungan azan Asar di Baitul Muqaddis, Saidina Omar yang ketika itu berada dalam gereja telah meminta izin dari pihak paderi untuk menunaikan solat di beranda luar gereja. Paderi mencadangkan agar beliau menunaikan solat di dalam gereja sahaja, bahkan pihak gereja sanggup menyediakan tempat penunaian solat.

Omar bin Al-Khattab menolak, sambil berkata;

”saya bimbang gereja ini akan menjadi masjid, jika saya menunaikan solat dalam gereja ini”

Inilah sikap keterbukaan yang wujud dalam diri Omar bin Al-Khattab. Beliau tidak pernah menjadikan perbedaan agama sebagai penghalang untuk beliau bersama-sama, berbual-bual dan bersembang dengan sesiapa sahaja.

Justeru, tidak hairanlah Omar bin Al-Khattab berjaya mengislamkan banyak jajahan dunia. Islam berkembang hebat pada zaman Omar. Islam di zaman Omar, tidak sekadar di tanah arab, malah sudah merebak ke bumi ’Ajam, farsi dan afrika.

Semuanya disebabkan ”ketidak jumudan” omar dalam menafsirkan Islam. Jika Islam ini ditafsirkan dalam bentuk yang jumud, tidak hairan, Islam susah hendak berkembang.

JUMUD DALAM STRATEGI DAKWAH

Ada sebilangan pendakwah sendiri, mereka lebih suka memerhatikan islam dari sudut fiqh sahaja, padahal disebalik hukum fiqh itu, terkandung seribu satu maqasid dan siyasah.

Apabila fiqh dirujuk, tanpa memerhatikan maqasid dan siyasah yang terkandung dalam fiqh tersebut, menyebabkan Islam ini dilihat seperti keras, dan susah untuk diterima oleh kaum lain. Tindakan sebeginilah disebut jumud dalam strategi dakwah.

Pemikiran negara hukum menyebabkan ramai yang menolak Islam. Tetapi, pemikiran negara maqasid hukum, amat mudah dijadikan ikutan.

Para da’i perlu dididik dengan pemikiran dakwah, bukan pemikiran ahli fiqh. Jika mereka sudah menjadi ahli fiqh pun, dalam masa yang sama, mereka perlu mempunyai jiwa da’i. Ahli fiqh yang tidak ada jiwa da’i, menyebabkan Islam yang indah akan kelihatan hodoh.

Apabila sebut dakwah, sudah pasti mengandungi seribu satu strategi dalam menyeru manusia kepada Islam. Sabar menerima soalan-soalan susah, memberikan jawapan bernas, huraian-huraian yang mengandungi seribu satu hikmah dan sebagainya, perlu dijadikan asas bagi memahamkan mereka tentang Islam.

Tetapi, jika tidak bersedia menerima soalan-soalan susah, di situ sudah terdapat kegagalan yang paling utama, dalam menyeru manusia kepada Islam. Jika soalan-soalan susah pun sudah tidak bersedia dihadapi, masakan berjaya memberikan jawapan bernas dan huraian-huraian yang mengandungi seribu satu hikmah.

Perbedaan agama menjadikan punca pertembungan merupakan tindakan yang terlalu bodoh. Sebaliknya, tindakan yang paling cerdik adalah, mencari titik kesamaan terlebih dahulu, dan menyatakan kemudahan itu lebih banyak berbanding perkara yang susah dalam agama.

Mahukan keadilan, bencikan kezaliman merupakan ”titik kesamaan” antara muslim dan non Muslim. Jadikannya sebagai alat utama dalam melakukan pendekatan.

Apabila sudah dekat, perkara hukum jangan dijadikan bahan utama yang dibicarakan, tetapi jadikan maqasid hukum sebagai perbicaraan penting. Nyatakan, bahawa unsur kasih sayang, keadilan sejagat, didikan dan sebagainya wujud dalam sebarang keputusan hukum didalam Islam. sebarang keputusan yang tidak berlandaskan kepada maqasid-maqasid ini, itu bukan hukum Islam.

Jika ini berjaya dijelaskan dengan penuh berhikmah, tidak hairan mereka akan menerima Islam. jika tidak memeluk Islam pun, mereka akan menyatakan islam adalah agama yang baik dan wajib diberi sokongan.

PANDAI MELIHAT EMOSI MAD’U

Emosi mad’u juga perlu diambil kira dalam dakwah. Di kala mad’u bencikan UMNO, bercakap mahu berkawan dengan UMNO adalah tindakan yang tidak cerdik.

Justeru, dikala mad’u bencikan UMNO, ucapan yang paling baik adalah ucapan yang melahirkan “sialan” terhadap UMNO. Jika tetap juga bercakap tentang persahabatan dengan UMNO, ia melahirkan kerugian dalam dakwah yang teramat sangat.

Ini merupakan lumrah manusia yang beremosi benci. Apabila mereka membenci sesuatu perkara, kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dibenci pun, sudah dinilai sebagai keburukan. Lebih-lebih lagi, jika orang yang dibenci masih lagi kekal dengan cara hidup yang menyebabkan orang membencinya.

Tidak pandai menilai emosi mad’u, merupakan tindakan orang yang jumud dalam strategi dakwah. Justeru, orang yang jumud ini amat susah melahirkan kejayaan dalam dakwah Islamiyyah.

Jika mereka bersifat jumud, Islam yang diperjuangkan, akan kekal disekitar orang Islam sahaja, dan bersifat bertahan, tanpa wujudnya tersebar kepada orang lain. Mereka akan mempunyai pengikut yang kuat, tetapi pengikut mereka susah untuk bertambah.

Justeru, da’i yang berjaya mesti mempunyai kepandaian dan kerajinan. Kepandaian dari sudut strategi dan tidak jumud, dan kerajinan dalam usaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan dakwah.

Tanpa kedua-dua perkara ini, sampai bila-bila pun Islam akan disinonimkan dengan orang melayu. Tetapi, jika ada kedua-dua perkara ini, ‘Islam for All’ pasti akan terbukti.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Sumber:Al-Bakistani

"Aku akan rogol kau Rodziah" ke balai polis

Image



















SHAH ALAM, 13 Sept: "Aku akan rogol kau, Rodziah!" adalah antara kata-kata cabul yang dihamburkan terhadap Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail ketika majlis dialog antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan kerajaan Selangor 5 September lalu.

Dalam kenyataannya ketika membuat laporan polis semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu menceritakan, beliau telah dihamburkan pelbagai kata-kata cabul lain oleh mereka yang mencetuskan kekecohan dalam dialog yang di adakan di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu.

"Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah 'jalang!', 'Rodziah mengalahkan pelacur!', 'pelacur lebih baik dari kau!', 'babi!', 'sundal!', 'kau jangan bersuara, Rodziah!', (dan) lemparan kata, 'aku akan rogol kau, Rozdiah!'," kata beliau.

Rodziah membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini, kira-kira pukul 12 tengahari semalam iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.

Turut serta memberikan sokongan moral kepada beliau adalah Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh, anggota Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan rakan exco beliau, Elizabeth Wong.

Menurut Rodziah, selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.

Beliau menyifatkan kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah.

Kepada beliau, tindakan kumpulan itu jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.

"Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya.

"Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam," katanya.

Menurut Rodziah, bukan hasrat beliau untuk memanjangkan isu tersebut kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan membuat laporan polis itu dibuat kerana kegusaran tentang keselamatan dirinya, keluarga serta pegawainya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.

"Kerisauan saya ialah, jika saya seorang Adun dan Exco Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?," katanya.

Bagi Rodziah, kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.

Kekecohan telah ditimbulkan oleh mereka yang bertindak liar itu sepanjang sesi penerangan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Datuk Bandar Shah Alam dan Rodziah sendiri sebagai Adun Batu Tiga.

Ketika dihubungi Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan.

Dua lagi laporan polis telah dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Ahli MBSA, K. Uthayasoorian.
Sumber:Harakahdaily

Friday, September 11, 2009

Ceramah Badar Al Kubro


CERAMAH BADAR AL KUBRO

Tarikh: 12 September 2009 (Sabtu)
Tempat: Markaz Pas Pengkalan Pegoh,
Desa Pengkalan Indah, Ipoh
Jam: 8.30 malam
(Solat Isyak dan Tarawih)

Semua dijemput hadir

* Sila bawa sejadah bersama

Thursday, September 10, 2009

Bagaimana untuk menghadapi malam LAILATUL QADAR: Malam Lebih Baik Dari 1,000 Bulan!

Tolonglah jangan menghina Al-Quran seperti ini!!!

http://3.bp.blogspot.com/_Iv3R6_w1SVw/Sqg7jIhAwfI/AAAAAAAAB8Q/QpDYgBQDXxQ/s400/rosmahbacaquran.jpg

Firman ALLAH S.W.T:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An-Nur ayat 31)

Wednesday, September 9, 2009

Hakim sahkan artikel 72, Nizar MB yang sah!!!

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Malah DPPN Pk amat bersetuju bahawa Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 Exconya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 Exconya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.
DPPN Pk juga amat berkeyakinan bahawa Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah dibuat di luar DUN Perak.

DPPN Pk meragui keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, DPPN Pk amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Eksklusif: Pemimpin Pakatan Rakyat Perlu Serius Bagi Mengesa Suruhanjaya Pilihanraya Batalkan Kaedah Undi Pos Dalam Pilihanraya Di Malaysia !!

[undipos.jpg]


Pemimpin Pakatan Rakyat diminta bertegas dalam isu undi pos dalam setiap kali pilihanraya di negara ini. Ini kerana secara logiknya, undi pos adalah menjadi penyelemat kepada mana-mana pemimpin BN yang nasib mereka tinggal nyawa-nyawa ikan.

Oleh itu, desakan supaya undi pos dibatalkan terutamanya bagi kalangan anggota tentera dan polis adalah penting jika kita mahu melihat kesinambungan pilihanraya yang adil dan saksama terlaksana. Pakatan Rakyat perlu mendesak dan membawa memorandum kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai jalan penyelesaiannya.

Mereka tidak harus berjuang sekerat jalan sahaja jika mahu melihat keadilan dapat ditegakkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelangnya pilihanraya umum akan datang. Rasionalnya undi pos ini perlu dihapuskan ialah kerana zaman ini adalah satu era teknologi maklumat dan bukannya zaman nenek moyang kita dahulu kala yang memerlukan undi pos bagi mengelakkan anggota polis dan tentera membuang undi secara biasa untuk mengawal keselamatan negara.

Kini, mereka boleh mengundi tanpa halangan dan masalah, makanya adalah lebih elok undi awam dilaksanakan segera untuk mengelakkan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selama-lamanya.Rakyat terus ditipu dengan satu kemenangan yang "tidak adil" sebenarnya. Ramai pemimpin UMNO yang menang hasil "manipulasi" undi pos sebenarnya. Malah, Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah diselamatkan oleh undi pos pada pilihanraya umum ke-10 dulu.

Beliau yang tewas dengan kiraan asal kepada calon PAS di Parlimen Pekan ketika itu, akhirnya menang dengan kelebihan 241 undi selepas satu peti undi pos tiba lewat malam hari pengiraan tersebut. Bukankah ini sesuatu yang cukup memusykilkan sebenarnya. Tambah mengejutkan SPR pula didapati telah bersekongkol dengan Najib bagi memastikan pemimpin itu menang dalam setiap kali pilihanraya selepas ini.

Modus operandi yang digunakan ialah dengan mengadakan persempadanan semula kawasan pilihanraya. SPR telah memasukkan kawasan undi pos tentera di Kem Batu 10, Kuantan ke dalam Parlimen Pekan. Kawasan itu jelas terletak dalam daerah Kuantan dan berada dalam Parlimen Paya Besar yang diwakilik oleh Siti Zaharah Sulaiman ketika itu.

Tindakan SPR ini menyebabkan Najib akan menang selesa dalam setiap kali pilihanraya diadakan, kerana kawasan tentera itu mempunyai lebih dari 10 ribu pengundi pos yang berdaftar. Bagi menghalalkan kaedah mereka, SPR telah mewujudkan satu lagi DUN dalam Parlimen Pekan yang dikenali sebagai DUN Pulau Manis.

Bukankah ini semua bukti jelas satu pakatan licik SPR untuk memastikan kemenangan besar Najib Razak yang ketika itu adalah Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.

Tindakan yang dilakukan oleh SPR ini adalah jelas sekali satu perbuatan khianat terhadap pemimpin yang sudah ditolak rakyat sebenarnya. Undi pos berjaya memastikan Najib Razak terus berkuasa di Parlimen Pekan, biarpun beliau sebenarnya sudah ditolak secara total oleh rakyat di kawasan itu. Apakah kita harus melihat perkara ini terus berlaku tanpa satu tindakan serius untuk menghalangnya.

Banyak lagi kawasan tentera yang memenangkan pemimpin UMNO yang sudah "tidak laku" sebenarnya. Malah, kemenangan Khairy Jamaluddin terhadap Chegu Bard di Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum ke-12 dulu pun juga ada dikhaitkan dengan pengaruh undi pos tentera. Sebagai status "menantu PM" ketika itu, Khairy difahamkan telah mengarahkan SPR memasukkan undi pos tentera yang dicuri dari kawasan parlimen Teluk Kemang ke Rembau.

Hasilnya calon BN di Teluk Kemang telah tewas biarpun ada undi pos sebanyak 5,000 dan Khairy menang di Rembau. Maka itu, hari ini disaat pilihanraya kecil DUN Bagai Pinang yang terletak dalam Parlimen Teluk Kemang itu bakal kita saksikan. Maka, sudah pastu undi pos tentera sekali lagi akan menjadi cabaran besar buat Pakatan Rakyat. Ini kerana terdapat maklumat bahawa undi pos, sama ada polis atau tentera sebenarnya telah dibuat secara tidak telus dan penipuan semata-mata.

Kebanyakan undi pos telah dibuat oleh pegawai tertinggi kem-kem terbabit dan bukan pengundi berdaftar berkenaan. Malah mereka tiada hak untuk membuat sebarang bantahan atau sebagainya. Justeru itu jugalah kita melihat bahawa banyak undi pos tentera berpihak kepada BN sepenuhnya. Ini kerana bukan pengundi pos terbabit yang mengundi, tetapi telah ada pegawai hantu yang melakukan tugasan tersebut untuk mereka. Apakah ini satu keadilan dan ketelusan yang diperkatakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selama ini sebenarnya?.

Sumber:http://pahangdaily.blogspot.com

Tuesday, September 8, 2009

Umno ganti Takbir kepada 'Take Beer', mana pergi mufti-mufti ini?



http://www.islam.gov.my/cms/upload/kpa/hvilla1.gif


Allahhuakbar. Allah Maha Besar. Inilah kalimah suci yang setiap muslim sebut sebagai takbir yang dipermainkan oleh puak-puak UMNO untuk menyerang pakatan rakyat terutama PAS.

Sehingga begitu sekali kedangkalan mereka terhadap sensitiviti agama Islam yang suci ini. Dimana ustaz-ustaz dan ustazah UMNO yang lebih hadhari?

Di mana mufti-mufti yang lantang menegakkan perkara remeh, sedangkan perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

Ini dibuktikan dengan gambar demonstrasi kepala lembu yang dibawa ke Pejabat SUK Selangor tempoh hari. Apa kena mengena isu kuil dengan "banner" TAKE BEER yang dipamerkan semasa demontrasi tersebut? Kain rentang itu juga ditulis dengan sebutan 3 kali iaitu TAKE BEER, TAKE BEER, TAKE BEER.

Bukankah ini sebahagian kata-kata untuk mencemarkan kalimah suci takbir itu sendiri? Allahhuakbar. Jahilkah mereka ini dengan agama Islam?

Di manakah pemimpin mereka yang mendidik mereka dengan jiwa Islam? Benarkah mereka ini (ahli UMNO) dididik dengan Islam yang dibawa oleh Rasullullah? Allahhuakbar, Allahhuakbar. Allahhuakbar.

Insafilah sebelum Allah menurunkan bala di bumi Malaysia ini. Jangan pula pada ketika itu puak-puak jahil ini menjadi lebih jahil dari sebelumnya.

Ini salah satu contoh kesan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO Malaysia. Islam Hadhari itu sendiri mati ketika pemimpinnya bertukar ganti. Islam yang dibawa Rasullullah kekal segar selamanya bukan sekadar slogan yang dicipta itu.

Wahai puak-puak yang mempermainkan kalimah suci Allah ini. Kalimah ini bukan milik Pas tetapi sedarlah ia milik Allah S.W.T. Kalimah suci ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dipersendakan.

Kebanyakkan ahli dan penyokong PAS bertakbir kerana ianya sebahagian daripada satu cara hidup.

Kekuatan mereka dijana oleh kekuatan yang ada dengan kalimah takbir ini. Anda pula mempersendakannya. Anda juga Islam.

Tetapi benar kata Rasullullah bahawa dalam Islam juga wujud golongan munafik dan fasik. Adakah dan hendakkah kalian yang mempersendakan kalimah Allah ini berada dalam dua golongan itu? Tepuk dada tanya iman.

Kepada penyokong atas pagar dan penyokong tegar UMNO Be End ini, sedarlah dari kealpaan anda. Beralihlah kepada kumpulan yang menegakkan kebenaran dan kelangsungan hukum Allah.

UMNO Be End bukanlah pilihan terbaik untuk mengembalikan Hak Allah dibumi Malaysia ini. Pakar-pakar agama Islam dalam UMNO Be End ternyata lemah dan gagal untuk menjadikan negara Malaysia ini menegakkan Hak Allah sepenuhnya.

Kuasa adalah kekayaan mereka. Ingatlah anda akan ditanya apakah tindakan anda menegakkan agama Allah didunia ini kalau bukan melalui undi anda. Hanya melalui undian kita boleh merubah segalanya.

Ingatlah Allah Maha Adil walaupun Dia menghumbankan kita ke nerakaNya.
Sarjana Tua,KL.

Sumber:Harakahdaily

Skandal PKFZ: Penglibatan Umno cuba ditutup

http://www.laksou.net/main/uploads/images/Political%202/09aPKFZ.jpg
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Demi menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tengahari tadi mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.

"(Antaranya) membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut," jelasnya.
Bercakap pada sidang media di Pejabat Agong PAS, Mahfuz turut menjelaskan, Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB.

Image"Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor," kata Mahfuz.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas," kata Mahfuz lagi.

Dakwa Mahfuz, kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi," dakwanya.

Beliau juga mempertikai keputusan Najib yang mengarahkan Pasukan Khas yang dibentuk PKA sendiri supaya membentangkan laporan lengkap skandal PKFZ itu dalam Kabinet Rabu ini.

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui," katanya.

Turut menyertai Mahfuz, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehuddin Ayub.

Julai lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid berjanji untuk menyerahkan laporan lengkap berhubung skandal PKFZ sebelum sidang Parlimen depan.

Dalam kenyataannya, Azmi mengakui 405 ektar tanah yang menempatkan gudang, blok, pejabat dan hotel bertaraf empat bintang itu menjadi pertikaian khalayak sejak 2003, apabila kos pembangunannya RM2.5 billion telah melambung pada RM4.6 billion secara misteri.

Disebabkan itu, Azmi sendiri meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membuat apa-apa penjelasan, sehinggalah siasatannya selesai.

Dalam pada itu, Azmi bersama-sama Abdul Ghani memanggil dua bekas Menteri Pengakutan Tun Dr. Ling Liong Sik (berjawatan 1986-2003) dan Datuk Chan Kong Choy (berjawatan 1 Julai 2003- 18 Mac 2008) untuk melengkapkan siasatan skandal tersebut, tetapi menafikan keterlibatan kedua-dua menteri terbabit dalam skandal itu.

Dalam pra laporan, Azmi telah memanggil lima syarikat yang disyaki, termasuk PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dikatakan khalayak mendalangi skandal rasuah PKFZ tersebut.

Timbalan PAC yang juga Ahli Parlimen Kepong/Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Tan Seng Giaw pula sebelum ini turun mendapatkan keterangan daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional terbabit yang lain; seperti Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail, Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung (MCA) dan sebagainya.

Sumber lain melaporkan bekas Menteri Pengangkutan sebelum ini, Tun Dr. Ling Leong Sik (mantan Presiden MCA) dan Tan Sri Chan Kong Choy juga pernah dikatakan terbabit melindungi watak-watak misteri di sebalik skandal PKFZ dari tahun 2003 hingga 2006.

Isu skandal PKFZ yang berleluasa sejak penghujung 1990an lalu kembali menggamit perhatian khalayak apabila Najib sedaya upaya cuba menutup dakwaan berani Tiong ke atas Presiden MCA Ong Tee Kiat baru-baru ini; bahawa MCA mendapat kepentingan RM10 juta dari faedah PKFZ.
Sumber:Harakahdaily

Monday, September 7, 2009

Jangan Lepaskan Malam Lailatul Qadar!!!!Peluang tak datang tiap-tiap hari.

"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.

Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: "Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh..."

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat."

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

Oleh Idris Musa
Sumber:http://serikasih.blogspot.com

Ketuanan Melayu The Movie.

[champiang.jpg]

Ulasan:Filem ini mengisahkan sekumpulan Melayu yang bersemangat waja menegakkan 'Ketuanan Melayu'. Berbekalkan semangat Asobiyah yang kuat mereka tidak gentar menghina kaum mahupun agama-agama lain.(Larangan!! jangan contohi kelakuan ini dirumah kerana boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH,lebih-lebih bulan puasa ni)

Sumber Gambar:Mr kolumpo

Saturday, September 5, 2009

Kau Yang Satu (ALLAH Yang Maha Esa)



N'N':Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim

Syurga bukan bagi golongan yang amalkan Islam ala tong sampah

Sekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran Nabi kita dan mendalami ilmu Tauhid yang sebenar-benarnya, mereka tidak akan melenting apabila mendengar kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyatakan Islam UMNO tidak akan ke syurga.

Kita kena ingat dan fahami bahawa Nabi diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan perkara yang benar dan menolak segala fahaman yang sesat dan amalan yang berbentuk kemungkaran kepada Allah.

Allah telah menjanjikan syurga bagi hambanya yang bertaqwa sahaja. Kena ingat, seseorang yang beriman belum tentu dia seorang yang bertaqwa tetapi seseorang yang bertaqwa sudah pasti dia seorang yang beriman.

Taqwa akan lahir setelah manusia benar-benar beriman kepada Allah dengan menolak segala perkara yang berbentuk mungkar, zalim dan sesat.

Seseorang wanita yang menutup aurat mungkin seorang yang beriman tetapi belum tentu dia seorang yang taqwa sekiranya akhlak dan perjuanganya lari dari apa yang diajar oleh nabi kita. Apatahlagi dia menutup aurat bukan kerana Allah tetapi hanya ingin menunjuk-nunjuk saja atau cara penutupan auratnya tidak sempurna seperti yang ditetapkan oleh Allah.

Balasan bagi wanita yang dedahkan aurat telah dijelaskan dalam peristiwa israk dan Mikraj, mengapa masih tidak insaf? Malahan suami atau bapa-bapa mereka juga akan diazab kerana cuai menjalankan amanah Allah supaya anak-anak perempuan atau isteri mereka menutup aurat.

Membina masjid dan Pusat tahfiz mungkin mereka nampak beriman tetapi belum tentu mereka golongan yang betaqwa sekiranya dalam masa yang sama mendirikan dan meluluskan kilang arak, judi dan pusat maksiat yang lain.

Golongan yang memberi rumah dan wang kepada rakyat mungkin mereka beriman tetapi belum tentu mereka itu bertaqwa sekiranya dalam masa yang sama merobohkan rumah dan merampas tanah rakyat secara paksa dan zalim serta menipu harta rakyat seperti rasuah.

Mengadakan Tilawah Al Quran dan hafazan dan dalam masa yang sama menolak dan menghina hukum-hukum Allah tidak mencerminkan mereka golongan yang taqwa. Semua perbuatan ini tidak melayakan mereka untuk masuk syurga Allah kerana Nabi tidak mengajar Islam cara begitu. Yang Nabi ajar ialah melaksanakan yang makruf dan menghapuskan kemungkaran bukan dua-dua sekali dibuat serentak.

Islam Nabi bukannya Islam yang diumpamakan seperti tong sampah yang bercampur-gaul semua perkara. Tapi islam inilah yang diamalkan oleh UMNO dulu, kini dan selamanya. Jadi nak masuk syurga macamana? Itulah Islam sesat dan songsang.

Menyokong atau mengundi golongan yang jelas melaksanakan Islam ala tong sampah adalah sia-sia. Hanya golongan yang tidak boleh menerima kebenaran saja yang akan menentang kenyataan Nik Aziz itu.

Ingatlah, sokong PAS belum tentu masuk syurga tetapi sokong UMNO cerah ke neraka. Orang Solat belum tentu ke syurga tetapi yang tak solat ada jaminan ke neraka. Wanita tutup aurat belum tentu masuk syurga tetapi yang dedah aurat pasti ke neraka. Inilah ajaran Nabi yang sebenarnya.

Kebendaan, kemewahan dan pembangunan tidak boleh mengubah hukum Allah. Oleh itu janganlah menyokong sesuatu pihak kerana melihat jalanraya, sekolah, hospital, masjid dan berbagai lagi dengan membelakangkan syariat Allah.

Untuk menjamin mendapat lindungan Allah kelak, pasti hukum atau syariat Allah dulu perlu diutamakan dan diletakkan dihadapan.

Kalau dengan wang RM300 hati sudah lemah untuk memilih atau menyokong golongan yang jelas melakukan kemungkaran kepada Allah, melakukan kezaliman dan penipuan, jelaslah iman dan taqwa telah Allah cabut dari hati mereka itu. Wallahualam.

Tok Janggut,Marang.
sumber:Harakahdaily

Perosak masyarakat?

Penguasa

http://keadilanbatu.files.wordpress.com/2008/09/najib.jpg




Ulama'-Ulama' mereka



(Fatwa yang dikeluarkan hanya untuk kepentingan Penguasa)

Orang-orang yang memegang Amanah


(Mereka ini tidak amanah dengan jawatan yang dipegang)

Mereka yang di zalimi,di nafikan hak,di sepak terajang




"Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rosaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa." [HR Abu Na’im]

"Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zhalim. Barangsiapa percaya kepada kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk syurga." [HR Tirmizi]

Dalam hadis di atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menerangkan bahawa penguasa itu ada yang baik dan ada pula yang buruk. Begitu pula ulama itu ada yang baik dan ada yang buruk (ulama su‘). Lebih tegas lagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan dan mengingatkan kita bahawa ulama su’ ini adalah seburuk-buruk manusia,

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.; "Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [HR al-Baihaqi]

Dari ‘Adi Ibnu ‘Amirah al-Kindi r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:’Sesiapa yang kami angkat di antara kamu memangku suatu jabatan, lalu disembunyikannya terhadap kami sebuah jarum atau yang lebih kecil dari itu, maka perbuatannya itu adalah penggelapan. Dia akan datang pada hari kiamat membawa barang yang digelapkannya itu.”
(HR Muslim)

N'N':Mereka ialah golongan yang menurut hawa nafsu.Mengumpul kekayaan dunia dan melupakan hari akhirat.Hak-hak rakyat dinafikan malah Hak-hak ALLAH tuhan yang Maha Esa juga dinafikan.Mereka tidak segan silu mengkotak katikkan hukum-hukum ALLAH. Marilah bersama-sama kita bersatu menentang kezaliman puak-puak munafik ini supaya kita terselamat diakhirat yakni tempat bermastautinnya kita nanti dan ingatlah kita semua adalah warga akhirat......