yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, September 25, 2009

WASIAT BERGUNA BUAT PARA PEJUANG-PEJUANG ISLAM.

http://muhammadridwanto.files.wordpress.com/2008/01/almarhum-dato-fadhil-nor.gif


Kita hendaklah selalu berubah seperti air yang mengalir.

Bila air berada dilangit ia akan berubah turun menjadi hujan lalu memberi kehidupan kepada haiwan dan tanaman.

Bila berada diatas, air akan mengalir ke lurah dan sungai lalu membersihkan sungai-sungai dari kotoran sampah.

Jangan jadi air yang bertakung, kerana air yang bertakung tidak berubah, air yang bertakung tidak suci dan akan menjadi kotor dan menjadi penyebab kepada penyakit..

Almarhum TG Datuk Hj Fadhil Mohd Noor

Politik UMNO Vs Politik PAS

Seperti yang kita semua sedia maklum sistem politik di Malaysia adalah sistem politik yang difotokopi dari sistem politik ala British. Kita harus menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara bekas jajahan penjajah seperti British dan Jepun.

Namun begitu Malaysia dikatakan lebih banyak dipengaruhi oleh British berbanding Jepun. Penjajah sememangnya mahukan negara dibawah jajahan mereka mengikut sistem pemerintahan seperti mereka.

Maka lahirlah pemerintahan bercirikan sekularisme di Malaysia.Politik di Malaysia adalah contoh sistem politik sekular yang diadaptasi dari Barat.Namun begitu politik di Malaysia kini tidaklah mengikut tepat sistem politik Barat ini kerana sistem politik di Malaysia telah banyak diekplotasi oleh pemerintah yang hampir 50tahun lebih memegang tampuk pemerintahan yang pada mulanya diterajui Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.

Kepincangan ini bermula dengan penguasaan kerajaan terhadap badan-badan yang sepatutnya bebas seperti badan kehakiman, media massa dan kuasa ‘legislative’. Ini bagi membolehkan kerajaan pemerintah sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa tanpa dipantau mana-mana badan yang bebas.Namun hakikat sebenarnya sistem Demokrasi telah memisahkan kuasa-kuasa itu supaya demokrasi dapat dilakukan dengan sempurna.

Namun sedarkah kita sistem politik Barat ini sebenarnya dicedok dari sistem Islam yang syumul yang telah lama dipraktikkan oleh Pemimpin agung kita Nabi Muhammad S.A.W semasa pemerintahan Nabi S.A.W Baginda telah memisahkan kuasa baginda diantara politik, kehakiman dan pentadbiran berlandaskan nas-nas dari Al-Quran dan as-Sunnah.

Firman ALLAH S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(Surah Al-Maidah ayat-8)

Baginda sendiri tidak mempunyai kuasa terhadap hakim yang dilantik walaupun Baginda sendiri terlibat didalam penghakiman. Sistem ini diteruskan dan dipraktik oleh pemerintahan Khalifah Islam. Oleh kerana sistem politik Islam ini dilihat Barat sangat bersistematik, sistem ini telah diambil dan diguna pakai oleh British tetapi mereka mengubahnya kepada sekularisme dan kemudiannya diguna pakai pula oleh negara bekas jajahan mereka termasuk Malaysia sendiri.
Politik Islam adalah berbeza sama sekali dengan politik ciptaan kufur ini kerana politik Islam adalah berlandaskan kepada nas-nas dari Al-Quran dan As-sunnah manakala politik Barat hanya berlandaskan akal dan fikiran manusia yakni logik akal.Harus diingat sesungguh ALLAH Maha Pencipta lebih Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk ummat manusia.

Namun di Malaysia UMNO/BN yang hampir 50 tahun lebih memerintah Malaysia secara senyap dan bersistematik telah menguasai badan-badan kehakiman, polis, media massa dan kuasa ‘legislative’ yang sepatutnya bebas bagi menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat.

Dengan ini segala penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang dilakukan mereka seolah-olah tidak boleh diambil apa-apa tindakan. Terjadilah ketidakadilan kepada rakyat Malaysia. Ketikadilan yang berpanjangan ini membuatkan rakyat bangkit kerana perasaan marah terhadap pemimpin-pemimpin yang menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Wang rakyat dihabiskan untuk projek-projek mega yang langsung tidak memberi sedikit manfaat pun kepada mereka. Projek-projek mega ini hanya menguntungkan kroni-kroni dengan tender projek yang mereka dapat.

Kroni-kroni ini terdiri daripada anak-pinak dan saudara-mara mereka. Wang rakyat juga digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang hampir muflis dan tidak hairanlah mengapa hak-hak rakyat dinafikan.

Hak-hak pelajar untuk mendapat biasiswa dan hak-hak rakyat miskin untuk mendapat pembelaan sama sekali tidak terbela dek kerakusan mereka. Berikutan itu rakyat mula sedar dan mula bangkit menentang kerajaan UMNO/BN yang zalim,mengamalkan rasuah,kronisme,salah guna kuasa dan pemimpin-pemimpin yang tidak berakhlak.

Disini rakyat mula sedar hanya Politik Islam yang mampu mengubah keadaan ini sekaligus menjatuhkan Kerajaan zalim UMNO/BN yang mengamalkan Politik kotor dan jijik.

Maka muncullah Parti Islam Semalaysia(PAS) yang bertindak untuk menghapuskan politik kotor UMNO/BN ini. PAS telah menjadi peneraju kerana mengamalkan politik bersih yakni politik berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah.

PAS telah membuat pakatan dengan parti-parti politik yang mempunyai agenda keadilan dan kesaksamaan seperti Parti Keadilan Nasional dan DAP kerana PAS ingin menerapkan motto mereka iaitu ‘PAS Untuk Semua’ atau lebih tepat lagi ‘Islam Untuk Semua’.

Pakatan ini diberi nama ‘Pakatan Rakyat’ dan idea nama itu dicetuskan Presiden PAS sendiri yakni Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang. Pakatan ini telah mencapai matlamat PAS iaitu ‘Islam Untuk Semua’ apabila golongan Non-Muslim mula menunjukkan minat mendalami Islam dan ingin mempelajari Al-Quran apabila mereka nampak ciri-ciri keadilan dan kesaksamaan dalam Islam. Ini terbukti apabila ada pemimpin Non-Muslim dari Pakatan Rakyat yang bersemangat membaca petikan Al-Quran serta tafsirnya sewaktu siri-siri ceramah politik mereka. Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti kompenan didalam BN. Ini menampakkan politik Islam mampu menarik minat Non-Muslim kepada Islam.

Ini juga menjadikan Pakatan Rakyat semakin kuat dan berkesan.Umat Islam di Malaysia pula mula sedar tentang politik Islam yang PAS perjuangkan.PAS mula mendapat sokongan golongan-golongan muda yang dahagakan keadilan sekaligus ingin mermartabatkan agama Islam yang syumul selaras perjuangan Rasul junjungan Nabi Muhammmad S.A.W.

Kepimpinan Ulama mula dipandang tinggi.Ulama mula menjadi ikon golongan muda.PAS dilihat mereka parti Islam yang membawa wacana Politik bersama Dakwah dan Tarbiyah kepada ahli-ahlinya.Ini berbeza sewaktu berada dibawah kepimpinan Dato Asri Muda disuatu ketika dulu. PAS pada ketika itu lebih kepada agenda Kemanusiaan,namun akibat tentangan dari ahli-ahli PAS sendiri yang ingin memperjuangkan agama akhirnya mereka menolak usul Nasionalisme yang ingin dibawa Dato Asri Muda.

Tampuk kepimpinan telah digantikan dengan Ulama dan sehingga kini perjuangan PAS banyak dipengaruhi oleh perjuangan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna yang mengasaskan pergerakan Islam ‘IKHWAN AL MUSLIMIN’ yang mengambil peranan politik di Mesir. Namun akibat sepak terajang politik kotor pemimpin sekular Mesir banyak tindakan-tindakan zalim yang dilakukan terhadap ahli Ikhwan Muslimin,mereka telah dipenjara dan dihukum, pertubuhan Ikhwan Muslimin telah diharamkan dan termasuklah pembunuhan kejam terhadap pengasasnya Imam As-Syahid Hassan Al-Banna yang gugur sebagai syahid apabila beliau ditembak diluar banggunan Ikhwan Muslimin.

Namun begitu Ikhwan Muslimin tidak sesekali menyerah kalah walaupun pelbagai kezaliman yang harus mereka tempuhi, daulah Islamiyah tetap akan diperjuangkan kerana mereka yakin dengan janji syurga ALLAH terhadap umat yang berjihad menegakkan agamaNya.

Kita umat Islam di Malaysia seharusnya mengambil contoh perjuangan para Ikhwan,kita harus bersatu bersama PAS yang membawa agenda Politik Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan menjatuhkan UMNO/BN yang membawa politik kotor lagi mengotorkan.Takbir!!!

Kerajaan Haram Perak rompak bajet Kerajaan Pakatan Rakyat..


http://en.suarakeadilan.com/wp-content/uploads/2009/05/may7.gifhttp://1.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/Se5w1Gs03GI/AAAAAAAAEIk/uWJBjB9sEbk/s200/dtk+dr+zamri.JPG

IPOH, 24 Sept: PAS mempertikaikan dasar bajet kerajaan BN Perak kerana kerajaan yang ada tidak pernah menggubal sebarang bajet baru selepas Umno dan BN mempertikaikan bejat yang dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan BN Perak yang dibentuk secara kudeta tidak pernah meluluskan bajetnya sendiri.

Katanya, Bajet 2009 yang dibentang dan telah diluluskan dalam Persidangan DUN pada penghujung 2009 dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat.

Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang.

Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

Namun begitu sejak BN merampas kuasa di Perak, manakah dasar bajet yang telah diumumkan kepada rakyat? Inilah salah guna kuasa yang merupakan gambaran sebenar bahawa BN tidak mempuanyai kuasa yang sebenar dalam menggunakan Bajet 2009 yang telah diluluskan, kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sidang yang bermula pada 10 Nov 2008 itu menyaksikan Perbahasan Enakmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000, yang akhirnya diluluskan.

Masih segar dalam ingatan saya semasa perbahasan dibuat, ADUN BN memperlekehkan Bajet 2009 yang telah dibentang oleh MB Pakatan Rakyat. Antaranya menganggap sebagai Bajet Tin Kosong.

Akhirnya saya beranggapan BN telah "menjilat" ludahnya sendiri dengan menggunakan Bajet tersebut tanpa ada dasar khusus, apalagi gagal memanggil satu sidang sah untuk membentang satu bajet baru kalaulah benar bajet yang dibentangkan kami adalah tin kosong.

Malu, tidak bermaruah, tidak berprinsip itulah mungkin yang saya boleh andaikan dengan perangai pemimpin BN di Perak yang telah membelanjakan wang rakyat tanpa ada dasar khusus,katanya.

MB Perak Pakatan Rakyat semasa membentangkan bajet tersebut telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009, beritahu Khalil dalam kenyataannya.

Ini adalah antara apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini :-

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

Kerana itulah saya beranggapan bahawa BN telah menggunakan dasar Bajet 2009 yang diluluskan semasa Pakatan Rakyat memerintah, dan sebenarnya rakyat Perak menerima banyak perubahan dengan dasar bajet yang bertemakan kebajikan itu,katanya.

Sekiranya Bajet tersebut tidak mematuhi dasar yang telah diluluskan dalam pembentangan DUN tersebut berarti telah berlaku sekali lagi pelanggaran undang-undang setelah sekian banyak pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh BN di Perak, katanya.

Maka tidak ada jalan yang terbaik melainkan di bubarkan DUN Perak, dengan mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semua kerajaan yang sah di Perak, tegas beliau. _


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)