yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Saturday, August 29, 2009

kedatangan awal pendatang haram yahudi ke palestin



N'N':Atas ehsan penjajah British mereka memasuki Palestin tanpa redha rakyat Palestin dan menubuhkan negara haram Israel, kini mereka menjadi pembunuh rakyat-rakyat Palestin.

Mahasiswa desak Jamil Khir meletak jawatan



Putrajaya 29 Ogos 07:30a.m│Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) semalam menyerahkan memorandum kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mej. Jan. (B) Dato’ Jamil Khir Baharom agar menyelesaikan dengan baik isu Konsert Michael Learns To Rock (MLTR) dan isu sebatan ke atas Kartika Sri Dewi Shukarnor.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil dua kumpulan front mahasiswa tersebut kepada Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri terbabit di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri parcel D, Putrajaya kira-kira jam 4.00 petang.

MPMN,GAMIS

Memorandum itu diserahkan oleh wakil dua kumpulan front mahasiswa tersebut kepada Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri terbabit di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri parcel D, Putrajaya kira-kira jam 4.00 petang.

Dalam pada itu, konsert kumpulan muzik berkenaan dijangka diadakan pada 5 September ini bersamaan 15 Ramadhan dilihat mencemarkan bulan ramadhan dan di samping isu kontroversi melibatkan Kartika, wanita yang dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 kali oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan meminum arak.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS),Mohd Idris Yusof Al-Hafiz berkata tindakan senyap pihak Kementerian yang menjaga agama ini boleh menjadi barah yang mengundang ancaman kepada umat islam di negara ini.


“Sehingga hari ini, kita masih menanti jawapan yang tegas daripada Menteri ( Datuk Jamil Khir) itu sendiri berkaitan isu ini tetapi pihak kementrian yang menjaga agama islam hanya diam membisu seperti isu-isu agama islam sebelum ini”, ujarnya merujuk kepada isu status agama anak di bawah umur 18 tahun yang masih dipertikaikan sehingga ke hari ini.

Idris yang juga Presiden Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) juga menyatakan bahawa kedua-dua isu ini jika tidak ditangani dengan baik, akan menghasilkan satu gelombang mahasiswa yang mampu menjatuhkan kerajaan pada hari ini.

“Memorandum ini adalah hasil terjemahan ketidakpuasan hati kami dan kepada pihak Menteri yang menjaga agama ini, mereka perlu mengambil serius segala teguran dan desakan mahasiswa demi kepentingan umat islam yang semakin tercabar hari ini”, tegasnya.

Selain itu, pimpinan MPMN yang menggerakkan kempen memorandum itu turut hadir dalam penyerahan memorandum tersebut. Malangnya walaupun menteri ada di pejabat ketika peneyrahan memorandum itu, tetapi Setiausaha Sulit menteri terbabit tidak membenarkan wakil mahasiswa untuk menyerahkan memorandum terbabit.

Menurut pengerusinya, Mohd Ridhuan Mohammad dalam kenyataannya meminta agar Datuk Khir Johari meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Islam.

“Kami (mahasiswa) merasakan kerajaan khususnya kementerian yang dipimpin oleh beliau (Dato’ Jamil Khir) sudah tidak serius dalam menguruskan amanah rakyat khususnya berkaitan dengan islam dan mahasiswa mendesak beliau meletak jawatan dengan segera atas kegagalan ini,” ujarnya.

Beliau turut menempelak sikap Menteri yang enggan menerima sendiri memorandum itu dan hanya mewakilkan kepada Setiausahanya sahaja untuk menerima bantahan daripada mahasiswa ini.

Setelah menerima memorandum tersebut pihak Kementrian berjanji akan menyelesaikan kedua-dua isu tersebut dan meminta mahasiswa bertenang serta sabar dalam menunggu hasil keputusan mesyuarat melibatkan kedua-dua isu.

“Kami masih menunggu jawapan daripada menteri terbabit dan jika tiada respon daripada beliau, kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong”, ujarnya lagi yang merupakan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).

Tambahnya lagi bahawa media di negara ini perlu menghentikan isu Kartika ini agar ia tidak menjadi polemik dan mencemarkan nama baik Islam pada kacamata masyarakat.

Bagi Timbalan Pengerusi MPMN merangkap Ahli MPP UKM, Hisyamuddin Che Ali turut melahirkan nada kesal dengan sikap menteri berkenaan yang tidak konsisten dalam mempertahankan agama Islam.

“Saya sebenarnya melihat dua isu ini dalam dua aspek iaitu isu penghinaan ke atas Islam dan juga pencabulan serius terhadap undang-undang Syariah,”

“Mengapa Perdana Menteri, Menteri, Majlis Peguam dan NGO seperti Sister in Islam (SIS) mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka-mereka yang berterusan menghina agama islam dan juga institusi kehakiman itu sendiri,” ujarnya sambil mencadangkan agar mereka ini didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau dalam pada itu menggesa ahli-ahli parlimen untuk bersikap terbuka dan mengiktiraf agama Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah dengan meminda beberapa akta yang berkaitan.

“Sudah sampai masanya ahli-ahli Parlimen terutamanya Muslim bersatu dan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 1984 yang jelas merendahkan martabat islam dengan hukuman 356 (3 tahun penjara,denda 5 ribu ringgit dan 6 kali sebatan) itu”, ujarnya lagi.

Tegasnya lagi bahawa adalah hak bersuara orang Islam untuk melihat konsert MLTR itu dibatalkan dan pada masa yang sama membiarkan Kartika memilih hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah Syariah Kuantan tanpa tekanan mana-mana pihak,.

Dalam memorandum yang diserahkan itu, mahasiswa telah mendesak agar konsert tersebut dibatalkan serta merta dan juga mempercepatkan tindakan menyelesaikan isu Kartika dengan berhemah dan tegas bagi mengelakkan timbulnya persepsi negative berterusan kepada islam itu sendiri.

Turut hadir dalam penyerahan memorandum tersebut ialah Faridzul Nasruddin, Presiden Kelab Maa’ruf UIA dan beberapa orang wakil mahasiswa.-
Sumber:mahasiswakini

Perbuatan yang mencemar kemulian Ramadhan!!!

[arakkepalalembu3.jpg]

N'N':Atas nama apa mereka melakukan Demostrasi ini.Jika dilakukan atas nama Islam maka kesilapan besar yang mereka lakukan kerana Islam tidak pernah menyuruh ummatnya menghina mana-mana agama.
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." Surah al-An'aam:108

Jangan Kita Semua Mudah Lupa Yang Kita Pernah Menguasai 2/3 Dunia

Islam pernah menakluki 2/3 dunia suatu ketika dahulu.Namun kini ummat Islam adalah ummat yang tertindas,sejak runtuhnya daulah Islamiyah ummat Islam seakan sudah kehilangan arah tuju.

Hakikatnya Ummat Islam telah dijajah oleh pemikiran Barat melalui Penjajahan terhadap negara-negara Islam.Kaedah 'Pecah dan Perintah' yang dilakukan Barat dibantu dengan dakyah-dakyah Yahudi menjadikan Ummat Islam sebagai Ummat yang bisa di injak-injak.

Dahulunya kita pernah bersatu dalam segala hal,namun kini akidah ummat Islam telah dirosakkan melalui penjajahan minda.Maka Islam kini terpecah kepada kelompok-kelompok yang kecil.Pada dasarnya Ummat Islam adalah Ummat yang kuat kerana mereka berpegang pada Al-Quran Dan As-Sunnah dan itulah yang membuatkan ummat Islam begitu kuat kerana akidah ummat Islam yang berpegang kepada Al-Quran Dan As-Sunnah tidak mampu di ganggu-gugat sebarang anasir-anasir jahat.

Kaum Kufar amat takut jika akidah ummat Islam di tahap yang tertinggi maka mereka telah merangka satu perancangan yang amat bersistematik yakni melalui penjajahan minda.Ummat Islam akan dilekakan dengan hiburan yang melalaikan mereka dari mengingati ALLAH sedikit demi sedikit.Kini dakyah yang dibawa mereka boleh dikatakan telah berjaya.Apabila ummat Islam menjadi lemah dan leka,kemudian golongan kufar dengan senang masuk menjajah Negara-negara ummat islam yang telah mereka rosakkan akidahnya melalui cara yang amat halus.

Setelah berjaya menjajah mereka merekrut Pemimpin-Pemimpin dari kalangan orang islam supaya berfikiran Sekular dengan memisahkan Agama dari segala sudut kecuali dikekalkan dalam adat dan istiadat(seperti pemimpin-pemimpin UMNO), perkara ini terjadi disemua negara Islam yang dijajah.Maka dengan itu telah berjayalah perancangan mereka.... Namun Ummat islam sekalian janganlah kamu sekalian lupa yang kita pernah menguasai dunia berbekal Iman Dan Takwa,janganlah kita mudah terlupa pesanan nabi Muhammad S.A.W:

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku"

Akan sentiasa ada jemaah yang akan menegakkan Hukum-hakam ALLAH S.W.T, cuma mungkin pejuang-pejuang ini berbeza pendapat dalam landasan perjuangan mereka dan membuatkan para pejuang-pejuang yang mempunyai idealogi-idealogi yang berbeza.Artikel selepas ini akan mengulas perbezaan pendapat kelompok-kelompok pejuang seperti Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir, Al-qaeda dll InsyaALLAH .



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)