yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, August 26, 2009

Bangunlah Umat Islam!!!Israel Adakan Perubahan Besar-Besaran Sejarah dan Agama Islam di Al-Quds


masjid-aqsha

Yayasan Al-Aqsha untuk Waqaf dan peninggalan dalam laporannya tanggal 11 Maret kemarin mengungkapkan tentang operasi yahudisasi Israel dan perubahan besar-besaran terhadap wajah sejarah Al-Quds oleh sebuah lembaga Israel dalam sejumlah mega projek pembangunan. Semisal pengembangan ataupun renovasi yang pada hakikatnya adalah projek yahudisasi dan menghancurkan peninggalan agama islam dan Arab di Al-quds.

Dalam laporan lembaga Al-Aqsha ini mengatakan, lembaga Zionis kali ini merealisasikan mega proyeknya untuk mengubah dan menipu wajah sejarah agama dan kota Al-Quds di distrik Kota Lama. Perubahan ini mencakup pagar kota lama, gerbang distrik dan tempat-tempat yang berada di sekelilingnya dan menempel dengan areal Masjid Al-Aqsha. Mereka juga mengubah areal suci di dalam pagar. Seperti mengubah sifat alamiah Al-Quds yang bernuansa agama Islam. Mereka mengubah tempat-tempat itu menjadi areal wisata dan tempat hiburan yang bertentangan dengan tabiat keagamaan di Al-Quds. Mereka mengadakan tempat berjoget-joget dan mendorong orang-orang untuk membuka kafe minuman hingga larut malam. Sementara untuk kegiatan keagamaan yahudi dipusatkan di dinding Al-Buraq atau tembok ratapan.


Sementara itu, Yayasan Al-Aqsha untuk waqaf dan peninggalan mengisyaratkan, lembaga Israel sudah mengalokasikan projek ini untuk beberapa tahun ke depan dan diikuti oleh beberapa perusahaan Israel dan organisasi di kota Al-Quds. Seperti, Yerusalem Development Authority dan Israel Antiquities Authority. Sementara dana yang digelontorkan untuk pembangunan proyek ini berjumlah, 600 juta shekel atau senilai 150 juta dolar AS.

Projek ini bertujuan mengubah secara keseluruhan monumen dan sejarah di Al-Quds, seperti kebudayaan Arab dan peradaban Islam dengan projek yang samar dan mencurigakan. Mereka menamakan projek ini dengan nama restorasi dan perbaikan tembok Kota Lama. Mereka baru saja merampungkan perbaikan pagar Kikar “Pengampunan–Nenek moyang tentara Israel”. Mereka juga baru menyelesaikan projek serupa di timur laut di sudut bersejarah tembok Al-Quds dan mengganti ubin untuk gerbang Sahirah yang tidak relevan dengan sejarah Al-Quds. Pada saat yang sama mereka juga membulldozer sejumlah wilayah di sepanjang tembok bagian utara. Mereka mengadakan perubahan besar-besaran di areal dekat pagar barat memanjang hingga ke selatan daya Kota Lama.

Sebulan sebelumnya, mereka telah merampungkan perubahan di gerbang Nabi Daud yang dirasmikan dengan mengadakan acara khusus dan dihadiri sejumlah petinggi militer Israel yang menjajah Palestina tahun 1948. Lembaga Israel sendiri kemarin mengumumkan bahwa pihaknya akan melakukan pengembangan di gerbang Kholil (Hebron) dan Gerbang Sahirah. Mereka juga akan mengubah rute perjalanan dan sejumlah pintu di Kota Lama.

Sementara itu, lembaga Israel ini telah berhasil mengubah sejumlah lapangan yang berada di sekitar Kota Lama menjadi taman-taman umum yang ditanami pepohonan dan rumput yang menghijau. Bahkan mereka mengatakan akan mengubah secara total wilayah sekitar kota lama menjadi taman-taman umum.

Dengan ini mereka telah menguasai sejumlah bangunan, tanah pertanian Arab dan Islam di distrik Kota Lama, lalu mengubahnya secara besar-besaran untuk tujuan yahudisasi. Seperti terjadi di wilayah Haroh Syarif dan sebelah barat Magaribah. Juga tanah pertanian di ujung jalan al-Wad. Mereka juga telah merancang perubahan besar-besaran di wilayah pertanian dan toko-toko di sepanjang jalan Al-Wad, wilayah paling penting di Kota Lama.

Dalam rencananya mereka akan membangun jaringan penerangan di sejumlah tempat yang dideklarasikan mempunyai kaitan dengan keagamaan masyarakat Yahudi, terutama di daerah Nabi Daud dan Tembok Ratapan. Rencana ini akan direalisasikan dalam waktu dekat ini.

Perubahan tempat-tempat bersejarah di Al-Quds bersamaan dengan perubahan sejumlah nama bagi jalan-jalan atau tempat-tempat khusus dari nama Arab atau Islam ke nama Yahudi. Seperti terjadi di pintu gerbang Silwan sebelah selatan Masjid Al-Aqsha. Mereka menamakan “Maaleh David” untuk jalan Wadi Halwah dan Jay Hainom untuk jalan Wadi Rababah. Lembaga Israel ini kemudian menyatakan, pihaknya akan mengubah semua jalan di distrik Kota Lama. Belum diketahui apakah mereka juga mau mengubah sejumlah nama tempat atau tidak ?.

Dalam rancangan yang berbahaya untuk mengubah wajah alami dan keagamaan Kota Lama, terakhir mereka mengadakan pesta hiburan semalam suntuk diiringi nyanyian dan musik. Mereka mengatakan acara-acara seperti ini akan menarik pengunjung dan akan membuat sejumlah toko pada buka hingga larut malam. Termasuk kafe-kafe minuman keras. Lembaga menyebutkan, pihaknya akan membuat acara serupa dan lebih ramai lagi dalam waktu dekat ini. Jelas, semua acara ini bertentangan dengan tabiat keagamaan Al-Quds. Tujuanya untuk meminamlisir eksistensi Arab dan Islam di Al-Quds, siang ataupun malam.

Dalam laporan terakhirnya, Lembaga Al-Aqsha untuk Waqaf dan Peninggalan menyertakan sejumlah gambar dan dokumen yang menjelaskan tentang perubahan dan penipuan dalam rangka yahudisasi Al-Quds. Pada saat yang sama, ia menyerukan bagi para budayawan Arab dan Islam untuk segera menyelamatkan Al-Quds. Disamping memelihara dan melindungi setatus kearaban Al-Quds. Ia mengatakan, tidak masuk akal proyek yahudisasi Al-Quds termasuk penodaanya terhadap Masjid Al-Aqsha terus berjalan, sementara kita tidak berupaya untuk memelihara atau melindungi Al-Aqsha dan Al-Quds. Ketika kami menghadirkan penemuan dan laporan yang diserta dokumen dan bukti-bukti ini kepada bangsa Arab dan Islam serta bangsa Palestina, maka kami meminta kalian semua bertanggung jawab atas al-Quds dan al-Aqsha di tingkat resmi maupun kerakyatan. Al-Quds hari ini menjadi target yahudisasi. Apakah kita akan terus menunggu hingga al-Quds dan Al-Aqsha hilang ?. (asy)
Sumber: Al-Ikhwan.net

"Ulama Plastik": Satu tuduhan liar, tidak bertanggungjawab dan biadap

Pada masa kini Umno begitu bersemangat menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Nampaknya begitu bersungguh-sungguh Umno ingin merampas semula Selangor selepas berjaya menggunakan taktik kotor di negeri Perak.

Tidak habis-habis, Selangor dan negeri-negeri Pakatan Rakyat diserang. Tidak cukup dengan itu, peribadi Anwar turut diserang. Paling terbaru, Tuan Guru Nik Aziz pula digelar sebagai "Ulamak Plastik.

Pada pagi Jumaat, 14 Ogos 2009, ketika membelek-belek sebuah akhbar popular di Pantai Timur, dengan jelas memaparkan istilah 'Ulama Plastik' telah dipilih sebagai tajuk utama akhbar berkenaan.
Istilah "Ulama Plastik" telah digunakan oleh seorang Senator yang juga Ahli Dewan Negara. Pada mukasurat N6 akhbar yang sama juga memaparkan kenyataan oleh Timbalan Presiden Umno yang mengatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz seorang yang tidak konsisten. Walau bagaimanapun kenyataan seorang Naib Presiden Umno terhadap Tuan Guru Nik Aziz nampaknya lebih sederhana.

Tuan Guru Nik Aziz memang kerap dijadikan sasaran kecaman, tetapi entah mengapa gelaran "Ulama Plastik" kali ini sangat meresahkan hati saya. Komen Tuan Guru terhadap isu menghina Islam saya lihat cukup ikhlas.

Beliau sebagai seorang ulama telah memainkan peranan beliau sebagai orang yang berilmu dengan memberi nasihat dan pandangan. Sepatutnya kita terima dengan baik, jika ada yang tidak kena, kenapa tidak boleh memberi teguran secara baik.

Sampai hati seorang Senator, yang sudah semestinya seorang Islam memberikan gelaran sedemikian kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Saya cukup terharu dan sedih, kerana ada kalangan orang Islam sendiri yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang pejuang Islam yang cukup ikhlas dan merendah diri. Tinggi sangatkah ilmu agama orang yang memberi gelaran berkenaan.

Saya menganggap gelaran "Ulama Plastik" adalah sesuatu kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab. Gelaran berkenaan lebih sesuai jika diberikan kepada Ulama-ulama Umno yang diam membisu jika isu-isu yang timbul tidak menguntungkan Umno, walaupun isu berkenaan memberikan kesan yang tidak baik kepada Islam.

Dari raut wajah Tuan Guru, cukup menunjukkan ketinggian ilmunya. Ikhlas berjuang demi agama, bukan wang ringgit dan kepentingan peribadi yang diutamakan.

Apa yang diharapkan hanya keredaan Allah. Bersyukurlah kita, kerana Allah masih menghadirkan para ulama dan orang faham agama di kalangan masyarakat kita.

Ulama yang berjuang hanya untuk Islam dan Allah. Mereka juga memberi ajaran dan memimpin kita ke jalan yang diredai Allah. Tidak adil jika golongan ulama ini dilabelkan dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Kepada Senator berkenaan, saya nasihatkan agar bertaubat selagi peluang masih ada. Saya tidak ada apa-apa kepentingan peribadi di atas nasihat berkenaan. Hanya sekadar nasihat terhadap saudara sesama Islam.
Sumber:Harakahdaily


Mohd Radzhi Salleh digugurkan dari jawatan EXCO.

http://www.visitkedah.com.my/images/home_msg_03.jpg

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Ahad lepas, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawaipegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Exco berkenaan."Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim. BERNAMA

sumber, mStar Online

(Terkini) Tentera Al Ummah dakwa Hamas menyimpang dari Islam.

Khamis, 20/08/2009 – Tentera Al Ummah Kebangsaan, sebuah kumpulan gerakan di Gaza, mendakwa dalam satu siding media pada Rabu, bahawa Gerakan Pejuangan Islam ( Hamas ) telah menyimpang dari ajaran Islam dan ajarannya, serta menuruti sistem barat. Kumpulan Al Ummah juga memberi amaran akan bertindak balas jika Hamas mensasarkan serangan ke atas pejuang dan ahli mereka. Dakwaan ini berlaku selepas tentera Al-Ummah menjadi mangsa serangan pasukan keselamatan Hamas pada tahun lepas, sedangkan Hamas mendakwa mereka menyerang kumpulan yang menentang penguasaan mereka di Gaza.

Al-Ummah menyatakan, Gaza adalah sumber kekuatan kerohanian Islam, dan malangnya Hamas yang mana mendakwa mereka pejuang Islam, dengan jelasnya telah menyimpang dari ajaran itu. Mereka juga mendakwa, pimpinan Hamas seperti Ismail Haniyya, Mahmoud Al Zahhar, Younis Astal dan Khalid Mashal, telah menjadi pengikut telunjuk barat selagi mana Hamas mempercayai sistem pilihan raya merupakan medan bagi membentuk sebuah kerajaan. Mereka mendakwa , Hamas seharusnya menjalankan Undang-undang Islam, dan mempraktikkan sebagaimana ajaran ahli Sunnah dan Al-Quran.

Tentera Kebangsaan itu menafikan pejuang Hamas adalah ‘mujahidin’, dan menukarkan mereka kepada gerakan dan penentang Islam. Mereka terus mengugut untuk bertindak balas selagi Hamas menyerang pejuang mereka. Tentera Al Ummah merupakan rangkaian Al Qaeda, yang mana pemimpin mereka di Gaza, Abu Hafss, telah meyatakan Hamas tidak mengikut acuan syariah yang telah diwahyukan oleh Allah dan tidak mengikut ajaran Islam. Dia menambah, kumpulan mereka tidak bersangkut paut dengan Al-Qaeda dan hanya sama melalui ideologi perjuangan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929

N'N':Hamas,Fatah dan kini Al-Ummah kenapa mereka tidak bersatu menentang musuh yang sama yakni Zionis laknatullah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)