Monday, August 24, 2009
Kata-kata seorang Menteri UMNO..
N'N':Inilah contoh perilaku seorang Menteri beragama Islam ahli UMNO,jadi tidak benarkah kata-kata TGNA bahawa UMNO ialah Islam palsu.Anda nilai sendiri.
TG Hadi Awang - Nasihat tentang perkara yang furu'
Ummat Islam sekarang berdepan dengan isu yang lebih besar tetapi para ulama'-ulama' lebih suka bertengkar tentang perkara-perkara Furu'. Sedangkan nasib ummat Islam diseluruh dunia sedang ditindas,murtad semakin berluasa dan hukum-hukum ALLAH S.W.T tidak mahu ditegakkan.
Salleh dilantik YDP Maipp jika menang

BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan perlantikan Mohd Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) malam tadi sekiranya menang.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kenyataan demikian sejurus mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri.
Salleh akan ke jawatan penting itu, sejurus penyandangnya sekarang, Adun Permatang Berangan Shabudin Yahya tamat kontrak kelak.
Kata Anwar, "kami akan cadangkan nama Mohd Salleh selaku presiden MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong selepas penggal Shabudin berakhir."
Salleh ditentang calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. Pengumuman itu secara tidak langsung menjawab dakwaan Umno sebelum ini, bahawa PAS terpinggir dari Pakatan Rakyat negeri.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan akan mengemukakan nama calon PAS itu sebagai Yang Dipertua Maipp jika beliau memenangi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.
Image(Gambar: Hubungan rapat Lim dan Salleh untuk kepentingan umat Islam Pulau Pinang)
"Kemenangan Ustaz Saleh akan memberi makna pada PAS bilamana saya akan mengemukakan namanya kepada Gabenor dan seterusnya kepada Yang Dipertuan Agung untuk mengantikan Adun Permatang Berangan, Shabudin Yahya yang akan tamat tempuh perkhidmatan pada Oktober ini," jelasnya.
Ustaz Saleh memang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut memandangkan beliau mempunyai kelulusan syariah.
Tambahan lagi, hubungannya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat juga rapat dan pernah mengikuti beberapa delegasi ke luar negara mencari pelaburan baru untuk dana Pulau Pinang.
"Ustaz Saleh memang layak untuk jawatan itu semua rakyat akan tunggu dan lihat perkembanganya nanti. Oleh itu, apa yang penting pastikan kemenanganya dulu dengan majoriti yang lebih besar," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Lim berjanji akan membantu Ustaz Saleh bersama empat lagi Adun Pakatan Rakyat bagi meninggikan syiar Islam di negeri ini selari dengan slogan kerajaan yang mengamalkan konsep Amal Makruf Nahi Mungkar dan pemerintahan Umar Abdul Aziz.
"Bukan sahaja pendekatan Umar Abdul Aziz malahan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T) terus menjadi amalan kerajaan. Cara ini boleh mengubah pandangan awam agar memberi sokongan padu pada kerajaan sekarang berbanding BN dulunya," terang beliau lagi.
Turut hadir dalam program penerangan sempena kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir ialah Speaker Dun Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Husein, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Anuar Tahir serta Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh.
Oleh Mohd Sabri Said dan Dzulfikar Mashoor,Harakahdaily
Isu Syurga: Nik Aziz saman tiga media pro Umno
Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.
Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.
Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.
"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."
"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."
Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.
"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."
Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.
"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.
Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.
"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)."
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.
"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."
"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.
Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'
"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."
"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional."
Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.
"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.
Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".
Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.
Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.
Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman.
Dzulfikar Mashoor,Harakahdaily
Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)
-
-
Pelatih PLKN Lahir Bayi Lelaki Di Tandas Kem24 minutes ago
-
-
ADUN KENA PUKUL25 minutes ago
-
-
-
Black 505 dan realiti menarik di selatan27 minutes ago
-
'Kejayaan Besar' Program PLKN Tersebar28 minutes ago
-
PERCUBAAN UNTUK HINA RAKYAT MALAYSIA39 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Ternyata Perpaduan Nasional Tajaan Umno Gagal4 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
Pensyarah universiti yang super cool12 hours ago
-
Hello Azli Musa , ko pun terlepas bas juga?12 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Berdiri!2 days ago
-
-
-
ANTARA ADAB ....4 days ago
-
ANWAR IBRAHIM BELI UMNO SELANGOR?6 days ago
-
-
Kesan Ajinomoto Pada Kesihatan6 days ago
-
PAS Perak fail 3 petisyen PRU13 pagi ini1 week ago
-
-
-
-
Bingkisan Tentang Saudi Dan Wahabi1 week ago
-
SPR Terlibat Kalahkan Calon KEADILAN?2 weeks ago
-
-
-
-
KETUA AMK SELAR TG HADI AWANG3 weeks ago
-
-
-
Kabinet balas jasa dan kukuhkan sokongan4 weeks ago
-
-
-
TEMA PRU KE 13 : INI KALILAH1 month ago
-
Guide To Making A Coffee Shop Menu1 month ago
-
-
Hamidah lebih kasar dari dulu?1 month ago
-
-
-
-
-
-
Kandis : Special Jubah.6 months ago
-
-
-
RUKUN HAJI8 months ago
-
-
Antara madet dan setan9 months ago
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU29 months ago
-
-
-
Suu Kyi, Anwar dan Wan Azizah1 year ago
-
Suara Rakyat Tertindas !!!2 years ago
Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)
-
7 Bandar Maksiat Yang Popular Di Dunia28 minutes ago
-
-
Pendirian Tun M Mengenai Kedudukan Najib..1 hour ago
-
-
-
Mat Nuar Tak Main King's Gambit4 hours ago
-
Guna Ku Li untuk jatuhkan Najib12 hours ago
-
-
-
3 RAHSIA KEMATIAN1 day ago
-
-
-
-
-
-
-
Najib Perdana Menteri TAK SAH3 weeks ago
-
-
-
Selamat Tinggal Astana Kandis.5 weeks ago
-
Najib perlu beri laluan kepada Muhyiddin1 month ago
-
-
Hamidah lebih kasar dari dulu?1 month ago
-
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH!2 months ago
-
-
-
8 March3 months ago
-
-
berbekam amalan sunnah!4 months ago
-
UMNO YANG GILA TALAK!!!!4 months ago
-
-
The One and only5 months ago
-
-
-
Hudud and Karpal9 months ago
-
Altantuya Di Paris11 months ago
-
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-
-
PANAS!!!1 year ago
-
-
-
Asal Bukan UMNO
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pilih Jalan Hutang2 months ago
-
13 Mei top on the list?6 months ago
-
selepas 'haramjadah'.....'lancau' pulak dah!!!!!7 months ago
-
-
Video: Hampir Beranak & Solat - Ustaz Azhar Idrus11 months ago
Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)
-
-
-
-
-
-
-
-
MAA LIHAAZAL KITAB?18 hours ago
-
-
-
Syin Dal Ya Ha.5 days ago
-
-
-
-
Makna beberapa nama rasul dan nabi...3 weeks ago
-
Review : Buku-Buku Fiqh Kontemporari3 weeks ago
-
-
-
-
Kerapuhan.2 months ago
-
McD Halal Diboikot, Riba Haram Disenyapkan2 months ago
-
Assalamualaikum sekalian alam6 months ago
-
Kosonggggg~10 months ago
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-







