yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, August 20, 2009

MasyaALLAH



N'N':Berdiri bulu roma aku melihat video ini tiba-tiba hati menjadi sayu memikirkan perjuangan beliau dalam menegakkan Islam dan berjuang demi Al-Quran dan As-Sunnah, doaku semoga ALLAH S.W.T tempatkan roh beliau dikalangan para syuhada' Amin.

Berkata benarlah kerana yang benar itu benar..




Umpatan yang di haruskan -Imam Al-Ghazali-
Imam Nawawi dan Al-Imam Al-Ghazali menceritakan enam keadaan mengumpat di haruskan.

1-Ketika dizalimi
Imam An nawawi berkata"Mereka yang dizalimi boleh mengadu kepada sultan,qadhi ataupun sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk menghilangkan kezaliman itu.
Sabda Rasulullah SAW"Sesungguhnya orang yang mempunyai hak (yang di zalimi)mempunyai perkataan(berhak bercakap dan bersuara)"

2-Ketika meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran.
Maknanya menceritakan kemungkaran seseorang untuk mendapat bantuan adalah diizinkan.Pada zaman khalifah umar al-Khatab,satu laporan dari syiria berhubung seorang lelaki pembuat arak yang bernama Abu Jundul sampai kepada beliau.Omar terus menulis surat menegur dan akhirnya Abu Jundul bertaubat dan berhenti dari perbuatannya.Omar tidak mengangap laporan terhadap Abu Jundul tersebut sebagai satu umpatan.

3-Ketika meminta Fatwa

4-Ketika menyedarkan masyarakat Berhubung suatu Kemungkaran
Masyarakat perlu disedarkan tentang bahaya dan kesesatan disekeliling mereka.mereka juga perlu disedarkan tentang kezaliman dan kemungkaran yang sedang melanda.Rasulullah SAW pernah menceritakan tentang kejahilan orang-orang tertentu pada zaman baginda "Aku tidak yakin sifulan bin sifulan mengetahui agama sedikitpun"
(riwayat Bukhari)

Dalam hadith tersebut Nabi menceritakan tentang keadaan dua orang munafik yang berpura-pura memeluk Islam agar sahabat-sahabat berwaspada dengan mereka.
Imam Al-Ghazali berkata "Apabila kamu melihat seorang alim sering mengunjungi seorang pembuat bidaah atau fasik dan kamu khuatir bidaah itu menular kepadanya,kamu berhak menceritakan keburukan orang itu kepada si alim tadi".
Apabila berlaku penghinaan keatas syariat,penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan hak rakyat secara terang dan nyata,syariat mengizinkan pendedahan kepada masyarakat supaya rakyat berhati-hati dengan pemimpin begini.

5-Mereka yang melakukan maksiat(dosa)secara terang tanpa sembunyi
Omar Al-khatab berkata "Tidak ada kehormatan terhadap orang-orang fajir"
Menurut imam Al-Ghazali kalimat "fajir" bermaksud ,mereka yang melakukan kefasikan secara terang tanpa berselindung

Kata imam Al-Ghazali lagi lelaki yang menampakkan dirinya seperti wanita,golongan yang mempunyai kedai minuman keras(atau zaman sekarang saham dalam syarikat arak),
mereka yang minim arak ditempat awam,orang yang mengambil harta manusia secara paksa,mereka ini lah yang dimaksudkan menzahirkan perbuatan keji tanpa rasa malu.
Apabila kamu menceritakan maksiat yang mereka lakukan,kamu tidak menanggung sebarang dosa.

Hasan Al-Basri berkata "Tiga golongan yang boleh di umpat iaitu,mereka yang mengikuti hawa nafsu,yang melakukan kefasikan secara terang-terangan,dan pemimpin yang zalim"

6-Memberi gelaran sebagai pengenalan bukan untuk menghina
Menghina seseorang dengan gelaran tertentu adalah di larang.Tetapi pengecualian diberikan jika untuk pengenalan diri.

Umno berbohong:Yusri(Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim)

BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos:Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong.

Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.

"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.

Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu.

Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.

ImageMenurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat (gambar) itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira".

Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu.

Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu.

"Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini.

CERITA YUSRI

Menurut Yusri, isu bermula apabila pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi untuk tujuan pembelian sekeping tanah bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Koperasi kemudian meluluskan pinjaman itu dan memasukkan wang RM320,000 itu dalam akaun klien di pejabat guaman mereka, Saif Ariff and Rohaizat.

Image"Saya yang menyiapkan draf perjanjian ini," kata Yusri(gambar bawah).

Namun koperasi mulanya hanya mengambil RM100,000 untuk tujuan perniagaan selebihnya dikekalkan dalam akaun itu kerana masalah traNsaksi dengan penjual tanah.

Seorang pelanggan kenalan Rohaizat kemudiannya meminta Rohaizat membantunya membiayai satu pembelian tanah bernilai RM130,000.

Rohaizat bersetuju dan memberikan pinjaman RM100,000 dengan menggunakan wang koperasi itu dengan syarat ia dibayar balik segera. Namun, kawannya gagal membayar balik wang itu.

Rohaizat bertindak mengambilalih tanah itu dan cuba dijual dengan cara dibuat pecahan lot. Namun, ia gagal dijual sepenuhnya.

Oleh kerana kegagalan mereka menjual semua tanah lot itu, menyebabkan firma mereka gagal membayar balik wang koperasi itu.

Sebahagian wang itu juga digunakan Rohaizat untuk membantu rakannya yang juga pemaju perumahan dan juga ahli politik dari Perak.

Wang itu juga digunakan untuk mengembangkan firma guaman mereka apabila sebuah pejabat dibuka di Ipoh.

Yusri bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Ekoran itu, Yusri tidak lagi memantau akaun-akaun klien di cawangan Butterworth sehinggalah dia meinggalkan firma pada November 2003. _

Sumber:Harakahdaily

Ramadhan Al-Mubarak

Firman ALLAH S.W.T:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.(Surah Al-Baqarah ayat 183-185)

Sabda Rasulullah S.A.W:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka.”
Riwayat Ahmad dan Baihaqi

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”
(Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at- Tirmidzi

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Riwayat Bukhari & Muslim

Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR tunggu respon AG

SEBERANG PRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini meneliti implikasi perundangan sama ada perlu mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah kosong, sekali gus memanggil pilihan raya kecil.

Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam, kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Kami sedang mengkaji perkara ini. Penasihat undang-undang SPR dan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti dari aspek perundangan.

"Kita tunggu dulu maklum balas, tunggu dulu," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Kata beliau, SPR tidak menetapkan masa khusus bagi Jabatan Peguam Negara untuk memberikan maklum balas.

"Kita tidak mahu terburu-buru dalam soal ini. Kami mahu betul-betul berpuas hati kerana ini melibatkan aspek perundangan," katanya lagi.

Wan Omar memberitahu, SPR yang berhak untuk mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi.

"Saya dimaklumkan surat Speaker sudah ada di pejabat (Putrajaya). SPR yang akan mengisytiharkan sama ada wujud kekosongan atau tidak.

"Kami akan mengadakan mesyuarat (khas) sebaik sahaja maklum balas diterima daripada penasihat undang-undang dan Peguam Negara," katanya lagi.

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari jika wujud kekosongan.

Wan Ahmad mengulas laporan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.

Semalam, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.

Sumber:Mstar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)