yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, August 18, 2009

'Usah guna cara samseng halang saya berkhidmat'

'Usah guna cara samseng halang saya berkhidmat' kata MB mahkamah Zamry Abdul Kadir(Klik disini).Tapi mengapa MB mahkamah ini tidak pernah terfikir bahawa beliaulah yang sebenarnya menggunakan pendekatan samseng sewaktu menghalau Speaker DUN Perak yang sah Sivakumar

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/05/07/070509_Sivakumar%20dragged%20out_Pic%20by%20Sinar%20Harian.jpg
Seorang Speaker DUN yang mahu menjalankan tugas yang diamanahkan dihalau keluar DUN sebegini rupa atas arahan Zamry sendiri apa pula yang perlu kami panggil perbuatan ini kalau bukan Samseng...

Al-Kafirun


Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

(Surah Al-Kafirun ayat 1-6)

Utusan Meloya putar alam lagi...

[utusan_umno_tak_masuk_syurga.jpg]

KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Sumber:Harakahdaily

N'N':Baik Utusan Meloya tukar nama Utusan UMNO jangan menipu rakyat Malaysia....

WASPADA AL_QURAN BUATAN AMERIKA...!!!!





Bismillahirahmannirahim..

Mohon Maaf apabila sudah pernah ada yang mendapatkan sebelumnya, mudah2an ini berguna untuk mengingatkan kita supaya hati2 dengan Qur'an kaum nashrani..

Al-Qur'an Palsu buatan Amerika (click pada image untuk besarkan)
Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.

Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.

Kalau mau lihat isinya silahkan kunjungi situs ini http://www.islam-exposed.org/furqan/contents.html
Sumber:http://rubbertapperz.blogspot.com

kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini:Mufti Emosi

PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman. Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara. “Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini. “Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis. Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan. “Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya. Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.
[Sumber : Utusan Malaysia: 13/08/09]

N'N':Mengapa bila UMNO hina yang Dipertuan Agung dengan panggilan 'natang' Tan Sri Harussani diam?,Mengapa ketika UMNO mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu TSH diam?,mengapa ketika UMNO menzalimi orang Melayu TSH diam?

Buat renungan kita bersama

Bismillahirahmannirahim..


Salam utk semua

Untuk renungan bersama

Pada saat dan ketika ini...

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Accord ---- Odyssey..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---kauters --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua se gi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI.... KITA JUGA LUPA.... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Langkawi & Bandung ---- Madinah & Mekah...

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu.... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT..

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina..

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka..

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik...

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan..

3.Orang berpuasa di hari Ar afah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

Sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sumber:http://rubbertapperz.blogspot.com

Rohaizat bukan pilihan bijak: Tun DR.M

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin.

"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan.

"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam. Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

ImageRagunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Adalah dipercayai, isu pemecatan Rohaizat dari Majlis Peguam akan akan menjadi isu utama yang berpanjangan sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa BN khususnya Umno membelakangkan ingatan Dr Mahathir dan berkeras mahu mencalonkan seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Jika dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil itu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," adakah Rohaizat "benar-benar pilihan yang sangat baik"?

Sumber:Harakahdaily

Permatang Pasir:Jaga, kita di bulan puasa

PENGKALAN CHEPA, 15 Ogos: Para juru kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir digesa menghormati bulan Ramadan sepanjang kempen nanti dan mengawal diri agar tidak terjejas puasa masing-masing.

Antaranya mereka diminta tidak menyerang pribadi apatah lagi membuat fitnah kerana perbuatan begitu boleh menjejaskan puasa masing, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yaakub.

Di pihak Dewan Ulamak berharap pilihan raya kali ini tidak akan berlaku serang menyerang secara peribadi, tetapi ia dilakukan berdasarkan perjuangan parti masing-masing dan keberkatan bulan Ramadhan seharusnya dijaga secara teratur,ujar beliau.

Puasa adalah ibadah penting dalam Islam. Semasa berpuasa, umat Islam ditegah dari melakukan perbuatan keji termasuklah mengumpat apatah lagi memfitnah orang lain.Pilihan raya kecil Permatang Pasir akan berjalan dalam bulan Ramadan kali ini yang akan bermula Sabtu depan.

Dewan Ulamak PAS Pusat telah merangka pelbagai program untuk membantu calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 Dun Permatang Pasir walaupun ia berlaku dalam bulan Ramadhan, kata Ahmad yang juga timbalan MB Keantan.

Menurut Ahmad, Lajnah Politik Dewan Ulamak yang bersidang pada 8 Ogos baru-baru ini telah menetapkan program seperti ziarah dari rumah kerumah, menyampaikan tazkirah di setiap kawasan peti undi dan membantu jentera parti di peringkat pemuda dan muslimat.

Beliau juga berkata jentera Dewan Ulamak yang akan turun kali ini membantu PRK Permatang Pasir akan ditumpukan kepada bertemu dengan pengundi.

Menyentuh pilihanraya yang diadakan pada bulan Ramadhan, beliau berkata, Islam tidak menegah mana-mana aktiviti harian yang dilakukan asalkan ia boleh membawa kepada kebaikan masyarakat.

Zaman Rasulullah dulupun pernah berlaku perang Badar dalam bulan Ramadhan dan kekuatan umat Islam ternyata bertambah kuat dalam bulan Ramadhan dan kita juga berharap jentera parti nanti tidak menjadikan alasan berpuasa sebagai untuk mengurangkan aktiviti kempen nanti,katanya.

Memandangkan kempen akan berlaku dalam bulan Ramadhan, pihak Ulamak akan menjadikan program bertadarus dan menyampaikan tazkirah sebagai program utama nanti,katanya lagi.

PAS yang sentiasa berjuang dalam menegakkan hukum-hukum Allah akan menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai landasan untuk menyebarkan dasar perjuangan parti dan pendedahan kepada masyarakat bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS. _

Sumber:Harakahdaily


Pelajar cemerlang dapat banglow RM130,000



Image













PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos:
Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.

Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

ImageNik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.

Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. _

N'N':Tak ada lagi Kerajaan Negeri dibawah UMNO yang melakukan apa yang Kerajaan Negeri Kelantan buat.Tahniah Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat

Gobala dikasari Polis-polis pencacai



Tahniah sekali lagi Polis berjaya menunjukkan taringnya terhadap rakyat Malaysia.Teruslah diperkudakan UBN,Ahli Parlimen pun diaorng sanggup kasari apalagi kita rakyat biasa........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)