yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, August 14, 2009

Pakatan kukuh, sebulat suara kutuk Umno hina Islam

Image



PETALING JAYA, 14 Ogos : Bengkel Memperkukuh Pakatan Rakyat di Tropicana Goft Resort petang semalam bukan sahaja berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu arak di Selangor, malah sebulat suara mengutuk berpuluh tindakan Umno menghina Islam sebelum ini.
Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah banyak laporan polis dibuat berhubung kenyataan Umno menghina Islam dan sensitiviti kaum Cina di Malaysia sebelum ini,tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpinparti terbabit

Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR turut mempersoal tindakan Polis menyerahkan beberapa isu tersebut kepada pemimpin atasan Umno sendiri untuk tindakan susualan dan 'arahan' seterusnya.

Jelas Anwar lagi, masalah arak di Selangor, dakwaan Anthony Loke (DAP) menghina Islam serta gelaran 'pengkhianat' yang dilabelkan ke atas dirinya itu hanya sandiwara arus perdana semata mata; demi menutup salah laku Umno menghina Islam dan kaum Cina.

"Kepimpinan Umno yang hina Islam tidak pernah disiasat, sebaliknya digunakan isu perkauman, soal Cina dan saya (serta) Ustaz Hadi dilaporkan seolah-olah menyokong DAP (dan) Cina hina Islam.

Bercakap dalam sidang media yang sama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersependapat dengan Anwar dan menyifatkan slogan 'Satu Malaysia'yang dialung-laungkan parti-parti pemerintah sekadar menutup permusuhan dalaman masing-masing dari diketahui umum.

"Apa guna kita (Pakatan Rakyat) dikatakan bersama, tetapi tidak bersatu. Itu (Masalah) Barisan Nasional yang sudah dikenali retak.

"Mereka saling bermusuhan walau pun mereka terpaksa melaungkan slogan 'Satu Malaysia'," katanya. Image

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menegaskan bahawa bengkel tersebut berjaya menyatukan suara dalam Pakatan Rakyat demi memastikan agenda perubahan terus digerakkan.

Pakatan Rakyat juga bersetuju menubuhkan beberapa sekretariat di pelbagai peringkat untuk memastikan muafakat masing-masing kian kukuh.

Peringkat Penggubalan Dasar akan diketuai bersama Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Sing Giaw; yang mana masing-masing adalah Ketua Whip di Parlimen.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua DAPSY Anthony Loke dan MKT PKR Dato' Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan memperkukuh Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Pusat.

Bengkel itu sebulat suara bersetuju menggunakan saluran yang betul di peringkat pusat dan negeri seandainya berlaku lagi sebarang perselisihan pendapat.

Jika satu-satu perselisihan gagal diselesaikan, maka ianya akan dirujuk terus pula pada Panel tatatertib yang dipersetujui bersama.

Terdahulu, Dato' Dr. Hasaan Ali Exco Kerajaan Negeri yang juga Pesuruhjaya Selangor berselisih faham dengan Ronnie Liu Exco Kerajaan Negeri yang juga pemimpin DAP negeri hatta diperbesar oleh media arus perdana. -azm _
Sumber:Harakahdaily

Perbezaan MB Rakyat Perak & MB Mahkamah..

http://media1.malaysiakini.com/117/a8f0c9e769ad778656f31d8ed13fdeae.gifhttp://1.bp.blogspot.com/_PmFcxVd6n5w/Sg5ThTNz8-I/AAAAAAAAAws/KaO1srSzCdc/s400/zambry.jpg
YB Datuk Seri Hj Nizar Jamaluddin YB Datuk Seri Zambri Abdul Kadir
(MB Rakyat Perak) (MB Mahkamah Rayuan)

Disebalik dua gambar MB ini tersirat pelbagai cerita yang umum mengetahui DSNJ ialah MB pilihan majoriti rakyat Perak dan DSZK ialah MB pilihan Mahkamah Rayuan atau lebih senang dipanggil Mahkamah BN. Umum mengetahui DSNJ mendapat sokongan pelbagai kaum di Perak namun DSZK hanya dapat menjadi MB kerana sokongan tiga orang pengkhianat rakyat Perak yang semestinya menjadi pengkhianat orang2 yang mengundi mereka. Lihat bagaimana DSNJ disanjung walau kemana pun beliau pergi. Siri2 ceramahnya mendapat sambutan hangat rakyat negeri Perak. Namun sebaliknya terjadi kepada DSZK beliau diherdik dan dihina oleh majoriti rakyat Perak. Begitulah lumrahnya menjadi MB haram.......'Hidup segan mati tak mahu'

UMNO dah letak calon...

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemilihan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.

Beliau membuat pengumuman tersebut di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam 4 petang iniseperti yang dilapor oleh Malaysiakini sebentar tadi.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu.

Manakala jawatankusa PAS pula bermesyuarat hujung minggu lalu membicangkan lima orang calon termasuk AJK PAs Pusat, Hj. Mohd.Sabu dan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ust.Salleh Man.
Sumber:http://idhamlim.blogspot.com/

kematian Teoh Beng Hock kemungkinan kejadian bunuh diri:Dr Khairul Azman Ibrahim???

http://www.misterhobbes.net/wp-content/uploads/2009/07/teoh_beng_hock_macc_police_malaysia_corruption.jpg

Pakar Perunding Kanan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, menyambung keterangan pada inkues kematian Teoh Beng Hock, pagi ini berpendapat ia kemungkinan kejadian bunuh diri.Pada pendapat anda adakah teori itu logik diterima akal?Seorang pemuda yang ingin berkahwin esoknya membunuh diri sehari sebelum perkahwinannya.Aku berpendapat video kat bawah ni lebih memberikan teori yang logik dan meyakinkan(Klik ReadMore)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)