yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, August 11, 2009

Laporkan Jika Ada Peniaga Melayu Jual Arak :MB Khalid

http://4.bp.blogspot.com/_NpbUFVnJM10/SXkxDdG335I/AAAAAAAAAEY/HN9ys-G8dYM/s320/nobeer-lg.jpg
SHAH ALAM, 11 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan usaha PAS untuk melaporkan senarai peniaga Melayu yang menjual arak di kawasan majoriti Islam, untuk dikenakan tindakan.

Beliau menegaskan, langkah percubaan melarang penjualan arak di pasaraya dan kedai serbaneka selama sebulan, mulai Jumaat lalu, adalah untuk membendung masalah penjualan arak yang didakwa semakin berleluasa.

“Mana tempat yang betul-betul sah didapati masih lagi dijual, saya akan memanggil penjual tersebut, panggil kenapa jual, dengan cara yang munasabah, kita akan selesaikan dalam satu bulan.

“Jadi tugas rakan-rakan dalam Pas pergi cari tempat-tempat mana yang di fikirkan betul ada jual, kita akan terangkan dan bincang mengapa boleh jadi dan selesaikan masalah tersebut,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Rang Undang-Undang Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, langkah mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, pengharaman oleh kerajaan negeri adalah tertakluk kepada masyarakat islam dan tidak membabitkan penjualan kepada masyarakat bukan Islam.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, pertelingkahan dua Exco Selangor, Ronnie Liu dan Dr Hasan Ali, hanyalah satu perselisihan pendapat.

“We maintain the good relation with DAP, satu rakan dalam kerajaan, we respect them, seperti mana kita mahu dia respect kita, ini gaduh adik beradik, tak ada apalah, prinsip dan gerak kerja masih macam biasa, ini hanya miss communication,” katanya.

Katanya, orang ramai perlu sedar bahawa Pas tidak akan menyentuh isu-isu sensitif kaum lain dan menghormati kepentingan mereka.

Apa yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali adalah untuk menjaga kepentingan orang Islam.

“Kita memang masih bersama DAP, jaga kerjasama, respect, hormat. So bukan pasal non muslim, ini pasal Pas nak menjaga kepentingan orang Islam, cina nak minum, takde masalah takde cakap macam tu, kena faham konteks,” katanya.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)


Mustafa Masyhur; Mursyid Am kelima Ikhwanul Muslimin dan salah satu tokoh dan pemikir Ikhwan

Mustafa Masyhur; Mursyid Am kelima Ikhwanul Muslimin dan salah satu tokoh dan pemikir Ikhwan

Mustafa Masyhur; Mursyid Am kelima Ikhwanul Muslimin dan salah satu tokoh dan pemikir Ikhwan

Mustafa Masyhur; Mursyid Am kelima Ikhwanul Muslimin dan salah satu tokoh dan pemikir Ikhwan

5. Mustafa Masyhur; Mursyid Am kelima Ikhwanul Muslimin

Kehidupan beliau

Beliau lahir pada tanggal 15 September tahun 1921 di kota As-Sa’din dari kota Manya al-qamh, propinsi Timur. Ikut dalam belajar pada penulis desa sejak dua tahun. Kemudian masuk sekolah dasar di desanya, kemudian masuk sekolah I’dad di Manya Al-Qamh, lalu sekolah tsanawiyah (setingkat SMA) di Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun mengikuti sekolah tsanawiyah, beliau pindah ke Kairo dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, lalu masuk kuliah di universitas Kairo kuliah al-ulum, dan tamat pada tahun 1942.Mengenal jamaah Ikhwanul muslimin pada tahun 1936.

Setelah lulus kuliah, beliau ditempatkan wajib militer pasukan udara dengan tugas “spionase udara”, kemudian pindah ke Alexandria, untuk menghabiskan waktu satu tahun dalam latihan, kemudian kembali ke Kairo untuk melakukan tugas sebagai pembawa berita melalui udara.

Pada bulan Juni tahun 1954 beliau di pindah kerjakan ke Marsa matruh dan disana beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara perang.

Lalu dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan diwajibkan kerja paksa, kemudian dipindahkan ke daerah Liman Torh dan dimasukkan ke dalam penjara lumpur.

Pada tahun 1965 beliau kembali dipenjara; hingga akhirnya dibebaskan pada masa presiden Anwar Sadat dan memangku jabatan penting sebagai Mursyid Am Ikhwanul Muslimin setelah meninggalnya ustadz Muhammad hamid Abu An-Nasr pada tahun 1996

Ketika beliau pindah ke Kairo untuk melanjutkan pendidikan disana, saat beliau shalat di masjid suatu kampung tempat beliau tinggal, beliau melihat salah seorang jamaah memberikan majalah yang bernama “At-Ta’aruf”, dan mendengar pengumuman adanya pelajaran di masjid tersebut dan beliau diajak untuk menghadirinya, lalu beliau hadir dan mendengar salah seorang dari anggota Ikhwan berbicara tentang Islam, dan membuatnya sangat kagum akan penyampaian tersebut dan berambisi untuk terus menghadirinya.

Dan dalam satu masjid tersebut di umumkan bahwa imam Al-Banna akan memberikan pelajaran pada hari selasa di kota Al-Hilmiyah, maka ustadz Mustafa datang menghadirinya, dan sangat kagum dengan penyampaian ustadz Al-Banna, dan berambisi untuk terus mengikutinya, dan pada akhirnya beliau masuk menjadi anggota Ikhwan pada tahun 1936 dan berbaiat untuk komitmen dengan dakwah Ikhwan.

Kesaksian beliau atas perbedaan antara Ikhwan dan pasukan revolusi

Pada masa pemerintahan Abdul Naser yang berambisi untuk menjadi sosok tersendiri dalam revolusi, dan berhasil menjatuhkan pemerintahan Muhammad Najib, karena secara pangkat beliau lebih tinggi, lalu memberantas anggota dan pengikut jamaah Ikhwan padahal mereka adalah orang-orang yang berhasil melakukan revolusi dengan kader-kadernya dalam struktur tentara, sehingga terjadilah penangkapan atas mereka dan terjadilah pergolakan oleh senjata tentara, sehingga akhirnya para Ikhwan dapat bebas dan langsung pergi menuju Mursyid Ikhwanul Muslimin yang pada saat itu di pimpin oleh Hasan Al-Hudaibi dan meminta sikap terhadap apa yang terjadi.

Terjadinya krisis antara Ikhwan dan kelompok revolusi membuahkan berbagai penangkapan, dan dibebaskan kembali pada tahun 1954.

Dan pada tahun 1954 terjadi di kota Al-Mansyiah dan Abdul Naser menuduh mereka melakukan rekayasa peristiwa tersebut dan akhirnya 6 orang di antara mereka dijatuhi hukuman mati, diantaranya Abdul Qadir Audah, Syeikh Muhammad Faragalli, Yusuf Thal’at, Ibrahim At-Tayyib, Handawi Duwair dan Muhammad Abdul Latif”.

Mustafa Masyhur dalam penjara

Pada bulan Juni tahun 1954 beliau dipindah tugaskan ke daerah Marsa Matruh, namun di sana beliau ditangkap dengan tuduhan berada di balik kejadian Al-Mansyiah dan dimasukkan ke dalam penjara perang.

Dan pada tahun 1955 dijatuhi hukuman 10 tahun dengan kewajiban melakukan kerja paksa atas tuduhan dengan masalah yang dikenal dengan sebutan “Masalah mobil Al-Jiip” dan beliau menjalani hukuman tersebut dengan penuh.

Pada tahun 1965 presiden Abdul Naser mengeluarkan keputusan untuk menangkap seluruh orang yang sebelumnya pernah ditangkap, dan keputusan tersebut tetap bertahan hingga akhirnya Abdul Naser wafat dan mereka dilepaskan pada masa pemerintahan Anwar Sadat.

Kesaksian beliau pada peristiwa pembantaian di Torroh

Ustadz Mustafa masyhur berkata: “Pada tahun 1957 Abdul Naser merencanakan untuk mengulingkan raja Husain dari singgasananya melalui para tentara Ikhwan di Jordania, namun rencana tersebut berhasil tercium, sehingga akhirnya mereka gagal melakukannya, dan sang raja melakukan pembalasan atas perbuatan tersebut, sehingga diantara mereka ada yang dipenjara di Torroh. dan di tempat tersebut para ikhwan dipaksa kerja diatas gunung untuk memecahkan batu, dan ada diantara mereka yang sakit diberikan keterangan dokter agar tidak ikut naik gunung.

Pada suatu hari dikeluarkan keputusan seluruh napi harus naik ke gunung, baik yang sehat atau yang sakit, maka para Ikhwan pun keheranan akan keputusan tersebut, dan menanyakan sebabnya sehingga merekapun tidak mau keluar.

Namun seketika itu muncul sekelompok orang tentara membawa senjata dan masuk pada sekelompok Ikhwan melalui terowongan dan parit, lalu melepaskan tembakan atas mereka secara brutal dan keji, sehingga sebanyak 21 orang anggota Ikhwan terbunuh, kejadian tersebut disebut dengan nama “Pembantaian Torroh”.

Wafatnya beliau

Beliau wafat pada hari Selasa tanggal 29 Oktober tahun 2002 pada usia 83 tahun.

Karangan-karangan beliau

• Al-jihad huwa as-sabil

• Tasaulat ala thariq ad-dakwah

• Munajat ala at-thariq

• Muqawwimat rajulul aqidah ala thariq ad-dakwah

• Wihdatul amal al-islami fi al-qatrul wahid

• Zaad ala at-thariq


Mereka hidup dan tidak mati.

Mereka hidup, tidak mati.

Mereka hidup, tidak mati.









Bersabda Nabi Muhammad S.A.W:

Dari ibu kepada Harithah ra, dia datang bertemu Rasulullah saw dan berkata, “Ya Nabi Allah! Bolehkah engkau ceritakan mengenai Harithah (yang terbunuh di Perang Badar oleh panah yang tidak diketahui penembaknya). Sekiranya dia di Syurga, aku akan bersabar. Sekiranya tidak, aku akan menangis sekuat-kuatnya demi mengenangkan dia”. Nabi saw bersabda, “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya ia adalah taman di dalam Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Syurga Firdaus yang tertinggi” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari).

Dari Abu Said Al-Khudry ra berkata, “Mahukah kamu aku beritahu tentang sebaik-baik manusia dan sejahat-jahat manusia. Dari sebaik-baik manusia ialah lelaki yang bekerja (berperang) di Jalan Allah di atas kuda, unta atau kakinya sendiri sehingga bertemu syahid. Dari sejahat-jahat manusia ialah lelaki yang membaca Kitab Allah (Al-Quran) namun dia tidak mendapat apa-apa ransangan darinya” (Hadis riwayat An-Nasaie).

Dari Sahl bin Hunaif ra berkata : Sabda Nabi saw, ” Sesiapa yang meminta Allah untuk mati syahid dengan sebenar-benarnya, Allah akan menyampaikannya ke mertabat Syuhadak walaupun dia mati di atas katilnya (mati biasa)” (Hadis diriwayatkan dalam Sunan Sittah kecuali Al-Bukhari).

Dari Al-Miqdam bin Muad Yakrab berkata : Bersabda Rasulullah saw, “Untuk seorang syahid disisi Allah ada 6 kelebihan (1) Diampunkan dosanya serta merta, (2) Dia melihat tempat duduknya di dalam SYurga, (3) Dilindungi dari azab kubur, (4) Dia diberi keamanan di Hari Goncangan Dahsyat, (5) diletakkan dikepalanya mahkota dari permata yang lebih baik dari seisi dunia, (6) Berkahwin dengan 72 isteri dari Hur Ain (bidadari), (7) Dia memberi syafaat kepada 70 orang dari sanak saudaranya” (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Semoga setiap kita mempunyai slogan perjuangan ini:
“ALLAH matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad perjuangan kami & Syahid setinggi-tinggi harapan kami". Takbir ALLAHUAKBAR!

UMNO yang haram dihalalkan...



Ulasan Dr.Asri Zainul Abidin:
'Saya konsisten menyatakan seperti mana replika DS Anwar tidak patut didirikan, maka begitu juga replika DS Najib. Selain daripada ia berunsur berlebih-lebihan memuja pemimpin atau mengampu, ia juga tidak memberikan apa-apa kekuatan kepada politik seseorang.'

Suatu ketika dahulu perkara yang sama berlaku kepada DSAI maka berteriaklah para Ulama' UMNO dan para Mufti,namun sekarang situasinya sama tapi setakat ini hanya DR.Asri yang menyatakan pendirian beliau tapi dimana pendirian para Ulama' UMNO yang suatu ketika dahulu begitu melenting dengan isu yang sama?Adakah setiap apa yang dilakukan oleh pemimpin2 mereka dianggap maksum?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)