yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, August 5, 2009

Najib masih tidak faham-faham mesej rakyat,Najib gagal lihat mesej anti-ISA


kemaskini 1.36pm Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih gagal melihat mesej anti-ISA apabila mahu menyediakan tempat yang sesuai bagi penunjuk perasaan menyuarakan pandangannya, kata Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

"Pertama, beliau (Najib) patut lihat pada mesej yang dibawa (penunjuk perasaan), bukan tempat berhimpun. Kita berhak berhimpun di mana-mana pun.

"Kedua, bukan tidak pernah ada perhimpunan di stadium, tetapi tidak ada tindak balas kerajaan.

"Jadi, tidak timbul isu di mana (demonstrasi), tetapi apakah tindak balasnya (berhubung demonstrasi rakyat)," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada Ahad lalu yang berjanji menyediakan tempat yang bersesuaian bagi mengadakan perhimpunan bagi mengelak penunjuk perasaan "membuat kacau" di jalan.

Syed Ibrahim berkata, cadangan Najib itu hanyalah "perkara teknikal semata-mata".

"Soalnya, apa jaminan kerajaan akan mendengarnya? Mereka patut lihat tuntutan rakyat. Mereka (rakyat) datang dari setiap pelusuk negeri tanpa sebarang imbuhan.

"Soal (perhimpunan) di stadium atau tidak, itu pada saya persoalan teknikal semata-mata," katanya kepada Malaysiakini.

Buat masa ini, GMI belum berbincang bagi mengadakan demonstrasi susulan berhubung kesediaan Najib menyediakan tempat berhimpun itu, katanya.

Mengulas siasatan polis terhadap 11 individu, termasuk beliau sendiri, Syed Ibrahim berkata, sehingga kini beliau belum dihubungi untuk memberi keterangan.

MalaysiaKini/-

Isu minuman keras dijelaskan Jumaat ini


SHAH ALAM, 5 Ogos : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan kakitangan kerajaan Selangor tidak dibenarkan bercakap atau membuat komen tentang isu penjualan minuman keras di Selangor sehingga satu penyelesaian diputuskan pada Jumaat ini.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat MMKN hari ini setelah beberapa orang ahli MMKN membangkitkan isu penjualan minuman keras khususnya di kawasan penduduknya majoriti Muslim.

Langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat yang majmuk di Selangor.

Kerajaan Negeri telah mengadakan dialog umum dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, persatuan penduduk dan sektor perniagaan berhubung dengan isu ini.

"Dengan ini kami yakin akan dapat mencapai satupenyelesaian yang munasabah bagi semua kaum di Selangor," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber:Siasah.blogspot

Mereka merelakan diri mereka diperkudakan ...



Mereka merelakan diri mereka diperkudakan oleh UMNO/BN padahal mereka telah diamanahkan dengan sebesar-besar amanah untuk menjaga kepentingan rakyat dan masyarakat.Apakah mereka lupa setiap amanah akan dipersoal di Mahkamah ALLAH S.W.T. Apakah mereka tidak sedar yang mereka turut bersubahat bersama UMNO/BN untuk menzalimi rakyat Malaysia. Sememangnya mereka sedar tapi inilah realiti akhir zaman apabila orang yang memegang amanah adalah orang yang bukan dari ahlinya. Inilah realitinya pesanan Nabi Muhammad S.A.W akan tiba fitnah diakhir zaman,apabila orang yang bercakap dan memegang amanah adalah dari kalangan orang yang fasik dan zalim.

Jangan Fikir Kami Seperti UMNO..

Wahai Utusan Meloya jangan kamu fikir kami ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat seperti UMNO/BN yang sanggup menggadai maruah demi RM. Kami takutkan ALLAH,kami berjuang demi membela yang dizalimi kerana kami berpegang kepada Firman ALLAH S.W.T:

'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)


YB Datuk Dr. Hassan Ali v. YB Ronnie Liu

(Perang dah meletus. YB Datuk Dr. Hassan Ali v. YB Ronnie Liu)

Salam 2 all.

Belum pun reda isu YB Azmin Ali, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa yang mendesak supaya barisan exco Kerajaan Selangor dirombak, kini meletus pula isu baru. Desakan YB Azmin tersebut dipercayai kerana terdapat persepsi dikalangan masyarakat umum khususnya dikalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, "jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!".

Hari ini Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Gombak Setia merangkap Exco Hal Ehwal Islam & Infrastruktur Kerajaan Negeri Selangor, YB Datuk Dr Hassan Ali dalam kenyataannya secara terbuka mendesak supaya YB Ronnie Liu (DAP) digugurkan daripada barisan Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum.

YB Dr Hassan Ali secara khusus merujuk kepada tindakan YB Ronnie yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan. Kenyataan terbuka YB Dr. Hassan Ali itu berpunca daripada tindakan YB Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang telah dirampas daripada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan.

Baru-baru ini YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu. Akibat kenyataan itu, YB Ronnie Liu telah membidas YB Wee Choo Keong walaupun YB Wee langsung tidak menyebut nama beliau atau mana-mana ahli Exco.

YB Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di Mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Melihat kepada keadaan ini, saya mengambil pendirian bersetuju dengan desakan YB Datuk Dr. Hassan Ali supaya YB Ronnie Liu segera meletakkan jawatan. Kehadiran beliau kini adalah satu liabiliti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sekiranya beliau enggan meletak jawatan, saya mendesak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor supaya mengambil langkah segera menggugurkan YB Ronnie Liu daripada barisan Exco Kerajaan Selangor, sebelum rakyat mengambil tindakan menggugurkan Kerajaan Pakatan Rakyat pula.

Zulkifli Bin Noordin

Program Bulan Kebajikan PAS Perak

Jawatankuasa PAS Perak akan melancarkan Program Bulan Kebajikan PAS Perak.Pelancaran program tersebut akan dilansungkan di
Padang Kg. Sungai Ranggam, Kampong Gajah
pada 15 Ogos 2009 / 24 Sha'aban 1430.
Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg

Perasmian akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak :
Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain.

KEHADIRAN BERSAMA :
Timbalan Persuruhjaya PAS Negeri
YB Dato' Seri Ir Hj Nizar b. Jamaluddin
Dr. Khairuddin b. Dato Abdul Malek
Al-Fadhil Ustaz Mustafa b. Sha'ari

Pelbagai aktiviti kebajikan akan dijalankan. Antaranya Pameran Agensi Kerajaan & NGO, Ekspedisi Kebajikan, Khidmat Pemeriksaan Kesihatan & Darul Syifa' PERCUMA, Senamrobik, MOTIVASI Remaja, Diet Pemakanan SIHAT dan pelbagai lagi.

Semua PEMBACA dijemput menghadirkan diri bersama.
SEBARKAN KEPENGETAHUAN KALIAN SAHABAT HANDAI

'KEBAJIKAN SUATU JIHAD'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)