Mencegah Kezaliman/ Keganasan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”
Huraian
i) Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim.
ii) Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh.
iii) Realiti masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup individualistik sehingga sanggup membiarkan penganiayaan dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sikap ‘tidak mengambil endah’ ini tidak wajar berlaku kerana selaku anggota sesebuah masyarakat setiap individu mestilah bersikap saling mengambil berat, sayang-menyayangi dan belas-kasihan di antara satu sama lain.
iv) Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.
Atas sebab dalil-dalil ini maka sesungguhnya perbuatan menentang kezaliman ISA adalah wajib bagi Ummat Islam.
Tuesday, July 28, 2009
Kenapa ummat Islam perlu tentang ISA
Mengenang kembali zaman gerakan Islam ditekan
| Abu Firdaus Wed | Jul 22, 09 | 5:24:47 am MYT | |
| SELEPAS demonstrasi mahasiswa tahun 1974, ketika itu Anwar Ibrahim dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pucuk pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) jatuh ke atas bahu Ustaz Fadzil Nor, ketika itu seorang pensyarah agama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Gurney. Pada masa itu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipimpin Asri Muda, berada dalam Barisan Nasional. Obor panji-panji gerakan Islam ketika itu dipegang oleh ABIM. Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang mengetuai Barisan Nasional pula sedang bergolak. Kepimpinan Razak Hussein sedang dicabar oleh Harun Idris. Pemergian beliau menjadikan keadaan politik bertambah buruk. Hussein Onn mewarisi masalah politik ini. PAS pula yang selesa berada dalam Barisan Nasional sudah dijauhi oleh anak-anak muda khususnya mahasisiwa. Bagi mereka yang jemu dengan politik Barisan Nasional memikirkan bahawa pembaharuan politik hanya ada pada Islam. Sosialisme sudah tidak menarik bagi anak-anak muda Melayu. Kegagalan kerajaan-kerajaan sosialis memberi kemakmuran kepada rakyatnya dan sifat mereka yang menindas di Indonesia, Mesir dan lain-lain negara mendorong anak-anak muda Islam melihat kembali kepada agamanya. Kerajaan sosialis Mesir menindas Ikhwanul Muslimin. Di Indonesia, kerajaan Suharto menekan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Di atas platfom ABIM, anak-anak muda melancarkan perjuangan gerakan Islam. Di kampus-kampus, perbincangan diadakan dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpusat di surau-surau asrama. UTM, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi tempat timbulnya pergerakan baru ini. Dalam kesibukan bekerjanya, Ustaz Fadzil turut berkempen memperjuangan usaha membebaskan Anwar daripada tahanan ISA. Tidak bebas bergerak Anak-anak muda di kampus ini tidak bebas bergerak. Walaupun mereka berjaya mendapat sokongan mahasiswa melalui gerak kerja tersusun hingga menguasai Persatuan Mahasiswa Islam dan Persatuan Mahasiswa Universiti, aktiviti mereka ditekan. Antara tindakan pihak berkuasa ialah memindahkan Ustaz Fadzil ke Sabah untuk mengurangkan kesan perjuangannya. Pada tahun-tahun akhir 1970-an itu, Umno yang di dalamnya tetap bergolak mempunyai cita-cita untuk merampas Kelantan daripada PAS. Seorang pemimpin muda Umno yang bercita-cita tinggi turut ingin membuktikan kewibawaannya dengan projek bagi menawan kembali Kelantan. Umno sebagai rakan kerajaan campuran dalam Barisan Nasional Kelantan yang dipimpin PAS tidak berpuas hati dengan kedudukannya. Pemimpin muda itu ialah Razaleigh Hamzah yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Umno sedangkan Hussein memberi laluan kepada Mahathir Mohamad. Mengapa kalau Umno percaya kepada kepentingan Melayu dan perpaduannya tidak komited untuk mempertahankan PAS dalam Barisan Nasional? Mereka mencari peluang untuk mendapatkan kembali Kelantan. Peluang itu terbuka apabila dalam PAS, yang ketika itu sudah selesa berada dalam kerajaan berlaku rebutan kedudukan bagi jawatan Menteri Besar Kelantan. Peluang inilah yang diambilnya. Mereka menyokong pihak yang menentang pucuk pimpinan PAS. Biasalah dalam politik, memecahkan pihak lawan dengan mengadu-domba. Hussein dan Razaleigh menyokong Mohamad Nasir untuk menentang ketuanya, Asri. Oleh kerana PAS tidak mahu tunduk, Barisan Nasional melalui Umno menendang keluar PAS. Maka berlakulah kekecohan dalam politik Kelantan tetapi akhirnya setelah semuanya selesai, PAS mendapati dirinya menjadi pembangkang, bukan saja di peringkat Persekutuan, tetapi juga di Kelantan. Tetapi yang menjadi Menteri Besar bukannya daripada kalangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pimpinan Mohamad Nasir, parti yang menggantikan PAS dalam Barisan Nasional. Setelah melalui pilihan raya negeri yang didahului dengan darurat, Kelantan berjaya dirampas oleh Umno. Ketika PAS berada di luar Barisan Nasional, tekanan terhadap gerakan Islam meningkat. Berapa banyak pemimpin PAS yang ditahan ISA sejak parti itu keluar daripada Barisan Nasional? Penyusunan semula terhadap gerakan Islam berlaku selepas PAS ditendang keluar. Ia muncul sebagai wadah gerakan Islam yang utama. Di bawah pimpinan Allahyarham Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Nor dan Ustaz Hadi Awang, PAS meredah onak dan duri yang ditaburkan oleh Umno. Tidak semua yang dapat tahan mengharungi kesusahan-kesusahan yang ditanggung oleh PAS sebagai gerakan Islam yang ditekan oleh Umno yang memiliki jentera kerajaan. Pada tempoh tahun-tahun 80-an, PAS dan Umno masing-masing tetap bergolak. Asri yang keluar PAS untuk memimpin Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) pada mulanya membawa partinya ke dalam Barisan Nasional akhirnya menyertai Umno itu sendiri. Tokoh PAS seperti Nakhaie Ahmad dan Suhaimi Said juga menyertai Umno. Pada masa itu, ABIM sudah lama menyokong Umno mengikut jejak Anwar yang berjaya mencapai satu tahap lagi untuk menjadi presiden parti tersebut. Tetapi di pihak Umno, pergolakan lebih hebat. Ia berpecah dua menjadi Umno Baru dan Semangat 46. Razaleigh yang berjaya merampas Kelantan untuk Umno akhirnya mengembalikan negerinya kepada PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990. Maka Ustaz Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan. Antara program pertama beliau selepas menjadi ketua kerajaan negeri itu ialah mengunjungi pusara Allahyarham Ibrahim Libya di Memali, Baling, Kedah. Ini kerana peristiwa Memali merupakan simbol tekanan yang diterima oleh gerakan Islam negara ini khususnya PAS. Perjuangan PAS penuh dengan keperitan dan pengorbanan dan matlamatnya bukan untuk membawa pemimpin-pemimpinnya tinggal di banglo-banglo Putrajaya atau memandu Mercedes. PAS adalah gerakan Islam untuk rakyat tertindas dalam perjuangan mencari keredaan Ilahi._ Sumber:Harakahdaily |
ISA: Mengapa Majlis Fatwa tidak berani?
Salmiyah Harun
Tue | Jul 28, 09 | 8:35:09 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi.
Kata beliau, mereka sepatutnya memberi panduan kepada rakyat dalam urusan-urusan yang melibatkan hukum.
Malangnya, kata beliau banyak fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa tidak ada tindakan yang diambil.
"Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak ada kekuatan sebagai contoh fatwa melarang memberi penghormatan di Tugu Negara, kalau pemimpin buat pun tidak ada tindakan apa-apa," katanya semasa dihubungi.
Tegasnya, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya sudah ke hadapan dalam memberi panduan kepada pemimpin tetapi yang lebih penting daripada itu ialah pemimpin mesti ikut mereka supaya integriti Majlis Fatwa itu dapat dipelihara.
Tambahnya, kaedah Islam telah menentukan bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah perlu diberi peluang untuk membela diri dan didakwa di mahkamah.
"Jadi dalam sejarah ISA sudah beribu umat Islam ditahan tanpa bicara, rakyat yang diseksa, ini dikatakan zalim.
"Saya rasa rakyat bukan suka sangat hendak berhimpun dan turun demonstrasi di jalanan tetapi bila hampir tidak ada jalan lain, apa yang kita tidak buat? Kita sudah hantar memorandum, ambil tandatangan orang ramai, kita adakan seminar dan bantahan jadi kemuncak kepada kemarahan kita akan menyerahkan memorandum melalui himpunan aman,"jelasnya.
Sehubungan itu, beliau yakin apa yang rakyat akan buat pada 1 Ogos nanti bukan satu suasana untuk mewujudkan kekecohan tetapi sekadar luahan rakyat yang berbilang agama dan kaum dalam isu-isu yang berlaku iaitu kezaliman ISA. - azm/mks. _
Sumber:Harakah daily
Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)
-
Korang Ingat PAS Ini Macam Tuuuutuuut !!5 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Anwar tidak setuju pimpinan politik terlibat dgn GLC48 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Malaysians rally against ‘electoral fraud’10 hours ago
-
-
-
-
-
SULIT...SULIT...13 hours ago
-
GAMBAR BERBICARA TENTANG BLACKOUT14 hours ago
-
AMK jangan biadap dengan Presiden PAS15 hours ago
-
-
Gejala lelaki lembut yang semakin membarah16 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SOALAN YANG PERLU JAWAPAN1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
MAHATHIR MULA BUAT HAL2 weeks ago
-
-
-
TEMA PRU KE 13 : INI KALILAH3 weeks ago
-
Guide To Making A Coffee Shop Menu3 weeks ago
-
-
Hamidah lebih kasar dari dulu?4 weeks ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Kandis : Special Jubah.6 months ago
-
-
-
RUKUN HAJI7 months ago
-
-
Antara madet dan setan8 months ago
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU28 months ago
-
-
-
Suu Kyi, Anwar dan Wan Azizah1 year ago
-
Air jampi1 year ago
-
Suara Rakyat Tertindas !!!2 years ago
Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)
-
-
Anwar : "Apa Sebab Saya Nak Undur?"48 minutes ago
-
-
-
BLACKOUT 505: AYUH RAKYAT MALAYSIA!!!!!!!!!!!12 hours ago
-
Apa sebab saya nak undur?: DSAI15 hours ago
-
SAIFUL BUKHARI Kini Sah Bergelar SUAMI18 hours ago
-
Peluru habis, palembang tak alah jua19 hours ago
-
Kasihnya Mereka Kepada TT22 hours ago
-
-
-
-
-
-
Cara Bermotor Terparah di Dunia2 days ago
-
-
-
-
3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA1 week ago
-
Selamat Tinggal Astana Kandis.1 week ago
-
Najib perlu beri laluan kepada Muhyiddin2 weeks ago
-
-
Hamidah lebih kasar dari dulu?4 weeks ago
-
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH!5 weeks ago
-
-
-
8 March2 months ago
-
-
berbekam amalan sunnah!3 months ago
-
UMNO YANG GILA TALAK!!!!3 months ago
-
-
The One and only4 months ago
-
-
-
Hudud and Karpal9 months ago
-
Altantuya Di Paris10 months ago
-
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-
-
PANAS!!!1 year ago
-
-
-
Asal Bukan UMNO
-
-
Melayu lebih ramai tidak undi BN berbanding cina.28 minutes ago
-
-
-
-
Satu Lagi Bodoh3 hours ago
-
-
-
Hot : SPR Kantoi Menipu!!!11 hours ago
-
-
-
Tahukah anda?4 days ago
-
Pilih Jalan Hutang1 month ago
-
-
13 Mei top on the list?5 months ago
-
selepas 'haramjadah'.....'lancau' pulak dah!!!!!6 months ago
-
-
Video: Hampir Beranak & Solat - Ustaz Azhar Idrus10 months ago
Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)
-
Jahil Agama Tetap 'Bodo' Walau Dia Prof Ada PhD!22 minutes ago
-
Gambar blackout asli, Wan Ahmad buat kenyataan palsu48 minutes ago
-
Subhaanallah, cara lebah berkomunikasi3 hours ago
-
-
Trip ke Kashmir.1 day ago
-
OH MY UMMAH !1 day ago
-
-
-
-
Makna "Aku Terima Nikahnya..."2 days ago
-
-
-
Erdogan dan Obama Desak Assad Berundur1 week ago
-
-
Time1 week ago
-
-
-
Mengapa Dajjal disebut al-Masih?1 week ago
-
Kehebatan Air Zamzam2 weeks ago
-
-
Kerapuhan.5 weeks ago
-
-
Assalamualaikum sekalian alam5 months ago
-
Kosonggggg~9 months ago
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-






