yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Thursday, July 23, 2009

ISA dan kekejamannya..

Tarbiyyah dari Penjara : Catatan Kezaliman ISA


Setiap satu dari 85 seksyen di bawah ISA cukup lengkap dan sempurna untuk mencabul hak asasi rakyat. Bahkan hanya dengan dua dari seksyen itu sahaja pun sudah cukup bagi UMNO-BN mengekal dan mengukuhkan kuasa politiknya di negara ini.

Dua seksyen itu adalah Seksyen 73 dan Seksyen 8

Seksyen 73 memberi kuasa kepda pihak polis untuk menahan seseorang sehingga 60hari bagi menentukan samada ia boleh ditahan terus di bawah Seksyen 8.

Seksyen 8 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah tahanan bagi satu tempoh selama 2 tahun. Perintah tahanan ini boleh diperbaharui lagi tanpa batas. Ini bermakna menteri berkuasa untuk menahan seseorang bagi tempoh 2,4,6,8,10,12 tahun dan seterusnya.

Seksyen 73 juga merupakan lesen yang diberikan oleh kerajaan UMNO-BN bagi SB (Special Branch) untuk sewenang-wenangnya menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang mencabar dasar, program bahkan idea UMNO-BN. Berselindung di sebalik seksyen 73, SB juga diberi lesen untuk menahan dan mereka-reka pertuduhan yang tidak munasabah bagi menahan orang yang dianggap menjadi ancaman kepada kepentingan politik UMNO-BN.

Apakah yang berlaku semasa soal siasat 60hari di bawah kuasa SB?

Bayangkan sahaja filem yang pernah anda tonton tentang orang yang ditawan dan di soal-siasat oleh musuhnya. Dipukul? Diseksa? Dibogel? Dikenakan kejutan elektrik?

Semuanya ada di ISA.

Testimoni tahanan sehingga kini mencatatkan pelbagai jenis penyeksaan berlaku semasa dalam tahanan SB. Ini termasuk diperintah berdiri sebelah kaki berjam-jam dalam keadaan berbogel dibawah kipas angin yang diputar laju serta dalam bilik berhawa dingin yang amat sejuk.

Ada juga tahanan yang dipaksa memeluk satu blok ais dalam keadaan berbogel. Setiap kali blok ais itu terjatuh dia dipukul SB dan diarah untuk mengangkatnya semula. Bila blog ais itu cair seluruhnya, badan tahanan tadi menjadi biru birat kerana kesejukan.

Ada tahanan yang dipaksa duduk di atas ais dan ada pula dipaksa berbaring di atasnya.

Ada tahanan yang dipaksa meminum air kencing SB. Ada pula tahanan yang dihalang berjam-jam daripada ke bilik air. Akibatnya dia mengalami penyakit tidak boleh kencing.

Seorang tahanan dimasukkan paku kedalam lubang zakarnya. Seorang lagi dimasukkan jarum di bawah kukunya.

Ada pula yang dipaksa mengumpulkan najis dan air kencingya dalam dua buah plastik. Semasa dalam bilik soal-siasat dia dipasksa memegang plastik najisnya di tangan kanan dan plastik air kencingnya di tangan kiri.

Terdapat juga tahanan yang dijolok juburnya dengan kabel talekom. Seorang lagi dipaksa menonggeng dan mengaku pernah diliwat oleh seorang tokoh politik terkemuka. Kerana tidak mahu membuat pengakuan palsu, maka juburnya dijolok dengan sebatang paip getah.

Seorang tahanan dipaksa berbogel dan didudukan di atas botol-botol kosong. Tujuannya agar muncung botol yang tidak bertutup itu masuk kedalam juburnya.

Saya juga turut diancam hendak dijolok jubur oleh SB dengan menggunakan sebatang kayu kaki meja yang telah tertanggal.

Ada juga tahanan yang diacukan pistol oleh SB semasa disoal-siasat. Ditempeleng, diludah, ditendang, diterajang dan dipukul di kepala dan hidung, itu semua perkara biasa.

Lebih parah biasanya tahanan yang diseksa begini digari kedua belah tangannya ke belakang. Ada tahanan yang dipaksa membuka mulutnya dan SB meludah ke dalam mulutnya. Sesudah itu ia dipaksa menelan air liur SB itu.

Tahanan yang sama dicucuhkan dengan pemetik api bagi membakar janggutnya. Rakannya dicucuh bahagian-bahagian tertentu anggota badannya dengan api daripada rokok yang dihisap oleh SB.

Seorang tahanan dalam keadaan berbogel telah dipukul bertalu-talu oleh SB dengan menggunakan suratkhabar yang telah dugulung-gulung padu. Kemudian gulungan surat khabar itu dibakar dan apinya dicucuh-cucuhkan ke kemaluan tahanan tadi.

Disimbah air ke muka dengan air yang bercampur habuk rokok SB juga adalah perkara biasa.

Ada tahanan yang dipaksa merangkak, berjalan itik dan lompat katak berjam-jam semasa dalam soal-siasat SB. Ada pula yang diperintahkan berenang di atas lantai bilik soal-siasat.

Dimaki dan ditengking sekuat-kuat hati bagai nak pecah telinga juga satu cara penyiksaan yang menyakitkan. Apatah lagi jika yang ditengkingkan itu merupakan perkataan mencarut. Perkataan kegemaran SB adalah F*c*, F*c*er dan Mother F*c*er!. Belum dilaporkan perkataan Father digunakan...

Ada juga tahanan wanita yang diancam hendak dirogol oleh SB yang menyoal siasat beliau. Wanita yang sama diberi pilihan samada mahu dipukul dengan menggunkan sebatang besi atau batang kayu. Bila batang kayu yang digunakan patah, satu lagi batang kayu digunakan untuk memukul sebelah kakinya. Paling menyedihkan wanita ini dipukul dalam keadaan dia dipaksa berdiri sebelah kaki.

Seorang tahanan di masukkan sebuah tong besi ke kepalanya. Tong itu kemudian dipukul bertalu-talu. Akibatnya mukanya bengkak,kening, hidung dan bibirnya luka berdarah dan gendang telinga bagai nak pecah akibat hentaman yang berlaku kepada tong tadi.

Sesudah itu ia diarahkan melakonkan aksi mengangkat sebelah kaki seperti seekor anjing yang memancutkan air kencing ke tiang. Kemudian kepalanya dimasukkan kedalam mangkuk tandas dan SB mengepam tandas tersebut berkali-kali.

Seorang tahanan dipaksa minum sebotol penuh sos tomato semasa disoal-siasat. Seorang lagi diarahkan menangkap seekor cicak yang terdapat dalam bilik soal-siasat. SB mengerat-ngerat cicak tersebut dan memaksa tahanan tadi memakannya.

Ada pula tahanan yang dibogelkan dan disimbah air ke seleruh tubuhnya. Selepas itu diarahkan untuk meniarap dan menghirup serta menjilat air yang melimpah di atas lantai.

Tidak kurang pula tahanan yang diarahkan menunjukkan bagaimana aksinya melakukan hubungan seks dengan isterinya. Ada pula beberapa orang tahanan yang diarahkan berbogel dan m*la*c*p sehingga terpancar air m*n*nya . Jika enggan melakukannya, mereka diancam untuk dicabut kuku.

Seorang tahanan dibogelkan dihadapan beberapa orang SB dan diberikan sebuku sabun dan sebaldi air. Arahannya: m*la*c*p!

Seorang tahanan lain dipegang oleh beberapa orang SB bagi memaksanya menonggeng dan SB menanggalkan seluarnya. Dalam keadaan ini seorang SB membuka seluarnya dalam aksi untuk meliwat tahanan tersebut.

Pada tahun 1980an sekumpulan tahanan ISA telah diseksa dengan dicabut janggut, bulu misai, bulu kening dan bulu lubang hidung!

Tahanan wanita daripada kumpulan tersebut juga telah tidak dibenarkan membuang air kecil atau besar dalam tandas yang bertutup pintunya. Pintu tandas mesti dibiarkan terbuka.

Seorang tahanan wanita lain yang datang bulan semasa dalam tahanan perlu menunjukkan di hadapan SB lampin wanitanya yang sudah kotor bagi mendapatkan bekalan lampin wanita yang baru.

SB juga cukup syok menghina golongan ulama’ dan ustaz semasa disoal-siasat. Ustaz-ustaz yang berserban dan berjubah semasa diluarlah yang amat suka mereka bogelkan ketika ditahan di bawah ISA.

Seorang pemimpin agamatelah dicukur rambut, janggut, misai dan bulu keningnya. Tidak cukup itu, dikhabarkan bahawa segala jenis bulu yang terdapat pada anggota tubuhnya juga turut dilicinkan dengan pisau cukur.

Perihal kezaliman ISA di bawah Seksyen 73 tiada taranya.

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."
Huud 113

Sumber:http://wwwaizatlegendz.blogspot.com

Dan ada pula puak-puak yang menyokong kezaliman:

Majlis pemuafakatan Melayu (pewaris ) bersama dengan 10 NGO melayu yang dikatakan melayu islam juga turut ingin sibuk berdemo pada 1 ogos demi mempertahankan akta zalim ISA.Puak-puak ini dikhabarkan akan berhimpun dan turut meniru kaedah GMI untuk menyerahkan memorandum pada yang dipertuan agung.

Kamu ingin melakukan maksiat?Penuhi syarat-syarat ini...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

kesilapan besar anggap hukum sebat 6 sebatan sebagai hukum Islam



Saya sedih kerana masih ramai orang yang mengaku beragama islam tidak faham hukum Islam. Hukum rotan (sebat) yang dijatuhkan oleh hakim mahkamah syariah Kuantan Pahang maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadap model sambilan dari Singapura, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating itu dianggap hukum Islam.


Kalau mereka menganggap hukuman itu adalah hukum Islam yang termaktub didalam Quran ia suatu kesilapan yang sangat besar.

Hukum terhadap orang minum arak hendak disebat 80 sebatan bukan 6 sebatan yang dijatuhkan oleh hakim mahkamah syariah Kuantan Pahang itu.

Itu adalah hukum dari budi bicara seorang hakim mahkamah syariah.Tidak lebih daripada itu. Kita harap hakim itu tidak menganggap itu hukum Islam. Jika ada yang anggap itu hukukm Islam alangkah malangnya umat Islam kini.

Inilah yang membimbangkan, kerana ia bukan hukum Islam yang diturunkan dan nanti orang akan anggap ia hukum islam pada hal ia bukan hukum Islam.Cuma hukuman mahkamah syariah Kuantan Pahang.

Kalau ada yang menganggap ia hukum ialam, maka bolehlah kita sifatkan ia suatu pindaan sepertimana padri padri kristian meminda isi kandung kitab Baibel menjadi siri kitab perjanjian baru.

Kita takut apa kata Generasi akan datang. Sudah tentu mereka akan menganggap itulah hukum Allah, sedangkan ia tidak ada kena mengena dengan hukum yang ditetap oleh Allah SWT.

Jika kita kata itu adalah hukum Islam maka akan rosak akidahnya. Mengaanggap hukum lain selain daripada islam lebih baik sah jadi kafir.Ragu dengan kekufuran orang kafir juga jadi kafir. Apatah lagi mengatakan Islam kepada yang bukan Islam.

Bagaimana pula jika kita menganggap hukum tidak islam sebagai hukum Islam. Jangan bergurau dengan kes ini.

Rasulullah SAW dalam satu hadis mengatakan sama ada bergurau mengatakan undang undang Islam tidak sesuai dengan zaman ia tetap menjadi kafir.

Bagaimana dengan menganggap yang bukan Islam itu Islam. Sudah tentu lebih kurang sama sahaja akibatnya.

Kita boleh bercakap bahawa hukuman itu adalah hukum mahkamah syariah atau hukum budi bicara hakim yang membicarakan kes itu.Cukup disitu sahaja.

http://komentarkini.blogspot.com/

Muhasabah.

Buat saudara-saudara kita yang tertindas.



DOA QUNUT NAZILAH

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin…!

Zina Berterusan Walaupun Sudah Diijabkabul

Email ini diterima dari seorang kawan, supaya menjadi peringatan untuk semua.



TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM YANG BERTERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana
keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
'pregnant' luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga
melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh
bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim
(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan
yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain
sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi
dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious
jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz
sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam'.

Sumber:kerabubersuara.blogspot.com:

Warkah Takziah Daripada Tuan Guru Nik Aziz Kepada Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock

27 Rejab 1430 / 20 Julai 2009


Ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan. Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.

Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah. Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja yang perlu di lantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan , Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan Suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini. Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan , maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan Suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, “mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi” tidak boleh diterima. Saya berharap, jangan ada satupun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.

Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud,

“pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatan pun dan tidak (pula) seorang penolong”- [ on the day when men’s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper.”] - ( Surah Ath Thaariq : Ayat 9 dan 10).

Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan

Sumber : http://www.blogtokguru.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)