yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran
dan Sunnahku .

Himpunan Blog Sahabat Na'im Nikmat & Blogger Pakatan Rakyat

Jana Duit Tanpa Modal Melalui Facebook & Blog Setiap Klik Dibayar RM0.20 Hingga RM0.40 Daftar Percuma[KLIK SINI]
Tingkatkan mutu bacaan Al-Quran Dengan AL-QURAN READPEN [KLIK SINI]

Monday, June 1, 2009

HUDUD adalah Hak ALLAH S.W.T

Sudah terang lagi bersuluh hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH S.W.T dan telah termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Maaidah, ayat 39)

Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud

  1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
  2. Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  6. Merompak (Hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  7. Penderhaka (Bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
Isu Hudud di Malaysia telah di ekplotasikan oleh puak-puak UMNO/BN bagi menakutkan golongan-golongan Non-Muslim.Mereka menggambarkan bahawa Hudud adalah sesuatu yang kejam dan tidak bertamadun.Mereka telah memberi kefahaman yang salah iaitu Hudud juga tertakluk kepada golongan Non-Muslim.Namun yang sebenar golongan Non-Muslim tidak tertakluk kepada hukuman Hudud mereka juga diberi pilihan jika mahu melaksanakan Hudud tanpa sebarang paksaan.Ini semua telah dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR seharusnya tiada lagi salah faham dan jika ada lagi hanyalah dakyah-dakyah dan propaganda jahat dari puak-puak UMNO/BN yang terang-terang tidak mahu melaksanakan Hudud.Berikut adalah ucapan pemimpin UMNO/BN yang beragama Islam tetapi tanpa segan silu menghina Hudud dan turut menghina PAS yang mahu melaksanakan hudud.




[+/-] Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)