yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, May 21, 2009

Ulama dan Sasterawan tersohor Nusantara

Haji Abdul Malik Haji Abdul Karim Amrullah(HAMKA)
(16 Februari 1908- 24 Julai 1981)

Beliau dilahirkan di Sungai Batang, Maninjau tanggal 16 Feb 1908 ( 14 Muharram 1326 H), Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik Haji Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan gelaran Buya Hamka ayahnya ialah seorang Tokoh Islam terkenal Dr H.A Karim Amrullah alias Haji Rasul pembawa pembaharuan Islam Minangkabau yang juga menjadi pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Beliau bersekolah di Desa Padang Panjang, dan malamnya belajar mengaji Al-Quran dengan ayahnya sendiri sampai khatam. Beliau belajar agama pada sekolah Diniyah School dan Sumatera Thawalib di Padang Panjang dan parabek 1916-1923.

Tahun 1924 beliau berangkat ke Jogja dan kursus pergerakan Islam dari HOS Tjokrominoto, H. Fachruddin,R.M. Suryopranoto dan iparnya sendiri A.R. St. Mansur yang waktu itu ada di Pekalongan. Tahun 1925 kembali pulang ke padang panjang dan mengarang buku berjudul "Chathibul Ummah".

Pada tahun 1927 berangkat ke Makkah, sepulang dari Makkah , beliau kembali melanjutkan menulis di majalah " Seruan Hitam", "Kepentingan Tabligh", "ayat-ayat Mi'raj" . Pada tahun 1930 beliau menulis dalam suratkhabar "Pembela Islam" di Bandung. Beliau berpindah ke Makasar pada tahun 1932 dan telah mengeluarkan buku beliau yang paling awal dicetak iaitu "Laila majnun"

Apabila berpecah perang revolusi, beliau berpindah Sumatera Barat., lalu menghasikan kayra-karya yang hangat dan mencetus minda. Pada tahun 1950 beliau telah berpindah ke Jakarta. Selama 30 tahun beliau telah menulis tidak kurang dari 60 judul buku.

Kerana jasa-jasanya dalam mengajian Islam dengan bahasa Indonesia yang indah itu , maka pada tahun permulaan 1959 , Majlis tertinggi Universiti Al- Azhar Kaherah, Mesir telah memberikan gelar Ustadz Ziah Fachrizah ( Dr. Honoris Causa) kepada Hamka. Dan dari Universiti Malaya beliau juga telah memperolehi gelaran Doktor dalam Sastera. Beliau telah pulang ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981.Sumbangan beliau terhadap dunia Islam melalui penulisan-penulisan telah menjadi pencetus kebangkitan islam di Nusantara.Jasa-jasanya tetap akan dikenang walaupun beliau telah lama meninggalkan kita.

Antara buku-buku hasil nukilan beliau yang sehingga kini menjadi rujukan:

  1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
  2. Si Sabariah. (1928)
  3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
  4. Adat Minangkabau dan agama Islam(1929).
  5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
  6. Kepentingan melakukan Tablig (1929).
  7. Hikmat Isra' dan Mikraj.
  8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.
  9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
  10. Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar.
  11. Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar.
  12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
  13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
  14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
  15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
  16. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
  17. Margaretta Gauthier (Terjemahan) 1940.
  18. Tuan Direktur 1939.
  19. Dijemput mamaknya,1939.
  20. Keadilan Ilahy 1939.
  21. Tasawuf Moden 1939.
  22. Falsafah Hidup 1939.
  23. Lembaga Hidup 1940.
  24. Lembaga Budi 1940.
  25. Majalah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
  26. Majalah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
  27. Negara Islam (1946).
  28. Islam dan Demokrasi,1946.
  29. Revolusi Fikiran,1946.
  30. Revolusi Agama,1946.
  31. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
  32. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
  33. Didalam Lembah cita-cita,1946.
  34. Sesudah naskah Renville,1947.
  35. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
  36. Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukit Tinggi,
  37. Ayahku,1950 di Jakarta.
  38. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
  39. Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
  40. Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
  41. Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
  42. Kenangan-kenangan hidup 2.
  43. Kenangan-kenangan hidup 3.
  44. Kenangan-kenangan hidup 4.
  45. Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 hingga 1950.
  46. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
  47. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
  48. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
  49. Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
  50. Pribadi,1950.
  51. Agama dan perempuan,1939.
  52. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
  53. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat,dibukukan 1950).
  54. Pelajaran Agama Islam,1956.
  55. Perkembangan Tasawuf dari abad ke abad,1952.
  56. Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
  57. Empat bulan di Amerika Jilid 2.
  58. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
  59. Soal jawab 1960,disalin dr karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
  60. Dari Perbendaharaan Lama 1963,dicetak oleh M.Arbie Medan.
  61. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang,Jakarta.
  62. Islam dan Kebatinan,1972;Bulan Bintang.
  63. Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.
  64. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965,Bulan Bintang.
  65. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963 ,Bulan Bintang.
  66. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
  67. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
  68. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
  69. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
  70. Studi Islam 1973,diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
  71. Himpunan Khutbah-khutbah.
  72. Urat Tunggang Pancasila.
  73. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
  74. Sejarah Islam di Sumatera.
  75. Bohong di Dunia.
  76. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
  77. Pandangan Hidup Muslim,1960.
  78. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.
  79. Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

Sumber:e-malabari.net dan Wikipedia

Malaysia negara Islam????

hot!! surat company tak bagi pekerja solat! mana kementerian 1malaysia?

Bila dapat email nie bukan tahap berdesing jer telinga kami, hampir-hampir nak mendidih otak kami. Memang sungguh celaka memo daripada syarikat ini yang tak bagi pekerja Islamnya bersolat. Sungguh celaka!!!

Hati tengah panas membara. Tak boleh nak tulis lebih-lebih. Kalau nak tengok gambar company tue baca artikel ini sepenuhnya.


http://beautifulnara.com/company-tak-bagi-sembahyang-sungguh-cilaka/#more-2731


Ehsan Kerabubersuara.blogspot

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup oleh kain kafan.


'Mungkin inilah dilema remaja-remaja kita sekarang'


'Lihatlah saudara-saudaramu disana mereka sanggup bersusah payah semata-mata untuk mendapat hak untuk berhijab'



Tiada istilah 'mahu' ataupun 'tidak mahu' yang patut ada ialah wajib.Jika dilihat sekarang kebanyakan golongan wanita dari kalangan remaja-remaja Melayu menganggap pemakaian tudung dan menutup aurat sebagai satu pilihan sama ada mahu atau pun tidak mahu.Adakah mereka terlupa atau terlepas pandang Fiman ALLAH S.W.T:

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A'raaf : Ayat 26)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)


Juga terdapat dalil dari Al-Hadis:

"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid , tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Maka dengan itu ingat wahai sekalian muslimat 'tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain putih yakni kain kafan yang akan mengiringi kamu kekubur dan ingat pada ketika itu tiada lagi kata-kata taubat yang akan diterima,maka beringatlah sebelum kamu dikafankan'.

Sudah-sudahlah UMNO..

Nasihat ini ditujukan kepada ahli-ahli UMNO dan pemimpin UMNO

Sudah-sudahlah UMNO begitu banyak kemungkaran yang telah kamu lakukan.Lihatlah bagaimana kamu telah membunuh keadilan dan demokrasi dinegeri tanah tumpahnya darahku Perak Darul Ridzuan yang tercinta.Lupakah kamu pada Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Surah An Nisa' :58)

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. " (Surah An Nahl :90)

Tidak cukup dengan itu kamu lakukan pula Rasuah/Politik wang,mungkin kamu terlupa dengan apa yang terkandung didalam Hadis Nabi Junjungan kita Muhammad Rasulullah yang telah bermaksud:
"Rasulullah melaknat orang yang memberi rasuah,yang menerima dan menjadi perantara"

Tidak cukup dengan itu pemimpin-pemimpin kamu turut mengambil hasil dari penjualan arak dan aktiviti perjudian melalui lesen-lesen dan cukai-cukai,mungkin juga mereka masih terlupa dengan Firman ALLAH S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. " (Surah Al-Mai'dah :90)

10 golongan yang dibenci Rasulullah berkaitan dengan Arak:
1.Orang yang memerah buahnya
2.Orang yang meminta diperahkan arak untuknya
3.Orang yang membantunya
4.Orang yang membawanya(pengedar)
5.Orang yang dihantar kepadanya(Pemesan)
6.Orang yang menjualnya
7.Orang yang makan harganya
8.Orang yang membeli dan
9.Orang yang dibeli untuknya
10.Orang yang mendapat hasil daripada penjualan arak.
ya siapakah pihak yang ke-10 ini...renung-renungkan.....

Tidak cukup dengan semua ini mereka telah menghalalkan Riba dan mungkin mereka tidak pernah mendengar Sabda Nabi S.A.W:
"Jual beli emas dengan emas,perak dengan perak,gandum dengan gandum,sekoi dengan sekoi,buah kurma dengan buah kurma dan garam dengan garam hendaklah sama timbangan atau sukatan dan tukar menukar dalam masa yang sama.Jika sekiranya berlainan bahan-bahan ini bolehlah kamu jual sebagaimana yang kamu suka dengan syarat penukaran dimasa sama"
(HR Imam Ahmad dan Muslim)

Dan lihatlah bagaimana mereka mengalakkan perbuatan keji seperti zina dan maksiat dengan membenarkan konsert-konsert yang melalaikan program-program TV yang mengajak anak-anak kita menghampiri zina kerana mungkin mereka tidak jumpa ayat ini didalam Al-Quran:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). " (Surah Al-Isra' :32)

Cukuplah muhasabahlah renungkan kembali kenyataan-kenyataan ini.Ingatlah Azab dan Bala ALLAH yang akan kita terima jika kita terus menyokong puak-puak yang ingin mengundang kemurkaan ALLAH kerana apabila datang azab ALLAH ia tidak mengenal sama ada orng itu baik atau tidak maka marilah kita sama-sama 'mencegah kemungkaran' dengan tidak menyokong puak-puak yang akan mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T yakni UMNO/BN....

Pilihan terletak ditangan kamu sama ada memilih Parti yang ingin menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata untuk mendapatkan Redha ALLAH.PAS berpegang teguh kepada dasar parti itu yakni mendukung Al-Quran dan As-Sunnah untuk pemerintahan yang lebih adil dan saksama kerana PAS yakin kepada Firman ALLAH S.W.T:
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Q.s. Muhammad: 7).

Renung-renungkan......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)