yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, May 8, 2009

Doa Rakyat Perak terhadap pencabulan UMNO/BN

"YaALLAH,Pemelihara alam semesta yang melindungi orang-orang yang ketakutan,yang menghinakan al mutakabbirin,Yang membinasakan al-Jaharin(orang yang zalim),terimalah doa kami,perkenankanlah kami,berikan akan hak kami,pulangkan semula kepada kami kemerdekaan kami kebebasan kami."

"YaALLAH Tuhan kami,sesungguhnya mereka yang menyamun kami itu dari puak-puak UMNO/BN telah merampas negeri kami,menyangkal hak-hak kami,mereka telah berlaku zalim dinegeri ini dan banyak membuat kerosakan didalamnya."

"YaALLAH ya Tuhan kami,tangkiskanlah tipu daya mereka dari kami,lenyapkanlah keampuhan mereka,cerai beraikan persatuan mereka(UMNO/BN) tindakkanlah terhadap mereka beserta sesiapa yang menolong mereka,yang berdamai dengan mereka atau yang mengasihi mereka dengan siksaan Maha Perkasa,Maha Kuasa."

"YaALLAH Ya Tuhan kami,Jadikanlah kekalahan itu diatas mereka.Timpahkan malapetaka kepada mereka.Hinakanlah pemerintahan mereka,hapuskan kuasa mereka dari Negeri kami dan janganlah Kamu memberikan jalan bagi mereka diatas seorang Mukminin pun."

Marilah kita sekalian Rakyat Perak mengAMINkan Doa ini semoga ALLAH dan Kekuasaannya memakbulkan Doa kita Rakyat yang dizalimi UMNO/BN.

Rakaman video pencabulan demokrasi yang dilakukan puak UMNO/BN







Inilah sikap -sikap puak UMNO/BN yang mencabuli kuasa rakyat.Jangan pernah mereka fikir rakyat akan berdiam diri kerana dalam kamus hidup rakyat tiada perkataan 'Mengalah' yang ada cumalah 'Perjuangan misti diteruskan sehingga terkuburnya UMNO/BN' Takbir!!!

Kronologi Sidang Dun Negeri Perak

olahan dari YB Idham Lim Cina Islam Blog:
8.20 pagi: Kami mula bergerak ke DUN Perak Ipoh. Hampir 100 orang bersama puluhan polis yang berkumpul hadapan hotel penginapan kami, sebelum bergerak ke dewan.
Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai. Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa sampai dihotel pagi tadi

8.27 pagi: Kawalan ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri. Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri saya menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami hanya sekitar 1 km dari Dewan Undangan Negeri.

Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyusahkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri. Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri.

8.35 pagi: Ahli Parlimen Ampang ditahan. Ahli Parlimen Ampang, YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan.

9.10 pagi: Kami dihalang oleh polis Masuk Ke Dewan. Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam dewan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini.

Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.

Doakan keselamatan kami.

9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan. Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali. Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka

9.45 pagi. Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.

9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN. Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar ikut Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Kedudukan tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4. Kepada 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk Penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawatankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker. Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

10:10 pagi: Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR. Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

Kepada 10 orang masih belum keluar, Speaker berulang kali mengatakan Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.20 pagi. Keadaan kecoh berlarutan. Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula.


10.30 pagi. Arahan speaker masih belum di ikuti. Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebasan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.


10.40 pagi. Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa Speaker yang masih sah.
Hee dikerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker. ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.50 pagi. BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru. ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

11.00 pagi. Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

11.10 pagi. Ganesesan sedang meneruskan Sidang Haram. Ganesan cuba merampas kuasa Speaker...lucu
Sidang Haram Sedang berlangsung

Ganesan di meja ADUN sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap Dewan Negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demokrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.18 pagi. Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh Sidang Haram (ikut skrip) iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.30 pagi. Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan. Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.44 pagi. Saya telah arahkan ADUN PR jangan keluar kalau tidak perlu. Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

12.23 tgahari. Banyak Ahli Parlimen PR ditangkap diluar bangunan Dewan Negeri.
Saya menerima berita ramai dikalangan ahli Parlimen PR yang datang untuk menyaksikan sidang pada hari ini ditangkap, dari beberapa SMS dan makluman dari talipon yang diterima oleh rakan disebelah saya dalan dewan, ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus, beliau memaklumkan antaranya Ust. Mujahid, Sdr. Tian chua,dan Yb. Salhuddin.


12.35 tghari. Keadaan tenang di dalam Dewan. Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

12.20 tghari. Tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

12.30 tghari. Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR
keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan. Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.49 tghari. Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan
Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya
Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

1.00 tghari. Ganesan tangguh sidang satu jam lagi...
Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua. Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menengelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

1.21 tghari. Lega bila ke tandas, dah tahan nak ke tandas sejak pagi tadi....
Pergi tandas pun hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air.

Saya tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Seingat saya dalam 3 sidang dibangunan ini sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering...

Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN ? seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi.

2.03 petang. Hampir semua ADUN PR dan BN berada di Dewan. Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun.ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN. ‘Sidang Syiling’ haram
Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

2.17 petang. Kecoh Hampir ke Kemuncaknya
Ganesan dikerumuni ADUN Pakatan ketika cuba memulakan sidang pada 2.05 petang
Keadaan sekarang sangat kecoh dan bising dan hampir berlaku pergaduhan dalam dewan.

Bentara pula hendak rampas kuasa speaker.
Keadaan berlarutan sebentar tadi bila bentara cuba membuat pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan

2:20 petang:Polis masuk campur
Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker

2.40 ptg : Pergelutan di meja Speaker oleh BN. Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

3.05 petang. BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

3.10 petang. Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.
YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!
ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ. Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker
Siapakah mereka yang misteri ini?
Siapakah mereka ini?
Suasana tegang di kerusi Speaker. Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

3.21 petang. Raja muda Perak masuk ke dewan. Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin
Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah
Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

4.07 petang. Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN
Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah.

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

4.15 petang. Sidang Akhbar
Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

4.40 petang. Kenyataan Speaker Sivakumar. YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini! Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali. Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari. Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

4.49 petang. Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN
Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata Nizar dalam sidang media sebentar tadi.

Keadilan yang telah terkubur di Perak...

Semalam telah berlangsungnya Sidang Dun Negeri perak yang dinantikan seleruh rakyat negeri Perak .Namun Sidang DUN itu telah dicemari pencabulan kuasa oleh pihak BN apabila mereka mengingkari arahan Speaker Sivakumar supaya MB haram dan ADUN yang dikehendakinya keluar dari dewan persidangan.Namun arahan speaker sivakumar langsung tidak diendahkan malahan MB haram(Zamry) telah membuat usul agar speaker sivakumar yang sah dipecat.Mereka kemudiannya melantik secara haram Speaker yang baru(Ganesan).Begitu pencabulan terhadap Demokrasi yang dilakukan pihak BN.Hari ini termaktublah dalam sejarah negara terjadinya 'Sidang DUN paling kotor abad ini'.Inilah titik hitam dalam sejarah persidangan DUN,bagaimana satu pencabulan hak telah dilakukan terang-terangan.Mereka memperkotak-katikkan Kerajaan Pakatan Rakyat yakni kerajaan pilihan rakyat.Mereka mencabar kuasa rakyat.Rakyat Perak tidak sama sekali akan berdiam diri dan redha apalagi membiarkan kerajaan haram BN terus mencabuli Demokrasi.Laungan Takbir!!Reformasi!!Makkal Sakthi!! akan terus bergema tanpa henti.Dan ingatlah wahai BN bahawa ALLAH akan membalas perbuatan kotor kamu,ingat disuatu masa dikala pagi mahupun petang pembalasan akan datang kerana doa-doa rakyat Perak yang dizalimi InsyaALLAH akan dimakbulkan.Dan ingatlah kejahatan akan dibalas kejahatan..Takbir!!!!Untuk gambar-gambar apa yang telah berlaku sekitar Sidang Dun Negeri Perak sila klik disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)