Monday, April 27, 2009

Datuk Ishak Baharom Mufti yang menegakkan 'Amar Maaruf Nahi Munkar'

Datuk Mufti Haji Ishak Baharom


(1 Januari 1928- 30 Januari 2008)


Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom
merupakan bekas Mufti negeri Selangor Darul Ehsan, dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Barat, Banting Selangor. Ayahnya Haji Baharom Bin Jaafar, berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin,Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar Perak. Hasil perkahwinan ini mereka mendapat 3 orang anak. Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam,Seberang Perai,Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum,India.

Beliau menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985 dan disahkan oleh Sultan Selangor . Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1985 ialah Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38 Sabak Bernam . Beliau menjawat jawatan mufti selama 12 tahun (1985-1997).Semasa menjadi Mufti beliau bekerjasama dengan para peguam syarie untuk memantapkan undang-undang Islam terutama undang-undang jenayah Islam di Selangor. Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia,Muhammad Burok melihat inisiatif beliau mendapat sambutan masyarakat Islam.

Namun peristiwa yang amat mengejutkan telah berlaku pada tahun 1997 beliau telah dipecat dari jawatan Mufti Selangor berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram. Sebagai Mufti adalah tugasnya untuk mencegah kemungkaran seperti yang disaran Islam yakni 'Amal Maaruf Nahi Mungkar'.Berikutan desakan kerajaan Malaysia yang diterajui Tun Dr.Mahathir pada ketika itu ,Allahyarham telah 'dipecat' daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah 'tidak memperbaharui kontrak' beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun. Berbeza dengan Mufti-mufti yang ada sekarang tiada siapa pun dapat dibandingkan dengan keberaniannya menegakkan Hukum ALLAH sehingga sanggup dipecat.Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang Mufti di Malaysia . Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM),Zaid kamaruddin menyifatkan beliau sebagai tokoh yang sukar dicari ganti.Beliau menegaskan perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri SElangor mengenai Fatwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. Media-media Pro kerajaan menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa,Subang Jaya.

Walaupun telah dipecat dari jawatan Mufti Sumbangan idea dan pemikirannya berterusan apabila Allahyarham bergiat aktif dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) bermula pada 2003 setelah dilantik ahli Majlis Syura' Ulama PAS bagi tempoh dua penggal iaitu 2003-2005 dan 2005-2007.Beliau sering dijemput memberikan penerangan tentang kesyumulan Islam di pentas-pentas politik PAS.

Pada tanggal 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, berumur 80 tahun, meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang . Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh , Dr.Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak sedarkan diri dan koma akibat pedarahan dalam kepala.Jenazah beliau dibawa ke rumah beliau di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang. Kemudian dikebumikan pada 31 Januari 2008di kompleks Makam di Raja, Selangor.

Antara pemimpin yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman Syed Nawawi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Osman Sabran; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan; dan Ketua Penerangan, Salbiah Abd Wahab.

Turut hadir ialah Presiden KeADILan, Datin Seri Dr.Wan Azizah Ahli MPT KeADILan, Ustaz Badrulamin Baharon, Ketua Penerangan Umno, Tan SriMuhammad Muhd Taib dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), Dato' Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz . Orang awam turut berpusu-pusu menghadiri pengkebumian Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang tokoh yang dianggap berani dan lantang menegakkan syiar Islam.Walaupun beliau telah meninggalkan kita namun jasa dan peranan beliau sebagai Mufti yang mengamalkan 'Amal Maaruf Nahi Mungkar' tetap akan dikenang.Semoga ALLAH mencucuri Roh beliau dan semoga Roh beliau ditempatkan dikalangan para syuhada dan orang-orang yang beriman Amin...

Friday, April 24, 2009

Menjawab komen seorang blogers tentang Syeikh Muhammad Abduh

Salam Ukhwah buat semua pembaca-pembaca blog ini.Sebelum ini saya pernah menerbitkan sebuah artikel tentang seorang tokoh pejuang Islam iaitu Syeikh Muhammad Abduh artikel itu bertajuk'Syeikh Muhammad Abduh Reformis Islam Yang Ulung' artikel tersebut menceritakan perjuangan serta sumbangan Syeikh muhammad Abduh kepada kebangkitan Revolusi Islam didunia.Tapi apa yang mengejutkan saya apabila ada seorang bloggers telah memberi komentarnya yang berbunyi:


Blogger berkata;

'Banyak lagi kisah Abduh ni yang tak diterang dengan jelas. Mungkin sebab artikel ini jenis cut-n-paste. Kisah dia jadi ahli freemason, kisah dia berkawan dengan ejen Foreign Affairs British Wilfred Blunt, kisah dia dilantik oleh Lord Cromer sebagai mufti, kisah dia berpakat dengan aliran teosofi dan lain-lain lagi.

Jadi, artikel ni berat sebelah. Sesuai untuk bacaan buku teks untuk lulus pengajian sekolah sekular.

Abduh adalah musuh Allah, Nabi dan Agamanya. Dia adalah antara dajjal-dajjal kecil makhluk perosak Khilafah.'



Demekianlah bunyi komentar blogers itu.Disebabkan itu saya terbangkit untuk menjawab semua tuduhan-tuduhan yang telah beliau lemparkan terhadap Syeikh Muhammad Abduh.Saya telah merujuk pelbagai buku dan diantaranya ialah sebuah buku hasil nukilan seorang tokoh pejuang Islam yang tidak dapat dipertikaikan lagi penulisannya iaitu Prof.Dr.Hamka seorang ulama tersohor diseluruh Nusantara.Saya telah meneliti dan membaca hasil nukilan beliau didalam buku beliau yang bertajuk 'Islam:Revolusi Idealogi Dan KeAdilan Sosial'
Didalam buku beliau telah diselitkan cerita mengenai Syeikh Muhammad Abduh dan gurunya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani.Perihal mengenai mereka tercatat didalam bab yang bertajuk 'Bapa Revolusi Islam'.Didalam bab itu beliau menggambarkan Sayyid Jamaluddin dan Muhammad Abduh adalah individu yang bertangjungjawab menyuntik semangat kebangkitan Islam diseluruh dunia.Sayyid Jamaluddin Al-Afghani juga dikatakan beliau sebagai seorang mujaddid Islam terbesar dizaman itu untuk mengbangunkan umat Islam.Mereka juga bertanggung jawab menanam bibit-bibit kebencian Umat Islam terhadap bahaya penjajahan Barat terutama pihak Inggeris yang menjajah Mesir pada ketika itu.Mereka juga dianggap sebagai musuh NO 1 pihak inggeris pada ketika itu.Muhammad pernah dibuang negeri dari Mesir akibat kegagalan Revolusi Urabi.Beliau dihukum buang negeri selama 6tahun.Semasa dalam buanganlah beliau menyertai gurunya Jamaluddin Al-Afghani menerbitkan akhbar 'Al-Urwatul wutsqa' yang berpusat di Paris.Akhbar itu dilarang masuk ke negara-negara yang dikuasai Inggeris dan dianggap akkbar musuh no1 Inggeris. Beliau juga mengatakan yang Muhammad Abduh telah melalui pelbagai tribulasi,mehnah dan fitnah pihak yang tidak berpuashati terhadap beliau,ini kerana beliau adalah seorang Ulama yang berani berkata benar walaupun ketika berdepan dengan seorang penguasa ataupun raja. Beliau bersikap tegas dalam menangani perkara 'Amal Maaruf dan Nahi Mungkar' walaupun terpaksa berhadapan dengan Raja Mesir pada ketika iaitu Khadewi Abbas Hilmi Pasya.Akibat dari itu beliau mengundang kemarahan Khadewi.Akibat dendam terhadap Muhammad Abduh Khadewi pernah mengupah seorang Ulama untuk menulis fitnah perihal kematian Muhammad Abduh yang digambarkan mati dalam keadaan aib dan lidahnya terjulur sehasta.Ulama yang membuat fitnah itu dikenali sebagai Syeikh Annabhani. Muhammad Abduh juga difitnah sebagai seorang yang Mordernis,Sekularisme dan bersekongkol dengan pihak Barat.Berikutan tomahan dan tribulasi yang tidak putus-putus terhadap beliau, Muhammad Abduh mengambil keputusan berangkat ke Iskandariyah,dan disanalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1905.Sayid Al Bakri ulama yang berperanan dalam usaha melaga-lagakan muhammad Abduh dan Khadewi telah mengambil alih tempat Muhammad Abduh Sebagai Ulama diraja.Namun balasan ALLAH menimpanya,beliau telah menjadi gila dan dimasukkan kerumah sakit jiwa dan hanya keluar dari tempat itu 27 tahun kemudian. Namun ketika ingatannya datang sesekali dan ditanya tentang Muhammad Abduh beliau menjawab'Muhammad Abduh adalah orang yang besar dan harus dijulang tinggi'. Saya juga telah merujuk kepada 2buah buku lagi mengenai kebangkitan revolusi Islam dan pengaruh revolusi Islam.Buku ini bertajuk' Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan' hasil nulikan Riduan Mohamad Nor(MA UKM) dan Mohd Fadli Ghani(MA UKM) dan satu lagi buku yang bertajuk 'Pengaruh Pemikiran As-Syahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia' hasil nukilan Fauzi Zakaria(MA UM).Kedua-dua buku ini juga tidak bercanggah faktanya dengan buku Prof.Dr.Hamka, namun buku ini ada mengulas tentang pembabitan Muhammad Abduh dengan Lord Kromer seorang Gabenor-Jeneral Inggeris di Mesir pada ketika itu.Hubungan itu diakui wujud namun tujuan Muhammad Abduh adalah untuk menjaga keselamatan dirinya dan memastikan program pembaikan dan naik taraf al-Azhar dapat dilaksanakan tanpa gangguan Khadewi Abbas. Ini kerana dasar Khadewi sejak zaman Muhammad Ali memenclkan Al-Azhar.Hal ini diketahui Muhammad Abduh lantas beliau terpaksa merapatkan diri dengan Lord Kromer kerana pada masa itu Mesir dikuasai dua kuasa yakni kuasa Khadewi dan kuasa Gabenor Jeneral Inggeris iaitu Lord Kromer. Namun apa yang jelas Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh adalah pejuang yang bertanggungjawab menyedarkan umat Islam tentang bahaya penjajahan Barat.Muhammad Abduh semasa berada di London pernah secara terbuka menyatakan dan mengecam sekeras-kerasnya pendudukan Inggeris ditanah Mesir.Beliau berkata, tidak seharusnya umat Islam memberikan ketaatan kepada sesiapa pun selain dari orang Islam. Begitu juga dengan konsep pemerintahan secara Khalifah sebagai satu Institusi pemerintahan dalam Islam adalah suatu yang wajib bagi semua Umat Islam. Perihal ini dijelaskan oleh muridnya Muhammad Rashid Ridha. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani,Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Ridha adalah pelopor kepada konsep Pan Islamic .Konsep yang menekankan bahawasanya Perang salib masih berterusan hingga kehari ini oleh itu Umat Islam harus sentiasa berwaspada terhadap dakyah-dakyah Barat.Konsep ini juga menerapkan supaya Umat Islam memperbaiki akidah supaya selaras mengikut Al-Quran dan As-Sunnah dan konsep ini juga menyeru Umat Islam kembali kepada sistem Khalifah seperti zaman Khalifah-Khalifah Ar-Rasyidin.Gerakan Pan Islamic ini juga telah melahirkan tokoh-tokoh kebangkitan Islam seperti pengasas Ikhwan Al- Muslimin iaitu Imam Syahid Hassan Al-Banna dan Presiden Ulama Sedunia iaitu Dr.Yussuf Al-Qaradawi yang begitu mengagumi perjuangan Hassan Al-Bana dan Muhammad Rashid Ridha.Daripada ketiga-tiga buku yang telah saya rujuk , dapat saya merumuskan bahawasanya tomahan dan tuduhan Blogger itu adalah tidak berasas sama sekali.

Demikianlah huraian pembacaan saya sekaligus menangkis segala tomahan yang dilemparkan oleh blogers itu terhadap Syeikh Muhammad Abduh,anda sebagai pembaca blog ini boleh membuat rujukan anda sendiri dan anda dialu-alukan memberi komentar-komentar anda.Yang baik adalah dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Wabilahi taufik wa hidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Wednesday, April 22, 2009

Yusuf Al-Qaradhawi Presiden Ulama Sedunia dan Ulama komtemporori yang amat tersohor




Yusuf Abdullah al-Qaradhawi
seorang tokoh ulamak yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau lebih dikenali sebagai Yusuf al-Qaradhawi. Yusuf al-Qaradhawi dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.

Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah. Dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampungnya ini terletaknya makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi. Di kampung inilah beliau tinggal sehingga wafat pada tahun 86H. Sehingga kini makamnya sangat dimuliakan dan para penduduk kampung amat berbangga dengannya.Perkara ini telah dinyatakan oleh pengkaji sejarah seperti Ibn Hajar ketika menceritakan kisah sahabat ini.

Al-Qaradhawi menyebutkan bahawa beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama dan bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga. Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya bernama Ahmad. Bapa saudaranyalah yang menjadi bapa dan sepupu-seppunya sebagai saudara-saudara beliau. Beliau telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mendapat keistimewaan daripada keluarga. Malah kata Yusuf sendiri: “ itulah gantian daripada takdir yang menjadikan saya yatim ketika berusia masih terlalu awal.”

Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan lain-lin. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.

Yusuf menyebutkan : “ sebelum usia saya mencapai 10 tahun, saya telah dikurniakan oleh Allah dengan dapat menamatkan hafalan al-Quran sepenuhnya bersama pelajaran hukum-hukum tawjid.Saya masih tidak lupa ketika mereka mengadakan perayaan khatam al-Quran untuk saya seperti kebiasaan yang dilakukan oleh al-Kuttab. Mereka memberi minum dan kuih muih. Saya membca akhir surah-surah al-Quran dari surah al-Dhuha sehingga surah al-Nass. Ketika saya menbaca akhir setip surah mereka menyambutnya dengn ucapan takbir dan tahmid. Pelajar bertakbir bersama saya. Begitulah kebiasaan perayaan yang dilakukan pada setiap pelajar di kuttab.”.

Di kampungnya tersebut mempunyai 4 buah Kuttab di mana wujud persaingan yang sihat bagi penghafal al-Quran di kalngan penuntutnya.Sejak kecil lagi, al-Qaradhawi bercita-cita untuk belajar di al-Azhar dan menjadi salah seorang daripada ulamaknya,Pada pandangan beliau, al-Azhar merupakan menara ilmu . Beliau juga terpengaruh dengan ulamak-al-Azhar di kampungnya seperti Syeikh Ahmad Muhammad Saqar, Syeikh Ahmad Abdullah, Syeikh Ahmad Battah dan Syeikh Abdul Mutalib Battah.

Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan ciri-ciri ulamak. Bakatnya terserlah apabila sering dipanggil untuk menjadi imam dan syarahan agama di Masjid kampungnya. Beliau menyebutkan bahawa semenjak hari itu ( hari khatam al-Quran) penduduk kampung terutama Syeikh Yusuf telah meminta kepada saya untuk menjadi imam apabila bersolat terutam solat jahriah kerana kurniaan Tuhan kepada saya yang dapat membaca al-Quran dengan baik.Ini merupakan penghormata yang terlalu awal, menyebabkan saya tidak mempunyai peluang bermain sebagaimana yang dinikmati oleh rakan sebaya.

Kehidupan seorang yang agung bermula sejak kecil lagi. Sausana rumah, keluarga dan masyarakat memberi saham yang besar dalm membentuk jiwa seseorang.Yusuf telah didewasakan dalam suasana keislaman yang kuat dan mantap. Bukan sahaja keluarga bapa saudaranya tetapi penduduk kampungnya yang telah mengambil berat dan memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang menghafal al-Quran.

Agama merupakan faktor utama yng sangat mempengaruhi kehidupan penduduk shafat al-Turab. Agama adalah penunjuk arah bagi pemikiran serta sumber utama dalam membentuk budaya mereka dan memberi pengaruh utama dalam kegiatan harian mereka. Perkara ini dapat diketahui melalui kegiatan penduduk di situ yang sentiasa mengimarahkan masjid-masjid terutama dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaram Islam seperti perayaan sambuatan Maulid nabi dan Israk mikraj. Di samping itu, penduduk kampung amat peka terhadap pengajian al-Quran kepada kanak-kanak. Terdapat empat kuttab dalam kampung tersebut iaitu kuttab Syeikh Dasuqi, Kuttab Syeikh Nuruddin, Kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail dan Kuttab Syeikh Yamani Murad. Al-Qaradhawi belajar di kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail. Al-Qaradhawi juga telah menghafal kitab al- Tuhfat yang berisi hukum-hukum tajwid. Sejak itu juga, beliau menjadi imam solat dan penduduk kampung amat menyukai bacaanya ketika bersembahyang. Mereka selalu menyuruh beliau menjadi imam terutama solat Subuh dan sejak itu mereka mengelarkannya sebagai ‘syeikh Yusuf’ . Pada masa itu, umurnya berusia 10 tahun.

Apabila tamat madrasah Ilzamiyyah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Rendah Tanta (madrasah ibtida’ittah) selama 4 tahun dan di Maahad Menengah (madrasah thanawiyya) selama lima tahun.Maahad ini terletak dibawah penguasaan al-Azhar.Menurut al-Qaradhawi, pada mulanya bapa saudaranya enggan menghantar beliau ke sekolah maahad al-Azhar kerana ia memakan masa yang lama apatah lagi banyak graduannya menganggur ketika itu. Bapa saudaranya inginkan beliau menamatkan pelajaran dan cepat mendapat pekerjaan atau menjadi peniaga yang berjaya. Tetapi takdir allah yang menentukan apabila ada seorang syeikh yang datang melawat kampung shafat al-Turab dan menyarankan kepada bapa saudara bahawa wajib beliau menghantar saya ke al-Azhar. Saat itulah yang merubah kehidupan al-Qaradhawi dan menjadi salah seorang pelajar di Maahad Agama Tanta dengan memakai pakaian rasmi al-al-Azhar iaitu jubah dan serban merah.

Semasa di Maahad Tanta, al-Qaradhawi mulai banyak membaca buku. Ia tidak hanya membatasi diri untuk membaca buku-buku silibus sahaja, tetapi buku-buku yang lain untuk meluaskan ufuk pemikiran dan menghilangkan kehausan terhadap ilmu pengetahuan. Untuk itu, al-Qaradhawi mendapatkan buku-buku tersebut melalui perpustakaan Dar al-Kutub Tanta atau menyewanya dari perpustakaan Fak al-azmah. Pada masa ini, bacaan al-Qaradhawi lebih tertumpu kepada dunia kesusasteran Arab dengan membaca buku-buku karya al-Manfaluti, Mustafa al-Sadiq al-Rafa’i Taha Husain, Abbas Aqqad dan Ahmad Amin. Di Maahad Agama Tanta, al-Qaradhawi belajar dengan al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Diftar dan Syeikh Mutawalli Sya’rawi.

Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringat rendah, ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu beliau berusia 15 tahun. Setelah tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di Fakulti Usuluddin. Beliau tamat dengan menjadi pelajar terbaik dari 180 orang mahasiswa. Yusuf kemudiannya mengambil pengkhususan di fakulti Bahasa Arab selama dua tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana dan diploma pendidikan dengan pangkat pertama daripada 500 orang mahasiswa. Pada tahun 1957, beliau menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera.

Dalam waktu yang sama, Yusuf mendaftar calon ijazah tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga menamatkan pengajian pada tahun 1960. Kemudian, beliau menyiapkan diri untuk mendapatkan untuk mendapatkan Ph.D dalam fiqh al-Zakat yang diwajibkan untuk diselesaikan dalam masa dua tahun. Oleh kerana keadaan politik Mesir cukup gawat ketika itu, beliau terpaksa menanguhkan pengajiannya selama 13 tahun. Akhirnya pada tahun 1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.d. Tesis tersebut mendapat pujian dan menjadi kebanggaan kebanyakan ulamak termasuk Mawdudi dan Muhammad Mubarak.

Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi

Menurut Yusuf al-Qaradhawi bahawa peribadi yang banyak memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam pemikiran dan spiritual ialah Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimun. Semasa itu, Hassan al-Banna di Kaherah dan al-qaradawi masih lagi menuntut di Tanta. Walaupun begitu, beliau telah mendengar ucapan al-Banna di Tanta beberapa kali dan membaca tulisannya. Yusuf menyifatkan al-Banna sebagai pendakwah yang agung dn mepunyai keperibadian yang sederhana sama ada dalam penulisan atu percakapan. Yusuf menceritakn bahawa beliau mendengar ceramah al-banna semasa menuntut di mahaad Agama peringkat rendah sempena sambutan Hijrah. Maka didapati ucapannya begitu mudah sehingga saya boleh menghafaznya pada hari itu.Beliaua mempunyai ilmu yang luas. Dalam majalah al-Shahab, al-Banna menulis mengenai tafsir, akidah, mustalah hadith, sejarah Islam dan system-sistem kemasyaratan. Tulisan-tulisan itu ditulis dengan baik dan asli.

Antara kesan al-Banna kepada jiwanya itu, beliau menulis buku al-Tarbiah al-Islamiyyah wa madrasah Hassan al-Banna. Al-Qaradhawi juga membawa contoh-contoh mujahid besar ini dalam banyak tulisan-ulisannya terutama dalam bidang dakwah. Dalam buku fiqh al-Awwalawiyyat, Yusuf membawa contoh keutamaan dakwah yang dilakukan oleh al-Banna.

Dalam buku al-Tarbiah al-Islamiyyah, al-Qaradhawi menulis mengenai asas-asas pendidikan yang telah dilakukan oleh al-Banna. Al-Qaradawi menyebutkan al-Banna seorang pembina bukan penghancur. Seorang yang bekerja danbukan seorang yang hanya bercakap, seorang yang melihat realiti dan bukan seorang yang suka berkhayal.Malahan menurut al-Qaradhawi, tarbiah Ikhwan merupakan tarbiah yang terbaik kerana ia berteraskan asas pendidikan Islam yang sempurna.

Selain al-Banna, al-Qardhawi juga cukup mengagumi tokoh seperti Ustaz al-Bahi al-Khuli dan Muhammad al-Ghazali. Kedua-dua tokoh tersebut merupakan tokoh yang mendapat didikan daripada gerakan Ikhwan. Menurut al-Qaradhawi bahawa didikan gerakan Ikhwan lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada pendidikan formal yng dipelajarinya di al-Azhar dan giuru-gurunya dengan tidak menafikan sumbangan mereka dalam membentuk peribadi dn keilmunnya.

Ustaz al-Bahi al-Khuli merupakan orang yang bertanggungjawab mendiduk al-Qaradhawi dalam gerakan ikhwan kerana beliau merupakan ketua markaz Ikhwan bagi kawasan al-Gharbiyah. Beliau sering menyampaikan ceramah-ceramah umum di markaz ikhwan. Hasil ceramah yang beliau sampaikan itu kemudian dihimpunkan menjadi sebuah buku yang berjudul tazkirah al-du’at. (Peringatan buat Juru dakwah). Al-Qaradhawi bergabung bersama dengan al-Bahi al-Khuli dalam halaqah yang diberi nama Kutaibah al-Zabih. Yang dimaksudkan dengan al-Zabih adalah nabi Allah Ismail yang bersama ayahnya nabi Ibrahim membina Kaabah. Antara yang menyertai halaqah ini ialah Ahmad Asal, Muhmmad Damardasy Murad, Abdul Azim al-Dib, Abdul Wahab al-Batattanuni. Halaqah ini diadakan pada setiap hari Isnin selepas solat subuh. Sementara ini, sebelum fajar subuh mereka melakukan amalan –amalan kerohanian sehingga merasai kenikmatan dan sausana ketuhanan yang sangat tinggi. Begitu juga, hubungan al-Qaradhawi dengan Muhammad al-Ghazali amat rapat dan perkenalan mereka bermula sejak al-Qaradhawi masih lagi menuntut di Tanta.

Dalam bidang akademik, beliau terpengaruh dengan Muhamad Abdullah Darraz. Menurut al-Qaradhawi, Muhammad Darraz ini mempunyai keluasan ilmu dan pemikiran Islam yang asli terutama dalam buku-bukunya seperti falsafah al-Akhlaq fi al-Quran.Begitu juga beliau mepunyai hubungan khusus dengan Syeikh Mahmud Syaltut sebelum beliau menjadi Syeikh al-Azhar dan juga dengan syeikh Abdul Halim Mahmud yang mengajar subjek falsafah kepada beliau.Al-Qaradhawi bersama rakan-rakannya sentiasa berjumpa dan menziarahi Mahmud Syaltut dan Abdul Halim Mahmud untuk berbincang mengenai Islam dengan mereka.Pada tahun empat kuliah Usuluddin, Abdul Halim Mahmud mengajar al-Qaradhawi dalam subjek tasauf dengan rujukan khusus kepada buku al-Munqidh min al-Dalal karya Imam al-Ghazali.

Di al-Azhar beliau juga belajar dengan Muhmmad Mukhtar Badir dan Muhammad Amin Abu al-Raus kedua-dua merupakan guru tafsir, Muhammad Ahmadain dan Abu Hamid al-Sazali guru dalam bidang ilmu hadith, Salih Ashraf al-Isawi, Muhammd Yusuf dan al-Syafi’i al-Zawahiri, guru dalam bidang ilmu tauhid, Dr. Muhammad Ghalab guru dalam bidang ilmu falsafah dan Tayyib al-Najjar guru dalam bidang Usul Fiqh.

Mereka merupakan guru-guru-guru al-Qaradhawi yang banyak mempengaruhi kehidupan ilmiahnya. Namun seperti pengakuannya, beliau bukanlah carbon copy atau kehilangn identiti diri meskipun mengagumi ketokohan mereka. Merek hanya sekadar pemberi inspirasi, model dan rujukan dari segi pemikiran dn tingkah laku sahaja. Beliau menyebutkan bahawa anatara kurnian Allah kepada saya ialah saya mengagumi seseorang tetapi tidak menjadikan saya seorang yng membuta tuli mengikutnya atau hilang identiti diri. Saya -bersyukur kepada Allah- bukan ciplakan daripada salah seorang daripada mereka, saya hanya mengmbil pemikiran atau tingkah laku dalam peribadi yang saya kagumi.

Antara peribadi yang memberi kesan kepada jiwanya juga ialah Syeikh Rashid Rida, pengarang al-Manar. Walaupun beliau tidak pernah berjumpa tetapi pemikiran Rashid Rida menyebabkan al-Qaradhawi mengaguminya. Rashid Rida seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Beliau menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah dan manhaj salafi. Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim.

Dalam kebanyakkan penulisannya, al-Qaradawi, beliau sering menukilkan kata-kata ketiga-tiga tokoh tersebut. Beliau menyebutkan bahawa semasa awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam Abu Hamid al-Ghazali yang mana kitab al-Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil, kemudian membaca buku-buku peninggalan Ibn Taimiyyah, maka beliau mengaguminya. Ia memberi kesan kepada pemikiran dan jiwanya. Ia merupakan peribadi yang menberi pemikiran pertama kepadanya.. Beliau juga mengagumi anak muridnya Imam Ibn Qaiyim.. Walaupun beliau mengagumi kedua-dua tokoh tersebut, ia tidak menghalang untuk berbeza dalam setengah-setengah isu sepertimana kedua-dua tokoh tersebut berbeza pendapat dengan orang-orng terdahulu daipada mereka.

Sejak muda lagi, al-Qardhawi didedahkan dengan tokoh-tokoh islah dan mujadid Islam yang besar sama ada melalui hubungan secara individu tersebut atau melalui bacaan tulisan-tulisan tokoh tersebut. Secara kesimpulannya, kita dapati orang yang ingin menjadi tokoh besar kemudian hari, kehidupannya bermula sejak muda lagi. Al-Qaradhawi telah mengenali tokoh-tokoh besar Islam sejak dalam usia yang terlalu muda.

Tuesday, April 14, 2009

Dulu kufar sekarang Muslimat



Dunia suatu ketika dahulu pernah dikejutkan dengan pernahanan seorang wartawan warga Britain oleh tentera Taliban ketika beliau menyamar sebagai wanita Afghanistan untuk mengintip puak Taliban yang dilabelkan oleh media-media asing sebagai paksi keganasan serta mengamalkan driskriminasi terhadap kaum wanita.Namun apa yang lebih mengejutkan dunia apabila wartawan warga Britain ini mendapat hidayah ALLAH ketika berada didalam tahanan tentera Taliban.
Sejurus dilepaskan dari tahanan beliau mengambil keputusan untuk mendalami agama Islam dan memeluk agama suci Islam .Marilah kita bersama menyelusuri perjalanan beliau mendapat hidayah ALLAH dan semoga kita mensyukuri atas nikmat yang tidak terhingga yakni dilahirkan didalam Islam.

Bassam Al-Muslmani atau nama sebelum memeluk Islam Yvonne Ridley bekas wartawan terkenal Britain dari akhbar Sunday Express beliau juga memegang jawatan selaku Ketua Pemberita semasa akhbar itu membuat liputan tentang era pemerintahan Taliban yang dikaitkan dengan keganasan global.Sesungguhnya ALLAH telah membuka hatinya menerima Islam sebagai Ad-Deen.Beliau mendapat hidayah dalam keadaan yang tidak pernah terlintas dibenak hati beliau yakni ketika beliau ditahan oleh puak Taliban.Semuanya bermula akibat terbongkarnya penyamaran beliau sebagai seorang wanita Afghanistan . Penyamaran beliau terbongkar ketika peralatan rakaman beliau terjatuh ketika menunggang keldai dan tidak sengaja beberapa perkatan inggeris telah terpacul dari mulutnya akibat terkejut ketika jatuh dari keldai.Akibatnya rahsia beliau dapat dihidu oleh tentera Taliban. Sehubungan dengan itu beliau akhirnya ditahan oleh tentera Taliban.Perasaannya ketika itu tidak dapat digambarkan kerana beliau merasakan beliau pasti akan diseksa.Beliau seketika terbayang bagaimana tahanan-tahanan perang Amerika di kem X-ray di Guantanamo Bay yang tahanannya terdiri daripada puak-puak Taliban pasti beliau akan dijadikan bahan untuk membalas dendam . Beliau juga menyangka ketika dalam tahanan beliau akan diganggu secara seksual namun sangkaan beliau meleset sama sekali kerana tubuh beliau langsung tidak pernah disentuh mana-mana lelaki puak Taliban.Beliau mula berfikir jika beliau ditahan oleh Tentera Amerika tentu sahaja tubuhnya akan menjadi santapan tentera Amerika.Namun apa yang difikirnya meleset sama sekali kerana beliau diberi layanan yang amat baik.Beliau ditahan disebuah bilik berhawa dingin dan semua yang berada disitu adalah golongan wanita.Beliau mendapat makanan serta keperluan asas yang lengkap.Disini beliau mula berfikir kenapa dunia menganggap Taliban adalah pengganas padahal beliau sendiri melihat bagaimana Taliban telah menunjukkan budi perkerti yang amat baik terhadap tahanan.Puak Taliban yang digambarkan ganas dan merendahkan martabat wanita sama sekali tidak benar,ini kerana puak Taliban dilihat beliau sangat menghormati kaum wanita dan sentiasa melindungi kaum wanita. Sewaktu didalam tahanan beliau sempat ditarbiryah oleh seorang ulama puak Taliban yang mengajar beliau tentang pengertian Islam melalui buku hasil karangan As-Syahid Sayyid Qutb seorang Ikhwan Muslimin buku beliau bertajuk 'Pertunjuk Sepanjang Jalan'. ALLAH Maha Berkuasa memberikan hidayahNya kepada sesiapa sahaja, beliau akhirnya mendapat hidayah dan beliau bertekad mendalami ajaran Islam sejurus dibebaskan dari tahanan Taliban.Beliau kini telah menjadi seorang muslimat Islam yang memperjuangkan dakwah islamiyah.Beliau amat menghormati dan mendukung perjuanagan pergerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Bana yang dilihat beliau telah menyuntik semangat Islam yang Syumul kepada pergerakan-pergerakan islam didunia termasuk Taliban.Kini beliau sedang giat berkempen kepada para muslimat agar menutup aurat terutama dalam pemakaian hijab.Beliau menyelar pemimpin-pemimpin muslimat Islam yang kononnya memperjuangkan islam namun tidak mahu mengikut syariat yang telah ALLAH perintahkan kerana mereka berfikiran sekular dan tidak menutup aurat. Begitulah hidayah ALLAH kerana dalam kejadian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi manusia yang berfikir...

Sunday, April 12, 2009

Islam yang bagaimana UMNO mahukan?

Islam yang bagaimana UMNO mahukan?
UMNO mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam namun Islam yang bagaimanakah yang mereka inginkan jika UMNO banyak menghalalkan yang haram dan menafikan Hak-Hak ALLAH.Anda buatlah pernilaian sendiri....

1.ALLAH mengharamkan Riba namun UMNO mengubah Riba kepada “interest”, faedah, bunga….

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO mengubah Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat dengan hukuman kufur yang diberikan oleh Lord Reid seorang kufar

3.ISLAM ialah agama yang Syumul namun UMNO mahukan Islam acuan mereka maka Islam ditambah menjadi Islam Hadhari

4.ALLAH mengharamkan JUDI namun UMNO menghalalkan Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan judi hanya haram bila tidak ada lesen dari mereka

5.ALLAH mengharamkan Arak namun UMNO menghalalkannya bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam

6.ALLAH melarang kita melakukan Rasuah namun UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang

Jadi Islam yang bagaimana yang mereka mahukan?Apakah mereka lupa pada Sabda Nabi S.A.W "Aku tinggalkan kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh pada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selamanya,dua perkara ini ialah AL-Quran dan AS-Sunnah" namun adakah UMNO berpegang pada kedua-dua ini AL-Quran dan As-Sunnah?Anda sendiri tahu jawapannya........

Thursday, April 9, 2009

Syeikh Muhammad Abduh Reformis Islam yang ulung


(1849-1905)


Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah. Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki. Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.. Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh . Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.

Syeikh Muhammad Abduh telah belajar menulis dan membaca daripada bapanya semasa kecil. Selepas itu, beliau telah mempelajari dan menghafaz al-Quran semasa berusia 10 tahun. Setelah selesai menghafaz al-Quran, beliau menyempurnakan tajwidnya dan mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi. Beliau juga mempelajari tasawuf dan tatabahasa Arab daripada Syeikh Darwish Khudr dan Syeikh Darwish.

Semasa menuntut di Universiti al-Azhar, beliau telah mempelajari banyak ilmu, termasuklah matematik dan falsafah daripada Syeikh Hasan at-Tawil.

Pada tahun 1877, beliau memperolehi ijazah daripada Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1896, Syeikh Muhammad Abduh berkesempatan bertemu dengan Sayid Jamaluddin al-Afghani yang mengunjungi Mesir dan sempat mendalami bidang akademik dan pemikiran Islam.

Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi . Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani.

Syeikh Muhammad Abduh memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Beliau berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar. Beliau juga berani kebencian bangsa Mesir terhadap tentera Inggeris kepada tokoh-tokoh Inggeris semasa mengunjungi London pada tahun 1881. Beliau juga mendesak agar segera keluar dari bumi Mesir kerana Islam ditegah memberi ketaatan kepada yang lain daripada Islam.

Walaupun Syeikh Muhammad Abduh seorang yang tegas, namun di sebalik ketegasannya itu, ada sifat penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau menubuhkan al-Jami'iah al-Khairiah al-Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi masalah kewangan.

Selain itu, beliau merupakan seorang ulama yang berketerampilan. Beliau diberi kepercayaan untuk menjawat beberapa jawatn penting negara seperti Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, Ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Di samping itu, Syeikh Muhammad Abduh meruapakan seorang yang berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas, sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat Islam ketika itu.

Aliran pemikiran serta perjuangan

Syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi daripada Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani. Kesannya, beliau lebih bersikap terbuka berbanding sebelumnya.

Beliau banyak memberi saranan ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam. Saranan-saranan beliau meliputi aspek-aspek berikut:

* Akidah: Syeikh Muhammad Abduh menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar dalam bentuk yang asal dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak semasa. Syaratnya, ia tidak boleh bercanggah dengan kehendak al-Quran dan Sunnah. Beliau menolak sekeras-kerasnya konsep Taqlid al-A'ma atau taklid buta. Beliau mengajak umat Islam mempelajari ilmu-ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah untuk membina umat yang mempunyai daya fikir yang tinggi dan seterusnya mampu keluar daripada belenggu penjajahan.
* Integrasi ilmu: Syeikh Muhammad Abduh mendapati sisitem pendidikan pada masa itu hanya tertumpu kepada bidang-bidang agama dalam bentuk huraian kitab-kitab klasik tanpa cuba disesuaikan dengan kehendak semasa. Berdasarkan pengalamannya belajar di Tanta dan Universiti al-Azhar, beliau mendapati keadaan pembelajaran di Tanta terlalu mundur, sehingga disifatkan anak muda yang suka belajar di situ sentiasa dibendung rasa putus asa. Keadaan di Universiti al-Azhar juga sama. Beliau mengkritik dengan katanya:

"Aku sangka pengajian seperti ini hanya berlaku di Tanta sahaja, tetapi juga berlaku di al-Azhar. Aku dapati 95 peratus daripada pelajarnya tidak dapat bertahan lebih lama dengan corak pengajaran seperti ini. Para guru mengajar apa yang dia faham ilmu itu tanpa mengira kemampuan pemahaman seseorang pelajar. Mereka menyangka pelajar telah faham, sedangkan sebenarnya mereka tidak faham."

Beliau menyarankan supaya bidang-bidang ilmu Fardu Kifayah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti. Saranan itu diterima oleh Kerajaan Mesir. Sukatan pengajian di Universiti al-Azhar diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan sebagai model kepada pusat-pusat pengajian tinggi lain di seluruh dunia Islam.

* Kecekapan pentadbiran: Ketika Syeikh Muhammad Abduh bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan Mesir, beliau mendapati kepincangan dalam sistem pentadbiran kehakiman. Beliau berpendapat ia tidak sistematik dan perlu dengan pengislahan. Pengislahan yang dilakukan dimuatkan di dalam karyanya yang berjudul at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah.


Faktor melakukan pengislahan dalam sistem pendidikan

* Beliau mendapat inspirasi Gerakan Islah Sayid Jamaluddin al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu.
* Kesedaran Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman.
* Sistem pendidikan masa itu menjurus ke arah taqlid buta dan pasfi (jumud).
* Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari Kerajaan Mesir kepada golongan miskin.
* Kadar gaji guru yang rendah.

Kaedah Islah

Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara saluran-saluran idea Islahnya ialah:

* melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti al-Azhar;
* melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyyah dan al-Ahram
* melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-Tauhid , Tafsir Juz' 'Amma, at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih , dan al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah.
* melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Sumbangan dalam bidang pendidikan

Idea-idea yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif. Syeikh Muhammad Abduh berjaya memberi gambaran yang jelas tentang keperluan umat Islam kepada Islah, khususnya dalam bidang pendidikan. Idea Islah Syeikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan, khususnya di Universiti al-Azhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam. Antara idea tersebut ialah:

* mewujudkan mata pelajaran matematik, geometri, algebra,geografi,sejarah&seni khat;
* mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil;
* mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar Universiti al-Azhar;
* menyediakan peruntukan gaji guru dari perbendaharaan negara dan waqaf negara;
* memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di Iskandariah, Mesir.Walaupun sudah lama beliau meninggalkan kita namun jasanya kepada dunia Islam tidak pernah padam dan beliau akan tetap dikenang sebagai seorang Reformis ulung didalam dunia Islam.

Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti:

* Riasalah at-Tauhid
* Tafsir Juz' 'Amma
* Tafsir Surah al-'Asr
* Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin al-Afghani
* Syarh Nahji al-Balaghah
* Syarh Maqamat al-Badi'
* at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah
* al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih
* al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah

Pengaruh Syeikh Muhammad Abduh kepada pergerakan Ikhwan Muslimin dan Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bermula dari pengaruh beliau dan gurunya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani wujudnya pergerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Bana yang banyak terpengaruh dengan konsep Pan Islamic yang diasaskan mereka juga perjuangan mereka menentang penjajahan Barat kerana mereka sedar bahaya penjajahan Barat terhadap umat Islam pada ketika itu.Usaha ini yang kemudiannya diwarisi pula kepada anak murid Muhammad Abduh iaitu Muhammad Rashid Reda kemudian tersebarlah pengaruh kebangkitan islam dan tertubuhlah sebuah pergerakan Islam Ikhwan Muslimin yang mencetuskan fenomena kebangkitan pergerakan Islamiyah diseluruh dunia yang menentang penjajahan Barat serta pembaikkan akidah umat Islam termasuk di Malaysia sendiri menerusi pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Timur Tengah khursusnya di Al-Azhar Mesir.Menerusi siri-siri tarbiyah secara terus dari tokoh-tokoh Ikhwan Muslim seperti Imam As-Syahid Hassan Al-Bana dan Sayyid Qutb yang kedua-duanya Syahid kerana tentangan penjajah dan pemimpin sekular Mesir.Apabila sekembalinya pelajar-pelajar ini ke malaysia,mereka pula menyebarkan pengaruh Ikhwan Muslim menerusi pergerakan-pergerakan seperti Parti Islam Semalaysia(PAS) dan Angkatan Belia Islam(ABIM).Pas yang kini diterajui Tn.Guru.Abdul Hadi Awang yang juga mendapat pengaruh terus dari Ikhwan Muslimin semasa belajar di Timur Tengah.TG Abdul Hadi adalah tokoh reformasi di dalam Parti Islam itu. Sewaktu menuntut ilmu di Timur Tengah dahulu (Universiti Islam Madinah dan Universiti Al-Azhar), TGAH mendapat didikan terus dari tokoh-tokoh besar Ikhwan antaranya Mustafa Masyhur, Fathi Yakan, Said Hawa.TGAH juga diamanahkan sebagai mas'ul kepada sayap pemuda Ikhwan di sana. Karisma dan ketokohan TGAH sememangnya disedari oleh kepemimpinan Ikhwan lantas beliau diangkat memegang peranan penting dalam organisasi Ikhwan di Timur Tengah. Saling tak tumpah seperti ayahandanya, Tuan Guru Awang yang juga tokoh Ikhwan Muslimin di rantau Nusantara.Kini PAS telah menjadi parti politik islam yang terbesar di Malaysia.PAS amat menekankan konsep tarbiyah kepada ahli-ahlinya seperti Ikhwan Muslimin.

Wednesday, April 8, 2009

Ibn-ul-Khattab Komander Jihad persis Khalid Bin Walid





Ibn-ul-Khattab, juga dikenali sebagai Khattab nama sebenar beliau ialah Samir Saleh Abdullah Al-Suwailem. Dilahirkan di Semenanjung Arab, Khattab dibesarkan di dalam keluarga yang agak berada dan terpelajar. Beliau membesar menjadi seorang anak muda yang berani dan kuat, yang terkenal sebagai seorang yang nekad dan tidak mengenal erti takut. Selepas menguasai bahasa Inggeris, beliau mendapat tempat di sebuah Sekolah Tinggi (High School) Amerika pada tahun 1987. 1987 merupakan kemuncak Jihad Afghan menentang penjajahan tentera Soviet Union (ketika itu) di bumi Afghan. Anak-anak muda dari seluruh bumi umat Islam serata dunia bergegas ke Afghanistan menyahut seruan Jihad para Mujahid terkenal seperti Sheikh Abdullah Azzam (dibom pada 1989)dan Sheikh Tamim Adnani (meninggal dunia pada 1988.



Kisah-kisah perjuangan penuh dengan keajaiban atas kuasa Allah SWT dan kisah-kisah keberanian menentang 'Superpower' dunia ketika itu mula mencecah telinga umat Islam sedunia. Ketika hampir tiba masanya untuk beliau berangkat ke dunia baru melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, Khattab memutuskan untuk mengikut para sahabat dan kaum-keluarga beliau ke Afghanistan untuk satu lawatan pendek. Sejak dari hari beliau melambai selamat tinggal pada kedua ibubapa dan keluarga beliau pada akhir 1987 tersebut, Khattab tidak pernah kembali.

Beliau turut serta di dalam semua operasi utama Jihad Afghan di antara tahun 1988 hingga 1993, termasuk penaklukan Jalalabad, Khost dan Kabul. Beliau terselamat dari maut beberapa kali, kerana masa beliau belum lagi tiba.Ketika Tentera Soviet berundur dari Afghanistan dan pihak Komunis telah dikalahkan oleh Mujahideen, Khattab dan sekumpulan kecil para Mujahideen mendapat tahu tentang peperangan menentang musuh yang sama, tetapi kali ini di Tajikistan. Beliau kemudiannya terus berkemas dan mara ke Tajikistan pada tahun 1993 bersama-sama dengan sekumpulan kecil para Mujahideen. Dua tahun mereka di sana berperang dengan tentera Rusia di pergunungan yang bersalji tanpa senjata dan bekalan peluru yang secukupnya.Ketika di Tajikistan Khattab kehilangan dua jari tangan kanannya ketika cuba membaling sebutir bom tangan buatan sendiri. Bom tangan tersebut meletup di tangan beliau dan dua daripada jari beliau cedera parah.Selepas 2 tahun di Tajikistan, Khattab kembali bersama-sama dengan para Mujahideen yang bersama-sama dengan beliau ke Afghanistan, pada awal 1995. Pada ketika inilah peperangan di Chechnya meletus dan setiap orang keliru dengan pegangan agama bangsa Chechen dan kepentingan sudut keagamaan perang tersebut.Namun beliau tersentak apabila beliau melihat berita mengenai Chechnya di televisyen satelit pada suatu petang di Afghanistan:

“Apabila aku melihat kumpulan-kumpulan orang Chechen memakai kain lilit kepala dengan 'Laa ilaha illallah...' tertulis di atasnya dan melaungkan takbeer, aku memutuskan yang Jihad sedang berlangsung di bumi Chechnya dan aku mesti ke sana.” kata beliau.Khattab telah disertai pula oleh beberapa orang daripada para Mujahideen Afghan yang bersama-sama dengannya sebelum ini dan mereka mula melatih penduduk tempatan Chechen dalam ilmu peperangan dan juga ilmu Islam. Mereka melancarkan beberapa operasi nekad ke atas Rusia di bumi Chechnya (Khartashoi, 1995; Shatoi, 1996; Yashmardy, 1996) dan di Rusia sendiri (Dagestan 1997 dan kini, 1999). Selepas Tentera Rusia berundur dari Chechnya pada musim luruh 1996, Khattab telah diberi penghargaan sebagai wira Chechnya. Beliau telah dianugerahkan dengan pingat keberanian dan ketabahan oleh Kerajaan Chechnya dan diberi pangkat rasmi sebagai Jeneral.

Khattab percaya akan Jihad melalui media. Beliau pernah dilaporkan berkata,"Allah SWT memerintahkan kita memerangi orang kafir sebagaimana mereka memerangi kita. Mereka memerangi kita dengan media dan propaganda, maka kita juga patut memerangi mereka dengan media kita.” Atas sebab ini, beliau berkeras agar setiap operasi beliau difilemkan [bukan lakonan tetapi difilemkan ketika operasi berlangsung]. Dikatakan bahawa beliau mempunyai sebuah koleksi ratusan kaset video dari Afghanistan, Tajikistan dan Chechnya. Belia percaya bahawa perkataan semata-mata tidak mencukupi untuk menjawab tuduhan palsu media-media musuh. Beliau juga telah mengambil banyak keratan video kemusnahan Tentera Rusia dalam operasi Dagestan baru-baru ini, Ogos 1999, yang menunjukkan lebih 400 Tentera Rusia terbunuh, 10 kali ganda angka 'rasmi' Rusia, 40 orang askar terbunuh.Anda boleh melihat banyak video beliau dalam You Tube dengan hanya menaip nama beliau.

Khattab telah dikatakan oleh ramai umat Islam sebagai 'Khalid bin Waleed zaman ini'. Beliau benar-benar mengimani bahawa kematian beliau hanya akan tiba pada masa yang telah ditulis dan titetapkan oleh Allah SWT, tidak sedetik sebelum atau sedetik selepasnya. Beliau telah banyak kali melepaskan diri dari kematian dan cubaan membunuh beliau - cubaan yang paling hampir adalah ketika beliau sedang memandu trak empat tan Rusia, yang telah dibom oleh tentera Rusia. Trak tersebut telah meledak hingga berkecai tetapi Khattab selamat tanpa apa-apa kecederaan.

Beliau bijak, berani dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Beliau sangat disukai oleh para Mujahid pimpinan beliau, tetapi dikenali sebagai seorang yang tidak boleh dibuat main-main. Beliau selalu mengambil berat tentang tenteranya, menyelesaikan apa-apa masalah peribadi dan memberikan mereka wang dari sakunya sendiri agar mereka boleh berbelanja. Beliau mempunyai satu kumpulan komander yang sangat terlatih dan berpengalaman, setiap seorang mampu mengambil-alih peranan beliau sekiranya beliau gugur.

Di dalam satu nasihat kepada umat Islam di serata dunia, beliau pernah berkata:

“Perkara utama yang menghalang kita semua daripada berjihad adalah keluarga kita. Semua kami yang datang ke sini, datang tanpa kebenaran keluarga kami. Sekiranya kami telah mengikut kehendak mereka dan pulang ke rumah masing-masing, siapakah yang akan meneruskan kerja yang kami sedang lakukan ini? Setiap kali aku menelefon ibuku, malah sekarangpun, beliau akan memintaku pulang ke rumah, walaupun aku sudah 12 tahun tidak bertemu dengannya. Sekiranya aku pulang menziarahi ibuku, siapakah yang akan meneruskan kerja ini?”



Cita-cita Khattab adalah untuk terus berjuang menentang Rusia sehingga mereka meninggalkan setiap bumi umat Islam, dari Caucasus sehinggalah ke Republik Asia Tengah. Beliau pernah berkata,"Kita kenal Rusia dan kita tahu taktik mereka. Kita tahu kelemahan mereka; kerana itulah lebih mudah untuk kita menentang mereka berbanding tentera-tentera lain.”

Propaganda palsu pihak media menuduh Khattab melaksanakan tindakan 'terrorist' di serata dunia. Sesiapa yang telah membaca artikel ini dengan fikiran yang terbuka tentu sedar bahawa sikap Khattab adalah bersemuka dengan musuh secara berhadapan. Dan sekiranya memerangi tentera dan askar yang memusnahkan kehidupanmu, menjadikan wanita-wanitamu janda dan anak-anakmu yatim, bermakna 'terrorism', maka biarlah sejarah menjadi saksi bahawa Khattab memang 'terrorist'.

Pada 1979, Soviet Union menakluk Afghanistan. 20 tahun kemudian, tiada lagi Soviet Union, dan apa yang tinggal darinya sedang ditakluk semula oleh para Mujahideen yang bangkit untuk menentang penaklukan asal tersebut - mungkin inilah kesilapan paling besar sebuah kerajaan pada abad ke-20 ini.

Tuesday, April 7, 2009

Kemenangan Pakatan Rakyat bukti politik kotor UMNO/BN telah ditolak

Secara Rasminya,Datuk Seri IR Hj.Nizar Jamaluddin ditabalkan sebagai ahli parlimen bagi kawasan P059 Bukit Gantang dengan majoriti kemenangan 2,789.
Dan secara rasminya jugaklah,S.Manikumar ditabalkan sebagai Adun bagi kawasan N025 Bukit Selambau dengan majoriti kemenangan 2,396.

Kemenangan Pakatan Rakyat pada dua pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau membuktikan bahawasanya kesedaran rakyat untuk menolak UMNO/BN telah berada ditahap yang tertinggi. Keputusan ini telah membuktikan bahawasanya rakyat tidak pernah memberi restu pada politik kotor UMNO/BN.Kemenangan ini juga membuktikan yang rakyat Perak membantah sekeras-kerasnya rampasan kuasa haram UMNO/BN terhadap kerajaaan pilihan rakyat negeri Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri IR Hj.Nizar Jamaluddin. Slogan UMNO "Mohon Restu Rakyat" nampaknya ditolak sekeras-kerasnya oleh rakyat-rakyat Negeri Perak ini kerana rakyat tidak pernah dan tidak akan sesekali memberi restu kepada politik kotor UMNO/BN. UMNO/BN harus menerima hakikat penolakan rakyat menerusi Pilihanraya kecil ini. Propaganda dan dakyah-dakyah kotor yang mereka jaja akhirnya memakan diri mereka sendiri. Dengan ini laungan Takbir!!! Reforfamasi!!! Makkal Sakthi!!! bergema lagi menandakan Kuasa Rakyat telah menghukum mereka, ALHAMDULILLAH ini semua terjadi dengan izin ALLAH ALLAHUAKBAR!!!!!

Thursday, April 2, 2009

Sebab musabab UMNO/BN perlu ditumbangkan





Terlalu banyak sebab yang mewajibkan kita menumbangkan UMNO/BN dari muka bumi Malaysia yang kita cintai buat selama-lama. Samada kita sedar atau tidak kita semua terdiri daripada golongan yang dinafikan hak dan golongan yang dibelenggu dengan pelbagai Akta-Akta zalim yang dilakukan oleh UMNO/BN bagi meneruskan survival politik kotor mereka.Berikut adalah sebab musabab mengapa saya mengatakan UMNO/BN perlu ditumbangkan.

1.Anda dibelenggu ketakutan Akta-Akta Zalim lagi Keji seperti I.S.A(Akta Keselamatan Dalam Negeri) anda pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihumban kesana tanpa perlu dibicara.Pembebasan 13 tahanan I.S.A yang dilakukan baru-baru ini adalah semata-mata untuk meraih undi berikutan Pilihanraya Kecil yang berlaku ditiga Negeri serentak.

2.Anda tidak dapat berita yang telus dan tepat kerana terdapat Akta yang mengekang pengetahuan anda tentang salah laku pihak UMNO/BN.Akta ini dikenali sebagai PPA(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) memang anda kena tipu hidup-hidup dengan media yang mereka kuasai seperti RTM1,RTM2,TV3,TV9,NTV7,Beria Harian,Utusan Malaysia,The Star dan mcm-mcm lagi yang seangkatan dengannya.Antara media yang dizalimi dengan Akta PPA adalah Harakah dan Suara Keadilan yang diarahkan memberhentikan penerbitannya dengan serta-merta zalim lagi mengzalimi.Namun seperti I.S.A tiba2 sahaja tindakan untuk memberhentikan penerbitan kedua-dua akhbar ini ditarik balik,ini juga dilihat dilakukan semata-mata untuk memancing undi kerana kedua-duanya dilakukan disaat-saat akhir dan sangat hampir dengan tarikh pengundian pilihanraya kecil diketiga-tiga negeri.

3.Institusi Legislatif dan Kehakiman dikuasai oleh UMNO/BN.Pelantikan Ketua-ketua badan ini dilakukan secara tidak telus dan dipilih terus oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan politik mereka.Akibatnya keadialan sama sekali tidak dapat ditegakkan.Seperti yang terjadi di Perak apabila kuasa Legislatif dinafikan hak-hak mereka.Maka dengan cara ini sahaja mereka mampu merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat iaitu dengan cara kotor.Kerana secara Undang-undang Dato Seri ir Hj.Nizar Jamaluddin masih sah sebagai menteri Besar sehingga Mahkamah mengatakan sebaliknya.

4.Kakitangan Awam dan Pelajar Institusi Pengajian tinggi dibelenggu dengan Aku Janji dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).Bagaimanakah kita hendak melahirkan pemimpin yang lantang bersuara dari kalangan pelajar dan interlek jika suara mereka disekat.

5.Pilihanraya yang tidak bersih dan adil apabila pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) yang sepatutnya dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Parlimen namun sebaliknya apabila pengerusi SPR dilantik secara terus oleh mereka sendiri dan ini dilakukan supaya SPR dapat menjamin kepentingan mereka.

6.Amalan Rasuah,kronisme,Moral dan Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO/BN.Tiada siapa yang mahukan pemimpin yang kotor sebegini.

7.Memanupulasi agama demi kepentingan politik.Selama 50 tahun lebih berkuasa UMNO menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam, namun UMNO tidak pernah ingin melaksanakan hukum2 dan syariat Islam buktinya Riba telah dihalalkan oleh mereka dalam sistem-sistem kewangan. Arak&Judi dijadikan hasil pendapatan kerajaan melalui cukai lesen penjualan arak dan aktiviti perjudian.Inikah modul Negara Islam yang ingin dibawa UMNO? Hudud pula telah diperlekehkan seolah-olah bersifat kejam dan tidak bertamadun seperti yang dinyatakan oleh Ulama mereka.Antara ungkapan pemimpin UMNO yang menghina Hudud dan Islam ialah “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”.Perbuatan ini adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan Ngah kor Ming(DAP) yang hanya tersalah sebut nama surah di dalam al Quran dan beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut.Namun tafsir ayat tersebut amat jelas disebut beliau.Namun UMNO terus menerus menjaja isu ini hingga membuat satu laporan polis,sepatutnya mereka yang dipertanggung jawapkan dengan isu menghina Islam dan Syariat Islam kerana terang-terang menghina Hudud yang termasuk dalam Hak-hak ALLAH.

Tidak cukupkah alasan-alasan ini untuk kita rakyat yang dizalimi menumbangkan UMNO/BN hidup-hidup dari kancah politik tanahair kita.Politik kotor mereka harus dihentikan dengan kuasa yang ada pada tangan kita ini.Ayuh marilah bersatu menentang kezaliman.Umat Islam terutamanya cukuplah apa yang telah UMNO/BN lakukan terhadap Agama Islam yang suci ini.Selama 50 tahun memerintah, UMNO tidak pernah bercadang menegakkan Undang-undang Islam bahkan diperkekehkan undang-undang Islam dan mereka membuat acuan agama islam dengan menggunakan akal mereka maka lahirlah Islam Hadari. Lihatlah bagaimana mereka memanupulasi undang-undang Hudud,mereka menampakkan hudud kejam dimata bangsa asing.mewujudkan ketakutan pada bangsa asing,kotor sungguh politik mereka.oleh yang demikian wajib bagi kita umat Islam memastikan UMNO/BN berkubur supaya tanahair tercinta kita bebas dari anasir-anasir parasit ini..Takbir!!!Reformasi!!!Makkal sakthi!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!

Tribute pada pertugas-pertugas PRK Bukit gantang semoga ALLAH melindungi kamu

Laungan Takbir!Reformasi!Makkal Sakthi! bergema lagi dan kali ini bergema dengan kencang di Bukit Gantang. Bukit gantang dikejutkan dengan pemergian ahli parlimennya Allahyarham Haji Roslan Shaharom yang amat mereka sayangi yang pergi menyambut seruan ilahi.Sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepadaNya kita kembali.Berita pemergiannya beliau mengejutkan ramai dari kita kerana secara kebetulan pada masa itu kita dikejutkan dengan rampasan kuasa jijik oleh BN. Sesungguhnya ALLAH lebih berkuasa dan apa sahaja boleh berlaku dengan kehendaknya.BN yang berasa selesa dengan rampasan kuasa kerajaan pilihan rakyat Perak tiba-tiba dikejutkan dengan tiga Pilihanraya kecil yang mereka sama sekali ingin mengelak.Pemimpin BN yang pada mulanya merasa bangga apabila taktik kotor mereka mendapatkan sokongan tiga orang ADUN dari Pakatan Rakyat, kini resah gelisah menanti hukuman rakyat yang sudah muak,jijik dan meluat dengan kebiadapan mereka. Tanggal 7hb4 2009 ini akan menjadi bukti betapa rakyat Perak terutamanya penduduk Bukit Gantang akan menyatakan kebencian mereka pada UMNO/BN. Mereka mencabar Kuasa Rakyat maka saksikankah balasan yang akan mereka terima.Sudah menjadi azali UMNO/BN pasti akan menggunakan jentera-jentera mereka seperti SPR,POLIS berserta FRU bagi menggagalkan kempen2 petugas Pakatan Rakyat. Namun mereka lupa ALLAH Maha Mengetahui setiap tindak tanduk mereka. Usaha berserta Tawakal pertugas2 kempen meraih undi yang ikhlas ini InsyaALLAH akan mencapai matlamat kemenangan mutlak kepada Pakatan Rakyat. Setinggi-tinggi perhargaan pada pertugas2 PRK ini termasuk bonda saya yang sanggup bersusah payah berkempen demi kemenangan calon kita Dato Seri ir Hj.Nizar Jamaluddin.Tabik hormat buat bondaku Asiah Hj Isa semoga kemenangan ditangan kita dan laungan Takbir!Reformasi!Makkal Sakthi! akan bergema di Bukit Gantang Takbir!!!!!!!