Tuesday, March 24, 2009

Sokongan 100% untuk YAB Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin

Calon P.59 Parlimen Bukit Gantang.Seorang yang berjiwa besar dan selayaknya menjadi pemimpin sokongan 100% dan tidak berbelah-bagi kami berikan demi mermartabatkan Islam tercinta Takbir!! ALLAHUAKBAR!



Friday, March 20, 2009

Sayyid Jamaluddin Al-Afghani pengasas konsep Pan Islamic

Sayyid Jamaluddin Al-Afghani (1838 -1897)

Nama sebenar Sayid Jamaluddin al-Afghani ialah Muhammad Jamaluddin al-Afghani al-Husaini. Namun, terdapat sesetengah sumber menyatakan nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Safdar al-Husain. Dilahirkan pada tahun 1838 Masihi bersamaan dengan 1254 Hijrah, beliau dibesarkan di tempat lahirnya, iaitu diAsadabad, salah satu kawasan di Zon Kunar di Afganistan. Datuknya, Sayid Ali pernah tinggal untuk sementara waktu di Hamedan, Iran dan beliau dikenali sebagai Hamadani. Manakala ayah Sayid Jamaluddin al-Afghani, Sayid Safdar, menetap di Kabul pada 1844 Masihi bersama keluarganya. Beberapa tahun kemudian, beliau berpindah ke Hamedan, Iran, disebabkan tekanan politik yang diletakkan ke atasnya oleh Raja Afghanistan. Walau bagaimanapun, menurut sumber dari beberapa warganegara Iran, beliau dilahirkan di As’adabad di Zon Hamedan, Iran. Sayid Jamaluddin al-Afghani mempunyai pertalian darah dengan seorang periwayat hadis yang terkenal, Imam at-Tarmizi dan seterusnya kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau adalah seorang dari umat Islam dari zaman moden ini yang pertama menyedari bahaya penjajahan Barat. Beliau dengan sedaya upayanya memperingatkan umat Islam global tentang bahaya tersebut. Usahanya menyeluruh sehingga beliau sanggup menjelajah negeri-negeri timur India, Iran, Mesir dan Turki. Beliau juga berperanan dalam dalam usahanya menyatu padukan umat Islam dan melupakan perbezaan mazhab bagi menghasilkan kekuatan umat untuk menghadapi dominasi Barat. Beliau juga turut mengembara ke kota-kota Eropah seperti London,Paris,Munich dan Petersburg untuk mengkaji dan mencari titik kelemahan Barat.Beliau kemudian merumuskan bahawa Barat menjadi kuat kerana penguasaan ilmu mereka terutama dalam bidang sains dan teknologi. Namun Barat tidak mempedulikan konsep beragama dan pandangan agama mereka terhadap ilmu-ilmu mereka. Beliau kemudian merumuskan bahawa Islam itu sendiri mewajibkan umatnya menuntut ilmu berlandaskan wahyu pertama iaitu ‘iqra’.Beliau menggesa umat Islam bersungguh-sungguh mempelajari ilmu sains dan teknologi Barat namun menegaskan supaya ilmu yang dituntut mempunyai semangat dan roh islam. Namun apa yang jelas beliau amat menegaskan supaya umat islam bangkit menentang penjajahan Barat dan menegakkan syiar Islam bagi menubuhkan Negara Islam yang mempunyai perlembagaan berteraskan Islam dan kembali kepada konsep daulah ilamiyah seperti pada zaman Nabi Muhammad S.A.W yang membawa sistem Khalifah(Islam global). Begitulah konsep Pan Islamic yang dibawa beliau. Antara tokoh yang menjadi anak muridnya ialah Syeikh Muhammad Abduh yang berasal dari Mesir . Mereka bertemu apabila Sayyid Jamaluddin menjelajah ke Mesir selepas beliau dibebaskan dari tahahan penjara di India berikutan peranannya menyampaikan misi dakwah membangkitkan semangat dan kesedaran menentang penjajah Barat. Sayyid Jamaludin sempat mentarbiyah Muhammad Abduh tentang konsep Pan Islamic sebelum beliau diusir dari Mesir pada tahun 1882 sewaktu ketibaan Inggeris di Mesir. Pengaruh Pan Islamic kemudiannya tersebar meluas di Mesir setelah Muhammad Abduh berjaya mentarbiyah seorang lagi tokoh iaitu Muhammad Rashid Ridha dan seterusnya diperjuangkan oleh pengasas dan pemimpin Ikhwan Muslimin iaitu As-Syahid Hassan Al-Bana dan kemudiannya dipimpin oleh As-Syahid Sayyid Qutb dan terus melebarkan daulah Islamiyah keseluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia sendiri,menerusi siri-siri tarbiyah yang diikuti oleh pelajar-pelajar melayu di Mesir.Mereka kemudiannya kembali ke tanahair dan menyebarkan pegaruh Ikhwan Muslimin menerusi pegerakan-pegerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam (ABIM). Sesungguhnya Sayyid Jamaludin memainkan peranan penting sebagai pelopor kebangkitan umat Islam terhadap dominasi penjajah Barat dan pemimpin yang berfahaman sekular. Beliau akhirnya hidup dalam buangan di Paris kerana pelbagai usaha kuasa-kuasa barat menerusi pemimpin-peminpin sekular hasil didikan mereka untuk menangkap beliau kerana usaha beliau menyedarkan umat Islam supaya bangkit melawan penjajah. Disana beliau menjemput anak muridnya Syeikh Muhammad Abduh bagi menggerakkan perjuangan Pan Islamic berpusat disana. Mereka menubuhkan 'Al- Urwat Al- Wuthqa' sebagai sebuah pergerakan dan penerbitan majalah untuk menyebarkan konsep Pan Islamic kepada umat islam diseluruh pelusuk dunia.

Beliau kemudiannyan meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika berusia 60 tahun dan beliau dikebumikan di Istanbul. Pada lewat tahun 1944, jenazah Sayid Jamaluddin al-Afghani dibawa ke Afghanistan atas permintaan kerajaan Afghanistan. Jenazahnya dikebumikan di Kabul di dalam Universiti Kabul. Sebuah mousoleum telah dirikan untuknya.

Wednesday, March 11, 2009

Penerus perjuangan As-Syahid Hassan Al-Bana

As-Syahid Sayid Qutb (Okt 1906-Ogos 1966)

Sayid Qutb atau nama penuhnya Sayid Qutb Ibrahim Husin Shazali. Dilahirkan pada 9 okt 1906 di Asyut, Mesir. Dilahirkan dalam keluarga yang taat pada pegangan agama dan berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Ibu bapanya memainkan peranan penting dalam membentuk Sayid Qutb menjadi pencinta Al-Quran sejak kecil lagi, buktinya Sayid Qutb berjaya menghafaz Al-Quran seawal umurnya mencecah 10 tahun. Di awal persekolahan Sayid Qutb digambarkan oleh guru-gurunya sebagai murid yang sangat bijak dan cenderung dalam bidang sastera dan penulisan.Sesudah meningkat dewasa beliau kemudiannya berhijrah ke kaherah pada tahun 1920 sewaktu usianya menjangkau 14 tahun. Di Kaherah beliau menetap dengan saudaranya Ahmad Husin Uthman seorang wartawan berkelulusan Al-Azhar.Ahmad Husin Uthman antara individu pertama yang mendedahkan beliau dalam bidang penulisan.Ahmad Husin juga bertanggungjawab memperkenalkan beliau kepada Abbas Mahmud Aqqad yang pada ketika itu memimpin parti Al-Wald .Aqqad Kemudiannya memberi beliau peluang menyerlahkan bakat penulisannya melalui penulisan artikel dan penulisan berbentuk sastera dan kesenian dalam akhbar rasmi parti itu Al-Balagh, semua ini berlaku pada tahun 1921.Penulisannya ketika itu lebih bertemakan ketidak adilan sosial dan kesenian. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dengan memasuki sekolah Latihan Rendah Abdul Aziz dan menjadi guru sekolah rendah sebaik sahaja tamat pengajian demi untuk menampung keluarganya yang hilang tempat bergantung setelah kematian ayahnya. Kehidupannya Di Kaherah mendedahkan beliau kepada senario kehidupan masyarakat disana yang dikuasi golongan aristokrat yang memberi kesetiaan pada penjajah Inggeris. Turut berlaku ketidak adilan sosial dalam sistem penghidupan masyarakat disana.Golongan miskin ditindas, turut terhakis nilai-nilai tata susila dan jati diri akibat pengaruh penjajah dan akibat kehancuran revolusi rakyat Mesir, revolusi Urabi 1881. Pada tahun 1928 beliau sekali lagi melanjutkan pelajaran untuk memperbaiki taraf hidup dengan memasuki Tajhiziyyah Dar Al-Ulum sekolah persediaan Darul Ulum dan berkat kesungguhannya beliau berjaya memasuki Darul Ulum pada tahun 1930. Sewaktu belajar disana beliau telah membuat satu kajian mengenai kesusteraan dan Kajian beliau kemudian dibukukan.Setelah tamat pengajian dan mendapat Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan beliau kemudiannya menjadi guru dalam tempoh 6 tahun sebelum beralih ke Kementerian Pelajaran. Disana beliau bertugas selama 8 tahun dari tahun 1940-1948, sebelum dihantar ke Amerika akibat tindakan beliau yang tidak disenangi Menteri Pelajaran kerana tindakan beliau merancang berbagai-bagai pembaharuan dan sikap berani bersuara tanpa menghiraukan risiko. Selain dari itu beliau juga aktif menulis rencana-rencana berunsur politik dalam beberapa majalah.Pada ketika ini penulisan beliau lebih menekan konsep pembaikan ajaran islam dan mengajak masyarakat kembali kepada pegangan AL-Quran dan As-Sunnah berbeza dengan tulisannya ketika bersama Aqqad.Ketika ini beliau lebih menitik beratkan isu-isu aqidah kerana masyarakat pada ketika itu dilihat tersasar dari penghidupan beragama. Antara karya tersohor beliau ialah Fi Zilal Al-Quran yang banyak mempengaruhi perjuang-perjuang Islam dan telah menjadi rujukan banyak pegerakan Islam hingga ke hari ini. Penulisan beliau banyak terpengaruh dengan penulisan seorang tokoh reformis islam iaitu Maudidi yang menubuhkan Jama’at Islami pada tahun 1941. Sewaktu Di Amerika beliau di tugaskan membuat kajian tentang sistem pembelajaran disana disamping mengkaji sistem pendidikan disana supaya dijadikan model pembelajaran di Mesir. Namun beliau kemudian merumuskan bahawa sistem masyarakat barat yang bersifat kedunian,kebendaan dan meminggirkan agama tidak setanding dengan sistem Islam yang syumul dan tidak layak menjadi model pendidikan di Mesir,akibat dari pengcanggahan pendapat beliau kemudiannya meletakan jawatannya dalam kementerian Pelajaran. Di sebabkan amat komited dengan penulisan dan penumpuan pada keluarga beliau tidak terkesan dengan kebangkitan ‘Ikhwan Muslimin’ parti yang memperjuangkan daulah Islamiyah dan berhasrat mengembalikan pemerintahan seperti kepimpinan Khalifah dizaman Nabi MUHAMMAD S.A.W dan para sahabat setelah tumbangnya daulah khalifah Uthmaniyah. Beliau juga tidak pernah bertemu atau mengenali pemimpin dan juga pengasas Ikhwan muslimin iaitu As-Syahid Hassan Al-Bana walaupun mereka dilahirkan pada tahun yang sama dan menuntut ditempat yang sama di Darul Ulum. Tapi takdir ALLAH memungkinkan beliau mengenali Hassan Al-Bana ketika berada disebuah hospital di Amerika. Sewaktu disitu beliau merasa hairan mengapa masyarakat disana seolah-olah bergembira diatas kematian seorang insan yang bernama Hassan Al-Bana. Sejurus kembali ke tanahair beliau berusaha mencari maklumat tentang Al-bana,dan pada ketika itulah beliau mengerti apa yang diperjuangkan oleh Al-Bana dan mulai saat itu beliau bertekad meneruskan perjuangan As-Syahid Hassan Al-Bana walaupun terpaksa menggadaikan nyawa demi syahid dijalan ALLAH seperti Hassan Al-Bana. Pada ketika itu bermulalah perjuangannya didalam Ikhwan Muslimin apabila beliau secara rasmi masuk menyertai Ikwan Muslimin pada tahun 1951. Beliau berperanan menyebarkan pengaruh Ikhwan Muslimin keseluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia sendiri menerusi siri-siri tarbiyah yang diikuti pelajar-pelajar melayu yang menuntut ditimur tengah khususnya di Al-Azhar yang kemudiannya pulang ketanahair dan menyebarkan pengaruh beliau menerusi pegerakan-pegerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam (ABIM). Namun akibat kebimbangan kuasa-kuasa barat dan pemimpin sekular Mesir terhadap kebangkitan daulah islamiyah yang diterajui beliau kerana takut dengan kebangkitan umat islam seperti yang pernah dilakukan oleh As-Syahid Hassan Al-Bana, satu fitnah yang jijik telah dilemparkan terhadap beliau apabila dituduh merancang rampasan kuasa baru , menghapuskan golongan interlek , seniman dan seniwati. Beliau sekeras-keras menafikannya dengan berkata "Syahadah yang diucapkan setiap kali aku bersolat bahawa tiada tuhan selain ALLAH dan MUHAMMAD pesuruh ALLAH, tidak mungkin akan menulis perkataan yng hina. Jika aku dipenjara dgn benar aku redha, namun jika aku dipenjara dengan sesuatu yng tidak benar, aku tidak akan menuntut rahmat daripada sesuatu yang tidak benar".Beliau turut dikaitkan dengan keganasan akibat salah tafsir sekumpulan belia yang gagal memahami isi tulisan beliau dan mengambil jalan keganasan.Akibat dari itu beliau dihukum dengan kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan kemuncaknya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama rakan-rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimin atas tuduhan ingin menggulingkan kerajan, tuduhan ini tidak pernah dibuktikan dimana-mana Mahkamah pada ketika itu. Kebanyakan dari mereka tenang mendengar hukuman ke atas mereka kerana yakin dengan Syahid yang akan mereka capai kerana memperjuangkan agama ALLAH. Pada ketika itu banyak pertubuhan islam seluruh dunia membantah dan merayu supaya hukuman ditarik balik, turut membantah 40 orang Ulama mereka, namun rayuan itu tidak di terima sama sekali oleh pemerintah Mesir pada ketika itu Jamal Abdul Nasser.Pada Isnin, 29 Ogos 1966 beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk menemui kesyahidannya.Demikianlah perjuangan seorang perjuang menegakkan agama ALLAH sehingga menemui kesyahidannya.Tiada apa yang dapat menghentikan perjuangan mereka selain syahid untuk menemui pencipta mereka dengan membawa slogan perjuangan Islam iaitu “ALLAH matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad perjuangan kami & Syahid setinggi-tinggi harapan kami". Takbir ALLAHUAKBAR!

Wednesday, March 4, 2009

Mujahid Palestin As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin


Sheikh Ahmad Yasin dilahirkan di desa Al Jaurah, pinggiran Al-Mijdal, selatan Gaza. Bersama para aktivis Islam Palestin, Sheikh Ahmad Yasin mengasaskan ‘Harakah al-Muqawamah al-Islamiyah” (Hamas) di Semenanjung Gaza pada tahun 1987. Sebelum itu beliau adalah anggota sebuah pergerakan Islam yang amat berpengaruh iaitu Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Bana.
Dan seperti hasrat beliau menginginkan syahid di jalan Allah, maka pada tanggal 22 Mac 2004 yang lalu, beliau telah dikurniakan Allah kematian yang paling didambakan oleh seorang mukmin sejati. Masih tidak dapat dilupakan kata-kata beliau yang berbunyi ‘Aku tidak takutkan mati, bahkan aku inginkan mati syahid, ketika Yahudi ingin membunuhku mereka boleh mencariku dikerusi rodaku,aku tidak akan kemana-mana’. Maha suci ALLAH doanya dimakbulkan ALLAH.
Pembunuhan kejam pangasas kumpulan Hamas ini memang mengejutkan umat Islam seluruh dunia. Pemimpin yang hampir lumpuh seluruh tubuh serta rabun penglihatan itu, diserang oleh Israel, bukan dengan satu peluru berpandu, malah tiga secara berturut-turut. Lebih indah lagi ialah beliau syahid sejurus selepas solat subuh di masjid, Maha Suci Allah. Perjuangan beliau kini tetap diterus oleh para perjuang-pejuang yang mengejar syahid dan kemerdekaan Palestin dari tangan Yahudi laknatullah. Pejuangan pegerakan Hamas tiada titik noktah sehinggalah Palestin menjadi Negara yang bebas dan merdeka kerana mereka yakin dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W ‘ Tidak akan berlakunya kiamat sehingga orang-orang muslim membunuh orang-orang Yahudi, dan ketika itu orang-orang Yahudi akan berlari bersembunyi dibelakang batu dan pokok, dan pada ketika itu batu dan pokok itu akan berkata ‘wahai orang Muslim ada Yahudi bersembunyi dibelakangku mari dan bunuhlah mereka’. Ingatlah lah wahai saudara-saudara Muslimku orang-orang kafir tidak akan redha selagi kita tidak mengikut agama mereka.Ingatlah mereka musuh yang nyata, janganlah kita lalai dengan tipu daya, dakyah dan propaganda mereka. Marikah kita bersatu bersama jemaah yang memperjuangkan syiar Islam. Marilah kita bergandingan bersama Ulama-ulama.Contoh yang terbaik di Malaysia ialah seperti perjuangan Parti Islam Semalaysia(PAS)membawa wadah Islamiah demi memartabatkan Islam, marilah bersama-samalah kita mengambil iktibar dari penderitaan saudara muslim kita yang berjuang menegakkan syiar Islam di Palestin.